Drp serang Tn Ibrahim lebih baik serang Dato Mustafa @ Dato Halim

Hampir dua hari saya menunggu Greenboc memberi komen kepada jawapan tulisan saya berkaitan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS adalah Jawatankuasa Haram. Tiada ada sebarang ulasan, komen atau apa-apa reaksi. Kalau saya salah mesti dan berkewajipan membetulkan saya, itukan sikap & prinsip Greenboc. Jika saya benar apa salahnya mengaku sahaja anda tersilap, susah sangat nak mengeluarkan perkataan minta maaf?

Salah silap dalam Jamaah perkara biasa, jangan disimpan dalam hati. Jangan bersifat pendendam seperti penulis Malaysian Waves, kerana tidak mendapat Jawatan CEO terus menyerang dan bermain-main sentimen bagi merosak imej dan kerjaya orang yang tidak disenangi.

Saya perturunkan ungkapan Greenboc dalam tulisannya “Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.”Apakah Greenboc terkunci mulut juga?

Dalam Isu Perlembagaan PAS Greenboc bukan sahaja menyerang Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi Greenboc juga menyerang Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi. Baca petikan tulisannya.

Adalah menjadi sesuatu keanehan bagaimana arahan boleh diberikan oleh Presiden kepada satu jawatankuasa yang mengikut Perlembagaan PAS, J/K Disiplin ini sepatutnya dilantik oleh Majlis Syura Ulamak. (link – http://greenboc.blogspot.com/2009/12/siapa-sebenarnya-yang-lantik-jk.html )

Greenboc juga mempertingkaikan kewibaaan Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man. Baca petikan tulisannya di sini.

Tuan Ibrahim Tuan Man pula nampaknya telah acapkali mengeluarkan “kenyataan-kenyataan yang bias” yang tidak menampakkan beliau mempunyai kredibiliti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. GB telah juga mengulasnya di SINI.Tahukan kita apa maksud satu Jawatankuasa Disiplin dipertingkaikan?

Dalam banyak hujah, Greenboc menggunakan Perlembangaan PAS Pindaan 2001 (lihat disini) sebagai dalil sedangkan saya telah menulis sebelum ini bahawa Perlembangaan itu sudah tidak digunapakai lagi. (Lihat tulisan saya sebelum ini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/jawapan-tulisan-greenboc-jawatankuasa.html )

Ramai penyokong-penyokong dia yang datang memberikan hujah menegak benang basah kononnya perlembangan baru adalah draf dan masih dalam perbincangan. Komen-komen pada tulisan saya sebenarnya menunjukkan siapa mereka ini.

Kalau benar-benar mereka ini ahli PAS mereka tahu mana yang betul. Mungkin ahli PAS Haram macam Greenboc!!

Saya ulang Draf Perlemebangaan ini telah lama dihantar ke setiap PAS Kawasan. PAS ada 132 PAS Kawasan untuk membincangkan Draf pindaan perlembangaan ini. Draf Pindaan awal sekali dikeluarkan pada Muktamar PAS di Kuala Terengganu tahun 2004. Ada beberapa siri perubahan dibuat. Selepas draf ini dipersetujui secara kasarnya, draf ini telah dihantar kepada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). Apa ingat main-main draf ke??

Setelah Jabatan Pertubuhan meluluskannya barulah Draf ini dibawa semula ke Muktamar PAS di Shah Alam. Ini telah diumumkan dalam Muktamar PAS tersebut. Ahli PAS haram memang tak tahu. Kalau ada yang tak haram, tak tahu juga mungkin dia tidur semasa muktamar atau datang ke muktamar sekadar jumpa kawan borak, semang dan makan-makan di gerai!!

Setelah diumumkan di muktamar, perlembagaan ini dibawa pula untuk penelitian terakhir dari segi teknikal, ejaan dan sebagainya untuk percetakan. Sekarang ini masih ada sedikit pembetulan dan belum dikeluarkan dalam bentuk buku.

Ini pun payah nak faham. Jangan dianggap semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bodoh berlaku. Mereka tak sekolah, tak faham perlembangaan. Kitalah paling arif dan bijak sehingga memberikan lesen untuk kita cerca Presiden, Timbalan, Naib Presiden dll.

Apa ingat Hanipa Maidin bangang ke? (saya guna perkataan bangang pasal Hanipa selalu guna bangang dalam perbahasan pemuda) tak ada sijil untuk mengetahui perlembangaan itu halal atau haram?

Ok, habis di situ.

Daripada Greenboc susah-susah serang Tuan Ibrahim yang nampak baik, warak baik Greenboc serang Dato’ Mustafa Ali. Dulu dia jadi Ketua Pengarah Pilihan Raya (lama dah ni guna perlembangaan haram!!) guna Fasal berapa dalam Perlembangaan Pindaan 2001? Tolong Jawab?

Saya perturunkan Perlembangaan PAS 2001 untuk rujukan bersama.

BAB YANG KETUJUH: JAWATANKUASA KERJA
FASAL 22. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

(1) Adapun Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu ialah :
(a) Seorang Presiden
(b) Seorang Timbalan Presiden
(c) Tiga orang Naib Presiden
(d) Tiga orang Ketua-ketua Dewan
(e) Seorang Setiausaha Agung
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan, dan
(h) Dua puluh empat orang Ahli Jawatankuasa Biasa PAS Pusat.

Mana ada Ketua Pengarah Pilihan Raya.. haram! haram! haram!! Cikgu Pa Haram (Tulang Besi mesti suka..)

Sorry bekas haram!!! Pasal sekarang Ketua Pengarah Pilihan Raya ialah YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman. (sila lihat http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2319&Itemid=95 )

Kalau ada tahu ada Perlembangaan Pindaan Baru, anda boleh rujuk di sini.

Pindaan Fasal 6A adalah jawapan kepada persoalan ini.

Menegur kepimpinan bukannya salah, tetapi jika melampau-lampau dengan kata cerca yang cukup menghina adalah diluar batasan Islam.

Memang mudah mengungkap contoh seperti sahabat menegur saidina Omar. Apakah diri yang menegur ini boleh taat kepada kepimpinan sebagaimana sahabat yang menegur Saidina Omar?

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5436

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: