Archive for March, 2010

Salah laku TB: Fasal 82 Tatatertib ahli

oleh Tulang

Dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009),  terdapat perubahan nombor Fasal Tatatertib Ahli PAS jika dibandingkan dengan Perlembagaan PAS(Pindaan 2001).

Dalam  Perlembagaan PAS (Pindaan 2001), Fasal 75 Tatatertib Ahli PAS telah bertukar kepada Fasal 82 Tatatertib Ahli PAS dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009)

1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.

(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.

(f) Mengamal akhlak Islam.

(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Oleh itu jika ahli ingin membuat aduan salah laku disiplin TB, sila sebutkan Fasal 82 mengikut Perlembagaan PAS (Pindaan 2009).

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/27/aduan-salah-laku-disiplin-abd-rahman-talib/

Leave a Comment

Sah! Tulang Besi ejen UMNO

oleh Tulang

Lihatlah identiti blogger bernama Tulang Besi dan hubungan sulitnya dengan UMNO. Selama ini telah disebut-sebut bahawa beliau adalah ahli UMNO Taman Melewar.

Kini jelas beliau adalah talibarut UMNO, balaci UMNO. Mana ada ahli PAS yang mahu letakkan link UMNO dalam identiti blognya kalau tidak ada hubungan dengan UMNO.

Cuba lihat skrin dari http://www.blogger.com/profile/08770865110328319255. Ada satu link Pemuda UMNO Taman Melewar

Kemungkinan selepas ini beliau akan padam link itu sebagaimana beliau selalu padam link dan komennya apabila seluar beliau terlondeh dalam Internet.

Dalam identiti blog TB, terdapat senarai bloggers celaka kawan-kawan TB yang diupah untuk menyerang PAS dan menyerang ulamak dalam PAS serta melaga-lagakan ahli PAS. Bloggers celaka ini pernah jadi ahli PAS tetapi kecewa kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu, akhirnya berpaling tadah dan belot dalam perjuangan.  Mereka aktif menyerang PAS khususnya dalam isu UG.  Antaranya ialah Aduka Teruna dan Penarik Beca yang pernah ditahan polis kerana komen-komennya yang brutal terhadap kerajaan serta almarhum  Sultan Johor dan dalam masa yang menyerang pimpinan PAS.

Albakhistani dan  Perisik Rakyat (milik Tulang Besi juga) cukup jelas menyerang PAS dalam blog mereka.

Dalam identiti blog TB, tidak ada satu link pun ke blog/laman milik PAS atau ahli PAS mahupun link ke Cawangan PAS yang kononnya TB menjadi ahli di situ. Lihatlah betapa hipokritnya ejen UMNO ini. Apakah orang seperti ini yang orang PAS nak jadikan rujukan dan mendengar cakap si munafik ini?

PS: Apakah ini satu tuduhan? Ya satu tuduhan tetapi dengan bukti. Menjadi kelaziman TB melontar tuduhan tanpa bukti. Kini TB harus menafikan tuduhan ini. Untuk mengukuhkan penafiannya, TB boleh bersumpah atau meminta Pemuda UMNO Taman Melewar menafikan yang TB bukan ahli Pemuda UMNO  Taman Melewar.

Leave a Comment

Satu lagi aduan ke atas TB!

oleh Tulang

Hingga hari ini TB masih menyanyi lagu basi “kerajaang perpaduan” yang diciptanya untuk menghina Presiden PAS dan PAS.

Pada hakikatnya TB tidak pernah ada ditangan dokumen atau kertas kerja Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment (UG). Bagaimana TB bercakap benda yang dia tidak tahu dan hanya agak-agak sahaja? Itulah bebalnya anak Abd Talib ini.

Cuba baca yang ini
https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/28/tb-keliru-antara-kerajaan-campuran-dgn-kerajaan-perpaduan/

Memang TB tidak tahu apa itu konsep UG, bagaimana bentuknya, dan apa syarat-syaratnya. TB hanya agak-agak dan dengar-dengar. Kemudian TB membuat andaian bodoh dan persepsi sempit, lantas menjual kedua-dua andaian bodoh dan persepsi sempit kepada orang ramai.

Lalu orang-orang yang bodoh macam TB dan yang dengki dengan PAS mengutip andaian bodoh dan persepsi sempit itu dan menyanyi bersama TB, lagu ‘kerajaang perpaduang” hingga terbelit lidah mereka macam orang kena sawan.

Kemudian TB menuduh TGHH dan orang-orang yang menyokong UG hendak bawa PAS masuk UMNO.

Fakta yang sebenar ialah TGHH belum lagi menulis kertas UG. Tiba-tiba sudah ada orang yang melenting-lenting seperti bertih digoreng dalam kuali, meloncat-loncat macam terkejut beruk, khususnya TB anak Abdul Talib. Tidak terkecuali beberapa orang utama endorgan.

Apa saja yang TB tulis dalam blognya, dari masa ke semasa, dia akan selitkan isu UG dan “kerajaang perpaduang” dan dia suka buat begitu sambil senyum dan gelak ketawa panjang. Memang hatinya penuh penyakit. Allah akan tambah lagi penyakit dalam hatinya.

Itulah penyakit TB. Dia cipta lagu “kerajaang perpaduan” dengan jahatnya, kemudian melalak tanpa henti, sedangkan isu UG ini sudah ditutup buku oleh PAS. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pengerusi JK Disiplin PAS juga sudah pun mengarahkan supaya isu ini tidak dibangkitkan lagi tetapi TB yang mengaku ahli PAS ini pekak badak dan masih menyanyi lalgu UG.

Eloklah tambah satu lagi aduan salah laku disiplin ke atas Abdul Rahman bin Abdul Talib kerana dia INGKAR ARAHAN parti supaya berhenti membicarakan isu UG, berdasarkan Perlembagaan PAS Fasal 75 iaitu ahli PAs hendaklah (c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

Untuk rujukan: No. ahli PAS beliau ialah 253812 yang didaftarkan di Cawangan Bangsar, Kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan menggunakan KP lama bernombor A2317897. No. KP barunya ialah 721023105017.

Sila lihat format surat aduan:
https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/27/aduan-salah-laku-disiplin-abd-rahman-talib/

Kalau PAS pernah beri amaran, gantung ahli, dan pecat ahli PAS kerana ucapan dan tindakan yang salah sedangkan ucapan dan tindakan mereka hanya dalam lingkungan cawangan atau kawasan, tetapi kesalahan TB meliputi seluruh dunia kerana ucapan dan tindakan jahatnya tersebar seluruh dunia melalui penulisannya dalam Internet.

Comments (1)

TB jilat ludahnya sendiri akhirnya

Hari ini sah lah menurut keputusan jamaah bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikekalkan untuk jawatan Mursyidul Am PAS. Secara peribadi, aku yang dah 14 tahun bersama dalam jemaah ini (sekarang faham kenapa aku kata umur aku 14 tahun? haha) gembira dan mengharapkan sentiasa ada perubahan positif hasil keputusan ini.

Aku juga mengulangi saranan yang aku buat tahun lepas, agar seboleh-bolehnya Mesyuarat MSU dibuat di Pulau Melaka bagi memberikan keringanan kepada TGNA sendiri.

Perlantikan semula ini juga sekaligus menafikan khabar angin TGNA akan digugurkan dan menafikan teori bodoh “Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi”. Kepada Rahman Talib; pencipta teori bodoh ini, silalah telan ludah sendiri. Sedap ke?

Ingin juga aku jelaskan fitnah-fitnah lain bahawa Us Ahmad Awang tidak terpilih kononnya kerana dia ‘tidak searus’ dengan kepimpinan lain.

Mesti diingat, TGHH sendiri pernah menawarkan Us Ahmad untuk menyambung perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Perak. Dia sendiri menolak. Dia juga menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden walaupun Us Ahmad ada peluang cerah untuk menang masa tu.

Jika sekiranya penyingkiran Us Ahmad mahu dibuat, untuk apa TGHH menawarkan sambungan jawatan Pesuruhjaya?

Otak lembap memang tak boleh fikir benda ini.

Isu Us Ahmad bersedia menyambung tugas sebagai Ahli Majlis Syura juga tidak relevan. Us Abdul Ghani Shamsudeen juga bersedia, tetapi tak pula dia dilantik.

Ada juga nama-nama lain yang gugur, antaranya Us Daud Iraqi dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Us Daud contohnya pernah kena ‘bedal’ dengan Rahman Talib sendiri semasa pra pemilihan Muktamar tahun lepas. Kenapa yang ini tak bising pula?

Kena ingat, PAS tak pernah tandus ulama’. Kalau tandus adab dan ilmu tu, Rahman Taliblah!

Seterusnya isu kewajaran TG Harun Din dipilih semula. Kiranya si Rahman ni (Yuran tahun ni dah bayar belum?) mempersoalkan kewajaran TGHD dipilih kerana langgar disiplin parti.

Ini masalah orang tak faham khilaf ulama. Pendapat TGHD diutarakan sebelum keputusan TG Presiden. Dan ia telah pun selesai selepas pertemuan dan penjelasan yang berlaku antara ulama. Maknanya selepas perjumpaan sesama pimpinan, TGHD tidak lagi membangkitkan isu tersebut.

Ia bukan satu kesalahan sebab TGHD tak pernah langgar disiplin. PAS meraikan perbezaan pendapat.

Yang langgar disiplin apabila dia pergi merepek dalam akhbar online dan buat press statement kecam Presiden dalam isu ini (selepas keputusan dibuat) . Ada dia buat benda tu?

Tak ada.

Mungkin ada orang persoal, kenapa Khalid Samad dihukum sebab berbeza pendapat?

Jawapannya dia bukan dihukum sebab berbeza pendapat. Dia kena hukum pasal gi bocor rahsia. Ni kena faham beza.

Seterusnya aku nak tanya Rahman, perlukah TGHD disingkir hanya sebab tidak sependapat? Cadangan Rahman Talib itu lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah yang hukum Imam Ahmad sebab tak sependapat dengan mereka. Sebab Imam Ahmad tak mahu mengaku Quran itu makhluk! Nauzubillah. (Lafaz Quran itu Qadim, naskhah Quran itu makhluk)

Tapi sekurang-kurangnya Muktazilah ni hukum Imam Ahmad sebab isu akidah (Walaupun tindakan mereka salah!). Rahman Talib ni pula minta TGHD dihukum sebab hal fiqah.

Nampak gaya dari sudut ini, Rahman Talib lagi teruk dari Muktazilah!

#Update 1: Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Abdul Aziz

#Update 2: Perlantikan ahli MSU: Kalau tak tahu lebih baik diam- Misbahul Munir

#Update 3: Us Azizan Abdul Razak (ahli baru), Us Hashim Jasin dan Us Hasan Shukri ialah ahli yang dilantik. Bukan digugur. Selain Us Abdul Ghani dan Us Ahmad Awang, yang tidak dilantik semula ialah Us Daud Iraqi (Beliau pernah dkritik TB) dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Minta maaf sebab timbulkan kekeliruan. Saya ubah perenggan tersebut.

Dipetik dari: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-telanlah-ludah-sendiri.html

dan bacalah penjelasan ini juga http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html

Comments (2)

TB keliru: kerajaan campuran vs kerajaan perpaduan

oleh Tulang

TB budak hingusan dan budak mentah masih berumur 2 tahun ketika PAS bersama parti politik utama UMNO, MCA, dan MIC  bergabung menubuhkan Barisan Nasional. Ramai orang lupa, kalau tidak kerana PAS, maka BN tidak ada pada tahun 1974.

Ketika tahun 1974, TB berumur 2 tahun, masih memakai lampin, buang air kecil dan besar dalam lampin, dan masih menetek dan menghisap punting. Apalah yang dia tahu sangat pasal kerajaan campuran pada masa itu.

Apabila TGHH melontarkan idea kerajaan perpaduan pada akhir tahun 2008, umur TB sudah meningkat 36 tahun.  TB yang tak faham apa itu kerajaan perpaduan atau UG, membuat anggapan sempit, bahawa UG itu sama dengan kerajaan campuran. TB kata PAS nak bergabung dengan UMNO. TB kata PAS nak cair dan masuk UMNO. Dan macam-macam lagi anggapan bodohnya.

Rupanya TB bukan seorang yang tidak faham dan keliru dalam isu kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan. 10 budak hitam khususnya dari kumpulan endorgan yang menjadi pujaan dan idola Tulang Besi juga tidak faham dan membuat protes terhadap usaha PAS dalam isu kerajaan perpaduan ketika TGHH ada di London. Perumpamaannya samalah seperti bila ayah tak ada di rumah, anak-anak buat hal!

Apa yang pelik ialah mengapa Tulang Besi memprotes dan menentang perkara yang dia tidak faham?.

TB tidak pernah tengok dokumen UG yang belum dibentangkan oleh Presiden.

TB tidak pernah dengar ceramah atau taklimat berhubung dengan konsep dan bentuk UG yang ada dalam kotak pemikiran TGHH dari TGHH sendiri.

Tetapi kerana cetek, dangkal, sempit, dan dendamnya kepada orang-orang kanan TGHH yang bukan pro-endorgan, maka TGHH diserang oleh TB. Orang-orang kanan TGHH diserang secara membabi buta. Orang-orang endorgan basuh tangan. Biar TB buat kerja untuk mereka.

Sampai hari ini TB GAGAL mengemukakan dokumen rasmi konsep dan bentuk UG dari PAS sebagai bukti.

TB keliru dan tak faham apa itu kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan.

TB berhujah berdasarkan kepada persepi dan kefahamannya yang salah dan sempit. Betapa rendahnya martabat akal TB. Mungkin dia masih bernostalgia dalam lampin lamanya dan bantal busuknya apabila dilahirkan kira-kira 38 tahun yang lalu.

PS: Nota tambahan selepas TGNA dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS

http://penembakbabi.blogspot.com/2010/04/pro-reform-bukan-sekadar-isu-ug-misi.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/jahatnya-dato-pa-gugurkan-nik-aziz.html

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-telanlah-ludah-sendiri.html

Comments (3)

Aduan salah laku disiplin Abd Rahman Talib

oleh Tulang

Kepada sesiapa ahli PAS di peringkat Cawangan atau Dewan-Dewan boleh menggunakan templat ini dengan membuat ubahsuai yang perlu bagi mengemukakan aduan salah laku disiplin yang dilakukan oleh Abd Rahman Abdul Talib yang menggunakan nama samaran sebagai Tulang Besi dan The Truth Seeker dalam Internet.

———————-

Tarikh:…………………..

Kepada

Setiausaha Agung, IbuPejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Melalui

1. Ketua Cawangan ………….
Tandatangan pengesahan/sokongan oleh Ketua Cawangan/SU cawangan :……………………………..

Cop Kawasan

2.Yang DiPertua PAS, Kawasan………..

Tandatangan pengesahan/sokongan YDP Kawasan/SU Kawasan :………………………………

Cop Kawasan

atau

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan

Tandatangan pengesahan/sokongan Ketua DPPP Kawasan/ SU DPP Kawasan :………………………………

Cop DPP Kawasan

PER: ADUAN SALAH LAKU DISIPLIN OLEH ABDUL RAHMAN BIN ABDUL TALIB, AHLI PAS CAWANGAN BANGSAR.

Saya, ………………………………………..No.KP………………………….,ahli PAS bernombor ………………….dan berdaftar sebagai ahli di cawangan …………………………………..ingin membuat laporan mengenai salah laku disiplin oleh Abdul Rahman bin Abdul Talib.

Abdul Rahman adalah ahli PAS bernombor 253812 yang didaftarkan di Cawangan Bangsar, Kawasan Lembah Pantai,  Kuala Lumpur dengan menggunakan KP lama bernombor A2317897. No. KP barunya ialah 721023105017.

Abdul Rahman TELAH melakukan beberapa tindakan  yang boleh dianggap sebagai bercanggah dengan Fasal 75 Perlembagaan PAS.  Dalam penulisan beliau di laman web www.malaysiawaves.com, beliau didapati

a. memfitnah PAS secara langsung dan tidak langsung

b. menghina pimpinan PAS termasuk Presiden, Tim. Presiden, dan SU Agung PAS, Timb Mursyidul Am, dan Nabi Presiden secara langsung dan tidak langsung

c. memfitnah SU Politik kepada Presiden dan rakan-rakan SU Politik kononnya mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim

d. menimbulkan perasaan berpuak-puak dalam PAS serta mengelirukan ahli-ahli PAS dengan penulisan beliau serta tuduhan-tuduhan melulu oleh beliau samada secara langsung atau tidak langsung.

e. merugikan PAS di dalam Pakatan Rakyat khususnya dan dalam perjuangan Islam di Malaysia secara langsung dan tidak  langsung.

Segala tuduhan liar beliau adalah bersandarkan kepada apa yang beliau dengar atau dapat dari orang lain tanpa memiliki bukti yang sah dan apa yang beliau anggap bukti adalah meragukan.

Dengan ini, saya menegaskan bahawa Abdul Rahman bin Abdul Talib telah melanggar perkara di bawah yang disebut dalam Perlembagaan PAS:

FASAL 75. Tatatertib PAS yang berbunyi: 

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

–beliau telah mengdu-domba, mencipta dan menabur fitnah serta membuat tuduhan liar terhadap pimpinan dan ahli PAS

–beliau berusaha melaga-lagakan pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS

(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

–beliau tidak membayar yuran ahli

–beliau membuat tuduhan liar dan membuat laporan salah laku ke atas beberapa individu ahli PAS tanpa melalui saluran yang telah ditetapkan oleh parti

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.

(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.

–sebahagian penulisan beliau telah mendedahkan hal dalaman parti yang dianggap sulit dan yang tidak seharusnya diketahui oleh orang luar dan awam

(f) Mengamal akhlak Islam.

–penulisan beliau mempunyai unsur-unsur jahat, keji, kotor, dan lucah yang mana kesemua ini tidak menggambarkan kemuliaan akhlak Islam dan ummat.

–penulisan beliau berbau fitnah, dendam, dan mementingkan diri  sendiri

(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

–beliau gagal mengawal diri dalam penulisan-penulisan beliau yang banyak merugikan PAS daripada menguntungkan PAS; beliau menjadi liabiliti kepada PAS buat ketika ini

(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

–beliau kelihatan menghina dan mempelekehkan PAS secara terbuka dalam penulisan di blognya

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar YBhg Setiausaha Agung dapat meneliti aduan ini dan membuat penyiasatan ke atas  penulisan dan tindakan beliau dalam blog beliau dan lain-lain dokumen yang relevan.

Bersama ini disertakan salinan dokumen rasmi dari laman web tertuduh. Sekian, untuk tindakan tuan selanjutnya.

Yang benar,

……………………………………..

(Nama:                                           )

s.k.

1. Pesuruhjaya PAS Negeri

2. Pengerusi JK Disiplin PAS Pusat

3. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

4. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

5. Ketua Dewan Muslimat  PAS Pusat

Comments (3)

TB konon bela Ustaz Ahmad Awang

oleh Tulang

Kenapa TB sibuk dan menyibuk kononnya mahu membela Ustaz Ahmad Awang dengan artikelnya “Ustaz Ahmad Awang dipecat dari Syura?”

Pada hakikatnya Ustaz Ahmad Awang telah terperangkap dengan permainan kumpulan endorgan dalam PAS. Kesian Ustaz Ahmad Awang yang kagum dan teruja dengan kumpulan endorgan atau orang profesional baru dalam PAS sehingga beliau digunakan oleh mereka untuk menjadi proksi endorgan dalam PAS. Beliau seronok bercakap Bahasa Inggeris dengan mereka dalam mesyuarat BPPN dan mesyuarat-mesyuarat lain apabila orang-orang endorgan ada dalam mesyuarat berkenaan.

Lebih 6 tahun Ustaz Awang didekati dan dikelilingi oleh kumpulan endorgan khususnya apabila Ustaz Ahmad mula memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat. Endorgan melihat selain Dato’ KJ dan Dato’ Hassan Ali, mereka perlu ada contact person mereka dalam kumpulan ulamak atau Majlis Syura Ulamak.

Endorgan telah berkempen agar Ustaz Ahmad Awang bertanding jawatan Naib Presiden dan berjaya. Ustaz Ahmad Awang telah menjadi jurucakap endorgan dalam PAS, dan beliau banyak mendapat banyak  input dari endorgan untuk diketengahkan dalam pelbagai mesyuarat di peringkat atas dan syura.

Apbila beliau menjadi PJ Perak, maka barisan BPPN mulai dipenuhi oleh orang kuat endorgan walaupun ketrampilan mereka tidak terserlah di peringkat pusat dan kebangsaan. Orang-orang lama mula dipinggirkan.

TB amat ariff  BETUL tentang hal ini. Hari ini TB nak tunjuk simpati dan menjadi pembela Ustaz Ahmad Awang. TB mewakili endorgan konon mahu membela Ustaz Ahmad Awang. Cuba baca disini, Ustaz Ahmad Awang cuba membela Khalid Samad selepas Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin.

http://usahmadawang.blogspot.com/2010/02/hatib-bin-abi-baltaah-sahabat-yang.html tetapi telah dikomen oleh Ali Zaidan di http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/kerahsiaan-dan-adab-jemaah.html

Ustaz Ahmad Awang telah dikambinghitamkan oleh kumpulan endorgan.  Apabila Ustaz Ahmad Awang ‘tersepit’ dengan tindakan dan ucapannya yang lepas-lepas, kini beliau terpaksa menerima ‘bayaran’ nya yang beliau tidak bersedia menerimanya. Tetapi siapakah yang menyebabkan beliau berada dalam suasana berkenaan? Siapakan yang dhantar untuk ‘membela’ Ustaz Ahmad Awang yang tidak duduk lagi dalam Majlis Syura Ulamak kali ini?.

Mengapa TB tak mahu membela Ustaz-Ustaz lain yang tidak dipilih untuk menganggotai Majlis Syura Ulamak PAS Pusat? Baca di sini satu yang menarik untuk diketahui:

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/27/rahman-talib-percayalah-neraka-itu-hitam/

dan bacalah penjelasan dari Ustaz Misbahul Munir mengenai isu ini  http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html

Nanti kita akan jelaskan satu persatu bagaimana hal ini boleh berlaku tetapi bacalah dulu artkel di bawah ini:

———-

http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/03/menjawab-tulisan-zainulfaqar-ustaz.html

Nampaknya kumpulan Task Force 13 tak senang hati dengan perkembangan mutakhir ini dimana rancangan kumpulan mereka sudah terdedah dan kepala-kepala perosak PAS mula terserlah. Kebusukkan mereka satu persatu telah terlodeh.
 
Untuk kembali perasaan marah masyarakat kepada sesetengah pimpinan PAS dan cubaan untuk melaga-laga antara satu sama lain dihidupkan semula. Mereka mengungkit kisah-kisah lama bagi melukakan kembali parut muda. Kerja jahat Zainulfaqar terbaru dalam blognya membuatkan imbasan supaya orang mengingatkan kembali bagaimana Ustaz Ahmad Awang yang menolak percalonan dan mula tidak mahu aktif dalam PAS atas beberapa sebab tertentu.
 
Tulisan Zainulfaqar boleh di baca di http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/25/ustaz-ahmad-awang-dalam-ingatan/
 
Pada pagi hening ini, saya terfikir kenapa tulisan dikeluarkan semula. Melihat pada satu persepsi nampak macam bertujuan menyokong Ustaz Ahmad Awang tetapi diteliti secara halus selepas Zanuifaqar menyerang Presiden. Zainulfaqar menyerang pula Setiausaha Presiden PAS, Dr Shamsuri.
Tulisan mengenai Ustaz Ahmad Awang dalam ingatan bertujuan untuk apa? Untuk menambah luka Ustaz Ahmad Awang dengan memberikan tekanan lagi, setelah peristiwa keluarnya YB Mohsin yang baik berkait rapat dengan beliau? Sebelum ini dengan isu Mufti Perak. Kenapa nak dibabitkan orang yang dah pencen?
Sebelum saya meneruskan hujah ini, saya minta maaf jika apa-apa yang ditulis menguris perasaan Ustaz dan anggaplah ini adalah teguran daripada seorang sahabat yang mengenali Ustaz.
Peristiwa kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS ke-55 yang selalu dimainkan oleh puak-puak yang ingin melaga-laga PAS telah dijawab oleh Polis Pencen. Sila baca tulisan Polis Pencen bertajuk Membuka fitnah kepada pemimpin dalam PAS. bagi memahami apa isu yang sedang dan cuba saya bawa.
 

 

Saya tertarik dengan tulisan Polis Pencen kerana cara hujah Ustaz Awang sendiri telah menyebabkan sebahagian besar pimpinan PAS, rakan beliau sendiri menjadi mangsa.
 
Sepatut Ustaz Ahmad Awang memberikan nama siapa yang dimaksudkan bukan main teka teka sehingga fitnah sentiasa terbuka.
 
Saya bagi contoh paling mudah bila ada teguran kepada Ustaz Ahmad Awang pasal beliau boleh berkereta besar berserta orang gaji selepas PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Perak. Teguran sebegini dijawab oleh Ustaz Ahmad Awang dan orang yang mendengar penjelasan beliau boleh memahami isu berkenaan. Kalau tiada penjelasan, sudah tentu orang akan buruk sangka kepada Ustaz dan Ustaz pasti akan sentiasa berada dikalangan berduka.
Tapi main-main kata-kata ada pimpinan utama. Seorang sahaja, tidak disebut secara jelas sehingga beberapa orang lain disyak sama. Apakah ini bukan fitnah. Tolong hujahkan saya dengan dalil nas yang membolehkan berbuat demikian supaya hati saya senang. Adakah Ustaz Ahmad Awang rasa gembira ada pimpinan PAS yang tak terbabit dituduh sama oleh blogger celaka? Apakah Ustaz Ahmad Awang tak rasa bersalah?
Saya ahli PAS biasa, berpendapat sama dengan Polis Pencen bahawa itu adalah fitnah Ustaz (Ahmad Awang) kepada rakan-rakan Ustaz dalam jamaah PAS. Kalau ada hujah dan dalil nas serta al Quran menolak pendapat saya, hujahhkan saya. Anda pembaca boleh maki saya (ambil perkataan zainulFaqar) jika ada dalil!!
Blog-blog celaka yang ingin pecah belahkan PAS, menjadikan ucapan ini sebagai dinding perhiasan blog-blog mereka. Apakah mereka fikir mereka tidak ada saham dalam penyebaran maklumat yang tak jelas boleh mengikatkan salah faham dan salah sangka kita terhadap pimpinan PAS yang tak terbabit.
Hayati dan faham tulisan Polis Pencen (http://polispencen.blogspot.com/2009/06/membuka-fitnah-kepada-pemimpin-dalam.html), agar kita tidak dicelakakan Allah di akhirat nanti. Adalah lebih baik kita berbaik sangka sesama mukmin daripada kita menjadi “syaitan” dalam gerakan Islam.

 

Comments (1)

Older Posts »