Komen dari rakan lama TB

Saya berkongsi rumah bersama Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/) beberapa ketika semasa beliau belajar di Kansas City. Walaupun banyak tindakan beliau sekarang mahupun dahulu jauh terkehadapan daripada pemahaman saya, banyak jasa beliau pada saya yang tidak dapat saya lupakan.

Tulang Besi yang saya kenal adalah seorang yang gemar berdebat, tidak gentar dan tidak mudah mengalah walaupun tersalah. Pernah saya mengikuti beliau dalam debatnya dengan bekas Mufti Sabah berkenaan dengan status Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, menyanggah buku tulisan bekas mufti tersebut. Juga debatnya dengan pengikut-pengikut Dr. Jahid Sidek di Kg. Kayu Ara.

Saya telepas sesinya dengan Dr. Jahid sendiri sebelum itu, dan beberapa banyak yang lain selepasnya. Orangnya lampai. Saya yang berketinggian 157cm hanya pada paras bahu beliau. Sekali kelibat beliau dari belakang seperti YB Mahfuz Omar.

Beliau kadang-kadang susah difahami, keras dan berpegang teguh pada pendapat sendiri. Masa emas bersama beliau adalah apabila beliau dengan sendiri bertanya pendapat. Waktu itu sahaja selalunya kesempatan menaburkan semua yang saya fikirkan tanpa dicantas oleh hujjahnya yang selalunya lebih matang.

Di USA, bersama MISNA, Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH), sebagai Timbalan Presiden PAS masa itu, amat kerap menjengah pelajar-pelajar. Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalunya ke UK kerana khabarnya perjalanan ke USA terlalu lama bagi umurnya.

Yang saya faham, Tulang Besi (TB), banyak tarbiah siasah dan agamanya, dari aliran yang sama dengan TGHH. TGHH baginya dan bagi saya juga semenjak di USA adalah TUAN GURU kami.

Walaupun saya amat terkebelakang jauh berbanding beliau di dalam pusingan dan libasan politik tanahair, saya terkejut besar dengan isi blog beiau mutaakhir ini.

Bermula dengan menyerang secara umum terhadap golongan yang pro-muzakarah kepada serangan kepada peribadi Tuan Guru yang disayangi. Bagi saya segala keputusan TGHH adalah di dalam kerangka ijtihad beliau sebagai Presiden parti.

Betul atau salah masih di dalam sempadan tanggungjawab beliau. Harapan saya semoga TB kembali menyusun kembali awlawiyyat perjuangan beliau.

Menyemak kembali duduk beliau sebenarnya di pihak mana? Beliau patut berkubu dan menembak ke arah mana? Siapa musuh? Siapa lawan? Siapa kawan? Muncung senapang patut dihala ke mana? Mana pasukan kamu? Apa misi kamu? Dari mana arahan kamu?

http://74.125.155.132/search?q=cache:w-_by-Lvud0J:citrusdaily.wordpress.com/2009/12/24/menyanggah-tulisan-tulang-besi/+misna+abdul+rahman+talib&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: