Songkok Putih Vs Tulang Besi 3

Untuk siri ini, saya lebih kepada menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh Tulang Besi. Saya sengaja untuk melengahkan masa bagi memberi jawapan atas tujuan melihat reaksi dia dalam hal. Saya akan jawab walaupun dia tak menjawab soalan saya dan mengambil sikap menyarang dengan komen-komen pada artikel saya.

Saya tak kisah, bila saya membuat keputusan saya Insya-Allah akan istiqamah dengan keputusan saya. Saya adalah orang yang komitmen dengan keputusan.

Saya juga minta maaf sekiranya kesempatan ruang pada TKO yang sepetutnya mesra terutamanyamenjelasng adil fitri menjadi kurang selesa untuk sesetengah pembaca.

Ada 8 persoalan yang dikemukan oleh Tulang Besi yang akan saya jawab dan diharap awakpun jawablah yang saya pulak…. tak banyak pun satu cukuplah!!

1. Maka tidak sampai sepekan, laman web Tranung Kite telah menyiarkan artikel bertujuan untuk menghancurkan kredibiliti saya.

Apa yang saya dapat kalau saya hancur Tulang Besi? Selama ini ada saya menyebut apa-apa tentang Tulang Besi dalam mana-mana posting atau artikel saya. Awak perasaan kot?

Awak cuba menghancurkan kredibitili Tranung Kite (TKO) dengan membuat fitnah kepada saya dalam tulisan awak PAS lebih beruntung dengan siapa? BN atau Pakatan Rakyat Saya sekadar menjawab tulisan awak. Awak kata saya pula nak hancurkan kredibiliti awak.

Dunia sekarang dunia akhir zaman. Yang difitnah akan diburuk-burukkan…. Sama seperti apa yang berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

2. Sepatutnya, mengikut akhlak dan tatasusila kemanusian, email yang berbentuk pribadi tidak seharusnya disiarkan kepada umum melainkan ianya mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Saya mendapati pihak Songkok Putih/Tranung Kite bersikap sangat tidak berakhlak dan tidak bertatasusila kerana menyiarkan email pribadi ini tanpa mendapat kebenaran dari saya.

Katakanlah saya ini tak berakhlak….

Habis awak mencerca pimimpin-pemimpin utama PAS dengan tuduhan liar, menyebarkan maklumat palsu adakah itu berakhlak? Saya masih bertanya dengan awak mengenai pertemuan Ustaz Nasarudin Mat Isa di London sehingga ramai yang beranggapan Ustaz Nasaruddin adalah pembohonng dalam Mukatamar PAS baru-baru ini. Itu berakhlak ke???

Memang mudah merosak imej seorang yang ingin kita jatuhi dengan tuduhan liar kononnya anggapan ini adalah risikan. Alasan untuk menghalalkan fitnah untuk disebar.

Bagi awak ini semua berakhlak mulia dan adalah tuntutan agama?

3. Tetapi yang menjadi isu yang lebih besar lagi apabila SP mengambil email pribadi saya secara “cut-and paste” dan tidak menyiarkan keseluruhan email saya.

Saya tulis pada artikel saya siri-1, ini bermakna ada lagi. Kalau tulis semua berpuluh-puluh email kan tak terlarat awak nak menjawab…. (Ohh ohh saya lupa awak pengecut memang tak akan menjawab) Bodohlah seorang penyebar fitnah untuk menjawab, peribahasa melayu ada menyebut “baling batu sembunyi tangan..”

Lagi pun e-mel awak tu ada no. Tel awak? Nak disiar ke yang tu? Saya tanya sekali lagi nak siar sekali  dengan no telefon awak? Saya takkan mendedahkan indentiti awak sebagaimana yang pernah saya janjikan dalam beremel dengan awak. Saya masih berpengang kepada janji. Yang lain saya tak pernah berjanji untuk simpan rashia. !

4. “Jawapan: Alhmadulillah, saya bersyukur, pemaklum saya ni pun kata dia tak 100%. sebab tu saya tak publish dlm blog, saya cuma bagitau sedara Ali sahaja. Saya bagitau saudara Ali sebab saya nak dapat kepastian dulu, baru saya publish, dan saya dah dapat kepastian.”

Ini saya dah jawab dalam siri-2.

5. Saya menghantar banyak email pribadi pada Songkok Putih bertanya adakah beliau setuju PAS masuk BN. Namun beliau tidak pernah menjawab dan membisu seribu bahasa. Misalnya salah satu email saya bertanya soalan ini pada Songkok Putih:

“Saya nak dapat kepastian dari saudara, adakah saudara menyokong PAS masuk BN? Kalau tidak maka kita adalah berada di atas landasan yang sama dan kita boleh menyelesaikan perbezaan.

Kalau saudara bersetuju, saya tak boleh nak buat apa la. Saya ada amanah yang saya pikul.”

Hairan saya kenapa soalan mudah sebegini Songkok Putih susah nak jawab? Beliau diam seribu bahasa

Sebelum saya jawab yang ini saya nak peringatkan kepada awak supaya awak semak balik bila saya mula saya tak menjawab e-mel awal dan saya membuat keputusan untuk memutus hubungan dengan awak. Memang saya tak menjawab soalan ‘bodoh’ ini…

Untuk memudahkan awak, saya mula tak menjawab bila awak menghantar artikel Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional (Pembaca boleh baca dan nilai sendiri)

Artikel paling jahat terhadap gerakan Islam yang saya baca. Artikel jijik ini penuh dengan fitnah kepada pimpinan utama PAS yang tak sebulu dengan kumpulan anda. Memang saya tak jawab, saya dah rasa jijik… Awak nak jadikan TKO sebagai tempat awak menghantar “sampah” untuk disajikan kepada semua pembaca.

TKO bukan dibina diatas asas fitnah, kita bukan penyambung lidah syaitan…

Saya nak beritahu awak, oleh kerana awak banyak kali sangat tanya. Saya tak pernah dengar daripada mana-mana mulut pemimpin PAS sama ada dalam perjumpaan tertutup, terbuka atau pertemuan sulit yang mengatakan PAS akan masuk UMNO. Saya ulang sekali lagi dan saya redboldkan Saya tak pernah dengar daripada mana-mana mulut pemimpin PAS sama ada dalam perjumpaan tertutup, terbuka atau pertemuan sulit yang mengatakan PAS akan masuk UMNO.

Oleh kerana awak ada luar negeri, banyak risikan, spy-spy hebat semuanya. Aku cabar sekali lagi (memang tak jawabnya) tolong sebut bila (sebut bulan sahaja cukuplah) dan tempatnya (sebuat dearahlah mudah lagi – adab 7 sahaja… Misalnya Dungun) ada yang kata nak masuk BN/UMNO.

6. Antara lain ialah Tranung Kite kerap menyiarkan artikel dari blog AntiHusam. Soalnya sekarang, mengapa Tranung Kite memberi ruang yang besar kepada sebuah blog yang jelas memfitnah dan menista pimpinan seperti ini? Bukankah ini satu tindakan yang berlawanan dengan akhlak berjemaah? Bagaimana Tranung Kite boleh menyokong tindakan yang jelas berlawanan dengan akhlak berjemaan seperti ini. Bukankah Husam Musa juga seorang pimpinan, yakni Naib Presiden PAS? Dan bukan sekali Tranung Kite menyiarkan artikel dari blog Anti Husam ini.

Yang ini saya tak pasti. Ada 4 orang yang boleh lulus artikel (admin); saya, Greenboc, Reformis dan AlGhaib. Saya tak kenal Greenboc dan Reformis hanya kenal dengan AlGhaib sahaja.

Takkan kami rancang nak khianat Husan. Engkau tanya seorang spy risikan engkaulah rasanya dia baik dengan Greenboc (mungkin belajar sekali kot!!!). Saya tak pasti dia ada berhubung sekarang atau tidak. Greenboc pun tak tahu siapa saya.

Saya nak beritahu awak biar awak ‘terang hati’ pasal TKO. TKO ini melantik 3 orang admin tambahan bukan dikalangan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun. Mereka ada serata Malaysia, tak kenal satu sama lain.

Mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain tetapi bekerja bersama atas prinsip ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Menjadikan TKO satu wadah yang neutral atas prinsip keadilan bukan sebagai penyebar fitnah. Saya sebut sekali lagi bukan atas dasar penyebar fitnah!!

7. Dalam isu Mustafa Ali vs Tok Guru Nik Aziz, Tranung Kite telah mengambil sikap “atas pagar” dan tidak mahu menyebelahi Tok Guru Nik Aziz? Mengapa? Seharusnya semua Ahli PAS mesti berada di belakang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu ini.

Saya tak berapa suka menjawab soalan ini. Saya minta maaf jawapan saya mungkin ada yang tak sedap didengari? Tapi tak apalah semua nak tahu kita dedah ajelah!!!

Saya memintas untuk menulis dahulu dalam isu ini di TKO bertujuan untuk meredakan keadaaan, mengambil sikap berhati-hai tanpa menyingong perasaan mana-mana pihak. Saya sedar jika saya menulis dahulu, admin lain akan berhati-hati dalam melulus terbit artikel berkaitan isu ini, mungkin mereka menghormati saya walaupun ‘mungkin’ ada yang tak setuju dengan pendapat saya.

Sebagai orang media kita bukan mengapi-apikan pimpinan, tetapi bagi mereka yang ingin menjatuhkan satu kumpulan ini adalah satu kesempatan keemasan.

Ini semua prinsip TKO bukan pendapat saya. Saya tulis bukan pendapat saya semata-mata tapi atas dasar prinsip TKO menjaga kehormonian parti.

Pendapat saya pula ialah saya tak setuju dengan Dato’ Mustafa Ali dalam hal ini. Tak payah saya hurai semua orang tahu.

Saya juga tak setuju dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Saya berpendapat Lutfi bijak untuk menyiarkan sekerat sahaja kenyataan ini.
 
Kenyataan TGNA mengatakan PAS Terengganu salah pilih Pesuruhjaya adalah tak betul. TGNA tak faham sebenarnya perlantikan Pesuruhjaya adalah bidang kuasa Presiden PAS. Jadi apa kata Tuan Guru haji Abdul hadi dalam hal ini.

Kan saya dah kata Lutfi ‘very smart’. Ada puak-puak yang tak faham isu sebenar ambil kesempatan siar dalam blog ucapan tersebut dan kata harakah menyekat siaranya kerana ada kuasa tangan ghaib…

Ini semua kerja-kerja tak fikir panjang. Tindakan Wan Nordin bagi saya amat tidak bijak dan tidak memahami politik….. Kita kena smart dalam hal ini. Kepentingan parti sepatutnya diutamakan.

Bila TGNA datang di KL untuk berceramah beliau ingin jumpa dengan wartawan Harakah, ada seorang wartawan perempuan berjumpa TGNA… Apa kata TGNA, saya tak nak cerita. Cari sendirilah.

Dalam isu ini Kita tak setuju dengan Cikgu Pa menggunaan jawatannya untuk keluarkan kenyataan peribadi di muka hadapan. TGNA nak guna kuasanya pula nak keluarkan di muka hadapan…. Apa beza cikgu Pa dengan TGNA? (Untuk makluman yang boleh buat kenyataan di Harakah ialah Presiden dan Timbalan sahaja) 

SMS isu ini berlegar macam Akedemi Fantasia…. Fitnah buruk sangka memang mainan manusia yang bergelar dirinya sebagai orang beriman…

Saya tak setuju TGNA kecam Cikgu Pa dalam ceramah di Taman Melewar. Kita tak setuju dengan cara Cikgu Pa dan kita tak nak TGNA terikut-ikut dengan Cikgu Pa. TGNA Mursyidul Am PAS. Dia boleh panggil Cikgu Pa bila-bila masa sahaja.

Saya amat setuju dengan cara Cikgu Pa berjumpa TGNA dan selesaikan dengan cara anak beranak… Kan mudah. Tapi sesetengah orang tak nak perkara ini selesai, biar PAS bercakaran antara satu lain. Tulis fitnah, api-apikan perasaaan dan sentient pembaca…. Itu semua kerja jahat!!! Saya ulangi itu semua kerja jahat. Islam mengajar kita mendamaikan. Laman web kita biarlah tempat orang berdamai….

Itulah pendapat saya.

8. Artikel terbaru saya ini telah mendedahkan betapa Majlis Syura telah diperkudakan oleh puak fraksi UMNO sehingga Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat diketepikan sama sekali. Dengan kata lain, AJK PAS Pusat dan Mursyidul Am telah diperkudakan oleh sebahagian Ahli Majlis Syura Ulama. Saya menyiar artikel ini kerana saya rungsing dan bimbang tentang bagaimana Majlis Syura Ulama berjaya di “hijack” oleh mereka yang berkepentingan.

Ini kita masuk dalam siri seterusnyalah…

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16793

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: