Mengapa TB marah pada Mustafa Ali?

oleh Tulang

TB marah sebab Dato’ Mustafa Ali (MA) kata “16 Sept hanya gimik politik”.

TB hanyalah manusia “simbolik” yang wujud sebagai alat dan peluru satu kumpulan taksub yang mahu melumpuhkan kepimpinan ulamak, pendukung ulamak dan penyokong gagasan ulamak dalam PAS.

Seorang rakan menyatakan:

TB dan rakan bloggers nya ditugaskan khas untuk melaksanakan misi ini. Mereka terdiri dari orang PAS, yang majoriti orang baru, dan orang yang taksub dengan seorang pimpinan luar dari PAS. Mereka pula “dibantu” oleh geng UMNO dan musuh PAS.

“16 Sept hanya gimik politik”.

Itulah yang menyakitkan hati orang-orang yang mahukan BN tumbang secara luar biasa dan bukan melalui PRU. Ketika itu, dan mungkin ketika ini, orang-orang yang taksub kpd DSAI mahukan perubahan itu berlaku pada 16 Sept. Orang-orang yang taksub ini termasuklah orang PAS dan sebahagian pimpinan PAS yang dari kumpulan erdogan atau 10 budak hitam yang memprotes UG di Parlimen sedangkan TGHH belum lagi bentangkan kertas konsep UG dan ketika TGHH berada di London.

Apabila MA membuat kenyataan tersebut “16 Sept hanya satu gimik politik”, maka jatuhlah moral dan semangat kumpulan taksub ini yang ketika itu sedang mengolah suasana politik dan cuba mengawal iklim politik tanahair.

Pada pandangan mereka MA sudah merosakkan sentimen politik dan sokongan politik yang sedang mereka bina. Akibatnya mulai SAAT itu hingga hari ini, MA ditikam dari belakang dan diserang dari depan oleh orang-orang taksub ini yang pernah “mengggunakan”  MA untuk memujuk TGHH supaya PJ Selangor yang ada pada hari ini menjadi PJ baru bagi menggantikan PJ Selangor yang lama.

Orang-orang taksub ini juga pernah mencipta suasana dan mendesak Tim Presiden yang muda sekarang supaya mencabar Tim. Presiden lama (Ustaz Hassan Shukri) dengan harapan untuk menguasai AJK Pusat. Mereka mengharapkan Tim. Presiden yang muda ini akan “mendengar” cakap-cakap mereka.

Tetapi Allah Maha Kaya, perancangan kumpulan taksub ini tidak menjadi. Tim. Presiden yang muda ini tidak terpengaruh dengan mereka. Akhirnya mereka berusaha musnahkan karakter Tim. Presiden ini dan seterusnya menyusun strategi meletakkan bekas Naib Presiden dari Kelantan itu mencabar Tim. Presiden yang ada.

Harapan mereka, jika menang proksi mereka, AJK Pusat berada ditangan mereka dan mudah untuk memberi laluan kepada DSAI dan rakan-rakan lama mereka dalam PKR dan PAS menerajui negara.  Mereka harapkan jika proksi mereka menang, maka bermula era baru dalam PAS iaitu kepimpinan ulamak bukan lagi menjadi tonggak kepimpinan PAS.

Malang, perancangan mereka gagal. Allah Maha Kaya lagi  Maha Mengetahui. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.

Apabila gagal, kumpulan taksub ini terus mencari ruang dan peluang untuk menyerang TGHH sebab proksi mereka bekas SU Agung sebelum MA ini tidak lagi menjadi SU Agung.  Serangan mereka ke atas TGHH tidak dibuat secara langsung tetapi secara sinis dengan menyerang Tim. Presiden, seperti pepatah Melayu, marahkan anak sindir menantu. Apabila TGHH melantik  MA menjadi SU Agung, kumpulan taksub ini semakin marah.

Mereka serang tanpa henti melalui fitnah ke atas Tim. Presiden dan SU Agung hingga hari ini sebagai analogi yang mana maksud serangan mereka ialah mereka memprotes tindakan TGHH kerana tidak meneruskan khidmat SU Agung lama sebaliknya melantik MA. Mereka juga marah sebab TGHH tidak hadir di Kelana Jaya pada waktu malam 15 Sept ketika menunggu waktu tengah malam menjelang 16 Sept.

Seterusnya mereka berselindung di sebalik TGNA. Mereka menggunakan nama TGNA dan kenyataan TGNA untuk melaga-lagakan pimpinan dan ahli PAS.  PRK Manik Urai menunjukkan manifestasi yang jelas. Malang, usaha mereka menjadi buntu apabila berlaku kes Kickdafella dipecat, dan orang yang selalu memberi maklumat “prejudis” serta “biased” dan maklumat “tidak tepat” kepada TGNA tidak lagi menjadi “penasihat” kepada TGNA.

Kini kumpulan taksub menjadi buntu kerana proksi tidak menang menjadi Tim. Presiden dan satu lagi proksi  tidak jadi SU Agung. Mereka sudah senyap sedikit dan “back off” sekejap. Kemudian PJ Selangor yang dilantik oleh TGHH menjadi bahan “punching bag” yang baru. PJ Selangor juga tidak lagi mahu berada dalam kem kumpulan taksub ini dan menyebabkan beliau diserang oleh orang yang pernah menyanjungnya dan “memperalatkannya”. TB juga pernah menjadi pegawai khas PJ Selangor ini. Kini TB menyerang PJ Selangor kerana PJ Selangor bersama kumpulan ulamak dan dilantik oleh TGHH.

Kini  Naib Presiden Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mulai menjadi sasaran.  Secara diam-diam, PAS Terengganu terus diserang secara perlahan dan sasarannya ialah TG Dato’ Ustaz Harun Tain dan Dato’ Ustaz ABC.

Begitulah pandangan rakan saya.

Apa pun, TB adalah suatu tubuh “simbolik” yang menjadi alat dan peluru baru selepas Penarik Beca kendur kredibiliti kerana ditahan polis dan selepas Kickdafella terperangkap dengan tuannya.

TB menjadi buzoka baru.  Kita tunggu dan lihat sejauh mana TB hendak pergi dalam usaha melumpuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS. Adanya TB, bermakna UMNO bertepuk tangan dan senyum dari jauh.

Dalam blog TB, blog kawan-kawan TB, dan juga blog TKO yang diusahakan oleh PAS Terengganu (walaupun bukan menyokong usaha TB), kita melihat puak-puak pencacai UMNO dan musuh PAS,  menyamar  sebagai simpati pada TB dan rakan-rakan TB. Mereka menulis menyokong apa yang TB buat. Mereka mengapi-apikan TB supaya  terus serang TGHH  dan orang-orang kanannya atas alasan UG yang dicipta oleh UMNO. Tidak mustahil mereka juga menyumbang duit dalam Tabung Guaman yang diwujudkan TB untuk menyerang PAS!

TB kini menjadi alat dan peluru percuma UMNO dan BN. TB berharap akan jadi calon PKR dalam PRU 13. Tunggu dan lihat manusia “simbolik” yang kontroversi ini.

Bacalah  “siapa dia” TB. Bacalah “kawan-kawan TB” dalam blog ini.

 

3 Comments »

  1. Member lama said

    TB, baliklah ke pangkal jalan…hang tu aku kenai budak baik dan sopan, pandai hormat oghang,..la ni hang jadi barua UMNO pasai apa? hang kemaruk nak hentam ulamak ni pasai apa? sapa upah hang? Aku tau hang mesti baca blog ni.

    kalau hang tak mahu kembali ke pangkal jalan, tak palah, nak buat macam mana. tapi aku ingat, orang PAS seluruh Malaysia, kecuali puak yang peralatkan hang, akan menolak hang. Tapi aku rasa ada geng endorgan yang tak mahu lagi associate dengan hang, kalau boleh jauh2 dari hang…hang tak caya? nanti hang tengoklah.

    kalau nak baik dengan hang, memang depa saja carai nahas…depa tu pimpinan, belajak lebih tinggi daripada hang, depa tu lebih lama dalam PAS dari hang…depa masuk PAS masa hang masih pakai lampin dan hisap susu botoi dan punting. Apa hang tau tentang sejarah perjuangan PAS? pahit manis dan asam garam dalam perjuangan, apa hang tau? hang baru masuk PAS, itu pun sebab ikut usrah PAS di USA dulu kan? Hang ingat depa tak gheti ka? Hang ingat depa macam hang ka?

    Lama2 hang tinggal sorang….aku ingat Khalid Samad pun akan perlahan2 lari dari hang. hang ni dah jadi liability pada Khalid Samad. Kata pepatah Melayu, jadi biawak hidup pada kumpulan endorgan…akhirnya hang jadi kera sumbang, pas tu hang tak dak tempat dalam PAS, hang akan pi masuk PKR. Eloklah lagu tu.

    Aku dok baca tulisan hang sana sini, memang hang tak pernah serang DSAI dan pimpinan MT PKR. tapi dengan PAS, hang hantam buta semua. Presiden PAS, pimpinan kanan, ulamak..habeh hang ludah dan hina. Macam hang hantam buta UMNO.

    Aku harap moderator ni bioleh publish tulisan aku supaya boleh baca.

  2. Muammar said

    Den raso, tulang bosi ni pendek akal sikit lah..dia ingat bilo dia buek aduan pado SU Agong Mustafa Ali, secaro individu, dia ingat aduan dio boleh diterimo. memang tak roti peraturan.

    ese ingat sobab dia dah tak do cawangan yg nak terimo dio, sobab tu dia menyalak sorang2.

    yang ese tau, kalu nak buek aduan salah laku dalam PAS ni, kono melalui cawangan, disahkan di peringkat cawangan. atau paling tidak melalui dewan-dewan. lopeh tu kono hantar satu copy kek nogori untuk disahkan. lopeh tu baru buleh bui kek SU Agung.

    aku dah baco aduan tulang busok ni kat laman dio…cerito lamo psal kerajaan perpaduan tu dah lamo dah tutop buku….apo pulak dio bukak balik cerito. memang tak baco dan tak roti punya budak tu. tak habeh-habeh dok ulang cerito UG tu..,nak kato tak paham, dia mengaji tinggi sampai ke amerika tu hah, nak kato bodoh, dia pandai internet, nak kato dogil..memang lah, nak kato apo laie…ese raso budak ni tak boto kepalo dio ni, ada sengek sikit bangkali. kot air apo dia minum ese tak tau

    yang dia bonci bonar dgn Mustafa Ali ese faham lah…tapi ese suko Mustafa Ali buat kenyataan tu “16 sept hanya gimik politik”. kenyataan tu telah selamatkan air muko oghang PAS. Kenyataan tu telah selamatkan maruah PAS. 16 sept itu bukan ado apo sangat, sajo anwar lontar kek padang supaya jadi riuh, yang suka main bola 16 Sept, dia main di padang tu, pemain UMNO dan penonton BN pun jadi takut gilo kot jadi 16 sept, oghang atas pagar pun jadi kelam kabut, media pun heboh, orang PAS pun ada yang turut samo jadi tukang pukul gendang…padahal itu lah kelebihan politikus (political animal) yang pandai politiking macam anwar, dia buleh pull the crowd…memang dulu laie dia macam tu, crowd puller. sebab tu mustafa ali kato 16 sept hanya gimik politik. tapi oghang yg nak copek monang dan nak monang pecumo, jadi seronoklah poie kelana jayo….apo nak buek tak dapek ese nak nolong laie

    Kalau tidak sobab kenyataan mustafa ali tu, dah ramai dah orang PAS poie Kelana Jayo malam tu. Ese dongar Presien PAS pon tak poie. yang poie husam, kamaruddin jaafar, khalid samad dan beberapo oghang laie sebab nak amek hati PKR. Ese dongar Presiden PAS tak beriman dengan 16 Sept.

    Agaknya TB ni beriman dengan 16 Sept sebab tu dia marah bonar dengan Mustafa Ali. Rosak aqidah budak keturunan sosialis Islam ni.

    tak po lah dio pilih jadi gitu, nak buek macam mano…TB ..ese ingat tompek ekau dalam UMNO, elok lah ekau masuk UMNO ja sebab dokek bonar dengan sosialis Islam…atau ekau masuk jo PKR…sebab ekau memang kagum dengan DSAI kan…apo tunggu laie…tak usah nyibok dalam PAS lah..tak usah nyamar jadi ahli PAS lah…tompek ese dudok ni pokat BN-UMNO, tapi hati ese tetap pada perjuangan Islam, ese tak mahu hina ulamak…ese tak belajar tinggi macem ekau sampai Amerika..ese paling tinggi belajar sampai sekolah ajo….tapi ese banggo dengan pimpinan ulamak. elok ekau lap hingus dulu dan jadi orang dewaso boto-boto…kalu tidak, tak yah lah merapu laie..

  3. besi waja said

    akhir hayat tulang besi sebenarnya hampir tiba… besi lama kelamaan akan berkarat akibat terdedah dengan anasirnya… seperti hujan, laut masin kerana selalu keluar negara dan…..

    begitu juga dengan tulang besi…. telah berkarat dengan hasad dengki, tidak puas hati, sombong, bongkak, iri hati, dendam, ……. dikuasi oleh syetan besi……

    sebab itulah kita lihat kenyataannya sudah tersasar jauh seperti jauhnya kaum nabi luth denga nabinya… seperti abdullah ubai tersasar jauh dengan nabi Muhammad dan……..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: