TB balik dari Indon nak jumpa SU Agung PAS

oleh Tulang

TB kata dia akan balik untuk bertemu dengan SU Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali. Katanya SU nak berjumpa dengannya berhubung dengan aduan yang dibuatnya kepada PAS Pusat.

TB ingat dia pandai dan hebat apabila dia serah aduan dan dokumen serta bukti rakaman kepada Dato’ MA.  Kemudian dia letakkan surat aduan dan bukti-bukti itu dalam laman webnya.

TB ini memang syok sendiri. Rasanya TB akan menjadi lebih sakit jiwa dan sakit mental selepas bertemu Dato’ MA.

Pada pandangan orang awam,  aduan TB diterima dan sudah/akan diteliti. Cuma mungkin cara aduan dibuat dan prosidur aduan yang digariskan boleh menyebabkan aduan TB hanya menjadi  aduan s.s.

Pertama, aduannya dibuat tidak melalui mana-mana cawangan atau negeri atau dewan.  Dan aduannya tidak dapat disahkan atau disokong oleh mana-mana peringkat.  Implikasi tindakannya:  TB tidak ikut peraturan dan oleh itu aduannya tidak sah; ditolak atas sebab teknikal.

Kedua, aduannya serta bukti-bukti telah disebarkan kepada orang ramai.  Implikasi tindakannya: Buang kes kerana dakwaan dan bukti sudah dihebah kepada orang sebelum kes disiasat dan sebelum kes diteliti.

Ketiga, aduannya bersifat andaian dan menggunakan bukti tidak tepat dengan dakwaan. Bukti yang diberikan adalah diluar konteks dakwaan dan diluar premis. Implkasi tindakannya: Buang kes.

TB akan balik ke Indonesia selepas ini dan akan terus menyerang kepimpinan ulamak dari jauh. Tetapi buat masa ini sudah hampir 3 minggu beliau berhenti menyerang PAS atau ulamak dan kepimpinan PAS dalam laman webnya.

Semoga beliau akan gunakan sifat ‘gedebe’ beliau menyerang UMNO-BN serta musuh-musuh Islam.

3 Comments »

  1. Pemerhati Undang2 said

    Memang pelik bila ada orang buat aduan dalam parti atau organisasi dan tunjukkan semua dokumen dan segala bukti kepada orang ramai. Itu bukan aduan namanya, tapi kes nak memalukan orang yang dituduh dan dan memalukan organisasi.

    Takkanlah ada pegawai bank, misalnya, buat aduan pada GM bank mengenai seorang pegawai bank, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet.

    Contoh lain, takkanlah ada pegawai MARA, misalnya, buat aduan pada Pengarah Besar MARA mengenai seorang pegawai MARA, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet.

    Dan, takkanlah seorang ada Menteri, misalnya, buat aduan pada PM mengenai seorang pegawai Menteri, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet

    Itu maknanya tak reti etik dalam buat aduan. Tak reti undang2. Itu s.s. namanya

  2. Kawan lama TB said

    TB dalam lamannya memuji Dato’ MA. Dia kata Dato’ Mustafa Ali bagus, profesional, sedia mendengar, terbuka dan macam2 lagi. TB berkata demikian sebab Dato’ MA kata beliau akan bawa aduan TB ke Dewan Harian PAS Pusat untuk perbincangan. Suka betul TB, aduannya sampai ke sana. Tapi keputusan samada diterima untuk disiasat atau tidak belum tahun lagi.

    Selama ini TB hentam dan maki Dato’ MA sebab

    a. Dato’ MA pemimpin Terengganu, TB cukup jaki dengan PAS Terengganu
    b. Dato’ MA, buat kenyataan ’16 Sept hanya gimik politik’
    c. Dato’ MA dilantik oleh TGHH menjadi SU Agung menggantikan Dato’ KJ, pujaan TB
    d. Dato’ MA dituduh oleh TB sebagai orang yang mahu membawa PAS masuk UMNO

    Tapi sekarang TB puji Dato’ MA sebab aduan dia dibawa ke Dewan Harian. Nampak benar dia lebih mementingkan dirinya sendiri. Memang jelas betapa hipokritnya TB ni. Kita tunggu berita kelak nanti ttg aduan TB tu.

  3. tulangbesi said

    salam pembersihan raja laut. selepas mengadakan perjumpaan dengan SUA Pas stopa ali, tulang besi telah membuat pengakuan bahawa stopa ali adalah seorang yang professional dalam menjalankan tugas tugas beliau sebagai SUA pas. pengakuan ikhlas ke tak ikhlas (kena bersangka baik kpd tulang besi) telah dimuatkan dalam laman web barua tulang besi iaiti pakaq wartawan bergaji diharakah. tulang besi lupa ke yang stopa ali ni adalah seorang yang beliau balun cukup cukup dalam laman web beliau. stopa ali juga dilabelkan sebagai orang yang mempengaruhi TGHH dalam membuat keputusan utama dalam pas. stopa ali juga dikatakan pernah menasihatkan TGHH sewaktu TGHH menjadi mb terengganu dahulu. nasihat stopa ali lah yang membawa runtuhnya kerajaan pas di terengganu.

    bagaimana seorang yang begitu banyak melontarkan perkara perkara negatif tiba tiba membuat pengakuan yang seorang dari pengagal projek kerajaan 16 september dan juga penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG. “Bagi saya, (Mustafa) seorang pemimpin PAS yang begitu terbuka, tidak seperti pemimpin PAS tertentu yang selalu marah kepada blogger-blogger seperti saya,”jelasnya. inilah pengakuan tulang besi dalam blog pakaq. kalau salah pengakuan ini sila bertanya kepada pakaq kerana pakaq memerangkap PA tulang besi dan pencacai kepada pas recond

    Baca lagi di: http://freezoneterengganu.blogspot.com/search/label/tulang%20besi7

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: