Songkok Putih Vs Tulang Besi 2

Tak saya sangka rupanya tulisan pertama saya menjawab fitnah yang disebarkan kononnya laman ini fraksi UMNO dan saya adalah pendokong kuat Ustaz Harun Taib mencetuskan kemarahan penyebar fitnah tersebut, si Tulang Besi yang menggunakan nick cabearth

Saya dah beritahu maklumat sebenar pada artikel siri 1, Tulang Besi tak menjawab pun tetapi cuba melarikan diri dengan mengacau artikel tersebut dengan pelbagai komen yang berjela-jela. Saya layan juga, kebetulan saya sedang membuat editing pada ‘script phpnuke’ untuk user info dan online.

Beberapa perkara saya boldkan dalam tulisan saya tersebut sebenarnya ingin mendapat penjelasan daripada si Tulang Besi tetapi tidak dijawabnya. Dia hanya fokus kepada e-mel yang saya siarkan sekerat sahaja. Kononnya tak berakhlak. Si Tulang Besi yang menyiarkan e-mel daripada Ahli Dalam PAS dan Pemerhati PAS yang nyata fitnah berakhlak ke?

Apabila saya menulis dalam bentuk bersiri, ini bermakna ada banyak perkara yang akan diutarakan tetapi kita akan berbahas secara satu persatu…. Kalau panjang sangat nanti jadi buku pula… Siapa nak membaca?

Soalah saya tak dijawab, malah saya pula dituduh lagi sebagai pembawa fitnah. Tulisan Tulang Besi dalam komen artikel saya:

Haii Songkok Putih, desperate sangat ke? Kalau nak buat fitnah pun jgn lah sampai teruk mcm ni.

3. Fitnah

Sebagai seorang Islam saya bertanggungjawab dengan semua tulisan saya. Petikan ini dipertikaikan

(Mana mungkin Tuan Guru bersama dengan 9 orang berjumpa Pak Lah dan pada masa sama dia ada di Rumahnya hanya solat zohor. Saya sendiri melihat batang tubuh beliau… Tulang Besi, Tulang Besi banyaknya dosa awak!!!)

Ini sebahagian lagi e-mel tersebut.

Jawapan: Alhmadulillah, saya bersyukur, pemaklum saya ni pun kata dia tak 100%. sebab tu saya tak publish dlm blog, saya cuma bagitau sedara Songkok Putih sahaja. Saya bagitau saudara sebab saya nak dapat kepastian dulu, baru saya publish, dan saya dah dapat kepastian.

Kalau saya dari awal tak bagitau saya tidak 100% maklumat ni, mungkin saudara Songkok Putih tak pegi siasat. Maaf ye kalau saya menyinggung.

Saya tak tahu sejauh mana awak belajar agama mengenai pengertian fitnah. Pemaklum maklumkan kepada kita bahawa wujud pertemuan antara pemimpin PAS dengan UMNO tanpa maklumat yang sah itu pun adalah fitnah.

Saya hendak bertanya kepada Tulang Besi, sekiranya saya tidak lihat sendiri batang tubuh Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan saya sendiri mempercayai apa yang Tulang Besi maklum kepada saya. Apakah Tulang Besi akan menulis dalam blognya dan mengganggap maklumat ini benar 100%. Jawapan nak minta saya siasat dalam e-mel adalah jawapan melarikan diri atau bahasa mudah nak berbelit sahaja!!!

Bilakah saya menjadi tukang siasat awak untuk melulus terbit semua tulisan awak? Dah banyak sangat artikel fitnah kepimpinan utama PAS telah awak buat; adakah awak minta saya siasat?

Saya ulang sekali lagi e-mel yang awak hantar kepada saya adalah fitnah yang menjijikan. Saya banyak kali menegaskan perkataan menjijikan kepada awak, kenapa awak tak siar perkataan dan ungkapan saya kepada awak yang saya kata fitnah menjijikan?? Nak sembunyi?? Baru siri 1, saya belum habis lagi menyiarkan semua e-mel-emel awak.

Saya ada menerima e-mel Tulang Besi pada 21 Julai 2008 jam 8.58 pagi yang ada kaitan dengan e-mel saya saya kata dia jijik. Saya siar jawapan Tulang Besi dengan harapan Tulang Besi akan menyiarkan e-mel saya itu…..

Saudara,

Kenapa saudara kata tuduhan saya tidak tepat?jijik? Apa yang jijik? Apa yang tidak tepat?

Lebih2 lagi saya mendapat maklumat ini dari majoriti AJK PAS Pusat jugak? Saya dapat maklumat dari orang yang menganjurkan pertemuan itu.

Pertemuan Najib-Ustaz Nasa di London. Saya tahu kat mana pertemuan itu berlaku dan saya tahu kenapa ia dilakukan.

SAya juga tahu tawaran yang diberikan oleh Najib Tun Razak. Dan saya dedahkan tawaran UMNO tersebut dengan jelas dan terang. Apa ahli PAS smeua takda hak ke nak tau apa yang pemimpin2 mereka buat dan lakukan?

Oh lupa saya siar sekerat aje ni… Kata fitnah pula kan!!!

Ok Oleh kerana awak ada maklumat daripada orang yang menganjurkannya. Sila dedahkannya. Saya cabar awak. Jangan awak buat Ustaz Nasaruddin teraniya dengan fitnah ini tanpa bukti. Awak juga tak suka DS Anwar Ibrahim difitnah. Dalam Islam setiap yang membuat pertuduhan mesti membawa bukti.

Apakah awak sengaja nak jatuhkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa?

4.0 Tak menjawab

Saya masih menunggu penjelasan Tulang Besi dalam beberapa perkara iaitu:-

1. Menuduh Ustaz Harun Taib sebagai pengempen untuk PAS masuk Barisan Nasional.

Sila berikan dimana dan bila Ustaz Harun ada menyebut perkara ini… Nak masuk Barisan Nasional. Tak payah sebut detail just sebut aje misalnya Bulan April 2008 (tak perlu tarikh) di Kg Belada Kolam (tak sebut detail just sebut kg pun tak apa). Saya tunggu Tulang Besi…

2. Dato Hasan Ali masih tidak puas hati dan terus menerus mengasak Tuan Guru Presiden dgn fitnah. Beliau telah amat kemaruk untuk jadi MB

3. UStaz Ahmad Awang sendiri tidak suka dgn sikap Cikgu Pa.

4. Ustaz MAt Zain adalah penasihat utama Dr Hasan di Selangor dlm usaha menyeberang ini.

Ini sahajalah dahulu..

Sebelum saya mengakhir tulisan untuk siri -2 ini saya ingin menyebut, saya memandang serius perkara ini kerana hampir semua kepimpinan utama di fitnah seolah-olah mereka ini tamak haloba, jahat tak ada hati peruk, mengenepikan Islam lebih kepada hawa nafsu.

Saya bukan suka-suka untuk mendedahkan perkara ini. Saya terlalu banyak berfikir terutama di bulan yang mulia ini. Saya juga masih menjaga nama baik peminpin yang menjadi dalang dalam hal ini.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16786

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: