Tulang Besi… kembalilah ke pangkal jalan

Oleh : Belulang Besi

Ironinya, demi menghalalkan tindakannya itu, Tulang Besi sendiri telah merekayasa suatu label ke atas beberapa pemimpin Pas iaitu sebagai fraksi Umno. Sesungguhnya usahanya melabelkan kepimpinan Pas sebagai fraksi Umno adalah untuk memudahkan usahanya untuk menyakinkan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menelan semuanya hujah-hujah yang dikemukakan olehnya. Tetapi Tulang Besi terlupa bahawa semakin banyak dia menulis menghentam pemimpin Pas, semakin ramai yang membencinya termasuklah saya. Kebencian saya kepadanya adalah disebabkan penulisan yang amat keterlaluan dan memberi kesan mudharat bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada Pas sendiri. Jika membaca tulisannya sejak kebelakangan ini, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Tulang Besi-lah sebenarnya fraksi Umno yang berada di dalam Pakatan Rakyat dan Pas. Sebagai fraksi Umno, tugasnya ialah melemahkan dan merosakkan Pakatan Rakyat dan Pas melalui cara yang difikirkan sesuai olehnya, walaupun terpaksa mendedah perkara-perkara yang berkaitan dalaman parti.. Agenda meganya yang boleh kita kesan dari penulisannya ialah ingin mempengaruhi semua peringkat dalam Pas mendesak kepimpinan parti mengadakan EGM Pas. Baginya EGM Pas adalah peluang terbaik serta medan berkesan untuk membecahbelahkan Pas. Agenda keduanya ialah membunuh karektor kepimpinan Pas tertentu. Sasaranya ialah Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Datuk Mustapha Ali, Dato Hj Hassan Ali. Jika ini berjaya dilakukan, pastinya Pas akan menjadi lemah dan memudahkan Umno/Bn menewaskan Pas dan PRU 13 akan datang. Jika tidakpun berjaya menumbangkan Pas di Kelantan, tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat di Selangor dan mneyekat kebangkitan Pas di Terengganu. Agenda ketiganya pula ialah mencipta persepsi yang bercelaru di dalam Pas dan Pakatan Rakyat terhadap beberapa pemimpin Pas Pusat. Tujuannya ialah supaya pemimpin yang berkenaan yang akan ditolak di dalam pemilihan tahunan Pas pada 2011 akan datang. Agenda keempat ialah mungkin juga kerana ia ingin membalas dendam kepada orang-orang tertentu di atas sebab-sebab peribadi seperti yang ditulis oleh Songkok Putih di dalam Tranungkite. Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk menasihatkan Tulang Besi supaya menghentikan sebarang bentuk penulisannya menghentam kepimpinan Pas samada di Malaysian Wave, Perisik Rakyat ataupun mana-mana blog. Ini kerana, jika benar ia adalah ahli Pas dan penyokong Pakatan Rakyat, lebik baik menumpukan penulisannya dalam hal-hal lain. Ini kerana pembaca yang rasional dapat menilai penulisannya itu mahu di bawa ke arah mana iaitu kebaikan ataupun keburukan Pakatan Rakyat itu sendiri. Jelasnya kebanyakan masa yang dihabiskan olehnya untuk menulis adalah perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, malah dibimbangi ia menjadi dosa buat dirinya. Oleh itu, eloklah Tulang Besi belajar menjadi seorang penulis yang bertanggungjawab di depan Allah SWT di padang Mahsyar kelak. Kerana orang yang suka membuka aib dan melakukan fitnah akan mendapat azab pedih yang tidak mampu ditanggung oleh sekian makhluk yang menerima pembalasan tersebut. Wallahu alam

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5202

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: