Tulangbesi kecewa dalam PAS….jadi balaci kepada KS…kemudian masuk PKR…kini mahu bersama DAP?
TulangBesi@Rahman Talib tambah fitnah dan serangan terhadap keluarga TGHH
Tulangbesi@Rahman Talib guna foto KPPM dan Timb KPPM serta TGNA untuk jadi daya penarik orang ramai supaya membaca FB Wall yang diciptanya. Kejahatan terserlah.
Tulangbesi@Rahman Talib sudah mula kempen untuk erdogan ambialih PAS di Muktamar tahun ini
oleh Tulang
Tulangbesi@RahmanTalib sudah memulakan kempennya untuk melobi kumpulan erdorgan supaya ambil alih kepimpinan PAS dari ulama. Buat masa ini dia sedang mempromosi tulisan-tulisan YB Khalid Samad berhubung dengan isu Kota Damansara yang menjadi kontroversi dalam persefahaman politik antara PAS dan PKR.
YB Khalid yang tidak beretika menyerang Presiden secara terbuka dan menyerang ahli PAS secara terbuka selepas PRU 13. Tulangbesi@RahmanTalib amat suka sikap “terbuka” dan “berani” KS ini.
KS adalah YDP PAS Kawasan Shah Alam dan beliau juga adalah AJK PAS Pusat. Beliau mempunyai ruang dan saluran yang luas dan secara langsung dalam PAS untuk menyatakan ketidakpuasannya terhadap apa yang berlaku dalam PRU 13 tetapi beliau memilih untuk mengheret PAS ke dalam blognya di peringkat global? Untuk apa beliau berbuat demikian? Berkempen menjual nama untuk menjadi juara agar popular dan terpilih sebagai AJK Pusat yang mendapat undi paling banyak dalam pemilihan JK PAS Pusat di Muktamar PAS Nov ini?
Tulangbesi@RahmanTalib adalah promoter setia untuk KS. Dia juga sudah mula menjual nama YB Husam Musa sebagai calon Presiden PAS yang akan datang. Dia mencadangkan agar Presiden PAS TGHH ini direhatkan dan menjadi Mursyidul Am menggantikan TGNA. Dengan itu jawatan Presiden boleh dipertandingkan kepada ahli PAS.
Rahsia erdogan sudah bocor. Dalam kelompok erdogan ada juga yang tidak sanggup melihat PAS diporak perandakan oleh puak edorgan yang menjadikan Tulangbesi@Raham Talib sebagai tukang pukul gong. Tulangbesi@Raham Talib akan melobi beberapa orang edorgan jawatan penting dalam PAS melalui blog dan Facebook.
Idea erdogan ialah YB Husam dicalonkan sebagai Presiden atau Timbalan Presiden. Pastinya Mat Sabu akan menjadi pencabar utama YB Dato’ Husam. Ustaz Nasarudin Mat Isa sudah tidak ada dalam kamus pimpinan PAS. Erdogan mahukan semua calonnya yang menang supaya dicalonkan di peringkat tinggi. Dengan kemenangan KS mengalahkan Zulkifli Nordin dengan majoriti 10 ribu, Erdogan akan mencalonkan KS sebagai Timbalan Presiden atau Naib Presden untuk melawan siapa sahaja, samada YB Dato’ Mahfuz Omar atau Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man atau Salehudin Ayub.
Bagi jawatan Naib Presiden, erdogan akan mencalon YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, YB Dato’ Seri Nizar dan YB Dr. Hatta Ramli. Tidak mustahil juga nama YB Dr Mariah akan naik sebagai calon Naib Presiden. Malang kalau Dr Dzulkifli Ahmad menang dalam PRU, nama beliau akan berada di tingkat paling atas dalam senarai calon AJK PAS Pusat yang baru. Tulangbesi@Raham Talib paling suka kalau bosnya dapat dicalonkan dalam senarai Timbalan Presiden PAS atau Naib Presiden PAS.
Tulangbesi@RahmanTalib akan menggunakan isu undi populariti yang dimenangi oleh YB dari erdogan dalam PRU sebagai alasan untuk mempromosi individu berkenaan dalam kempen dan lobinya. Kita percaya ahli PAS bukan bodoh, terutama golongan Pemuda yang berdarah panas dan mudah dibakar semangat mereka untuk bertempur dengan UMNO secara “berani” dan “terbuka”. Pemuda akan dibakar supaya membuat tranformasi radikal dalam PAS untuk menang PRU akan datang kononnya. Mereka menganggap AJK PAS Pusat di bawah kepimpinan ulamak sampai bila pun tidak mampu untuk menang besar dalam PRU di Malaysia.
Di samping Tulangbesi@Rahman Talib, bekas EXCO DPPM Abdullah Karim, yang tidak terpilih dalam EXCO Pemuda musim lalu, juga sedang hangat membuat promosi dan kempen membantu Tulangbesi@RahmanTalib. Dolah Karim menggunakan rangkaian dalamannya dalam Whatsapp Group alumni jamaah UKM menyerang ulamak termasuk Presiden dan mempromosi KS serta ahli erdogan yang lain. Beliau juga mula menghasut alumni UKM untuk menjatuhkan kepimpinan DPPM di bawah YB Nasharuddin Hassan dan YB Nik Abduh yang dikategorikan sebagai ulamak. Begitulah hebatnya usaha Tulangbesi@Rahman Talib dan pembantu-pembantunya bermain api dalam PAS.
Mungkin orang luar PAS melihat artikel ini sebagai cuba memporak perandakan suasana, tetapi mereka tidak tahu tangan-tangan di belakang suasana dalam erdogan sudah aktif untuk merubah PAS dari kepimpinan ulamak kepada kepimpinan bukan ulamak seperti dalam PKR dan DAP. Usaha ini sudah lama dibuat sejak 1986 tetapi gagal. Kemudian setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO 1988, usaha untuk membuang kepimpinan ulama oleh kumpulan erdogan menjadi semakin hebat selepas PRU 2004.
Perebutan jawatan penting dalam PAS oleh erdogan secara terancang berlaku untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada tahun 2005 dan 2008. Dan kini 2013, Muktamar PAS yang tertangguh 2 kali akan melabuhkan tirainya dengan pertandingan kalah mati. Tulangbesi@Rahman Talib akan menjadi dalang di sebalik tirai wayang kulit erdogan dengan promosinya yang akan dibuat secara agresif dan mungkin di luar dugaan. Semoga Allah selamatkan PAS dari fitnah musuh dalam selimut dan melindungi orang-orang yang ikhlas berjuang dalam perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia ini.
Tulang Besi@ AbdulRahman Talib menyalak semula apabila gagal jadi calon PKR
oleh Tulang
Manusia lidah bercabang seperti Tulang Besi@ AbdulRahman Talib yang belum selesai dendam terhadap Presiden PAS terus menyalak selepas keputusan PRU 13 diumumkan.
Sebelum ini dia menyerang semua pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat secara terbuka, dan menyerang Presiden PAS secara berlapik. Tetapi kali ini Tulang Besi@ AbdulRahman Talib, semakin celupar dan biadab terhadap Presiden PAS secara terang-terangan.
Entah apa kisahnya dia marah sangat dalam isu UG yang dah lama berkubur dan tidak diperkatakan lagi, tiba-tiba manusia dua alam kini bangkit dari kesunyian dan menyalak seperti anjing menyalak bukit di dalam blognya malaysiawave.net
Kebodohan dan kesombongan Tulang Besi@ AbdulRahman Talib ini terserlah ketika dia cuba menjadi hero di depan Pejabat Keadilan Rakyat memaki pemberita dan juru gambar sebelum PRU baru-baru ini.
Ahli PKR dan ahli PAS tahu bahawa Tulang Besi@ AbdulRahman Talib sudah bertahun cuba menunjukkan belangnya depan DSAI untuk meyakinkan DSAI kononnya dia hebat dan patut menjadi calon PKR. Malang apa yang dia lakukan selama ini hanya sia-sia sahaja. Pimpinan PKR, termasuk YB Azmin yang suka kepada watak kurang ajar dan biadab Tulang Besi@ AbdulRahman Talib, tetapi tidak yakin dengan Tulang Besi@ AbdulRahman Talib. Mungkin sebab Tulang Besi@ AbdulRahman Talib hanya tin kosong, kuat bunyi bila diketok tapi kosong di dalam.
Tulang Besi@ AbdulRahman Talib …..anda boleh teruskan tunjuk garang dan benci pada UMNO, BN dan SPR untuk pujuk DSAI dan YB Azmin yang anda memang hebat, tapi belum cukup hebat.
Tulang Besi@ AbdulRahman Talib terpaksa buat video sendiri dan letak videonya di Youtube untuk merasionalkan perbuatan bodoh dan biadabnya terhadap pemberita akhbar. Cuba anda baca komen orang yang melihat video ini. Dia cuba tunjuk garang sebab dia nak cari populariti dalam politik
Inilah video peristiwa Tulang Besi@ AbdulRahman Talib yang memaki pemberita akhbar; cuba baca komen orang ramai terhadapnya. Dia nak cari populariti dalam politik dengan tektik murahan.
Dan satu lagi video yang menunjukkan betapa ‘garangnya’ Tulang Besi@ AbdulRahman Talib depan pejabat PKR dengan harapan PKR akan ambil dia sebagai calon PRU 13, tapi malangnya hampas, PKR tahu perangai manusia dua alam seperti Tulang Besi@ AbdulRahman Talib ini.
Tulang Besi@ AbdulRahman Talib boleh cuba lagi kerja keras untuk jadi calon. Anda masih muda dan ada masa lagi untuk kempen calonkan diri. Mungkin DAP atau PSM boleh pertimbangkan kehebatan anda agaknya. Lagipun bapa saudara anda adalah seorang sosialis yang hebat dan terkenal. Atau kalau Tulang Besi@ AbdulRahman Talib terhingin sangat nak jadi YB, elok masuk UMNO ikut Zulkifli Nordin, yang pernah beliau puja satu masa dulu, atau ikut Dr Hassan Ali yang pernah melantik Tulang Besi@ AbdulRahman Talib sebagai pegawai khas Dr Hassan Ali semasa Dr Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor.
Sahabat baik yang juga mentor kepada Tulang Besi@ AbdulRahman Talib iaitu Norman Toha telah ikut Dr Hassan Ali, mengapa mentee Norman Toha ini tidak ikut sama ikut mentor dia?
Sila baca lagi: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/panas-blogger-tulang-besi-mengamuk-di.html