Malaysia Waves Blog Celaka Mengikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

The MalaysianInsider telah mengulas isu bahawa Husan akan meletak jawatan. Laman yang sama juga menyebut bahawa Setiausaha Politik, Anual Bakhari Haron dan Setiauhasa Akhbar, Mohd Saiba Yaakub akan digugurkan.

Keesokkannya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz menafikan maklumat ini dengan mengatakan kita semua sayang kepada dia (Husam). TGNA juga memberitahu dua setiausaha kanannya sah akan meninggalkan jawatan mereka atas keputusan sendiri awal tahun depan dan menyangkal ia berkaitan dengan tekanan politik.

Bila ditanya oleh wartawan bahawa telah dilaporkan oleh blog beberapa hari lalu TGNA bertegas mengatakan

“Celaka blog itu. Tak ada kerja lain… tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Perkataan celaka ini jarang digunakan oleh TGNA, ini melebihi apa yang dimarahkan kepada Cikgu Pa dan Ustaz Nasa.

Ramai tertanya-tanya blog mana yang celaka itu. Penarik Beca ada menulis mengenai blog celaka ini sehingga dua siri.

Tapi saya lebih tertarik merujuk kepada laman Malaysian Waves yang dikendalikan oleh Abdul Rahman Talib ahli PAS PJ Utara dan juga ahli Pemuda UMNO Taman Melewar. Nama samarannya Tulang Besi.

Anda boleh nilai dan baca sendiri bagaimana percanggahan Tulang Besi dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. TGNA kata dia nak berhenti tapi Tulang Besi kata kena pecat. Tulang Besi sengaja membelakangi TGNA.

Anda boleh baca di sini
http://www.malaysiawaves.com/2010/01/pemecatan-annual-bakhri-siap-sedia.html

dan di sini
http://www.malaysiawaves.com/2010/01/pemecatan-annual-bakhri-siap-sedia_02.html

Jangan lupa artikel ini ada di laman Perisik Rakyat penyebar maklumat palsu. Memang sah seperti kata TGNA bahawa mereka suka buat dosa melaga-lagakan orang tanpa bukti dan fakta

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5478

3 Comments »

  1. ahmad H said

    Saya percaya TB ni geram dan marah sebab tak dapat apa dia nak dalam PAS. Itu sebab dia jadi mcm tu…saya tak pernah tengok orang mengaku PAS tapi berkelakuan begini melainkan dia belot dan jadi barua UMNO. UMNO suka orang macam ni. Saya YAKIN dia dibayar oleh UMNO. Mana ada orang nak buat kerja serang PAS kalau bukan orang upahan. Satu lagi possibility dia buat begitu sebab dia ada buat hal..misalnya salahguna wang syarikat atau diperangkap dengan perempuan,…jadi dia boleh diugut kalau tak buat apa yang disuruh, contohnya porak-perandakan PAS, maka rahsia peribadinya akan dibocorkan dan foto2 seksnya akan diedarkan dalam Internet. Jadi terpaksalah lah buat kerja fitnah memfitnah tu. Itulah salah satu tektik dalam UMNO. Masa zaman Mahathir biasalah..sampai setiap wakil rakyat dan pimpinan UMNO-BN ada satu fail peribadi mereka di tangan Mahathir. Sapa mahu belot, dia akan buka fail. Sape degil, akan dibuka fail mereka. Setiap satu orang wakil rakyat ada satu SB ikut…..sekarang TB sudah kena…

  2. Rashid said

    Padan dengan apa yg disebut oleh Tuan Guru terhadap bloggers seperti TB ini. Itulah blog celaka.

    Saya pernah baca blog Malaysia Waves. Memang penuh dengan fitnah, adu bomba, mengumpat, menghina, mengeji, dan penuh dengan kata-kata kesat, kotor, jijik dan menggambarkan dendam kesumat tidak kesudahan. Saya sudah tidak masuk lagi blog TB yang jahat itu, blog Aduka Teruna, dan Penarik Beca dan beberapa lagi yang berlakon dan berlagak kononya PAS atau macam orang PAS tetapi menghayati perangai UMNO dan setan.

    Kerja bloggers ni melaga-lagakan orang PAS. Itu yang celaka. Kalau dia lagakan musuh tak apalah seperti mana dalam perang khandak di mana seorang yahudi yang baru masuk Islam melaga-lagakan musuh Islam dari kalangan orang Mekah dan Madinah sehingga membawa kemenangan kepada tentera Islam.

    Seperkara lagi, bloggers macam ni sebenarnya mereka rapat dengan beberapa orang pimpinan PAS khususnya yang muda dan yang baru. Banyak cerita dan maklumat dalaman mereka dapat daripada pimpinan ni dan kemudian tulis dalam blog mereka dengan sedikit ubahsuai, tambahan, intepretasi sendiri, spekulasi, dan rumusan sendiri tanpa mereka minta pimpinan yang bagi maklumat tadi semak apa yang bloggers tadi tulis. Maka jadilah fitnah.

    Pimpinan yang beri maklumat itu tak tahu yang puak2 bloggers ni nak masukkan dalam blog mereka. Pimpinan ni tidak berniat nak heboh2 apa yang berlaku dalam mesyuarat atau apa2 yang mereka tahu hal2 dalam PAS. Mungkin mereka ingat puak2 bloggers ni amanah dan fatonah. Rupa2nya khianat dan opportunis.

    Puak2 bloggers ini suka buat begitu sebab nak jadikan blog mereka popular. Kalau hits dari pelawat banyak, bagus maknanya. Kalau dalam blogspot tu, boleh dapat ongkos/fulus kalau dapat hits banyak. Kalau berita/ulasan itu penuh sensasi, maka akan banyak hits. Banyak hits pelawat maknanya banyak duit masuk. Betullah kata satu komen sebelum ni, alfulus fiddunia wal manpus fi akhirat puak2 ni.

    Puak2 bloggers ini semua orang Melayu Islam yang hentam PAS, hentam TG Haji Hadi dan ulamak, tak ada pula yang bukan Melayu atau bukan Islam hentam pimpinan PAS. Nampak tak jahatnya puak2 bloggers jenis celaka tu?

  3. Bakri Muar said

    Assalamualikum!
    Tulisan beliau menunjukkan perasaan marah dan dendam terhadap pimpinan tertentu. Ini bukanlah akhlak yg dituntut dlm Islam.
    Apabila Allah memberikan rezeki atau pangkat atau jawatan, sesungguh itu adalah yg terbaik utk kita dan ada hikmah disebalik itu.
    Jadi apabila menghajati sesuatu tp bila tak dapat, kita marahkah kpd seseorg? Bukankah rezeki itu pemberian dari Allah?
    Harap TB berbyklah bertaubat dan minta maaf kpd semua yg terlibat dalam tulisan beliau.
    Sy amat-amat tak suka kpd blogger2 yg mengaku ahli Pas menghentam pimpinan tanpa adap. Pemimpin boleh dikritik tapi elok dgn adap-adap seorg Islam.
    Dlm blog M’Wave, ada byk juga komen2 dipadamkan oleh admin…. kekadang kita tak terpikir… apabila kita menulis ISA (ikut suka aku)…kita lupa ramai yg menulis ttg diri kita sendiri…
    Wallahualam.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: