Songkok Putih Vs Tulang Besi 1

Saya tidak berminat untuk mengulas perkara ini dan amat berharap di bulan yang baik ini, kita menginsafi akan dosa dan pahala serta bahaya fitnah dan khabar angin. Saya juga tidak mahu maklumat-maklumat sulit terpaksa didedahkan yang mengakibatkan ada yang terpalit kerana ‘gelojoh’ dalam jamaah Islam.

Tulang Besi (nama sebenarnya saya tak berhasrat untuk mendedahkannya) telah menyerang Tranung Kite dengan satu andaian mudah berdasarkan e-mel saya kepada dia yang saya kagum kepada Ustaz Harun Taib. Menulis berdasarkan satu andaian adalah satu jalan mudah untuk merosak diri walaupun kita ‘tunggang tunggik di hadapan Ka’abah sekalipun di bulan mulia ini’

1. Ustaz Harun Taib

Petikan artikel dia PAS Lebih Beruntung Dengan Siapa? BN atau Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:-

Yang menghairankan laman Tranung Kite adalah kelolaan PAS Terengganu dan PAS DUngun dan pengendali adalah orang-orang yang kuat dengan Ustaz Harun Taib. Dan dalam hal terbaru ini Ustaz Harun Taib adalah pengempen kuat kepada PAS masuk ke Barisan Nasional.

Saya dulu memang kenal Ustaz Harun Taib, selepas tahun 1992 satu projek infak tenaga kerja sukarelewan kepada PAS Terengganu ada sedikit masalah, saya tak pernah berbual secara serius dengan beliau melainkan bertegur sapa dan beliau pernah semacam terkejut bila melihat saya ada dalam bilik gerakan parti di Dungun. Andaian saya mungkin beliau menyangka saya dah hilang dalam PAS. 14 tahun Tulang Besi saya tak pernah berjumpa secara serius…..

Beliau tak tahu apa pun mengenai TKO malah pernah mengecam TKO sebagai suara fitnah dalam satu program Tarbiyyah yang saya sepatutnya hadir tetapi saya tertidur dalam perjalanan ke sana.

Daripada Tulang Besi membuat fitnah saya orang kuat Ustaz Harun Taib adalah baik kata saya orang kuat Cikgu Pa ada juga logiknya. Cikgu Pa merupakan 10 tahun YDP PAS Kawasan Dungun malah laman TKO sendiri dirasmikan oleh Cikgu Pa pada 26 April 1999 di Masjid Sura Lama, Dungun.

Persoalan yang timbul kepada saya, kenapa Ustaz Harun Taib cuba dikait dan diburuk-buruk seolah-olah Ustaz Harun Taib meriya-iya benar nak masuk Barisan Nasional. Entah, jika ada pembaca benar-benar berada dalam PAS dan memahami Ustaz Harun Taib, saudara akan mengetahui politik sebenar disebalik isu ini.

2. E-mel saya dengan Tulang Besi

Pada 18 Julai 2008, jam 8.00 pagi saya mendapat satu e-mel daripada Tulang Besi, antara lain e-mel ini adalah:-

Berkenaan dengan Selangor, saya nak tambah bahawa Sultan Selangor juga adalah dalang yang amat besar. Sebenarnya Sultan Selangor lah yang pertama sekali membuat pergerakan untuk mengacau perlantikan MB Selangor.

Masaalahnya sekarang, yang menjadi masaalah adalah pihak kita juga kerana Dato Hasan telah kerap kali meracun pemikiran Presiden parti untuk keluar dari PR.

Beliau telah amat kemaruk untuk jadi MB. SAudara tunggulah temuramah Siasah yang Suyuti Umar akan keluarkan minggu depan. Kesemuanya berasaskan kepada beberapa maklumat dangkal dari Dato Hasan

E-mel ini menunjukkan si Tulang Besi sebenarnya tahu soal-soal pertemuan awal antara PAS dengan UMNO. Kenapa bila mengadap Sultan sehingga 3 orang pemimpin utama PAS hadir.

Dia fitnah bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi seolah-olah bodoh dan mudah diperdaya. Sebelum membuat keputusan Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membuat solat istiqarah 3 malam berturut-turut dan keputusannya ada kaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr Yusof Qardawi di Paris.

Maklumat Siasah dapat diketahui lebih awal siapa jadi faksi Tulang Besi yang berada di luar negara ini? Saya akan mengulas jika ada kesempatan. Dia dulunya orang kuat Dr Hassan Ali sekarang dia fitnah Dr Hassan Ali…. Kenapa???

Pada 19 Julai 2008 jam 12.49 malam saya menerima e-mel ini. Saya potong sebahagian kerana melibatkan individu yang saya tak berhasrat lagi untuk didedahkan di laman ini buat masa sekarang.

Assalamualaikum,

Sebenarnya bnyk maklumat ini saya dapat dari pemimpin2 PAS Pusat dan rangkaian spy2 saya.

1.0 Konspirasi dengan UMNO ini mereka cuba rahsiakan dan perjumpaan dengan Najib itu juga mereka cuba rahsiakan tetapi bocor juga. Perjmpaan dgn Najib di London ini adalah perjumpaan yang tidak melibatkan TUan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ianya perjumpaan yang separate yang melibatkan orang2 yang disebut dalam surat di atas.

2.0 …

3.0 Masaalah seterusnya adalah Dato Hasan Ali masih tidak puas hati dan terus menerus mengasak Tuan Guru Presiden dgn fitnah dan menyebabkan Tuan Guru Presiden terkesan. Ini adalah antara sebab perkara ini masih belum selesai.

4.0 Ustaz Nasa masih dilihat bercampur gaul lebih dengan MP UMNO di Parlimen berbanding dgn MP PAS dan PKR

5.0 Sememangnya cerita Ustaz Harun Taib terlibat juga amat mengejutkan kerana Ustaz Harun Taib degnan IRC pun dia tak suka inikan pula UMNO. Tapi alasan yang popular adalah “Akhafu Darurain” yakni “keburukan yang kecil”.

5.1 Sememangnya Ustaz HArun Taib akan mendapat ganjaran dari sokongan beliau

5.2 KAlau Ustaz Harun tak terlibat nescaya perjumpaan dengna MB Terengganu tidak jadi

5.3 Dan Ustaz MAt Zain adalah penasihat utama Dr Hasan di Selangor dlm usaha menyeberang ini.

6.0 …
7.0 …

8.0 Saudara buleh pergi blog Ustaz Ahmad Awang dan lihat sendiri betapa UStaz Ahmad Awang sendiri tidak suka dgn sikap Cikgu Pa.

E-mel si Tulang Besi ini adalah menjawab e-mel saya sebelum itu. Nombor yang tak ada sebenarnya telah saya buang untuk beberapa maklumat yang saya rasa belum sampai masa untuk siri pertama ini.

Tulang Besi tidak berada di Malaysia, soalnya bagaimana banyak maklumat dalaman parti diperolehi yang kadang kala merupakan ‘suara tak puas hati’ dan dia menulis untuk “seseorang” atau “sekumpulan orang?” Jawapannya ada pada awal e-mel ini jika anda membaca betul-betul.

Perjumpaan di London memang tak ada, perjumpaan UMNO-PAS diusahakan oleh Dr Khir Toyo dan diambil inisiatif oleh Lajnah Politik tanpa pengetahuan Dewan Harian PAS pada permulaannya. Akibat teguran daripada beberapa kepimpinan PAS perkara ini di bentangkan Dalam Majlis Syura & Dewan Harian. Ini fakta… soal tak puas hati boleh bincang semula dan bukannya menyerang individu yang berhujah setuju dengan pelbagai tuduhan dan SMS palsu….. 

Siapa sebenarnya yang mengaitkan dan ingin menjatuhkan Ustaz Nasa dalam isu ini?

Ustaz Nasa bergaul dengan MP UMNO pun menjadi salah… Habis semua peminpin PAS jangan jumpa pemimpin UMNO? Mengenai perjumpaan kedua antara Ustaz Nasa dan Pak Lah. Ini telah jelas, selepas persidangan parlimen, Ustaz Nasa dihubungi bahawa Pak Lah nak jumpa belia. Beliau sempat menghubungi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru membenarkan… Takkan Ustaz Nasa kena tanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz… Kena faham organisasi.

Itu pun nak jadikan hujah untuk memburuk-burukkan Ustaz Nasa. Kalau ada perjumpaan di London sebut tempat dan dimana Insya-Allah saya akan siarkan dalam TKO.

Bila diajak berjumpa takkan ustas Nasa tolak. Ini cukup jelas dan Ustaz Nasa sendiri takkan boleh buat keputusan dalam hal ini. Apakah PAS itu milik Ustaz Nasa yang membolehkan dia buat keputusan hanya dengan berjumpa Pak Lah. Bodohnya kita dalam menganalisis isu ini. Biarlah kita celik dalam isu ini.

Saya terima e-mel pada 22 Julai 2008 jam 12.24 malam

Assalamualaikum,

Saya memang tahu pendedahan saya terkena parti, tapi saya yakin ianya memberi kesan yang lebih kepada individu terbabit.

tetapi bila Pak Lah buat pendedahan tempohari, maka barulah parti terkesan besar.

Saja nak share maklumat terbaru:

a. Keadaan sekarang ini sudah semakin buruk. TUan Guru Haji Abdul Hadi Awang sudah tidak mahu duduk sepentas dengan Anwar Ibrahim.

b. Hari ini, 9 org pimpinan PAS telah berjumpa Pak Lah. Mereka adalah Tuan Guru sendiri, Ustaz Nasaruddin, Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Harun Taib, Ustaz Hashim Jasin, Professor Mahfudz, Cikgu Wan Rahim dan ada seorang lagi, yang saya suspek Ustaz Halim Abdul Rahman. Dato Hasan tidak pernah terlibat dlm mana2 pertemuan dgn UMNO tetapi beliau memain peranan penting di dalam menghasut Tuan Guru.

c. Ini bererti perancangan untuk membawa PAS keluar dan masuk BN masih berjalan dan akan memecah belahkan PAS. Mereka masih tidak berhenti.

Tolonglah nasihatkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dato Hasan telah berjaya meracun pemikiran beliau dan sekarang beliau mengambil sikap bermusuhan dgn Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Dr Harun Din berceramah di Permatang Pauh. Memang Tuan Guru tak banyak bersama DS Anwar Ibrahim. Kita boleh lihat siapa sebenarnya yang rapat dengan DS.

Mengenai pertemuan 9 orang ini adalah satu lagi fitnah. Tulang Besi selalu menyebut dia mendapat maklumat yang benar-benar sahih daripada pimpinan PAS Pusat dan spy-spynya yang cukup teliti.

Timbul dalam pemikiran saya, jika benar kata-kata si Tulang Besi siapakah pemimpin PAS Pusat yang suka menyebar fitnah dalam hal ini. Apakah kepentingan yang akan didapati?

Saya lebih meyakini bahawa si Tulang Besi cuba menyebar fitnah dengan mengaitakan ada maklumat daripada pemimpin PAS Pusat. Jika benar ada memang malanglah kalau kita sendiri sebegai pemimpin membelakangi setiap keputusan Majlis Syura dan Dewan harian.

Pada 22 Julai 2008, rumah Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menjadi tempat berkumpul wartawan kerana beberapa hari sebelum itu isu Muzakarah PAS – UMNO heboh dalam TV. Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan keputusan Syura dan Dewan Ulama.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada ketika itu dia sakit selepas balik daripada ceramah di Kedah. Dia tak turun untuk solat Asar, Maghrib dan Isya’ di masjid Rusila sebelah rumahnya.

(Mana mungkin Tuan Guru bersama dengan 9 orang berjumpa Pak Lah dan pada masa sama dia ada di Rumahnya hanya solat zohor. Saya sendiri melihat batang tubuh beliau… Tulang Besi, Tulang Besi banyaknya dosa awak!!!)

Maklumat yang rapat dengan beliau, beliau akan ke Kota Bahru untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam isu ini…. Dia tak akan buat kenyataan dan dia cukup menghormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Blog Siasah sahaja yang menyiarkan maklumat ini (yakni akan ada pertemuan di JKR 10), saya sendiri mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan maklumat ini…..

Semua orang tahu selepas pertemuan ini dengan mendengar sendiri kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau juga menyebut yang sepatutnya membuat kenyataan ialah Presdien dan tak akan mengacau urusan ini. Banyak perkara yang kita tak tahu mengenai Tuan Guru Nik Abdul Aziz…. Jangan pula ‘situasi beliau’ diambil kesempatan atau penghormatan majlis Syura Ulama oleh sesetengah yang berkepentingan.

Soalan saya siapa yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ada perjumpaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan Pak Lah. Siapa pula yang menyebarkan SMS palsu ini? Apakah tujuan penyebaran SMS palsu berkenaan?

Begitu juga ketidakhadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada taklimat Pakaran Rakyat sebelum 16 September. Siapa yang sebar SMS kononnya Tuan Guru buat perjumpaan lain dengan Pak Lah. Perkara ini ada disiarkan oleh RodinX dan diulas oleh Penarik Beca dalam blognya.

Dato’ Kamarudin Jaafar telah menghubungi Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai taklimat ini dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menyatakan bahawa beliau ada program yang lebih penting daripada itu. Dato’ Husan Musa yang mewakili PAS. Itu taklimat sahaja… Tuan Guru tahu mana yang lebih penting.

Lihat selepas beberapa hari ketika Pakatan Rakyat ingin menghantar surat kepada Pak Lah, Tuan Guru Hadir bersama. Dalam organisasi kita mesti tahu perkara sebenar dan kepentingan dalam membuat keputusan mana yang perlu diberi keutamaan.

Siapa yang suka menyebar fitnah dan mengambil kesempatan dalam isu ini? Semuanya pembaca boleh berfikir.

Saya akan menyambung lagi dan akan mengulas tulisan “Ahli PAS Dalaman” (sila lihat di sini) yang hanya menulis di dalam blog Tulang Besi sahaja sedangkan ada beratus-ratus blog reformasi…

PAS ada Majlis Syura, Pas ada Dewan Harian, PAS ada Dewan Ulama dan beberapa Dewan lagi. Kita memang berbeza pandangan. Padangan yang berbeza adalah rahmat yang mana kita boleh berbicara di dalam mesyuarat. Semua rasa tak puas hati boleh diluahkan di sana.

Mereka yang cuba menggunakan saluran yang lain daripada sebenarnya, menyebar fitnah, menggunakan apa saja saluran parti atau laman web untuk atau kepentingan diri sendiri pasti akan menerima akibatnya…

PAS bukan milik sesiapa… dia milik Allah s.w.t jika PAS benar-benar berjalan atas landasanNya. Sesiapa yang cuba menjadikan PAS miliknya dengan mengenepikan syura dalam membuat keputusan nescaya Allah pasti akan membinasakannya sebagai Allah membinasakan orang-orang terdahulu…

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16756

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: