TulangBesi@Rahman Talib gembira tak terkira

oleh Tulang

Apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS, antara manusia paling gembira dalam dunia ini ialah TulangBesi@Rahman Talib.

Segala dendam dan marahnya terhadap Hassan Ali seolah-olah sudah terbayar. Oleh kerana Hassan Ali tidak beri dia jawatan politik dalam kerajaan negeri Selangor, TulangBesi@Rahman Talib  amat marah dan terus menerus serang Hassan Ali. Padahal TulangBesi@Rahman Talib ini adalah pegawai khas kepada Hassan Ali sebelum PR menang di Selangor.

TulangBesi@Rahman Talib kini mendakwa bahawa dirinya betul dan Hassan Ali salah selama ini.  Sekarang barulah TulangBesi@Rahman Talib mahu serang Hassan Ali dalam isu Unity Government atau kerajaan perpaduan yang mana inisiatif UG itu datang dari Hassan Ali bukan dari Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Sebelum ini, TulangBesi@Rahman Talib  menyerang Ustaz Nasarudin Mat Isa habis-habisan kononnya Ustaz Nasaruddin yang membuat iniasiatif untuk satukan PAS dan UMNO atas nama Melayu.

Dengan terpecatnya Hassan Ali dari PAS, TulangBesi@Rahman Talib  kini faham bahawa PAS Pusat ada kuasa untuk pecat ahli PAS yang kurang ajar dan biadab serta degil dengan kadar segera tanpa melalui Jawatankuasa Tatatertib PAS. Perkara 82(9) dalam Perlembagaan PAS mengizinkan JK PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas ahli PAS tanpa melalui proses biasa iaitu melalui JK Tatatertib PAS Pusat.

Tindakan pemecatan itu tidak dilakukan dengan drastik atau tergesa-gesa. PAS Pusat telah memberikan 3 surat panggilan kepada Hassan Ali, mengumumkannya dalam media meminta Hassan Ali datang ke pejabat PAS untuk berbincang dengan JK PAS, malah Hassan Ali telah dinasihat, diberi ingatan, dan telah bertemu dengan TG Nik Aziz, tetapi Hassan Ali tidak ambil peduli terhadap surat panggilan dan nasihat serta amaran.

Kini TulangBesi@Rahman Talib  sudah berhenti serang PAS, berhenti serang pimpinan PAS buat sementara. Dan mentornya dari kelompok erdogan juga nampaknya sudah mula ambil tindakan berdiam diri kerana mereka sedar bahawa kini kalau mereka silap langkah, mereka juga boleh diambil tindakan tegas oleh PAS Pusat tanpa melalui proses lazim dalam isu disiplin dalam parti.

Mereka juga sedar kini mereka dinamakan sebagai parasit dalam PAS oleh Hassan Ali, dan Hassan Ali berkata dia adalah bekas ketua parasit dalam PAS dulu. Merekalah orang yang memuja, mengusung dan berkempen untuk Hassan Ali naik sebagai Naib Presiden dan Pesurujaya PAS Selangor. Tetapi mereka jugalah yang menjatuhkan Hassan Ali apabila Hassan Ali tidak lagi memenuhi kehendak mereka. Akibatnya Hassan Ali marah dan kesal dengan siap mereka dan Hassan Ali menyebut beberapa nama parasit dalam PAS dan semuanya dari kelompok edorgan.

Kalau TulangBesi@Rahman Talib  adalah seorang yang terkenal di Malaysia dan mempunyai pengikut di peringkat akar umbi, dan dalam masa yang sama jika TulangBesi@Rahman Talib terus menerus serang PAS, serang peribadi pimpinan PAS, membuat fitnah dalam PAS dan seumpamanya serta boleh meninggalkan kesan negatif yang besar pada PAS dan rakan politik dalam PR, pasti TulangBesi@Rahman Talib  juga sudah lama dipecat.

Tapi oleh kerana TulangBesi@Rahman Talib  seorang yang mentah, budak, dan orang suruhan erdogan yang tidak memberi kesan negatif yang besar pada PAS, maka PAS Pusat tidak perlu ambil tindakan disiplin buat masa ini ke atas TulangBesi@Rahman Talib.

Biarlah TulangBesi@Rahman Talib  ketawa sebentar dengan kes Hassan Ali. Dia layak untuk gelak besar ke atas orang menjadi sasaran dendamnya.

Leave a Comment

TB keji dan caci Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

oleh Tulang

TulangBesi@ Rahman Talib belum  hilang dendam lama terhadap Ustaz Harun Taib, Ketua Dewab Ulamak PAS Pusat.

Dendam beliau berpunca atau berakar umbi  dari sokongan totok beliau ke atas kumpulan edorgan. Rakan saya memberitahu TulangBesi@ Rahman Talib tidak kenal siapa Ustaz Harun Taib sebenarnya kecuali ketika Ustaz Harun Taib pergi ke Amerika kerana menghadiri kem musim panas atas jemputan mahasiswa Malaysia di sana. Ketika itu TulangBesi@Rahman Talib sedang belajar di Amerika.

Ustaz Harun Taib dianggap sebagai ‘penghalang’ dalam PAS bagi kelompok IRC  di kampus dulu. IRC atau Islamic Research Council ditubuhkan di UK selain daripada Suara Islam,  dan IRC merupakan serpihan ABIM selepas Anwar masuk UMNO.

Pelajar Malaysia ketika itu yang cenderung kepada kebangkitan Islam tidak mahu bersama ABIM, dan IRC lebih rapat dengan Ikhwan Alami yang anggotanya merupakan  orang buangan atau orang buruan pemerintah dunia Arab sekular di zaman 80an dan 90an. Manakala Suara Islam lebih cenderung dengan pendekatan kumpulan Hizbul Tahrir dan Hezbollah.

Ustaz Harun Taib, selain daripada Ustaz Abu Bakar Chik dan almarhum Ustaz Hassan Shukri, dianggap menjadi “musuh’ oleh ahli dan pimpinan IRC yang sentiasa ‘kalah’ dalam perbahasan, perbincangan dan perdebatan mengenai isu partisan atau non-partisan, samada masuk pilhanraya syari’e atau tidak syari’e.  Agenda IRC untuk menguasai PAS gagal di akhir 80an.

Kemudian IRC menubuhkan  JIM di Malaysia sebagai platform NGO agar ahli IRC yang balik dari UK dan Amerika ada tempat untuk bergerak menjalankan kerja-kerja dakwah dan aktiviti Islam. JIM kemudian membenarkan ahlinya masuk UMNO dan PAS dengan misi tersirat.

Apabila Anwar disepak keluar dari UMNO pada tahun 1997, dan ketika almarhum Ustaz Fadzil Noor mengajak ahli PAS ‘memaafkan Anwar’, ramai ahli IRC dan bekas ahli UMNO mulai rapat dengan PAS. Gabungan semula ahli-ahli ABIM, PAS, JIM, Arqam, Tabligh, dan Suara Islam (UK @ Khalid Samad) selepas 1998 rentetan kes Anwar ini bagaikan biduk lalu kiambang bertaut. Semua rakyat yang menjadi simpati, penyokong, pendokong dan pejuang kebenaran yang menjadikan Islam sebagai matlamat kehidupan bergabung semula di bawah payung PR.

Lantaran ada dalam kalangan ahli IRC@JIM yang masuk PAS dan PKR. Mereka masuk PAS dan PKR dengan misi tersirat. Bagi ahli IRC@JIM yang ada “kes lama” dengan pimpinan PAS semasa mereka berada di universti dulu, mereka akan pilih PKR dari PAS. Hanya dua orang kuat IRC@JIM sahaja yang  bersedia berdepan dengan pimpinan PAS terus masuk ke saf pimpinan Negeri dan Pusat, manakala yang lain menyelinap masuk di cawangan dan kawasan. Kini JIM telah pecah menjadi ISMA dan IKRAM, dua NGO baru kerana pimpinan utama dalam JIM sudah masuk PAS dan PKR. Samada ISMA atau IKRAM, roh ukhwah dan jamaah IRC masih utuh.

TulangBesi@Rahman Talib mula tertarik dan terpegun dengan orang kuat IRC@JIM dalamPAS dan sanggup menjadi pencacai utama dan petugas khas kepada kumpulan ini yang dikenali juga sebagai edorgan. Kalau anda baca tulisan di blog ini mengenai hubungan TulangBesi@Rahman Talib dengan edorgan, anda akan tahu lebih lanjut perkara yang berlaku di belakang tabir.

Oeh kerana TulangBesi@Rahman Talib rapat dengan edorgan, dan edorgan tidak suka dengan Dato’ Dr. Hassan Ali, setelah Dato’ Dr. Hassan gagal memenuhi kehendak dan agenda edorgan dalam PAS dan Pakatan Rakyat, maka Dato’ Dr Hassan Ali harus diletak ketepi sepertimana mereka lakukan ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila beliau gagal mengikut telunjuk endorgan.

Edorgan mencucuk  Ustaz Nasaruddin Mat Isa supaya bertading melawan almarhum Ustaz Hassan Shukri. yang dilihat sebagai ‘penghalang’ kepada kemajuan IRC@JIM dalam PAS. Apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa  tidak mahu dipengaruhi oleh misi edorgan dalam PAS, maka edorgan menyuruh Dato’ Hussam Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden melawan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Apabila gagal, maka mulalah serangan peribadi ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa  atas nama isu UG (Unity Goverment) atau kerajaan perpaduan.

Dalam kesemua kes di atas, TulangBesi@Rahman Talib menjadi batu api

  • memfitnah dan menyerang almarhum Ustaz Hassan Shukri kerana beliau dianggap menjadi pengahalang orang IRC@JIM untuk naik jadi calon dalam Selangor
  • menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa habis-habisan sehinggalah dalam kempen untuk pemilihan JK PAS Pusat dalam Muktamar PAS 2009.
  • menyerang  Dato’ Dr. Hassan Ali kerana TulangBesi@Rahman Talib tidak dapat jawatan di Selangor , dan kerana Dato’ Dr. Hassan Ali  tidak lagi bersama agenda edorgan dan menjadi penghalang suara Khalid Samad
  • menyerang Dato’ Mustafa Ali kerana Dato’ Mustafa Ali menyatakan 16 Sept adalah gimik politk sedangkan edorgan sudah berdiri teguh di belakang Anwar; sebelum itu, edorgan pernah menggunakan Mustafa Ali untuk memujuk Presiden supaya menggantikan PJ Selangor dari almarhum Ustaz Hassan Shukri kepada Dato’ Dr. Hassan Ali
  • menyerang Presiden PAS kerana Presiden PAS melantik Dato’ Mustafa Ali sebagai SU Agung menggantikan Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang disebut sebagai proksi Anwar dan proksi edorgan dalam JK PAS Pusat; beliau menyerang Presiden PAS kerana  kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO.
  • menyerang Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil tindakan disiplin ke atas Khalid Samad.
  • menyerang Ketua Pemuda PAS Pusat kerana Abdullah Karim kawan baru TulangBesi@Rahman Talib tidak dilantik dalam Muktamar DPP sebagai AJK DPPP
  • menyerang anak TGNA kerana anak TGNA tidak sehaluan dengan Dato’ Hussam Musa
  • dan menyerang  anak TGHA kerana anak TGHA menang dalam pemilihan AJK DPPP dan proksi TulangBesi@Rahman Talib kalah.

Semua serangan ini dbuat secara terbuka dalam laman web malaysiawave.com oleh TulangBesi@Rahman Talib.

Kini dalam laman malaysiawave.com,  TulangBesi@Rahman Talib mencari kesempatan di atas isu Dato’ Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menyerang Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

TulangBesi@Rahman Talib menyebut “Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat lidah bercabang” dalam lamannya 30 Disember lalu.  Dalam ertikata lain, beliau menuduh Ustaz Harun Harun Taib sebagai munafik. Begitulah celuparnya mulut TulangBesi@Rahman Talib terhadap pimpinan PAS.

Meskipun TulangBesi@Rahman Talib  mengutuk UMNO dan MCA, dalam masa yang sama beliau mengeji dan mencaci beberapa pimpinan PAS yang dianggap sebagai ‘musuh’ kepada edorgan atau penghalang kepada misi edorgan dalam PAS.

Bacalah artikel dalam blog ini untuk anda memahami perkara tersirat dalam perjuangan Islam yang penuh komplek.

Dan untuk ketahui tentang IRC/Suara Islam, sila lihat http://www.jalan-yang-satu.blogspot.com/2012/01/irc-dan-penglibatan-dakwah-di-malaysia.html

Comments (1)

Laporan Tahunan Blog Tulang Besi

Kilk di sini http://tulangbesi.wordpress.com/2011/annual-report/

Crunchy numbers

The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people.  This blog was viewed about 9,600 times in 2011.  If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.

In 2011, there were 21 new posts, growing the total archive of this blog to 132 posts. There were 2 pictures uploaded, taking up a total of 229kb.

The busiest day of the year was May 30th with 314 views. The most popular post that day was TB melenting sebab “Barbican” (babikan?).

Leave a Comment

TB@RahmanTalib menyalak semula selepas Ramadan

oleh Tulang

Sepanjang bulan Ramadan kita perhatikan TB@RahmanTalib dalam malayswaves.com menjaga mulutnya dengan baik, tidak dicerca ulamak. Mungkin sebab syaitan yang mengelilinginya sudah diikat di bulan yang mulia itu.

Tetapi selepas Ramadan berlalu, apabila syaitan dilepaskan dari ikatan, maka TB@RahmanTalib mulakan minggu pertama bulan Syawwal yang mulia ini dengan mencaci ulamak PAS dengan tuduhan lama dan beliau masih meratib dengan zikir kerajaan perpaduan.

——mula petikan —-

Semenjak kalahnya UMNO tergolek di 5 negeri, mentera yang mereka sering ulang adalah PAS ini melutut kepada DAP.  TB@A.RahmanA.Talib berkata:

Puak2 UMNO juga kelihatan bercinta dengan beberapa kepimpinan PAS yang dilihat oleh mereka anti DAP dan pro kepada perpaudang seperti:

1.0 Nasaruddin Mat Isa
2.0 Dato HArun Din
3.0 Dato Harun Taib
4.0 Hasang Ali
5.0 Ustaz Azizan Razak
oleh6.0 Tantawi

Secara umumnya, mana2 pimpinan PAS yang terang2 menyerang sesama PAkatan Rakyat akan ditabalkan sebagai hero oleh UMNO.

Misalnya, apabila timbul ura2 Ustaz Azizan akan ditukar sebagai MB KEdah, berlumba-lumba UMNO pertahan Ustaz Azizan. Padahal, hakikatnya, satu PAS Kedah sudah tidak tahan duduk bawah pemerintahan dia. Jawatan Perhubungan Negeri pun ambik pegawai2 dia di pejabat MB.

—– akhir petikan—–

Kita sangka TB@RahmanTalib sudah berhenti menyerang PAS dan kita jangka mahu tabik hormat pada TB@RahmanTalib, tapi manusia jenis lidah bercabang ini telah mulakan serangan ke atas pimipinan PAS semula di bulan hari raya yang mubarak ini.

Dendam lama beliau belum habis terhadap Ustaz Nasaruddin dan Dato’ Ustaz Harun Din, yang tidak sehaluan mentor TB@RahmanTalib.

Dendam lama terhadap Dato’ Dr Hassan Ali yang sudah tidak lagi pegang jawatan PJ Selangor juga masih belum lupus dalam hati TB@RahmanTalib kerana Dato’ Hassan Ali tidak beri jawatan padaTB@RahmanTalib dan kerana Dato’ Hassan dikatakan tidak sehaluan lagi dengan  mentor TB@RahmanTalib.

Dendam lama beliau terhadap Dato’ Ustaz Harun Taib juga masih membara dalam diri TB@RahmanTalib kerana TB@RahmanTalib mengganggap penghalang mentornya mengusai Terengganu dan kerana beliau tidak dapat projek ICT semasa PAS Terengganu perintah Terengganu.

Dendam lama terhadap Ustaz Nasaruddin Tantawi juga tidak padam kerana sahabat TB@RahmanTalib iaitu Abdullah Karim tidak terpilih dalam saf DPPP dalam Muktamar lepas.

Tiba-tiba kali ini, nama baru MB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak termasuk dalam senarainya. Mengapa?  TB@RahmanTalib dan mentornya menggangap ruang mereka terhad di Kedah dan mengganggap Ustaz Azizan sebagai penghalang kepada kemaaraan mentornya dan kawan-kawan mentornya di Kedah. Mereka berharap kalau MB Kedah ini berundur, ada peluang mentor dan kawan-kawan mentor menguasai Kedah.

Siapakah mentornya? Tidak lain tidak bukan erdogan yang bergerak secara senyap dan halus. Sebenarnya Tulang tidak perlu tulis ulasan ini sebab tenaga kita harus ditujukan kepada menyerang musuh yang sama iaitu UMNO dan kuncu-kuncunya bukan sesama kita.

Tetapi Tulang merasa terpanggil untuk mengingatkan pembaca bahawa TB@RahmanTalib cuba mencari pengaruh dan mahu mempengaruhi orang lain terhadap agenda jahatnya. Memang benar beliau menyerang UMNO dan kuncu-kuncunya dengan harapan orang percaya dan puja TB@A.RahmanA.Talib. Dan dalam masa yang sama TB@RahmanTalib mahu orang percaya juga kepadanya apabila beliau menyerang ulamak PAS.

Inilah kejahatan berterusan TB@RahmanTalib yang belum berhenti.

Leave a Comment

TB hina Almarhum Ustaz Fadzil Noor

oleh Tulang

Akibat terlalu ghairah dengan mulut celupar dan sengal urat kepala kerana minum barbican,  Tulang Besi atau TB@Rahman Talib mencadangkan supaya lambang PAS ditukar dengan lambang foto Allahyarham Ustaz Fadzil bagi mencerminkan PAS Reform atau PAS berwajah baru.

—————–TB@Rahman Talib menulis——————————

Tulang Besi mencadangkan supaya gambar Allahyarham Ustaz Fadzil Now dijadikan lambang “PAS Reform” yang baru.

Ini kerana segala perubahan yang ingin kita bawa dalam PAS sekarang ini tidak lebih dari merealisasikan impian dan visi Allahyarham.

Allahyarham hanya mahu menjadikan PAS sebahagian dari arus perdana, diterima oleh semua kaum dan agama tanpa mengorbankan prinsip dan asas Islam.

Perubahan yang ingin dibawa oleh Allahyarham mendapat sokongan padu dari Mursyidul Am PAS. Malahan, dalam isu Kerajaang Perpaduang, Tok Guru Nik Aziz semata-mata mahu mempertahankan amanah serta wasiat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor

PAS yang terasing dari arus perdana hanya merugikan Islam. PAS adalah duta Islam di Malaysia. Kalau PAS tidak bersama di dalam kehidupan majoriti rakyat Malaysia, bagaimana Islam hendak berkembang di Malaysia?

Sepanjang pemerintahan Ustaz Fadzil tiada berlaku perpecahan seperti yang kita lihat selepas PRU 2008. Ini kerana Ustaz Fadzil Nor memberi sepenuh wala’ kepada Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Sekian

Tulang Besi  @Rahman Talib

——————–tamat—————————————

Inilah satu penghinaan yang dahsyat kepada Allahyarham Ustaz Fadzil, bekas Presiden PAS.

Ia juga satu penghinaan kepada pimpinan PAS seluruhnya dan ahli-ahli PAS seluruhnya serta penyokong PAS dari seluruh dunia. Apakah TB tidak baca sejarah lambang dan bendera PAS? Apakah TB tidak faham bahawa PAS bukan milik indidvidu atau dipengaruhi kuat oleh individu-individu tetapi dipengaruhi seluruhnya oleh ahli dan pimpinan secara kolektif?

Tidak seperti UMNO yang dikawal dan diputuskan oleh pimpinan melalui wang, rasuah, projek, perempuan, dan ugutan, PAS bebas dari semua ini

Tidak seperti PKR, bayangan DSAI lebih kuat menguasai arah haluan PKR walaupun Yb Azmin sentiasa memerhati dan membuat check-and-balance.

Tidak sepertimana DAP, yang dibayangi kuat oleh Lim Kit SIang dan Karpal Singh.

PAS pernah menghukum Dr. Asri dan pengikutnya walaupun beliau pernah menjadi YDP PAS (Presiden). PAS pernah menghukum beberapa individu pimpinan di Kelantan dalam kes 1978 melibatkan Menteri Besar Kelantan Dato’ Muhammad Nasir dan ketika gelombang Angkatan Perpaduan Ummah sekitar akhir 80an dan awal 90an dan di Terengganu serta Pahang yang melibatkan Tok Guru dan Aktivis PAS.

Nampak benar TB ini ikut selera dan nafsu apabila beliau mencadangkan lambang baru ini untuk PAS. Yang peliknya TB ini ada pengikut, dan pengikutnya ada yang memiliki ijazah dari England. Pelik ada orang PAS yang masih berbangga dengan TB yang menjadi jurucakap kepada erdogan ini dan menghina Almarhum serta pimpinan PAS termasuk Presiden PAS selama ini.

Comments (1)

TB seronok tak terkira hentam ulama PAS

oleh Tulang

Selepas mendengar keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat dan JK PAS Pusat pada Muktamar PAS ke 57, Tulang Besi atau TB@Rahman Talib melompat-lompat gembira macam kera kena belacan.

Gembiranya tak terkira dan dia melabel DMPP dan JK PAS Pusat dikuasai oleh erdogan. Dia yang labelkan begitu dan dia agak konsisten sepanjang 3-4 tahun ini dalam melabelkan beberapa orang erdogan yang dijunjung dan dipujanya terutamanya mentornya YB Dzl dan YB HM.

Ahli PAS dan perwakilan Muktamar boleh terima keputusan dalam semua muktamar, samada Muktamar Dewan atau Muktamar Pusat, tapi TB tidak boleh terima, apatah lagi dia bukan perwakilan.

TB@RahmanTalib menghentam dan menghina ulama yang kalah seperti YB Ustaz NMI dan Ustaz Dato’ TITM (Ustaz Tuan). Tidak lupa juga dia menghentam anak Tok Guru YAB TGNA dan YB TGHH yang dipilih oleh perwakilan. Dan apabila Dolah Karim tidak terpilih sebagai AJK DPPP, TB kata AJK DPPP menyisihkan Dolah Karim. Perwakilan yang tak pilih Dolah Karim. Malah AJK DPP belum bersetuju untuk terima Dolah Karim dalam JK DPPP sebab kesnya yang belum selesai, iaitu kes kritikan terbuka yang tidak  melalui saluran dan etika sebagai ahli PAS dalam kes tindakan dispilin ke atas YB DHA dan YB KS tahun lalu SERTA kebocoran minit mesyuarat DPPP dan minit mesyuarat BPPN Pahang. TB dapat maklumat bocor ini dari bloggers celaka lain seperti Wan Jie yang merupakan sahabatnya.

Agaknya TB nak suruh semua orang dengar cakap orang yang minum air barbican yang ada alkohol 0.5% dalam menentukan JK DPPP. Semoga TB@Rahman Talib sudah berhenti minum air barbican dan bertaubat. Dek kerana air barbican itu, pemikirannya menjadi sempit dan mamai serta pendek akal.

Memang dangkal otak TB apabila beliau tidak boleh terima keputusan perwakilan Muktamar. Itu keputusan ramai bukan keputusan satu orang manusia.  Sudahlah tak bayar yuran ahli PAS, menghentam PAS, menimbulkan fitnah dalam PAS, melaga-lagakan ahli PAS, dan menghina ulama, TB pula nak kempen supaya YB KS Shah Alam sebagai Pesuruhjaya Selangor.

Memang cetek pemikiran TB. Tak mungkin dia tak tahu bahawa meletakkan YB KS akan terus menerus mengekalkan masalah dalam PAS Selangor. Adanya YB DHA sebagai PJ PAS Selangor yang ada sekarang juga bermasalah sebab YB KS cemburu dengannya; kalau letak YB KS sebagai PJ pula, penyokong YB DHA yang cemburu. Memang tak selesai. Jadi nampak cetek dan kebudakan pemikiran TB dalam menyusun tanzim dan mengatur saf kepimpinan.

Kawan Tulang kata, alahai, si TB tu kan budak jalanan yang nakal. Apa dia tahu tentang tanzim dan manhaj? Biarlah dia nak kata apa pun. Budak-budak kan selalu emosi, cakap ikut sedap mulut dan ikut rasa, bukan ikut akal dan iman.

Tulang kata betullah tu…jadi eloklah Tulang berhenti tulis dulu sekejap pasal TB@Rahman Talib ni. Biarlah TB meracau dan mamai dengan keghairahannya dan kegembiraannya yang terencat kira-kira tiga tahun yang lalu kerana pujaannya kalah dalam Muktamar 2009. Kali ini biarlah dia melompat macam kera sekejap.

Comments off

TB belum berhenti meratib dengan UG

oleh Tulang

TB, Tulang Besi@Rahman Talib  kata dia besyukur kerana kelompok UG atau kerajaan perpaduan kalah dalam Muktamar 2011. Kenyataan sindiran ini adalah zikir dan ratib TB sejak tiga tahun ini apabila TB gagal dalam percubaan fitnahnya terhadap Ustaz Nasharuddin bagi menjatuhkan Ustaz Nasharuddin (YB NMI) untuk memenangkan YB Husam Musa (YB HM) sebagai Timbalan Presiden dalam Muktamar 2009.

Berbekalkan air barbican yang kini diketahui ada alkohol 0.5%,  TB masih meratib dengan UG dan Kerajaan Perpaduang dan TB masih belum berhenti lagi meratib.

Kita tidak lupa TB, menggunakan nama samaran The Truth Seeker, pernah membuat fitnah ke atas Alamarhum PJ Selangor, agar PJ berkenaan diganti dengan YB Dato’ Dr. Hassan Ali (YB DHA). Melalui fitnahnya dan usaha melobi oleh erdogan mengikut pintu belakang dalam PAS ketika itu, akhirnya YB DHA dilantik menjadi PJ Selangor.

TB dan erdogan terus merangka pelan agar DHA terus naik ke puncak kepimpinan dalam PAS supaya suara dan agenda erdogan dapat di bawa ke depan dalam PAS. Tiga penggal DHA menjadi Naib Presiden. Atas kesungguhan TB@Rahman Talib, YB DHA melantik TB menjadi Pegawai Khas YB DHA. Apabila Selangor diperintah oleh PR, TB minta jawatan dari DHA. DHA tak dapat tunaikan kehendak TB, maka TB mengamuk dan terus memfitnah YB DHA. Kemudian diikuti dengan YB KS “menyerang” YB DHA di Selangor dalam isu SELCAT sehingga menyebabkan YB KS dikenakan tindakan disiplin dan begitu juga YB DHA.

Soalan yang timbul dalam perkara ini ialah  mengapa TB dan erdogan yang pernah melonjakkan YB DHA selama tiga penggal dalam PAS tiba-tiba “menyerangnya” dan kemudian cuba menjatuhkan YB DHA pada tahun lalu di Selangor? Dan menurunkan YB DHA dari jawatan no. 3 dalam PAS? Mengapa? Bukankah YB DHA ini yang banyak membantu mereka sebelum ini?

Nah perkara yang sama dibuat oleh TB dan erdogan di mana mereka memujuk Ustaz Nasharuddin Mat Isa (YB NMI) supaya mencabar Almarhum Ustaz Hassan Shukri selaku Timbalan Presiden PAS. Kemudian mereka berkempen secara terbuka bagi memastikan YB NMI menang dalam pertandingan di Muktamar di Kelantan. Walaupun menang, YB NMI tidak mengikut telunjuk erdogan. Maka YB NMI terpaksa ditukar ganti. YB HM dirangka sebagai pengganti tetapi tewas. Isu UG atau kerajaan perpaduan hanyalah alasan untuk dijadikan peluru untuk membenam YB NMI dan zikir UG pada bibir TB tidak pernah lekang selagi YB NMI masih menjadi orang no. 2 dalam PAS.  Selepas YB NMI tidak lagi pegang jawatan no. 2, baki zikir UG masih melekat pada bibir TB sehingga hari ini.

Soalan yang sama kita tanya mengapa TB dan erdogan berkempen untuk YB NMI satu masa dulu dan meyokongnya selama beberapa tahun, kemudian cuba menjatuhkannya pada tahun 2009 dan akhirnya melumpuhkan YB NMI tahun ini?

Kali ini TB dan erdogan cuba menjunjung Mat Sabu dalam parti dengan harapan agenda ulamak dalam PAS boleh dipudarkan secara perlahan setelah Mat Sabu menjadi orang no. 2 dalam PAS. Setelah Mat Sabu menang, dan jika Mat Sabu tidak mendengar suara dan agenda erdogan dalam PAS selepas ini, maka Mat Sabu akan menerima nasib yang sama seperti YB DHA dan YB NMI.

Sejarah terus berulang dan akan berulang. Kita tahu Mat Sabu kenal TB ini dan kawan-kawan TB dari erdogan. Mat Sabu juga tahu tektik erdogan. Mat Sabu pernah menolak dengan tegas satu kertas “Amanat Presiden PAS” yang ditulis oleh sekelompok dari erdogan yang menguasai PPP pada ketika itu. Kertas amanat itu diberikan ‘last minute” kepada Presiden dan Presiden tidak sempat menyemaknya secara terperinci, tetapi bersangka baik kepada kelompok yang menyediakan kertas itu, lantas Presiden membentangkan kertas “amanat” itu. Amat mengejutkan apabila Mat Sabu dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mengajak peserta konvension di bangunan Angkasa Kelana Jaya itu untuk KIV kertas tersebut dan tidak menerima kertas yang kontroversi itu. Tulang  tahu TB dan erdogan tahu cerita ini. Ia amat memalukan Presiden PAS. Tuan Haji Subky pernah bertanya, apakah mereka (erdogan) mahu membuat percubaan untuk “membunuh” Presiden TGHH dengan kertas itu?

Kini Mat Sabu akan dikelilingi oleh erdogan, dan TB menjadi lidah penyambung kepada suara erdogan dari luar PAS. Tuan Haji Subky menasihatkan Mat Sabu supaya membawa ulama bersamanya dalam melaksanakan tugasnya. TB akan melontarkan banyak perkara dalam blognya selepas ini kerana TB akan dapat info dalaman dengan lebih mudah selepas ini. Informan lama TB akan sampaikan info mesyuarat tertutup dan info mesyuarat JK Kerja Kerja PAS jika informan berkenaan masih mahukan TB membantunya, khususnya mewujudkan pressure dari luar ke atas PAS bagi menjayakan agenda mereka.

Kemenangan Mat Sabu di tempat no. 2 bukan satu yang permanent. Kalau semua orang yang pernah pegang jawatan no. 2 dan no. 3 dalam PAS tidak pernah kekal, maka Mat Sabu juga tidak kekal. Di dalam PAS, Mat Sabu antara pimpinan PAS yang pernah mendaki gunung perjuangan sejak remaja lagi, berebut-rebut memegang panji Islam untuk mencari keredhaan Allah dan mencari syahid, dan berlumba-lumba untuk akhirat. Tetapi ada orang yang turun dari helikopter di atas gunung dan menjadi pemimpin PAS serta membawa agenda kelompoknya dalam PAS, dan yang paling tidak seronok ialah mereka cah keting orang yang tidak menyokong agenda erdogan. Cah keting ini bukan baru dalam amalan mereka kerana mereka sering mengamalkannya semasa di zaman belajar di universiti sejak dulu lagi. TB suka begini sebab itu TB tidak kekok dalam menjalankan tugas memfitnah orang sehingga YB TGHH pun difitnahnya.

Betullah kata YB TGHH, dalam PAS, samada orang baru atau orang lama, semua akan diuji oleh Allah SWT. Yang turun dari helikopter pun akan diuji. Orang lama dalam PAS juga pernah diuji oleh Allah dan akhirnya keluar dari PAS. Dato’ Asri dan 13 pengikutnya, Nakhaie, Ustaz Abd Latif Besut adalah antaranya contoh pimpinan PAS dan ahli PAS yang diuji di merata negara juga pernah diuji dan terkeluar dari PAS. Ada orang baru dalam PAS, aktif beberapa tahun, kemudian hilang entah ke mana dan ada yang masuk UMNO menentang PAS. Ada orang lama dan orang baru yang pegang jawatan no. 2 dan no. 3 dalam PAS, tetapi apabila gagal menjalankan amanah, maka mereka diturunkan dari pimpinan oleh perwakilan dalam Muktamar.  Perwakilan pernah menghukum YB HM dari Kelantan dan YB DHA dari Selangor. Kini perwakilan yang pernah junjung YB NMI satu masa dulu turunkan YB NMI dari jawatan no. 2. Pewakilan yang pernah bagi undi tinggi pada YB Nizar (YB N) dalam Muktamar 2009, kini tidak memberikan undi yang memberangsangkan kepada YB N, dan YB N harus sedar bahawa undi popular tidak kekal lama.

Selain daripada alasan perwakilan mahu mengajar pimpinan no. 2,  perwakilan juga mahu ulama berfikir dan bertindak untuk menyusun semula ukhwah sesama mereka dan memperkasa gagasan ulama dalam PAS agar PAS tidak menjadi seperti UMNO. Berbanding dengan TB yang suka kutuk ulama, perwakilan Muktamar PAS lebih beradab dan sopan dalam mengatur langkah. Agaknya itu beza perwakilan yang matang dengan TB yang masih budak nakal di tepi jalan yang gagal menjadi perwakilan dalam Muktamar hampir 10 tahun sudah.

Gelombang perubahan dalam pimpinan PAS buat kali ini menunjukkan bahawa semangat dan tempias kebangkitan rakyat Mesir dan Tunis berlaku dalam PAS. Mungkin semangat dan tempias ini adalah pra-syarat kepada PAS untuk menyemarakkannya dalam negara ini. Perwakilan mahukan pimpinan muda yang bukan sahaja kental semangat “menggempur” dan “bergocoh” , tetapi kesemua 4 orang itu, Mat Sabu, Salehudin, Husam, dan Mahfuz adalah orang berani dan selalu turun di padang dan di jalan-jalan. 3 daripada mereka pernah merengkok lama dalam penjara dan beberapa kali dipenjara, tapi keempat-empatnya selalu di simbah asid dari water canon  milik FRU yang dikerah oeh UMNO-BN ketika 4 orang ini memimpin demonstrasi jalanan. Gelombang kali ini mahukan PAS menggempur UMNO habis-habisan. Gelombang kali ini adalah gelombang generasi muda yang dahagakan keadilan, ketelusan, dan kebenaran. Mungkin imej ulamak tidak sesuai untuk menggempur kubu UMNO dan BN di saat kemenangan ini. Ia memerlukan tenaga dan kekuatan luarbiasa untuk membuat pecutan akhir. Izinkanlah anak-anak muda bertubuh kasa ini menjalankan tugas untuk bergocoh dengan UMNO dan BN. Imej ulamak tidak serasi dengan gocoh dan bertempur. Insya Allah ulamak akan berikan sokongan moral, motivasi, dan doa berterusan kepada  empat gedebe PAS ini untuk membawa ahli PAS dan rakyat ke dalam Putrajaya dalam PRU13. Allahuakbar!

Comments (4)

Tulang Besi masih mamai sebab barbican

oleh Tulang

TB atau Rahman Talib dalam malaysiawave hari ini “bergaduh’ dengan MSO, Mohd Sayuti Othman. TB  kata MSO penipu kerana memberikan angka yang tidak betul tentang pencalonan jawatan Timbalan Presiden. Kenapa TB  tiba-tiba nak bergaduh dengan MSO? Sebabnya ialah menjelang Muktamar PAS tahun 2009, MSO membongkar kisah erdogan Kelantan yang berkawan denga Kickdafella; TB  adalah pemuja setia erdogan Kelantan itu. TB ,  adalah tukang kempen erdogan Kelantan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi kalah. MSO dituduh sebagai pemusnah harapan Tulang Besi.

TB  kata, MSO berikan statistik tentang setiap orang di bawah mendapat pencalonan seperti berikut:

Ustaz Nasaruddin Mat Isa : 38 Kawasan
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man : 46 Kawasan
Muhammad Sabu : 49 Kawasan

TB  dakwa, statistik ini TIDAK BETUL. Lantas TB  kata dia tanya pada salah seorang pimpinan tertinggi PAS (agaknya erdogan) dan kononnya statistik sebenar ialah

Ustaz Nasaruddin Mat Isa : 30+ Kawasan
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man : 40+ Kawasan
Muhammad Sabu : 76 Kawasan

TB pun tak ada gerenti bahawa statistik ini betul! Dia letakkan tanda campur + pada Ustaz Nasha dan Ustaz Tuan. DanTB  juga tak boleh gerenti yang dia boleh sahkan statistik tu betul.  Apa pun, statistik yang diberikan oleh TB ini lagi jauh  “menyimpang” jauh dari MSO.

Tulang telah  ikuti 90% Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Dewan-Dewan dalam PAS serta mengikuti kenyataan Kawasan/Dewan-Dewan dalam akhbar/blog dan juga melalui informan Tulang di seluruh Malaysia, dan Tulang boleh simpulkan bahawa statistik MSO hampir tepat. Manakala statistik TB  terang-terang satu pembohongan! Penipu! Putar alam!

Itulah Tulang Besi BANYAK MINUM AIR BARBICAN, SAMPAI  MAMAI berpanjangan dari tahun lepas lagi.  Terima kasih kepada Penembak Babi, Batu Api, Ali Zaidan, dan Freezone Terengganu yang telah membongkar kisah kumpulan usrah BLOGGERS CELAKA tahun lalu yang suka sangat minum “halal beer” ini. Inilah yang menjadikan mereka anti ulama’.

Tulang juga sempat berdialog dengan TB  setahun yang lalu tentang air barbican ini melalui e-mail, dan Tulang menyatakan kepada Tulang Besi, bahawa air ini termasuk kategori syubahat.  Hari ini telah dibuktikan bahawa ia ada kandungan 0.5% alkohol http://beerbeer.org/?p=9005. Tapi kalau TB  dan bloggers celaka nak minum, minumlah jikadah kemaruk dan ketagih sangat. Syaitan amat suka kalau ada manusia yang sedia mewarisi kebencian syaitan kepada ulama’ dan syaitan tahu ulama’ adalah waris anbiya/nabi-nabi.

TB  juga membuat satu posting berkempen untuk Mat Sabu dalam blognya hari ini. Tulang Besi berhujjah bahawa oleh kerana Mat Sabu telah masuk penjara 2 kali, manakala Ustaz Nasharuddin dan Ustaz  Tuan tidak pernah masuk penjara, maka dua orang ustaz ini tidak “Kebal UMNO” dan TIDAK LAYAK menjadi Timbalan Presiden PAS.

Inilah hujah pak pandir ini. Terlalu dangkal pemikiran dan rasional yang amat lemah ini. Kalau masuk penjara jadi kriteria, eloklah TB  pujuk Nelson Mandela masuk Islam dan masuk PAS supaya Mandela yang pernah duduk dalam penjara 30 tahun itu boleh menang jawatan Timbalan Presiden PAS.

TB  takut Ustaz Nasharuddin atau Ustaz Tuan jadi Timbalan Presiden PAS kerana “bimbang” kalau-kalau mereka berdua akan bawa PAS masuk UMNO untuk mewujudkan apa yang beliau panggil “kerajaan perpaduang”. Tak habis lagi rupanya TB berzikir dan meratib tentang UG dan kerajaan perpaduan tiap-tiap hari.

Para perwakilan ke Muktamar PAS minggu ini lebih bijak dan waras dari Tulang Besi yang MASIH MAMAI KERANA TERKESAN DEK AIR BARBICAN.

Comments (1)

Tulang Besi sedang buat percubaan

oleh Tulang

Semakin dekat dengan Muktamar PAS semakin banyak Tulang Besi, TB atau Rahman Talib, cuba buat sesuatu tetapi yang dibuatnya menunjukkan dia berkempen untuk erdogan umumnya dan khususnya untuk Dr Dzul dan Mat Sabu. Pertama, Tulang Besi membuat satu posting yang ada foto Dr Dzul dan Mat Sabu sedang ditahan polis. Pepatah Inggeris mengatakan “a picture speaks for a thousand words”. Foto itu sebagai satu simbolik bahawa erdogan bersama Mat Sabu walaupun Mat Sabu tiada kena mengena dengan erdogan. Apa dosa Mat Sabu untuk dikaitkan dengan erdogan oleh Tulang Besi ini?

Dalam PAS, ramai pimpinan masuk penjara, bukan sahaja kena tangkap polis. Setakat kena tahan, ramai ahli PAS dan pimpinan kena tahan dan diambil keterangan, kemudian dibebaskan. Yang kena simbah asid dari water canon beribu dah. Tetapi ada pimpinan PAS yang kena tahan dan dimasukkan penjara berbulan-bulan di bawah ISA. Hatta, adaahli PAS dan pimpinan PAS yang kena bunuh seperti di Teluk Merbau dan Memali.

TB cuba nak puji Mat Sabu sebab TB kata Mat Sabu berani kerana tahan polis. Ini percubaan kempen TB kononnya dia penyokong setia Mat Sabu. Mat Sabu pun tak minta dipuji. Mat Sabu pun tak suka dipuji. Mat Sabu tak suka dikaitkan dengan erdogan. Tapi Tulang Besi buat percubaan yang kononnya “appealing”  walaupun tak jadi tetapi Tulang Besi tak mahu cari foto Ustaz  Nasharuddin ditahan polis dan dikejar polis? Dan tak mahu cari foto Ustaz Tuan kena tahan polis dan dikepung oleh puluhan polis?

Percubaan kedua ialah Tulang Besi juga cuba mengaitkan tawaran oleh UMNO kepada TG Ustaz Nik  Aziz tahun ini ada kaitan dengan “Kerajaan Perpaduang” yang disindirkan kepada TG Hj Hadi dan PAS Terengganu.

Berita asal dari http://www.malaysiakini.com/news/165493 menyatakan bahawa pada awal tahun ini UMNO pergi berjumpa dengan TGNA lima kali menawarkan beberapa jawatan kepada PAS.

Berita ini diselewengkan oleh Tulang Besi dengan mengaitkan tawaran ini dengan isu kerajaan perpaduan dan memberi ulasan bersifat putar alam atau putar belit.

Pada hakikatnyaberita itu tiada kaitan dengan TGHH, tetapi kerana niat jahat Tulang Besi yang suka minum barbican ini, dia mengaitkan berita ini dengan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh TGHH dalam Muktamar PAS 2009 walaupun TGHH belum bentangkan kertas konsep kepada ahli PAS. Apa yang Tulang Besi tahu tentang kerajaan perpaduan kecuali bercakap dalam gelap, macam sibuta dengan sigajah. Bila Tulang Besi terpegang telor gajah, dia kata itu buah ciku sedangkan buah ciku pun dia tak pernah tengok!

Dalam posting kali ini, Tulang Besi TIDAK BERANI ulas berita di atas  untuk mengenakan TGNA.

Kalau UMNO jumpa TGHH, Tulang Besi akan kata TGHH nak bawa masuk PAS dalam UMNO.

Apabila UMNO jumpa TGNA 5 kali secara senyap-senyap, Tulang Besi tak berani kata TGNA nak bawa PAS masuk UMNO.

Persoalannya salahkah pimpinan PAS berjumpa UMNO atau UMNO berjumpa pimpinan PAS? Apakah mudah sangat bagi PAS nak bergabung denganUMNO? Adakah 1-2 orang pimpinan PAS boleh buat keputusan untuk bubar PAS dan masuk UMNO dengan begitu mudah? Tidak semudah itu wahai Tulang Besi dan penyokong Tulang Besi (yang kebanyakannya terdiri daripada cybertrooper UMNO).  Orang Kedah kata, “ada akai ka?”  ”hang minum air apa ni?” Barbican lagi ka? Mabuk ka?

Kemudian Tulang Besi mengulas isu wala’. Kononnya Tulang Besi ini ahli PAS tulen. Dia kata:

“Tugas para perwakilan adalah menaikkan kepimpinan yang “WALA’” kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Segala perpecahan dalam PAS selama ini adalah kerana sikap beberapa kepimpinan PAS yang TIDAK WALA’ kepada Mursyidul Am PAS itu.”

Tulang Besi sendiri tidak wala’ dalam PAS.

  • Dia tak bayar yuran tahunan ahli bertahun-tahun
  • Dia menghina dan menghentam Tuan Guru Hj Hadi
  • Dia menyerang Timbalan Presiden PAS
  • Dia menyerang Setiausaha Agung PAS
  • Dia menghina Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat
  • Dia menghina Ketua Pemuda PAS Pusat
  • Dia menghina PAS secara berterusan dan terbuka
  • Dia menghina para ulamak
  • Dia melaga-lagakan pimpinan PAS dan ahli PAS melalui berita fitnah selama beberapa tahun kebekakangan ini.
  • Dia wala’ pada erdogan daripada PAS itu sendiri.
  • ….dan bacalah lagi posting mengenai konspirasi Tulang Besi dalam posting sebelum ini.
Tulang Besi sangka perwakilan PAS di Muktamar kali ini bodoh macam dia untuk menentukan pimpinan PAS. Kesian Tulang Besi. Tak dapat jadi perwakilan. Tak habis-habis buat percubaan untuk menimbulkan fitnah dalam jamaah Islam.
Mungkin dengan pelbagai percubaan ini akan melayakkan dia jadi calon untuk bertanding atas tiket parti politik lain yang tak suka kepada PAS dan ulama’. Mana tahu kan, rezki ada di mana-mana. Pencuri, peragut, dan perompak pun kata begitu, apatah lagi Tulang Besi.

Leave a Comment

TB masih minum barbican lagi ke?

oleh Tulang

Bloggers celaka sinonim dengan barbican, satu jenis minuman yang dikategorikan sebagai “halal beer”.  Pada tahun lalu isu barbican ini timbul bukan sangat kerana air minuman itu tetapi bloggers celaka sering bertemu di sebuah kedai bagi merancang bagaimana nak jatuhkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan isu kerajaan perpaduan. Baca ini: http://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/10/tb-melenting-sebab-barbican-babikan/

Sambil minum barbican (sebutan bahasa Melayu, babi kan?), mereka berpakat siapa nak lontar dulu isu UG atau kerajaan perpaduan tahun lalu dan siapa nak kutip dan komen kemudian letupkan dalam banyak blog di sana sini. Mereka berpakat macamana nak  calarkan imej kepimpinan ulamak dan pimpinan PAS Terengganu.

Mereka juga berpakat untuk sokong kumpulan erdogan. Mereka buat pertemuan dengan YB Khalid Samad untuk dapat maklumat. YB Khalid Samad kata dia dapat info dari abang dia yang UMNO YB Dato’ Shahril Samad yang kata ada pimpinan tertinggi PAS berbicang dalam gelap jumpa pimpinan tertinggi UMNO nak bawa PAS masuk UMNO.  Maklumlah Shahril Samad kan duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO, jadi info itu dianggap munasabahlah. Lantas erdogan Kelantan kutip info yang samar-samar itu dan beri pada TGNA. Erdogan Kelantan  sebar info yang samar pada anak-anak buahnya. Hampir seluruhPAS Kelantan marah pada TGHH dan Timbalannya. Dalam masa yang sama bloggers celaka mainkan isu UG dan kerajaan perpaduan dalam Internet selama 6 bulan sampailah kepada kemuncak Ustaz Nasharuddin terpaksa pergi minta maaf dengan TGNA dalam isu UG ini dan sehingga YB Fatah selaku Pengarah PRK tidak beri ruang pada TGHH dan Timbalannya turun ke PRK Manir Urai. Dahsyat betul permainan bloggers celaka ini. Akibatnya undi PAS di Manik Urai merosot! Kita teringat lirik lagu bangau-oh-bangau bila menilai kisah ini.

Hatta, Prof. Aziz dicucuk erdorgan supaya muncul dan buat kenyataan menuduh ada pimpinan tertinggi PAS nak bawa PAS masuk UMNO, dan pimpinan tertinggi ini harus dipecat.  Lagi sekali erdogan Kelantan kutip kenyataan seorang profesor hebat ini dan berikan pada TGNA. Apa lagi meletuplah dan panaslah kisah kerajaan perpaduan. Mujurlah dengan izin Allah apabila berlaku isu angkara Kickdafella di Kelantan barulah erdogan Kelantan diam hingga hari ini. Baca lagi di sini http://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/27/tb-menzahirkan-siapa-lagi-endorgan-dalam-pas/

Begitulah gara-gara penangan air barbican yang diminum oleh puak bloggers celaka yang menimbulkan fitnah dalam PAS bagi melaga-lagakan ahli PAS dan menjatuhkan imej ulamak. Tulang Besi@Rahman Talib Wan Ji, Dzulfakar, Penarik Beca, Topeng Perak, Task Force 13, AdukaTruna, Kickdafella dan beberapa lagi bloggers celaka memainkan peranan penting dalam usaha jahat in. . http://tulangbesi.wordpress.com/2010/06/20/tulang-besi-blogger-celaka-dan-blogger-luncai/

Isu bir halal ini dibahaskan oleh beberapa blogger lain seperti Penembak Babi, Batu Api, Frezone Terengganu,  dan Ali Zaidan. Blogger ini menggelar bloggers celaka sebagai kumpulan usrah barbican.

Dulu kita kata air minuman barbican ini jatuh dalam kategori hukum syubahat. Tulang Besi kata Arab kat Dubai dan Mekah pun minum air barbican. Bila kita minta bukti, Tulang Besi tak boleh bagi bukti yang air itu halal. Bila kita minta fatwa dari Mufti UAE dan Saudi, Tulang Besi gagal beri bukti. Dia nak minum juga barbican bersama kumpulan usrah bloggers celaka. Nak minum minumlah. Kita cuma ingatkan saja.

Akibat minum air barbican inilah yang menjadikan Tulang Besi dan bloggers celaka jadi anti-ulama PAS.

Nah hari ini Albanjari menulis dalam blognya:

———————————–mula

http://albanjarionline.blogspot.com/2011/05/panas-berapi-sapa-nak-jawab-barbican.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AlbanjariOnlineV2+%28%3A%3A+albanjari+online+V2+|%29

Barbican ada alkohol!

Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol

—————————————tamat

Baca lagi beberapa posting mengenai perbicangan air barbican dan kumpulan usrah barbican

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya?
24 March 2010
…  saya baca tulisan dalam bloq Penembak Babi mengenai Usrah Barbican, saya menjadi mengerti dan akur bahawa Pak Bakaq adalah naqib usrah …  Wan Ji. Saya berkesempatan untuk memamparkan gambar Usrah Barbican yang lebih besar yang dikenali sebagai usrah umum yang dihadiri oleh …
TB belum nafi dia ejen UMNO
6 April 2010
…  dan kumpulan usrah minuman “arak” barbican kini menunggu arahan untuk serangan seterusnya, mungkin selepas penamaan calon PRK Hulu Selangor atau selepas itu. Usrah barbican? …
10 April 2010
…  ini tulangbesi telah marah kepada penembak babi kerana isu barbican, penembakbabi rupanya orang tranung, kalau tidak tulangbesi tidak akan mengamuk dan mengatakan barbican tiada ditulis dalam bahasa tranung. rupanya bahasa tranung ni dipakai …
10 April 2010
…  kisah bloggers celaka buat usrah di kedai minum dan minum barbican. TB kata dalam laman webnya. ——————- Ada seekor …  rendah dari babi. Mamat ni sengaja guna nama “Puak Barbican” sebab nak bagi kiasan kononnya blogger-blogger anti UG ni rapat …
10 April 2010
…  sini dengan tajuk Siri Menjawab Tomahan Bodoh: “USRAH BARBICAN” Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup.
15 April 2010
…  sebab demam 2 minggu lepas belum baik.  Eloklah mionum barbican (beer halal) yang TB suka sangat sampai dai kata jumpa barbican tu kat Mekah  http://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/10/tb-melenting-sebab-barbican-babikan  Dalam keadaan separuh mamai sebab minum barbican (beer  halal) …
17 April 2010
…  termasuk duit minyak dan tambang teksi, duit belanja barbican (arak halal) dan makan-makan sama bloggers celaka, duit derma untuk …
27 April 2010
…  sebab sikap tamak dan rakusnya). Mungkin kesan minuman barbican belum habis lagi dalam diri TB, maka dalam keadaan mamai, TB membuat …
8 May 2010
…  kepada hadirin yang hadir dalam kuliah agama. kalau kuliah barbican aku tak tahu le ada sebut ke tidak, tengah mabuk pun sebut pun mana …
8 May 2010
…  ke dalam kepala dan tubuhnya samada dia minum arak halal barbican atau tidak. Syaitah sudah suka sama TB. Kini TB serang lagi ulama …  masa tu. Bila TB lahir dan dewasa serta minum arak halal barbican, dia terus mamai dan meracau yang kononnya PAS tidak menentang judi …

Comments (3)

Older Posts »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.