Tulang Besi Mengaku Minta Jawatan CEO, TB Mengaku Dato’ Hassan Ali Tak Bagi

Jumaat, 2009 Disember 25

Ramai orang tertanya-tanya kenapa Tulang Besi begitu beriya-iya membuat pendedahan setiap gerak geri kesalahan Dato’ Hassan Ali, sedang dulunya bukan main dia rapat dengan Dato’ Hassan Ali ibarat isi dengan kuku. Malah banyak duit dia habis masa melobi (menyalah guna amalan dalam PAS) Dato’ Hassan Ali untuk memengang jawatan tinggi dalam PAS.

Sekarang, bagi Tulang Besi Dato’ Hassan Ali adalah sampah yang perlu dikeroyok dan dibuang bersama najis. Pei perangainya saling tidak tumpah seperti Kickdefella membenci Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Tulisan terbaru Tulang Besi mendedahkan pekung yang lama berulat di dalam dadanya. Sila baca dan fahami secara halus tulisannya seperti di bawah

Padahal, waktu saya hantar resume saya itu, kontrak saya dengan syarikat luar negeri tu dah bertanda tangan dan tiket penerbangan saya sudah pun diberi kepada saya.(http://www.malaysiawaves.com/2009/12/pendedahan-kesah-pembohongan-songkok.html )

Gaji CEO tu pun LEBIH RENDAH dari apa yang saya dapat di luar negara. Saya ingatkan hendak berkhidmat kepada PAS dan perjuangan Islam dan saya sanggup mengambil gaji yang lebih rendah dari apa yang telah saya dapat.

Tapi, nak buat macamana, Dato Hasan lebih suka syarikat tersebut duduk di bawah pengawasan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dari dijaga oleh saya. Tak heranlah beliau dan Ketua Bahagian tersebut selalu berjumpa di Eastin Hotel. UMNO lebih utama pada Dato’ Hasan berbanding dengan ahli dan aktivis parti sendiri untuk menjaga syarikat2 dalam Selangor ini. Nak buat macamana.

Tuan-tuan/puan-puan faham betul-betul apa yang ditulis oleh Tulang Besi.

1. Dia beritahu dia minta jawatan itu.
2. Gaji CEO lebih rendah.
3. “Nak buat macam mana” menunjukkan perasaan frust yang amat sangat.

Minta jawatan CEO, bukan ditawarkan. Tulang Besi adalah orang yang ada kepentingan nak bolot jawatan bila PAS memang. Sepatutnya amalan dalam PAS mana-mana jawatan kerajaan mesti dibentangkan dalam mesyuarat PAS dahulu.

Dato’ Hassan Ali adalah orang yang beramanah dalam hal ini, walaupun Tulang Besi adalah “Setiausaha Peribadi” (Ustaz Zaharuddin tahu sebab pernah juga bersama Dato’ Hassan Ali seperti Tulang Besi) tetapi dia mengikut keputusan parti dan keputusan Pakatan rakyat. Lagipun Dato’ Hassan Ali lebih mengenali Tulang Besi dengan sifat tamak haloba.

Gaji CEO lebih rendah? Betul ke? Berapa gaji Tulang Besi sekarang. Sila dedahkan penyata gaji untuk kita bandingkan. Jangan kita mudah di auta oleh orang yang suka cakap bohong dan memutar belit fakta.

Betul ke pengawasan UMNO Petaling Jaya. Ini adalah pembohongan yang paling durjana. Tulang Besi penipu. Saya cabar Tulang Besi bagi nama detail dan perjawatannya. Jangan buat main teka teki!!

Kenapa Tulang Besi Nak CEO. Memang kita fikir gaji CEO sahaja, sedangkan kita tak tahu mainan politik Tulang Besi disebalik Jawatan yang nak dibolot. Dia nak bagi kepada beberapa orang yang berkepentingan serta seorang warisnya untuk beberapa jawatan dalam Syarikat anak Kerajaan Negeri Selangor ini.

Inilah punca episod menyerang Dato’ Hassan Ali dan kemudian menjadi dalang menyerang beberapa kepimpinan PAS serta bersama talibarut UMNO merosakkan PAS Selangor dalam usaha menjatuhkan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Belum habis lagi pendedahan. Ini baru permulaan
Tunggu siri-siri pendedahan eksklusif daripada saya

http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/tulang-besi-mengaku-minta-jawatan-ceo.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: