TB mahu jadi calon PKR dalam PRU 13

oleh Tulang

Ramai pemerhati politik melihat TB sedang berusaha membina identiti dan populariti untuk meletakkan dirinya dalam arena politik melalui jalan pintu belakang.

Dengan usaha agresifnya membuat provokasi menyerang PR dan BN, menunjukkan seolah-olah beliau neutral dan kononnya  berprinsipkan keadilan tanpa mengira parti kawan atau parti lawan.

Tindakan beliau dilihat sebagai lebih dekat kepada PKR dan beliau sedang berjinak-jinak untuk mendekati DSAI. Nafsu besarnya ialah untuk menjadi calon PKR dalam PRU 13.

Kita tunggu dan lihat perangai anak muda ini yang sanggup melanggar hukum hakam Islam melalui bola-bola fitnahnya ke atas pimpinan parti politik yang terdiri dari ulamak dan orang-orang yang menyokong ulamak.

1 Comment »

  1. rakan lama said

    TB ni dulu masa dia belajar kat USA, dia tertarik dengan PAS, dan kemudian ikut usrah pelajar2 yang cenderung pada PAS. Tapi di sebalik daun pintu, dia rupanya ikut usrah PAS sebab dia nak dekati seorang Muslimat PAS, yang kemudiannya bersetuju menerima lamarannya. Tapi jodoh tak lama, kesian Muslimat PAS itu diceraikannya. Ada anak. TB ni memang suka berdebat hingga terbawa2 dalam rumahtangga berdebat benda2 kecik yang bukan sampai tahap hukum syarak. Jadi saya tak heran kalau perangai dia suka berdebat (bahasa halus) atau bertengkar (bahasa kasar) kerana mahu menunjuk2 kehebatannya dan mahu mencari publisiti murahan dengan cara “argue for the sake of arguing” di mana saja dia pergi, baik dengan kawan mahupun dengan lawan.

    Masa di kampus dulu dia mati2an pertahan PAS dan ulamak. Tapi sekali air bah sekali pasir berubah. Rahman Talib yang dulunya sopan, kini menjadi TB yang kurang ajar, dengan kata2nya yang kotor, menyengat, menghina, dan mengeji tanpa ada batas2 akhlak dalam Islam dan adab dalam berjamaah. Saya fikir hatinya bukan pada PAS lagi, tapi pada PKR. Saya setuju dengan tuan. Kesian bapanya bagi nama Abd Rahman, nama2 yang baik dan mulia, yang lembut, yang murah dengan kebaikan; malangnya dia pakai nama Tulang Besi yang menunjukkan kekerasan, kedegilan, keegoan yang memuncak.

    Saya ingat Mat Sabu diberi gelaran oleh PAS sebagai Tukul Besi, bukan abang Mat yang gelar dirinya sendiri. Tetapi Abd Rahman gelar dirinya sendiri. Abang Mat guna Tukul Besi untuk pertahan Islam dan PAS serta ulamak. Rahman guna Tulang Besi serang PAS dan ulamak serta orang2 yang sokong ulamak.

    Dalam masa yang sama TB ini suka dipuji. Dan suka mendekati VVIP dan VIP. Atau orang2 yang ada nama dan pengaruh serta pangkat. Kalau orang tak ada pangkat, macam saya ni, minta maaflah. Itulah sifat TB.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: