Mengapa Tulang Besi Menjadi Pengemis untuk Tabung Guaman?

Tulang Besi nama sebenar Abdul Rahman Talib ahli PAS dan juga ahli UMNO Taman Melewar, yang pernah mendakwa gajinya 6 kali ganda gaji exco sekali lagi mengemis mencari sempati untuk menyara hidup.

Sebelum ini kita telah tertipu dengan rayuan simpati dan bantuan kewangan untuk pulang kononnya tak ada duit untuk hadir ke perjumpaan konvesyen blogger PAS di Taman Melewar.

Apabila saya menulis menyebut tentang tipu muslihat si Tulang Besi ini akhirnya dia mengaku dan menunjukkan alim untuk mensedekahkan wang RM1400 (entah betul entah tidak kita tak pasti) yang telah didermakan orang ramai kepada dia.

Saya tak percaya Tulang Besi pasal dia bukan berada di Konvesyen Blogger sangat, dia hadir sekadar nak tunjuk muka sahaja. Kalau anda tak percaya tanyalah si Abdul Rakzak dia tahu semua tipu muslihat si Tulang Besi. Saya serta gambar Abdul Razak yang membawa dia ke Taman Melewar hari itu. Razak tahu temberang di Tulang Besi. (Lihat gambar di bawah)

Sekali lagi menggunakan kesempatan dan simpati untuk mendapatkan wang secara tidak sah melalui kenyataan yang tidak berasas untuk memungut duit bagi kepentingan yang kita tak pasti kebenarannya, Tulang Besi dengan licik mengemis dengan menulis

Tabung Guaman Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat

Bagi memastikan aduan2 saya tidak dibakul-sampahkan atau tidak diberi layanan yang sepatutnya, saya bercadang untuk mengambil khidmat guaman.


Bagi menampung kos guaman, saya bercadang untuk menubuhkan sebuah tabung yang saya namakan seperti di atas.


Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian di:
Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib


Semoga Tuhan memberkati para penyumbang sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Tulang Besi mengambil kesempatan atas kononnya dia telah membuat aduan salahlaku Pimpinan PAS, maka dengan ini memberikan lesen untuk dia manipulasi kita semua.

Saya membawa anda semua berfikir secara rasional dan tidak mudah terperdaya dengan si penipu yang licik ini sebagaimana kita selalu melihat pengemis-pengemis yang mengambil kesempatan memohon bantuan yang berada di tepi-tepi pintu bank, atau yang datang ke rumah menunjukkan surat simpati, atau mereka yang macam orang susah dan kurang upaya ditepi jalananan. Sudah pasti rasa simpati kita, kita akan menghulurkan sekupang atau seduit bagi meringankan beban mereka ini.

Pada 19 November 2009 Suwardi Yaakob melalui firma guaman ‘Zulfadli & Edham’ telah menyaman Tulang Besi atau Nama sebenar Abdul Rahman Talib. Notis yang sama juga telah dikenakan pada pemilik blog “Perisik Rakyat” (yang juga suka membuat fitnah) kerana menyiarkan kembali artikel yang ditulis oleh Tulang Besi tersebut.

Tulang Besi cuba mempertahankan fitnahnya bagi mengelak aib dan malu kerana berbohong tidak mahu menarik balik artikel tersebut. Maka Suwardi telah mengakhirkan tempohnya dan akan menyaman Tulang Besi melalui saluran mahkamah. Kita harap Allah s.w.t. akan memberikan kita satu kepastian dalam perkara ini.

Suwardi Yaakob meminta Tulang Besi menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf kepadanya secara terbuka melalui akhbar. Jika tidak, beliau akan menuntut gantirugi am dan teladan daripada Tulang Besi. Tempoh yang diberikan oleh Suwardi telah pun berakhir, si Tulang Besi masih dengan keangkuhannya untuk mengelak punggungnya terdedah yang sudah pasti akan menampak najis kering yang dionarkannya.

Soal mahkamah,  menang atau kalah pasti memerlukan wang yang banyak. Tulang Besi yang angkuh dengan gaji 6 kali ganda gaji exco terpelak dengan kata-kata celuparnya. Dia mencari jalan untuk mendapatkan kewangan. Cara paling mudah ialah mengemis simpati daripada orang ramai terutama pembaca blog.

Soal Tabung Guaman kononnya tak nak aduan dia mengenai pimpinan PAS dibakul sampahkan adalah muslihat licik mengamburkan orang ramai. Sebenarnya Tabung itu adalah untuk melawan syarikat Guaman Suwardi melalui firmanya ‘Zulfadli & Edham’.

Memang Tulang Besi pengemis licik yang suka memutar belitkan fakta yang menyebabkan kita terkeliru dengan tulisan-tulisannya. Saya belum dedahkan secara terperinci, tanya dulu Abdul Razak semuanya pasti terbongkar!!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2718&mode=thread&order=0&thold=0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: