Nu’aim bin Mas’ud, seorang Yahudi, lebih baik dan lebih mulia daripada Tulang Besi

oleh Tulang

Ketika Rasulullah dan tentera Islam dan penduduk di Madinah  dikepung oleh tentera musyrikin dari Mekah dalam Peperangan Ahzab, dan ketika mana orang Yahudi di dalam Madinah belot terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan bersama dengan tentera musyrikn Mekah, tiba-tiba datang seorang yahudi bernama Nu’aim bin Mas’ud, menawarkan kepada Nabi s.a.w. untuk melakukan sesuatu bagi membela dan mempertahankan Nabi s.a.w, umat Islam dan Islam.

—————————

Nu’aim bin Mas’ud berkata: “Wahai Rasulullah, sesugguhnya saya telah menjadi Islam, dan kaum saya tidak mengetahui perkara ini, maka perintahkanlah kepada saya apa-apa sagahaja yang Rasulullah mahu.”

Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: “Awak seorang yang berkedudukan tinggi di kalangan mereka. Maka pergilah untuk melepaskan kamu daripada musuh sekadar kemampuanmu, peperangan ini adalah tipu daya.”

petikan dari buku Fiqh harakah dari Sirah Nabawiyyah tulisan Dato’ Seri TG Ustaz Haji Hadi Awang, 1992, Dewan Pustaka Fajar

———————————–

Tipu muslihat Nu’aim bin Mas’ud

Nu’aim memulai operasi dengan mendatangi Yahudi Bani Quraidlah dan meyakinkan mereka untuk tidak terlibat dalam peperangan melawan kaum muslimin sebelum mendapat jaminan dari Quraisy berupa beberapa orang terkemuka sebagai sandera, supaya kaum Quraisy tidak mundur dari peperangan meninggalkan mereka sendirian menghadapi kaum Muslimin. “Engkau telah memberikan pendapat yang amat baik,” kata para pemimpin Yahudi Bani Quraidlah tanpa curiga. Mereka tidak tahu kalau Nu’aim telah menjadi muslim.

Kemudian Nu’aim mendatangi Abu Sufyan dan pemimpin-pemimpin Quraisy lainnya. Pada mereka Nu’aim menceritakan kalau Yahudi Bani Quraidlah menarik pasukannya. Mereka juga secara diam-diam telah membuat kesepakatan dengan Muhammad SAW untuk menculik beberapa pemimpin Quraisy dan Ghathafan untuk diserahkan pada Muhammad SAW dan dibunuh. Nu’aim juga berpesan agar mereka tidak menyerahkan seorang pun pada mereka.

Nu‘aim lalu pergi menemui kaumnya, Ghothofan. Kepada mereka ia mengemukakan apa yang dikemukakannya kepada orang-orang Quraisy. Demikianlah akhirnya terjadi salah faham di antara mereka dan saling tidak mempercayai. Sehingga masing-masing dari mereka menuduh terhadap yang lainnya sebagai pengkhianat.

Misi Nu’aim berjaya, dia berhasil memecah belah pakatan tentara Ahzab dan mengadu domba mereka. Akhirnya pasukan sekutu multinasional pun meninggalkan Bani Quroidhoh sendirian di medan peperangan sehingga kekuatan musuh berkurang. Sementara itu Allah SWT mengirim pula kepada Quroisy dan sekutunya angin taufan yang mengerikan sehingga menerbangkan kemah-kemah mereka, memporak-porandakan logistik, memadamkan api, menerpa muka dan memenuhi mata mereka dengan tanah. Sehingga mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali melarikan diri di kegelapan malam.

Setelah hari subuh didapati oleh kaum muslimin musuh-musuh Alloh sudah lari. Karena itu mereka bersorak gembira sambil memuji Allah. Dan selama perang Ahzab ini berlangsung Nabi SAW tidak henti-hentinya, siang malam senantiasa beristighfar, merendahkan diri, dan berdo’a kepada Allah untuk kemenangan kaum Muslimin.

http://brain-news.blogspot.com/2009/03/nuaim-bin-masud-dan-hudzaifah-ibnul.html.

—–

Kita lihat Nu’aim seorang Yahudi yang masuk Islam tetapi tidak membuat fitnah sesama Muslim, tidak menyerang Nabi,  tidak menghina  Nabi, tidak melaga-lagakan orang Muslim.

Tapi TB seorang Muslim, lahir sebagai Muslim, malangnya dia selalu serang ulamak, sedangkan ulamak adalah waris Nabi, dia laga-lagakan orang Islam yang mendukung perjuangan Islam di Malaysia. Itulah Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib. Tulang Besi lebih hina dari yahudi bernama Nu’aim bin Mas’ud.

2 Comments »

  1. Pro TB dulu said

    TB ..dulu aku suka dgn tulisan kau..aku suka kau “dedahkan” penyelewengan dalaman PAS…tapi bila aku teliti balik tulisan2 kau, aku rasa kau menipu dan membuat fitnah. Betullah si Yahudi mualaf ini lebih baik daripada kau. Tindakan kau melaga-lagakan pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS adalah suatu yang aku dah tak boleh terima.

    Kau timbulkan suasana kalut dan fitnah dalam masyarakat Islam dengan melaga-lagakn orang Islam yang berjuang di bawah panji2 dakwah Islamiyyah melalui wadah politik Islam iaitu PAS, adalah satu KEJAHATAN dan MAKSIAT. Tulisan2 kau yang jijik itu lebih TAJAM dari mata pedang! Fitnah kau lebih bahaya dari MEMBUNUH!

    Aku fikir orang yang berada dibelakang kau sekarang dan menyokong kau ini hanyalah orang2 UMNO danpembelot PAS serta orang2 yang lari dari perjuangan kerana mengejar habuan dunia dan kedudukan. Yang suka dengan kerja fitnah kau ini ialah orang2 yang benci kepada ulamak, yang suka hina ulamak, dan orang yang menolak hadis Nabi bahwa ulamak adalah waris Nabi-Nabi. Kau tahu apa hukum tolak hadis Nabi tu? Rosak AQIDAH. Boleh bawa kepada MURTAD! Kau belajar sampai ke situ ke TB?

    Orang yang tolak hadis Nabi ini adalah orang berfahaman sekular termasuk sosialis. Aku ingat kau masih ada daki-daki sekular-sosialis yang berkarat dalam jiwa kau. Sebab itu kau menyerang ulamak habis2an.

  2. Bakri Muar said

    Assalamualaikum,

    Sy bersetuju dgn artikel diatas. Mungkin inikah yg disebut doa-doa org yg terinaya atau difitnah kena balik kpd pembuat adu-domba…
    wallahualam.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: