Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup. Pesan sahaja Barbican dan Nasi Arab bungkus lagi mudah. Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu – ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)
Wan Jo mengamuk sakan di Pejabat Agung, habis semua dibamboonya!! Takkan kerana marahkan perkara ini, nama Suhaimi yang tak tahu langsung pasal keahlian PAS diberikan kepada Tulang Besi @ Seluaq Dalam?
Tulang besi @ Seluaq Dalam sepatutnya menjawab dulu pertanyaan saya, jangan alih isu dengan isu Usrah Barbican. Baca artikel tulisan ini “BEER HALAL ATAU ARAK TANPA ALKOHOL” fahamlah TB akan isu Barbican. Takkan nak tipu pembaca lagi? Zaman sekarang orang tak bodoh!!
Isu yang patut dijawab oleh TB
1. Bila anda bayar yuran terakhir keahlian PAS? Jika tiada resit untuk di scan untuk ditunjukkan sebut sahaja anda bayar dimana?
2. Anda berSMS dengan Cikgu Pa.
3. Kenapa anda puji Cikgu Pa, Anda minta maaf dan menuduh orang lain menjatuhkan aib Cikgu Pa sedangkan sebelum ini anda mengkritik Cikgu Pa lebih daripada yang lain.
Jawab tiga ini dulu, baru anda boleh menulis yang lain. Jangan nak berbelit-belit. Malu anda nanti. Satu lagi seluaq dalam akan diletakkan di kepala anda untuk menaikkan pangkat anda dua calit!!
