TB suka ambil kesempatan

oleh Tulang

Kini TB sedang ambil kesempatan atas insiden  Dolah Karim mengkritik keputusan JK Disiplin berhubung dengan kes Khalid Samad dan Hassan Ali.  TB mahu beritahu dunia bahawa bukan dia seorang sahaja yang tidak setuju dengan keputusan itu, tapi Dolah Karim, bekas exco DPPP pun tak setuju macam TB juga.

Lantas dia puji Dolah Karim. Dia api-apikan Dolah Karim. Dia ajak bloggers lain semarakkan api syaitan supaya orang marah pada pimpinan PAS Pusat. Kelompok simpati TB yang datang dari UMNO juga tidak melepaskan peluang menambah minyak tanah pada api yang sedang menyala. TB bersorak gembira kerana mendapat “sokongan” bloggers dan kelompok UMNO yang menyamar sebagai orang PAS.

Kita tunggu dan lihat samada Dolah Karim akan naik sampan bersama TB menyerang JK Disiplin dan JK PAS Pusat. Elok Dolah Karam cek betul-betul yang sampan TB tu tidak bocor, kalau tidak dia juga akan karam.

Sebelum ini TB mengatakan Ku Li mengiakan pandangan dia dan tindakan dia.  Memang TB suka ambil kesempatan. Nasib baik Obama tidak datang ke Malaysia dan kemudian pergi ke Indonesia. Mungkin TB akan buat kenyataan Obama pun sokong apa yag dia tulis dalam blog malaysiawaves sebab TB ada di Indonesia.

Sebelum tu lagi, TB ambil kesempatan mendekati kumpulan erdogan kerana dia rasa senang dengan mereka, boleh bercakap “at  the same pitch level”, dan mudah dekati DSAI sebab kumpulan erdogan dekat dengan DSAI.

Tapi sebelum tu dia ambil kesempatan mendekati YB Dato’ Dr. Hassan Ali sehingga dia berjaya menjadi Pegawai YB Hassan Ali sebab dia ada kepentingan peribadi. Apabila permintaan untuk menjadi CEO satu anak syarikat Selangor gagal, maka dia serang peribadi YB Dato Dr. Hassan Ali.

Tapi sebelum tu lagi, dia baik dengan seorang bekas aktivis PAS dari Kapar, dan orang itu, sudah tidak aktif lagi kerana ada masalah peribadi. Dan dia dekati orang ini sebab orang itu rapat dengan YB Dato’ Dr. Hassan Ali pada masa itu.  Dan orang itulah yang memperkenalkannya pada YB Dato Dr. Hassan Ali sehingga TB dilantik menjadi pegawai khas. Apabila orang itu bermasalah dalam jamaah, dan direhatkan dari memegang jawatan, orang itu mula menjauhi jamaah perlahan-lahan tetapi masih bersama dalam jamaah. TB masih berkomunikasi dengan orang itu dan boleh jadi mendapat nasihat dan pandangan dari orang itu.

Menurut seorang rakan TB yang sama-sama belajar di Missouri USA di awal tahun 90an, sebelum TB kenal orang itu, dia pernah ambil kesempatan di USA dengan mendekati orang-orang yang dekat dengan TGHH, TGNA, MA, ABC, Ust Hassan Shukri, Ustaz Nasa, TGHarun Taib dll. Dia ambil kesempatan ikut usrah, tetapi kata rakannya, bukan sebab nak ikut usrah sangat tetapi sebab “minat” dan “ada hati” pada seorang pelajar wanita dari Iowa ketika itu, yang akhirnya menjadi isterinya. Kemudian jodoh tidak panjang, takdir Allah mengatasi perancangan manusia.

Maka apabila TB kembali ke tanah air, TB berjinak dalam PAS tetapi apabila kepentingan peribadinya tidak tercapai maka banyaklah mangsa yang kena serang, khususnya ulamak,  dan jamaah PAS diserang secara mengkhizir buta. Itu lah TB yang kita sedang kita perhatikan hari ini.

TB akan terus menyerang..dan menyalak…hari ini orang-orang yang dikatakan kumpulan erdogan sudah mengelakkan diri dan menjauhkan diri dari TB. TB sedang mencari rakan baru. TB berharap Dolah Karim akan jadi rakan karibnya.

 

1 Comment »

  1. rakan lama said

    Antara Tulang Besi dan Dolah Karim

    Ijazah:
    kedua ada ijazah sarjana muda

    Keluarga:
    Keluarga Dolah Karim UMNO, tapi dia PAS, dan masuk PAS masa di kampus lagi.

    Keluarga TB, ahlinya PAS, tapi datuknya dan bapa saudaranya sosialis, dan TB masuk PAS lepas balik dari USA, dan kemudian dikatakan masuk UMNO Taman Melewar; dan beliau belum nafikan dan belum bersumpah menafikannya

    Tarbiyyah
    Dolah Karim mula ikut usrah di matrikulasi UKM, kemudian di UKM, memegang beberapa jawatan dalam persatuan di dalam jamaah di UKM sehingga dibentuk menjadi pemimpin dan menjadi Presiden PMUKM

    TB ikut usrah tak sampai dua tahun di kampus di USA. TB tak pegang jawatan di USA, kecuali ikut usrah

    Jawatan dalam Parti
    Dolah Karim pegang jawatan dalam DPP Negeri dan Pusat, menjadi anak didik Hanipa Maidin selepas bersama DPP, dan memegang jawatan kecil dalam lajnah

    TB pernah pegang jawatan PAS di kawasan, kemudian berhenti. Tak sampai ke peringkat kebangsaan

    Kontroversi
    Dolah Karim hanya menjadi kontroversi selepas kenyataan beliau terhadap keputusan JK Disiplin. Dolah karim tidak menyerang ulamak dan kepimpinan PAS

    TB menjadi kontroversi lebih 5 tahun sehingga hari ini. TB menyerang ulamak dan kepimpinan PAS.

    Keluarga sekarang
    Dolah Karim sudah berumahtangga dan sanggup tinggal segalanya kerana menemani isteri untuk buat Ph.D. Tapi masih bersama PAS

    TB sudah kahwin, cerai, dan kawin lain. Tapi TB kononya bersama PAS tapi hampas kerana menyerang pimpinan PAS dan menjadi barua UMNO

    Kesimpulan: Dari segi kualiti, Dolah Karim lebih berkualiti. Saya tidak fikir Dolah Karim akan ikut TB atau bersama TB atau jadi macam TB. Kalau dia jadi juga macam TB atau ikut TB maknanya hampes, mengabehkan boreh jo, sia-sia ikut usrah 6 tahun di UKM kemudian duduk dalam DPPP untuk 2 penggal. Hilanglah kualiti diri Dolah Karim, yang tinggi mungkin kuali sahaja nanti. Semoga Dolah Karim tidak mengikut jejak langkah TB.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: