Archive for February, 2010

Kenapa TB marah pada Ust Nasaruddin Mat Isa?

oleh Tulang

Sebabnya sama sepertimana yang disebutkan dalam artikel “Mengapa TB marah pada Mustafa Ali?”

Cuma maklumat tambahan: Ustaz Nasaruddin telah didekati dan dikelilingi oleh kumpulan erdogan sebelum beliau bertanding jawatan Tim Presiden di Muktamar Tahunan di Kelantan.

Mereka mengharapkan Ustaz Nasaruddin akan menjadi proksi mereka dalam PAS, menyuarakan pandangan mereka, mengikut cakap dan arahan mereka!  Tetapi mereka gagal!

“Ustaz Nasaruddin tidak dengar kata, dia harus dihukum. ”

Maka berlakulah pertandingan dalam Muktamar 2009. Tidak puas hati dengan kegagalan menjatuhkan Ustaz Nasaruddin, mereka serang beliau selepas Muktamar hingga hari ini. Siapa yang menjadi alat simbolik menyerang Ustaz Nasaruddin? Itulah TULANG BESI.

Bacalah satu komen dalam blog ini yang ditulis “Member lama” kepada Tulang Besi

——————

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/24/mengapa-tb-marah-pada-mustafa-ali/#comments

  1. Member lama on February 25, 2010 said:

TB, baliklah ke pangkal jalan…hang tu aku kenai budak baik dan sopan, pandai hormat oghang,..la ni hang jadi barua UMNO pasai apa? hang kemaruk nak hentam ulamak ni pasai apa? sapa upah hang? Aku tau hang mesti baca blog ni.

kalau hang tak mahu kembali ke pangkal jalan, tak palah, nak buat macam mana. tapi aku ingat, orang PAS seluruh Malaysia, kecuali puak yang peralatkan hang, akan menolak hang. Tapi aku rasa ada geng erdogan yang tak mahu lagi  associate dengan hang, kalau boleh jauh2 dari hang…hang tak caya? nanti hang tengoklah.

kalau nak baik dengan hang, memang depa saja carai nahas…depa tu pimpinan, belajak lebih tinggi daripada hang, depa tu lebih lama dalam PAS dari hang…depa masuk PAS masa hang masih pakai lampin dan hisap susu botoi dan punting. Apa hang tau tentang sejarah perjuangan PAS? pahit manis dan asam garam dalam perjuangan, apa hang tau? hang baru masuk PAS, itu pun sebab ikut usrah PAS di USA dulu kan? Hang ingat depa tak gheti ka? Hang ingat depa macam hang ka?

Lama2 hang tinggal sorang….aku ingat Khalid Samad pun akan perlahan2 lari dari hang. hang ni dah jadi liability pada Khalid Samad. Kata pepatah Melayu, jadi biawak hidup pada kumpulan erdogan…akhirnya hang jadi kera sumbang, pas tu hang tak dak tempat dalam PAS, hang akan pi masuk PKR. Eloklah lagu tu.

Aku dok baca tulisan hang sana sini, memang hang tak pernah serang DSAI dan pimpinan MT PKR. tapi dengan PAS, hang hantam buta semua. Presiden PAS, pimpinan kanan, ulamak..habeh hang ludah dan hina. Macam hang hantam buta UMNO.

Aku harap moderator ni boleh publish tulisan aku supaya boleh baca.

 

Leave a Comment

Mengapa TB marah pada Mustafa Ali?

oleh Tulang

TB marah sebab Dato’ Mustafa Ali (MA) kata “16 Sept hanya gimik politik”.

TB hanyalah manusia “simbolik” yang wujud sebagai alat dan peluru satu kumpulan taksub yang mahu melumpuhkan kepimpinan ulamak, pendukung ulamak dan penyokong gagasan ulamak dalam PAS.

Seorang rakan menyatakan:

TB dan rakan bloggers nya ditugaskan khas untuk melaksanakan misi ini. Mereka terdiri dari orang PAS, yang majoriti orang baru, dan orang yang taksub dengan seorang pimpinan luar dari PAS. Mereka pula “dibantu” oleh geng UMNO dan musuh PAS.

“16 Sept hanya gimik politik”.

Itulah yang menyakitkan hati orang-orang yang mahukan BN tumbang secara luar biasa dan bukan melalui PRU. Ketika itu, dan mungkin ketika ini, orang-orang yang taksub kpd DSAI mahukan perubahan itu berlaku pada 16 Sept. Orang-orang yang taksub ini termasuklah orang PAS dan sebahagian pimpinan PAS yang dari kumpulan erdogan atau 10 budak hitam yang memprotes UG di Parlimen sedangkan TGHH belum lagi bentangkan kertas konsep UG dan ketika TGHH berada di London.

Apabila MA membuat kenyataan tersebut “16 Sept hanya satu gimik politik”, maka jatuhlah moral dan semangat kumpulan taksub ini yang ketika itu sedang mengolah suasana politik dan cuba mengawal iklim politik tanahair.

Pada pandangan mereka MA sudah merosakkan sentimen politik dan sokongan politik yang sedang mereka bina. Akibatnya mulai SAAT itu hingga hari ini, MA ditikam dari belakang dan diserang dari depan oleh orang-orang taksub ini yang pernah “mengggunakan”  MA untuk memujuk TGHH supaya PJ Selangor yang ada pada hari ini menjadi PJ baru bagi menggantikan PJ Selangor yang lama.

Orang-orang taksub ini juga pernah mencipta suasana dan mendesak Tim Presiden yang muda sekarang supaya mencabar Tim. Presiden lama (Ustaz Hassan Shukri) dengan harapan untuk menguasai AJK Pusat. Mereka mengharapkan Tim. Presiden yang muda ini akan “mendengar” cakap-cakap mereka.

Tetapi Allah Maha Kaya, perancangan kumpulan taksub ini tidak menjadi. Tim. Presiden yang muda ini tidak terpengaruh dengan mereka. Akhirnya mereka berusaha musnahkan karakter Tim. Presiden ini dan seterusnya menyusun strategi meletakkan bekas Naib Presiden dari Kelantan itu mencabar Tim. Presiden yang ada.

Harapan mereka, jika menang proksi mereka, AJK Pusat berada ditangan mereka dan mudah untuk memberi laluan kepada DSAI dan rakan-rakan lama mereka dalam PKR dan PAS menerajui negara.  Mereka harapkan jika proksi mereka menang, maka bermula era baru dalam PAS iaitu kepimpinan ulamak bukan lagi menjadi tonggak kepimpinan PAS.

Malang, perancangan mereka gagal. Allah Maha Kaya lagi  Maha Mengetahui. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.

Apabila gagal, kumpulan taksub ini terus mencari ruang dan peluang untuk menyerang TGHH sebab proksi mereka bekas SU Agung sebelum MA ini tidak lagi menjadi SU Agung.  Serangan mereka ke atas TGHH tidak dibuat secara langsung tetapi secara sinis dengan menyerang Tim. Presiden, seperti pepatah Melayu, marahkan anak sindir menantu. Apabila TGHH melantik  MA menjadi SU Agung, kumpulan taksub ini semakin marah.

Mereka serang tanpa henti melalui fitnah ke atas Tim. Presiden dan SU Agung hingga hari ini sebagai analogi yang mana maksud serangan mereka ialah mereka memprotes tindakan TGHH kerana tidak meneruskan khidmat SU Agung lama sebaliknya melantik MA. Mereka juga marah sebab TGHH tidak hadir di Kelana Jaya pada waktu malam 15 Sept ketika menunggu waktu tengah malam menjelang 16 Sept.

Seterusnya mereka berselindung di sebalik TGNA. Mereka menggunakan nama TGNA dan kenyataan TGNA untuk melaga-lagakan pimpinan dan ahli PAS.  PRK Manik Urai menunjukkan manifestasi yang jelas. Malang, usaha mereka menjadi buntu apabila berlaku kes Kickdafella dipecat, dan orang yang selalu memberi maklumat “prejudis” serta “biased” dan maklumat “tidak tepat” kepada TGNA tidak lagi menjadi “penasihat” kepada TGNA.

Kini kumpulan taksub menjadi buntu kerana proksi tidak menang menjadi Tim. Presiden dan satu lagi proksi  tidak jadi SU Agung. Mereka sudah senyap sedikit dan “back off” sekejap. Kemudian PJ Selangor yang dilantik oleh TGHH menjadi bahan “punching bag” yang baru. PJ Selangor juga tidak lagi mahu berada dalam kem kumpulan taksub ini dan menyebabkan beliau diserang oleh orang yang pernah menyanjungnya dan “memperalatkannya”. TB juga pernah menjadi pegawai khas PJ Selangor ini. Kini TB menyerang PJ Selangor kerana PJ Selangor bersama kumpulan ulamak dan dilantik oleh TGHH.

Kini  Naib Presiden Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mulai menjadi sasaran.  Secara diam-diam, PAS Terengganu terus diserang secara perlahan dan sasarannya ialah TG Dato’ Ustaz Harun Tain dan Dato’ Ustaz ABC.

Begitulah pandangan rakan saya.

Apa pun, TB adalah suatu tubuh “simbolik” yang menjadi alat dan peluru baru selepas Penarik Beca kendur kredibiliti kerana ditahan polis dan selepas Kickdafella terperangkap dengan tuannya.

TB menjadi buzoka baru.  Kita tunggu dan lihat sejauh mana TB hendak pergi dalam usaha melumpuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS. Adanya TB, bermakna UMNO bertepuk tangan dan senyum dari jauh.

Dalam blog TB, blog kawan-kawan TB, dan juga blog TKO yang diusahakan oleh PAS Terengganu (walaupun bukan menyokong usaha TB), kita melihat puak-puak pencacai UMNO dan musuh PAS,  menyamar  sebagai simpati pada TB dan rakan-rakan TB. Mereka menulis menyokong apa yang TB buat. Mereka mengapi-apikan TB supaya  terus serang TGHH  dan orang-orang kanannya atas alasan UG yang dicipta oleh UMNO. Tidak mustahil mereka juga menyumbang duit dalam Tabung Guaman yang diwujudkan TB untuk menyerang PAS!

TB kini menjadi alat dan peluru percuma UMNO dan BN. TB berharap akan jadi calon PKR dalam PRU 13. Tunggu dan lihat manusia “simbolik” yang kontroversi ini.

Bacalah  “siapa dia” TB. Bacalah “kawan-kawan TB” dalam blog ini.

 

Comments (3)

Apa orang kata?

Dari laman TKO

Oleh e-joy on Monday, March 22 @ 11:00:45 PDT

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3387

Salam…aku mengenali TB kira2 8-9 tahun yg lalu.Drpd apa yg aku tahu, hidup TB masih lg terumbang-ambing dan x stabil.Nak kata family ok, die penah bercerai dan skrg kawin baru,dpt anak kembar..keje TB masih lg status kontrak di Indonesia.Dr segi politik,beliau bukan ahli politik yg tahu selok belok politik,hanyalah pengacau politik….

—————

Dalam laman TB, pengunjungnya berkata

———————— February 22, 2010 11:32 PM

Anonymous said…

Enemy of my enemy is my friend.

Pas is UMNO enemy. TB is enemy to pas leadership. So TB is UMNO’s friend.

Art of war…

—————————

February 20, 2010 3:03 AM

Anonymous said…

Kalau TB adalah produk tarbiah PAS, PAS sepatutnya rasa malu dengan adanya orang seperti anda yang mengaku hasil dari tarbiahnya. Dari segi ilmu dan akhlak anda nampaknya jauh ketinggalan. Pendapat anda sering kali bias, keadilan anda juga bersifat selektif. Hadith pun boleh main spin. Tindak tanduk anda ni lebih nafsu dari ilmu. Bicara anda sering tersemat kesesatan (contohnya dalam artikel ini dia kata jadi penyokong UMNO lebih teruk dari penagih dadah atau perompak) dan tidak mengikuti panduan al-Quran atau Hadith.

Jangan lupa yang manhaj PAS adalah manhaj hizbiah. Kalau hizbi ringan-ringan tak pe. Tapi TB ni adalah contoh seburuk-buruk orang yang taksub dengan akidah hizbiah. Lebih teruk dengan PAS sendiri pun dia hentam semata-mata PAS tidak menurut kehendaknya. Lebih malang dia tak pernah nak beralah dan berlapang dada.

Kalau betul TB adalah produk tarbiah PAS, maka saya kata PAS telah gagal. Gagal kerana melahirkan orang yang cetek ilmu, rendah akhlak, keras kepala, bersikap munafiq dan bermanhaj khawarij.

Saya berharap PAS berlepas diri dari orang seperti TB.

———-

February 27, 2010 11:43 AM

Anonymous said…

wahai si munafik TB, aku nak ko baca balik sejarah mengenai Abdullah bin Saba’. Abdullah bin Saba’ adalah org yg memeluk islam tetapi mempunyai agenda yahudi, ataupon dgn kata lain MUNAFIQ. dia menyalakan fitnah dan memecahbelahkan umat islam pada zaman Uthman bin Affan. dialah yg menyebabkan umat islam yg berpecah kpd 4.
ini berlaku kerana dia tidak wala’ pada pemimpin, slalu menghasut dan menjatuhkan akhlak pemimpin.
cuba ko fikirkan wahai TB, situasi itu sama macam yg ko lakukan sekarang. ko sebenarnya bukan menjatuhkan PAS, tetapi menjatuhkan Islam. banyak fitnah yg telah ko sebarkan.
Ingatlah, janji Allah itu pasti akan datang. ko pasti akan dipertanggungjawabkan di Mahkamah Mahsyar esok.. ingatlah!!!

———

ni komen aku terhadap wawancara tulanmgbesi dgn malaysiakini ari tu :

bagi aku :

1. TB cakap berbelit-belit mcm lidah lembu – tak ada point. tak ada hujah. hanya syak dan hasad. Dia sendiri tidak faham apa maksud kjaan perpaduan dan bezanya dgn muzakarah.

2. penuh dgn fitnah dan adu domba – utk memecahbelah gerakan Islam dan melunturkan keyakinan umah terhadap ulama dan kepimpinan gerakan Islam yg dipilih secara sah dalam muktamar.

3. membuat rumusan sendiri (contohnya mengenai geng trengganu) – bertujuan utk membina persepsi negatif masyarakat dan ahli PAS terhadap presiden PAS

4. aku tak nampak silap dan salahnya bila ust nasa kata nak buat muzakarah nak bincang tentang masalah Islan dan umt Islam biarpun umur PR masih baru – mungkin TB bukan org Islam kot. Dan kenapa dia tak komen saranan TGNA nak berbincang dgn umno mengenai isu Islam?

5. dimana silapnya kertas kerja tuan guru ust haron din? tak ada dalil, nas dan hujah yg diberikan untuk menolak kertas kerja tersebut secara ilmiah.

6. bersifat kurang ajar dan biadap terhadap ulama apabila hanya memanggil HARON DIN kpd Tuan guru ust haron din dan NASARUDIN kpd ust nasa – bertujuan utk merendahkan martabat ulama dan kepimpinan ulama. sedangkan Syeikh Yusuf Qardawi sendiri memangil ust nasa dgn panggilan syeikh.

7.  berusaha kuat untuk memburukkan imej PAS   – termasuk mendakwa kononnya majorti AJK PAS Pusat tidak setuju dgn Presiden dan geng trengganu. Lebih merbahaya apabila bertindak mendedahkan maklumat dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kepada umum yg kononnya diperolehi drp AJK PAS Pusat sendiri.

8. akhirnya dia sebut suruh buang sesetengah pimpinan PAS yang bagi dia tak layak nak berjuang utk “MELAYU DAN ISLAM”. Aikkkkk…boleh pula sebut melayu/Islam!???

Kesimpulan :

1. Aku akan cadangkan kat cawangan aku untuk membuat laporan/aduan rasmi terhadap TB kpd Jawatankuasa Disiplin parti. Kerana wawanara ini menjadi bukti yg cukup jelas niat jahat beliau terhadap PAS dan kepimpinannya. Dan hukuman yg paling adil utk TB ialah dipecat terus drp menjadi ahli PAS (sekiranya betul dia ahli PAS)

2. Berdasarkan cakap TB yg mendakwa menerima maklumat drp AJK PAS pusat, Jawatankuasa Disiplin hendaklah juga memanggil AJK2 PAS yg mendedahkan rahsia dalam parti kepada TB dan diambil tindakan yg sewajarnya terhadap mereka.

3. aku cadangkan supaya kalau boleh, lebih banyk cawangan dan kawasan PAS akan membuat aduan rasmi terhadap TB kpd Jawatankuasa Disiplin parti.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2718&mode=thread&order=0&thold=0.

Comments (3)

Mengapa Tulang Besi Menjadi Pengemis untuk Tabung Guaman?

Tulang Besi nama sebenar Abdul Rahman Talib ahli PAS dan juga ahli UMNO Taman Melewar, yang pernah mendakwa gajinya 6 kali ganda gaji exco sekali lagi mengemis mencari sempati untuk menyara hidup.

Sebelum ini kita telah tertipu dengan rayuan simpati dan bantuan kewangan untuk pulang kononnya tak ada duit untuk hadir ke perjumpaan konvesyen blogger PAS di Taman Melewar.

Apabila saya menulis menyebut tentang tipu muslihat si Tulang Besi ini akhirnya dia mengaku dan menunjukkan alim untuk mensedekahkan wang RM1400 (entah betul entah tidak kita tak pasti) yang telah didermakan orang ramai kepada dia.

Saya tak percaya Tulang Besi pasal dia bukan berada di Konvesyen Blogger sangat, dia hadir sekadar nak tunjuk muka sahaja. Kalau anda tak percaya tanyalah si Abdul Rakzak dia tahu semua tipu muslihat si Tulang Besi. Saya serta gambar Abdul Razak yang membawa dia ke Taman Melewar hari itu. Razak tahu temberang di Tulang Besi. (Lihat gambar di bawah)

Sekali lagi menggunakan kesempatan dan simpati untuk mendapatkan wang secara tidak sah melalui kenyataan yang tidak berasas untuk memungut duit bagi kepentingan yang kita tak pasti kebenarannya, Tulang Besi dengan licik mengemis dengan menulis

Tabung Guaman Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat

Bagi memastikan aduan2 saya tidak dibakul-sampahkan atau tidak diberi layanan yang sepatutnya, saya bercadang untuk mengambil khidmat guaman.


Bagi menampung kos guaman, saya bercadang untuk menubuhkan sebuah tabung yang saya namakan seperti di atas.


Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian di:
Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib


Semoga Tuhan memberkati para penyumbang sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Tulang Besi mengambil kesempatan atas kononnya dia telah membuat aduan salahlaku Pimpinan PAS, maka dengan ini memberikan lesen untuk dia manipulasi kita semua.

Saya membawa anda semua berfikir secara rasional dan tidak mudah terperdaya dengan si penipu yang licik ini sebagaimana kita selalu melihat pengemis-pengemis yang mengambil kesempatan memohon bantuan yang berada di tepi-tepi pintu bank, atau yang datang ke rumah menunjukkan surat simpati, atau mereka yang macam orang susah dan kurang upaya ditepi jalananan. Sudah pasti rasa simpati kita, kita akan menghulurkan sekupang atau seduit bagi meringankan beban mereka ini.

Pada 19 November 2009 Suwardi Yaakob melalui firma guaman ‘Zulfadli & Edham’ telah menyaman Tulang Besi atau Nama sebenar Abdul Rahman Talib. Notis yang sama juga telah dikenakan pada pemilik blog “Perisik Rakyat” (yang juga suka membuat fitnah) kerana menyiarkan kembali artikel yang ditulis oleh Tulang Besi tersebut.

Tulang Besi cuba mempertahankan fitnahnya bagi mengelak aib dan malu kerana berbohong tidak mahu menarik balik artikel tersebut. Maka Suwardi telah mengakhirkan tempohnya dan akan menyaman Tulang Besi melalui saluran mahkamah. Kita harap Allah s.w.t. akan memberikan kita satu kepastian dalam perkara ini.

Suwardi Yaakob meminta Tulang Besi menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf kepadanya secara terbuka melalui akhbar. Jika tidak, beliau akan menuntut gantirugi am dan teladan daripada Tulang Besi. Tempoh yang diberikan oleh Suwardi telah pun berakhir, si Tulang Besi masih dengan keangkuhannya untuk mengelak punggungnya terdedah yang sudah pasti akan menampak najis kering yang dionarkannya.

Soal mahkamah,  menang atau kalah pasti memerlukan wang yang banyak. Tulang Besi yang angkuh dengan gaji 6 kali ganda gaji exco terpelak dengan kata-kata celuparnya. Dia mencari jalan untuk mendapatkan kewangan. Cara paling mudah ialah mengemis simpati daripada orang ramai terutama pembaca blog.

Soal Tabung Guaman kononnya tak nak aduan dia mengenai pimpinan PAS dibakul sampahkan adalah muslihat licik mengamburkan orang ramai. Sebenarnya Tabung itu adalah untuk melawan syarikat Guaman Suwardi melalui firmanya ‘Zulfadli & Edham’.

Memang Tulang Besi pengemis licik yang suka memutar belitkan fakta yang menyebabkan kita terkeliru dengan tulisan-tulisannya. Saya belum dedahkan secara terperinci, tanya dulu Abdul Razak semuanya pasti terbongkar!!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2718&mode=thread&order=0&thold=0

Leave a Comment

Bank Negara harus ambil tindakan atas TB

oleh Tulang

Dalam laman TB, TB sedang mengutip wang deposit daripada orang ramai tanpa mendapat izin daripada Bank Negara. Ini adalah bertentangan Akta Bank Negara.

Akta Bank Negara “Illegal Deposit Taking Activities”

“Illegal deposit taking is an act of receiving, taking or accepting of deposits (moneys, precious metal, precious stone, any other article etc.) from members of the public without a valid licence under the Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA)”

Sebelum ini Pak Man Telo dan Direct Selling serta MLM promoters yang tidak berdaftar di bawak Akta Jualan Langsung telah ditahan polis kerana mengutip wang daripada orang ramai. 

Terdapat juga beberapa kes individu dan suami-isteri mengutip duit deposit daripada orang ramai untuk perniagaan atas angin. Begitu juga dengan pengutip wang melalui internet untuk perniagaan skim cepat kaya.

TB mengutip duit daripada orang ramai; baca petikan daripada laman web TB

————————-

1.0 Tabung Guaman: Setakat ini jumlah terkumpul dari Tabung Guaman adalah RM10,100.00. Hanya menunggu perlantikan peguam secara sah dan akan dimasukkan wang tersebut dalam akaun amanah. Saya bercadang untuk tidak pegang walau satu sen pun wang derma ini. Ia akan disimpan oleh firma guaman yang saya ambil nanti.

1.1 Di bawah adalah kemasukan RM10k dari seorang penderma budiman
bernama “anak”. Jelas beliau seorang yang amat sayang dengan PAS dan tidak rela PAS ditunggang oleh mereka yang dah lapar sangat nak bersekedudukan dengan UMNO.

——————

Kutipan wang adalah projek peribadinya.

Comments (1)

Songkok Putih Vs Tulang Besi 4

Bila saya meletak jawatan sebagai webmaster, sebenarnya saya bukan berundur atau melarikan diri dari polimik isu ini. Itu adalah sebahagian strategi untuk membongkar anai-anai dalam Jamaah Islam. Bukan mudah dan senang untuk membongkar kerana mereka juga terdiri daripada kepimpinan yang bersama dalam perjuangan ini.

Cukup berisiko dan ada kesan buruk daripada pendedahan ini. Saya teringat kata-kata al Marhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapan bila wujud krisis dalam jamaah dengan mengibaratkan sebagai penyakit bisul yang sakit amat sangat sehingga bisul itu pecah dan keluar nanah barulah kita akan sembuh.

Kita merasa terhina kerana ada orang yang cuba mengaibkan TKO seolah-olah laman ini adalah faksi-UMNO. TKO bukan milik saya, walaupun TKO di bawah Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, tetapi TKO adalah bersifat milik bersama. Kita bersama-sama menyumbang bahan, mengumpul dana untuk membina server yang baik dan kukuh, memastikan TKO mampu menjadi wadah perjuangan kebangkitan rakyat. Tidak dinafikan TKO mempunyai saham yang begitu besar dalam PRU baru-baru ini.

Malang ada manusia yang dengki kerana tidak berjaya mempengaruhi webmaster untuk menjadi tali barut merosakkan jamaah dengan sebaran maklumat palsu dan fitnah kepada pemimpin utama PAS.

Adakah anda semua setuju saya secara rashia dan bersubahat dalam agenda jahat ini? Saya rasa saya bertanggungjawab untuk mendedahkan e-mel-e-mel tersebut kerana e-mel itu adalah e-mel hak milik TKO (tranung2006@yahoo.com) dan bukan e-mel peribadi saya. Untuk makluman semua, bila saya tidak lagi menjadi webmaster, saya akan menyerahkan e-mel ini kepada webmaster baru, nescaya webmaster baru boleh membuat kajian dan keputusan apa yang nak dibuat dengan si Tulang Besi ini.

Siri 1, 2 dan 3 adalah siri-siri untuk saya membuka dan melihat sejauh mana si Tulang Besi akan menyerang dan memanipulasikannya. Saya juga melihat dan mengesan cybertrooper yang menjadi talibarut untuk melemahkan artikel-artikel yang saya keluarkan. Dimana, siapa dan sejauh mana kemampuan dan kecekapannya.

Insya-Allah saya cuba tanganinya dan saya ingin menyatakan bukan ini yang saya kehendaki, saya juga tidak pernah bercita-cita atau berhasrat untuk mendedahkannya tetapi bila TKO difitnah saya merasai tanggungjawab yang besar untuk menjawab dan membongkarkannya. Kita sendiri pun sayang kepada mereka kerana pernah bersama-sama mengharungi perjuangan ini, anggaplah kadang kala kita leka dalam mengajar cita-cita dan impian.

Berbalik kepada si Tulang Besi. Soalan-soalan saya tidak dijawab tetapi saya diserang dengan beberapa isu yang insya-Allah saya akan jawab diakhir siri ini.

Pada siri-3 saya tidak menjawab soalan ini “Artikel terbaru saya ini telah mendedahkan betapa Majlis Syura telah diperkudakan oleh puak fraksi UMNO sehingga Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat diketepikan sama sekali. Dengan kata lain, AJK PAS Pusat dan Mursyidul Am telah diperkudakan oleh sebahagian Ahli Majlis Syura Ulama. Saya menyiar artikel ini kerana saya rungsing dan bimbang tentang bagaimana Majlis Syura Ulama berjaya di “hijack” oleh mereka yang berkepentingan.”

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengemukan pertanyaan kepada si Tulang Besi kerana dia tidak ada di Malaysia. Saya ingin penjelasan, ya…. Saya ulang lagi ini adalah pertanyaan bukan tuduhan.

1. Betul ke? Awak bersubahat dalam membuat pertukaran keputusan research yang dibuat oleh Merdeka Center mengenai pencapain Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu seolah-olah wujud kelemahan pemerintahan Tuan Guru dan perlu diganti orang lain menjadi MB. Keputusan pindaan itu menunjukkan bahawa Dr Syed Azman lebih disukai dan PAS Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Dr Syed Azman sebagai MB jika PAS menang di Terengganu.

Ekoran daripada peristiwa ini Dr Syed Azman pada masa itu adalah Setiausaha Politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah diganti dengan orang lain.

(untuk makluman, saya juga adalah orang research, terlibat dengan convesional research dan action research sehingga ke peringkat kebangsaan. Mahir menggunakan SPSS daripada versi dos 6.0 sehingga sekarang versi 17)

2. Betul ke? Awak telah berjumpa dengan YB Husam Musa dan YB Dr Syed Azman di Mekah beberapa hari lalu? Selain daripada anda berjumpa dengan Dr Hassan Ali secara tak sengaja.

3. Adakah perjumpaan ini berkaitan maklumat mengenai Majlis Syura PAS Pusat dan awak ada menulis artikel berkaitannya?

Tiga pertanyaan ini saya ingin dengar daripada mulut awak sendiri, saya tak mahu dengar daripada orang lain sebelum saya memulakan siri-siri yang berikutnya.

Kesempatan untuk mengakhiri hujah saya ingin menjawab beberapa soalan pada komen si Tulang Besi di artikel saya yang lalu.

1. Si Tulang Besi mengaku langgar disiplin jamaah dalam petikan komennya pada artikel saya.

Apabila pimpinan tidak mengamalkan dispilin jemaah, maka ahli pun akan langgar disiplin jemaah,

Paham tak Songkok Putih

2. Buka sahaja di membuat fitnah TKO adalah faksi-UMNO malah dia mengaitkan kami dengan laman Anti-Husam.

Aikk, artikel dari blog Anti Husam yang kerap awak siar tu tak jijik pulak ye? Artikel blog Anti Husam tu mungkin bagi Songkok Putih taraf “tak berapa jijik” kot???

Kenapa jijik wahai Songkok Putih? Tindakan membelankangi Tok Guru Nik Aziz tu tak jijik pulak ye??? Tindakan menyalahgunakan Syura tak jijik pulak ye? Tindakan membelakangi AJK PAS Pusat tak jijik pulak ye?

Awak ini bukan nak dengar hujah, jenis “keras keng” (bahasa trg = keras kepala). Awak sebut ada dua artikel. Saya maklumkan bahawa kami lulus dua artikel daripada nickname antihusam1 (sebenarnya kami dah ban nick antihusam). Satu oleh saya dan satu oleh Refomis. Yang saya lulus ialah isu mengenai PAS di Pulau Pinang dengan Dato’ Kamarudin Jaafar dan maklumat itu adalah benar. Saya sebut sekali lagi maklumat itu adalah benar.

Awak tak bising pun saya meluluskan artikel ini Antihusam Pembohong dan Pemecahbelah (si ruju di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15770) . Artikel ini bukan dipost oleh pembaca, tetapi saya sendiri yang postnya – ini bermakna saya sendiri dapatkan maklumat dan postkan di TKO. (siapa yang mahir phpnuke tahu mengenai sistem ini)

Awak memang jahat dan suka putar belit cuba mencari kesilapan untuk dijadikan hujah untuk menegakkan benang basah. Sikap saya cukup jelas, saya tak suka laman dibina atas dasar menjatuhkan seseorang.

Mungkin saya mengaji tak habis, tetapi saya nak sebut saya tak pernah jumpa mana-mana sirah yang menyebut tentang perkara ini (menjatuhkan seseorang pemimpin). Setiap perkara mesti dibina atas dasar ‘nortah bidayah sohihah’.

3. Soalan yang bertanyakan saya setuju tak PAS masuk BN, sebenarnya saya telah jawab dalam forum di laman ini lebih awal, siap saya bersumpah dan saya biarkan forum itu tergantung sehingga ramai forumer mengganggap saya emosi dalam posting itu. 

Saya memang rancang memerangkap awak. Sepatutnya saya tak akan menjawab sampai hari ini, biar awak akan menggunakan hujah ini untuk menyerang saya. Biar orang nampak kebodohan awak.

Saya ulang sekali lagi memang soalan itu soalan bodoh!!!! Bukan sahaja bodoh malah boleh membodohkan orang yang bertanya!!!

4. Awak membangkitkan pertemuan dengan Ikhwan

Aikk, yang pegi jumpa Ikhwan kat Paris tu bincang apa? Bukan bincang nak bawa PAS masuk BN ke? Nasib baik Ikhwan reject.

Pertemuan dengan ikhwan tak ada kaitan dengan isu masuk BN, saya malah nak hurai masalah ikhwan ini ikhwan alami, ikhwan khutri dan ikhwan jihadi. Apa yang nak sebut pertemuan ini adalah atas isu antarabangsa. Sampingan daripada pertemuan itu Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim.

Saya bertanggungjawab dengan maklumat ini. Apa yang Penarik Beca tulis adalah tidak benar. Tak ada pun pasal nak rujuk kepada ikhwan berkaiatan dengan nak masuk BN. Yang hadir dua orang sahaja dalam pertemuan itu, TGHA dan seorang lagi; saya masih tak berminat untuk dedahkan di sini.

5. Awak cuba menjadi penipu besar dalam isu kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Petikan komen awak.

Mana ada penyiaran secara sekerat. Kenyataan tersebut telah diarahkan buang dari Harakahdaily. Sila rujuk blog Wan Nordin Wan Yaacob.

Awak ada telefon Wan Nordin ke? Kalau tak ada saya nak bagi. Kenyataan itu hanya ada 2 salinan sahaja. Satu dengan Dato’ KJ satu dengan Lutfi. Lutfi terkejut pasal ada orang menyebut dah disiar dalam blog. (Ini menunjukkan ada permainan politik dalam isu ini untuk jatuh menjatuh – kita tak nak bahas perkara ini)

Lutfi hubungi Wan Nordin memberi pandangan tak perlu siar, seperti yang saya tulis. Itu pandangan peribadi Lutfi. Wan Nordin menghubungi Dato KJ dan Dato KJ suruh siar dalam blog. Wan Nordin hubungi Lutfi dan Lutfi tak balas pun, kerana baginya dia sekadar member nasihat supaya jangan diperbesarkan isu ini. Terpulanglah kalau ada orang nak besar-besarkan dan sengaja menyiarkan dalam blog atas niat yang ada dihati masing-masing.

Saya ingin tegaskan sebagai seorang media, memang kita ada banyak maklumat tetapi kita ada ada tanggungjawab untuk memastikan jamaah berada pada satu landasan yang baik. Kita jangan jadi elemen yang melaga-lagakan antara kepimpinan, kalau itu pilihan saya juga terpaksa……

Walahualam.

http://74.125.153.132/search?q=cache:K0t2xt9H988J:www.tranungkite.net/v7/modules.php%3Fname%3DNews%26file%3Darticle%26sid%3D16864+tulang+besi+MISNA&cd=5&hl=en&ct=clnk&gl=my

Leave a Comment

Songkok Putih Vs Tulang Besi 3

Untuk siri ini, saya lebih kepada menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh Tulang Besi. Saya sengaja untuk melengahkan masa bagi memberi jawapan atas tujuan melihat reaksi dia dalam hal. Saya akan jawab walaupun dia tak menjawab soalan saya dan mengambil sikap menyarang dengan komen-komen pada artikel saya.

Saya tak kisah, bila saya membuat keputusan saya Insya-Allah akan istiqamah dengan keputusan saya. Saya adalah orang yang komitmen dengan keputusan.

Saya juga minta maaf sekiranya kesempatan ruang pada TKO yang sepetutnya mesra terutamanyamenjelasng adil fitri menjadi kurang selesa untuk sesetengah pembaca.

Ada 8 persoalan yang dikemukan oleh Tulang Besi yang akan saya jawab dan diharap awakpun jawablah yang saya pulak…. tak banyak pun satu cukuplah!!

1. Maka tidak sampai sepekan, laman web Tranung Kite telah menyiarkan artikel bertujuan untuk menghancurkan kredibiliti saya.

Apa yang saya dapat kalau saya hancur Tulang Besi? Selama ini ada saya menyebut apa-apa tentang Tulang Besi dalam mana-mana posting atau artikel saya. Awak perasaan kot?

Awak cuba menghancurkan kredibitili Tranung Kite (TKO) dengan membuat fitnah kepada saya dalam tulisan awak PAS lebih beruntung dengan siapa? BN atau Pakatan Rakyat Saya sekadar menjawab tulisan awak. Awak kata saya pula nak hancurkan kredibiliti awak.

Dunia sekarang dunia akhir zaman. Yang difitnah akan diburuk-burukkan…. Sama seperti apa yang berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

2. Sepatutnya, mengikut akhlak dan tatasusila kemanusian, email yang berbentuk pribadi tidak seharusnya disiarkan kepada umum melainkan ianya mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Saya mendapati pihak Songkok Putih/Tranung Kite bersikap sangat tidak berakhlak dan tidak bertatasusila kerana menyiarkan email pribadi ini tanpa mendapat kebenaran dari saya.

Katakanlah saya ini tak berakhlak….

Habis awak mencerca pimimpin-pemimpin utama PAS dengan tuduhan liar, menyebarkan maklumat palsu adakah itu berakhlak? Saya masih bertanya dengan awak mengenai pertemuan Ustaz Nasarudin Mat Isa di London sehingga ramai yang beranggapan Ustaz Nasaruddin adalah pembohonng dalam Mukatamar PAS baru-baru ini. Itu berakhlak ke???

Memang mudah merosak imej seorang yang ingin kita jatuhi dengan tuduhan liar kononnya anggapan ini adalah risikan. Alasan untuk menghalalkan fitnah untuk disebar.

Bagi awak ini semua berakhlak mulia dan adalah tuntutan agama?

3. Tetapi yang menjadi isu yang lebih besar lagi apabila SP mengambil email pribadi saya secara “cut-and paste” dan tidak menyiarkan keseluruhan email saya.

Saya tulis pada artikel saya siri-1, ini bermakna ada lagi. Kalau tulis semua berpuluh-puluh email kan tak terlarat awak nak menjawab…. (Ohh ohh saya lupa awak pengecut memang tak akan menjawab) Bodohlah seorang penyebar fitnah untuk menjawab, peribahasa melayu ada menyebut “baling batu sembunyi tangan..”

Lagi pun e-mel awak tu ada no. Tel awak? Nak disiar ke yang tu? Saya tanya sekali lagi nak siar sekali  dengan no telefon awak? Saya takkan mendedahkan indentiti awak sebagaimana yang pernah saya janjikan dalam beremel dengan awak. Saya masih berpengang kepada janji. Yang lain saya tak pernah berjanji untuk simpan rashia. !

4. “Jawapan: Alhmadulillah, saya bersyukur, pemaklum saya ni pun kata dia tak 100%. sebab tu saya tak publish dlm blog, saya cuma bagitau sedara Ali sahaja. Saya bagitau saudara Ali sebab saya nak dapat kepastian dulu, baru saya publish, dan saya dah dapat kepastian.”

Ini saya dah jawab dalam siri-2.

5. Saya menghantar banyak email pribadi pada Songkok Putih bertanya adakah beliau setuju PAS masuk BN. Namun beliau tidak pernah menjawab dan membisu seribu bahasa. Misalnya salah satu email saya bertanya soalan ini pada Songkok Putih:

“Saya nak dapat kepastian dari saudara, adakah saudara menyokong PAS masuk BN? Kalau tidak maka kita adalah berada di atas landasan yang sama dan kita boleh menyelesaikan perbezaan.

Kalau saudara bersetuju, saya tak boleh nak buat apa la. Saya ada amanah yang saya pikul.”

Hairan saya kenapa soalan mudah sebegini Songkok Putih susah nak jawab? Beliau diam seribu bahasa

Sebelum saya jawab yang ini saya nak peringatkan kepada awak supaya awak semak balik bila saya mula saya tak menjawab e-mel awal dan saya membuat keputusan untuk memutus hubungan dengan awak. Memang saya tak menjawab soalan ‘bodoh’ ini…

Untuk memudahkan awak, saya mula tak menjawab bila awak menghantar artikel Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional (Pembaca boleh baca dan nilai sendiri)

Artikel paling jahat terhadap gerakan Islam yang saya baca. Artikel jijik ini penuh dengan fitnah kepada pimpinan utama PAS yang tak sebulu dengan kumpulan anda. Memang saya tak jawab, saya dah rasa jijik… Awak nak jadikan TKO sebagai tempat awak menghantar “sampah” untuk disajikan kepada semua pembaca.

TKO bukan dibina diatas asas fitnah, kita bukan penyambung lidah syaitan…

Saya nak beritahu awak, oleh kerana awak banyak kali sangat tanya. Saya tak pernah dengar daripada mana-mana mulut pemimpin PAS sama ada dalam perjumpaan tertutup, terbuka atau pertemuan sulit yang mengatakan PAS akan masuk UMNO. Saya ulang sekali lagi dan saya redboldkan Saya tak pernah dengar daripada mana-mana mulut pemimpin PAS sama ada dalam perjumpaan tertutup, terbuka atau pertemuan sulit yang mengatakan PAS akan masuk UMNO.

Oleh kerana awak ada luar negeri, banyak risikan, spy-spy hebat semuanya. Aku cabar sekali lagi (memang tak jawabnya) tolong sebut bila (sebut bulan sahaja cukuplah) dan tempatnya (sebuat dearahlah mudah lagi – adab 7 sahaja… Misalnya Dungun) ada yang kata nak masuk BN/UMNO.

6. Antara lain ialah Tranung Kite kerap menyiarkan artikel dari blog AntiHusam. Soalnya sekarang, mengapa Tranung Kite memberi ruang yang besar kepada sebuah blog yang jelas memfitnah dan menista pimpinan seperti ini? Bukankah ini satu tindakan yang berlawanan dengan akhlak berjemaah? Bagaimana Tranung Kite boleh menyokong tindakan yang jelas berlawanan dengan akhlak berjemaan seperti ini. Bukankah Husam Musa juga seorang pimpinan, yakni Naib Presiden PAS? Dan bukan sekali Tranung Kite menyiarkan artikel dari blog Anti Husam ini.

Yang ini saya tak pasti. Ada 4 orang yang boleh lulus artikel (admin); saya, Greenboc, Reformis dan AlGhaib. Saya tak kenal Greenboc dan Reformis hanya kenal dengan AlGhaib sahaja.

Takkan kami rancang nak khianat Husan. Engkau tanya seorang spy risikan engkaulah rasanya dia baik dengan Greenboc (mungkin belajar sekali kot!!!). Saya tak pasti dia ada berhubung sekarang atau tidak. Greenboc pun tak tahu siapa saya.

Saya nak beritahu awak biar awak ‘terang hati’ pasal TKO. TKO ini melantik 3 orang admin tambahan bukan dikalangan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun. Mereka ada serata Malaysia, tak kenal satu sama lain.

Mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain tetapi bekerja bersama atas prinsip ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Menjadikan TKO satu wadah yang neutral atas prinsip keadilan bukan sebagai penyebar fitnah. Saya sebut sekali lagi bukan atas dasar penyebar fitnah!!

7. Dalam isu Mustafa Ali vs Tok Guru Nik Aziz, Tranung Kite telah mengambil sikap “atas pagar” dan tidak mahu menyebelahi Tok Guru Nik Aziz? Mengapa? Seharusnya semua Ahli PAS mesti berada di belakang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu ini.

Saya tak berapa suka menjawab soalan ini. Saya minta maaf jawapan saya mungkin ada yang tak sedap didengari? Tapi tak apalah semua nak tahu kita dedah ajelah!!!

Saya memintas untuk menulis dahulu dalam isu ini di TKO bertujuan untuk meredakan keadaaan, mengambil sikap berhati-hai tanpa menyingong perasaan mana-mana pihak. Saya sedar jika saya menulis dahulu, admin lain akan berhati-hati dalam melulus terbit artikel berkaitan isu ini, mungkin mereka menghormati saya walaupun ‘mungkin’ ada yang tak setuju dengan pendapat saya.

Sebagai orang media kita bukan mengapi-apikan pimpinan, tetapi bagi mereka yang ingin menjatuhkan satu kumpulan ini adalah satu kesempatan keemasan.

Ini semua prinsip TKO bukan pendapat saya. Saya tulis bukan pendapat saya semata-mata tapi atas dasar prinsip TKO menjaga kehormonian parti.

Pendapat saya pula ialah saya tak setuju dengan Dato’ Mustafa Ali dalam hal ini. Tak payah saya hurai semua orang tahu.

Saya juga tak setuju dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Saya berpendapat Lutfi bijak untuk menyiarkan sekerat sahaja kenyataan ini.
 
Kenyataan TGNA mengatakan PAS Terengganu salah pilih Pesuruhjaya adalah tak betul. TGNA tak faham sebenarnya perlantikan Pesuruhjaya adalah bidang kuasa Presiden PAS. Jadi apa kata Tuan Guru haji Abdul hadi dalam hal ini.

Kan saya dah kata Lutfi ‘very smart’. Ada puak-puak yang tak faham isu sebenar ambil kesempatan siar dalam blog ucapan tersebut dan kata harakah menyekat siaranya kerana ada kuasa tangan ghaib…

Ini semua kerja-kerja tak fikir panjang. Tindakan Wan Nordin bagi saya amat tidak bijak dan tidak memahami politik….. Kita kena smart dalam hal ini. Kepentingan parti sepatutnya diutamakan.

Bila TGNA datang di KL untuk berceramah beliau ingin jumpa dengan wartawan Harakah, ada seorang wartawan perempuan berjumpa TGNA… Apa kata TGNA, saya tak nak cerita. Cari sendirilah.

Dalam isu ini Kita tak setuju dengan Cikgu Pa menggunaan jawatannya untuk keluarkan kenyataan peribadi di muka hadapan. TGNA nak guna kuasanya pula nak keluarkan di muka hadapan…. Apa beza cikgu Pa dengan TGNA? (Untuk makluman yang boleh buat kenyataan di Harakah ialah Presiden dan Timbalan sahaja) 

SMS isu ini berlegar macam Akedemi Fantasia…. Fitnah buruk sangka memang mainan manusia yang bergelar dirinya sebagai orang beriman…

Saya tak setuju TGNA kecam Cikgu Pa dalam ceramah di Taman Melewar. Kita tak setuju dengan cara Cikgu Pa dan kita tak nak TGNA terikut-ikut dengan Cikgu Pa. TGNA Mursyidul Am PAS. Dia boleh panggil Cikgu Pa bila-bila masa sahaja.

Saya amat setuju dengan cara Cikgu Pa berjumpa TGNA dan selesaikan dengan cara anak beranak… Kan mudah. Tapi sesetengah orang tak nak perkara ini selesai, biar PAS bercakaran antara satu lain. Tulis fitnah, api-apikan perasaaan dan sentient pembaca…. Itu semua kerja jahat!!! Saya ulangi itu semua kerja jahat. Islam mengajar kita mendamaikan. Laman web kita biarlah tempat orang berdamai….

Itulah pendapat saya.

8. Artikel terbaru saya ini telah mendedahkan betapa Majlis Syura telah diperkudakan oleh puak fraksi UMNO sehingga Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat diketepikan sama sekali. Dengan kata lain, AJK PAS Pusat dan Mursyidul Am telah diperkudakan oleh sebahagian Ahli Majlis Syura Ulama. Saya menyiar artikel ini kerana saya rungsing dan bimbang tentang bagaimana Majlis Syura Ulama berjaya di “hijack” oleh mereka yang berkepentingan.

Ini kita masuk dalam siri seterusnyalah…

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16793

Leave a Comment

Older Posts »