Gagal serang TGHH, TB serang SU Politik TGHH

oleh Tulang

Setelah TB gagal memporak-perandakan kepimpinan ulamak dalam PAS, setelah gagal melaga-melagakan pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS, dan setelah gagal menimbulkan kebencian ahli PAS dan orang ramai terhadap kepimpinan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS), kini TB serang SU Politik TGHH dalam laman webnya.

Kononnya SU Politik TGHH dan beberapa nama yang disebutnya merancang konspirasi untuk jatuhkan MB Selangor. Inilah tektik kotor, character assasination, yang cuba dibuatnya untuk menyerang Presiden PAS dari belakang.

Kalau kita baca siri-siri artikel dalam blog ini, kita akan nampak bahawa TB adalah manusia simbolik jelmaan kumpulan erdogan yang masih belum putus asa untuk melumpuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

Semasa Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil menjadi Presiden, SU Politiknya ialah Dr Hatta, kemudian apabila TGHH menjadi Presiden, SU Politiknya ialah Dr Syed Azman.  Kemudian TGHH melantik Dr . Shamsuri, seorang jurutera, bekas ahli akademik, bergelar professor.  SU Politik ini tidak ada kepentingan dalam parti, sanggup meninggalkan menara gading untuk berjihad dalam perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia.

SU Politik TGHH yang baru ini tidak mudah dipengaruhi oleh kumpulan erdogan atau sekutunya. Beliau tidak ada jawatan dalam parti tetapi dikenali oleh TGHH sejak beliau muda lagi. Itulah pilihan TGHH yang tidak disenangi oleh kumpulan erdogan.

Kumpulan erdogan berasa patah kaki apabila orang-orang harapan mereka, tidak lagi memegang jawatan penting dalam parti walaupun masih menjadi ahli JK PAS Pusat.  Semua nama-nama ‘ahli kumpulan erdogan’ adalah nama-nama yang disenaraikan oleh TB dalam laman webnya. Antara nama-nama itu disebutkan juga dibawah ini. TB yang namakan mereka sebagai erdogan.

Dato’ KJ yang menjadi penyambung lidah erdogan tidak lagi menjadi orang dalam apabila jawatan SU Agung diberikan kepada Dato’ MA yang bukan pro-erdogan.https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/24/mengapa-tb-marah-pada-mustafa-ali/

Dr Dzulkifli tidak lagi menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, dan diganti dengan veteran PAS yang bukan pro-erdogan.

Dr Syed Azman, yang cukup akrab dengan ahli-ahli kumpulan erdogan, walaupun diam seribu bahasa dan low profile, tidak lagi menjadi SU Poiltik TGHH, dan putuslah talian hayat erdogan untuk mengelilingi TGHH.

Dato’ Husam yang kini bukan lagi Naib Presiden dan tewas dalam pertandingan jawatan Timb Presiden untuk menggantikan Ustaz Nasa, menyebabkan kumpulan erdogan buntu dalam usaha-usaha mereka mahu membawa gagasan  baru dalam kepimpinan PAS, iaiatu kempipinan bukan ulamak dalam era baru.https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/27/kenapa-tb-marah-pada-ust-nasaruddin-mat-isa/

Dengan kegagalan bersiri ini, maka putuslah benang dan rantaian maklumat serta usaha mempengaruhi Presiden dari dekat dengan cara mendampingi selalu TGHH juga gagal.

Maka apabila TGHH tidak lagi dikelilingi lagi oleh ‘think-tank’ erdogan, maka satu cara untuk menjatuhkan air muka TGHH ialah dengan mengaibkan SU Politik pilihan TGHH.

Nah tugas untuk mengaibkan dan memfitnah SU Politik TGHH diswastakan kepada Tulang Besi, yang menjadi proksi kepada kumpulan erdogan. TB kini menyerang SU Politik TGHH dan orang-orang yang rapat dengan SU Politik TGHH.

TB secara hentam keromo dan membabi buta menuding jari kepada siapa saja yang dikenali oleh SU Politik TGHH.  Inilah tektik kotor UMNO yang diwarisi oleh TB, baling taik dulu pada muka orang, kemudian biar orang itu bersihkan mukanya sendiri. Apa yang penting ialah “damaged is done.”

Inilah juga tektik jahat yang dibuat oleh UMNO ke atas DS Anwar Ibrahim. Baling taik pada muka DSAI, dan biar DSAI cuci sendiri ‘at all cost’. “Damaged is done to Anwar!”

Kalau nasib DSAI baik dia akan selamat, kalau nasib tak baik, DSAI akan dipenjara atau paling tidak akan dihina sampai akhir hayatnya oleh UMNO melalui media dan pelbagai agensi yang dikuasai oleh UMNO.

Begitulah TB, yang kini menggunakan tektik jahat, kononnya menyerang SU Politik TGHH, tetapi sasaran sebenarnya ialah TGHH sendiri secara khusus, dan kepada kepimpinan ulamak dalam PAS secara keseluruhannya.

Kini TB mengambil kesempatan dengan wujudnya Nazlee daripada PKR untuk menjadi saksi kononnya ada konspirasi. TB memang terkenal sebagai opportunis.  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/01/tb-suka-ambil-kesempatan/

TB lebih yakin dengan rakan dari PKR daripada rakan dalam PAS. Nampak jelas TB menjadi agen asing untuk merosakkan imej dan kredibiliti PAS.

Bolehkah anda percaya dengan Tulang Besi ini?  TB lebih hina daripada Yahudi bernama Nu’aim bin Mas’ud.

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/03/nu%e2%80%99aim-bin-mas%e2%80%99ud-seorang-yahudi-lebih-baik-dan-lebih-mulia-daripada-tulang-besi/

TB, percayalah, orang-orang yang dikaitkan dengan erdogan akan menjauhi anda dari masa ke semasa kerana TB sudah menjadi liabiliti kepada mereka.

 

2 Comments »

  1. abe said

    Ambo raso TB ni gong sungguh.

    bakpo dio jadi gitu deh? jenih manusia apo dio ni?

    sakit mental bangkali. dia buat fitnah ni nak bu’i PAS jadi sibok laye masaloh dalame, kononnya ado masaloh dalame, padahal tak dok gapo satu tapi sebab tule besi gong ni buat heboh2 benda tak dok, jadi ore ingak ado sungguh bendo fitnah tu. ish ish, dahsyat mu tule besi.

    ambo nasihat kawe-kawe dalam PAS, tak usoh dipedayo oleh tulise jahat TB ni. kawe-kawe endorgan tak yoh lah buat kumpulan tu kumpulan ni ko. biar suma Islam lah. Terimo ajalah PAS dan kepimpinan ulamak. tok soh gege lah

    TB ni boleh jadi terimo pitih dari UMNO bangkali. ambo dah baco habis doh hok dale blog ini, dan buat kesimpule, meme tidok mustahe TB ni dibayar oleh puok tertentu untuk buat kejo jahat ni. TB…mu ni baru UMNO?

    lebih hudoh daripada yahudi mu TB. elok kerat lidoh mu. Islam gapo mu lagu ni.

  2. Bekas kekasih TB said

    Saya mendapat tahu blog ini dari kawan lama saya yang juga kawan kepada Rahman Talib atau namanya yang saya panggil, Ray. Lalu saya membaca semua links dalam blog ini dan saya baca tulisannya di http://www.malaysiawaves.com.

    Memang betul sebahagian besar yang disebutkan mengenai Rahman dalam wordpress ini. Saya berani kata 95% betul.

    Saya tak mahu cerita hubungan saya yang dengan dia dulu, dan saya tak mahu cerita apa dia buat dengan isteri dia sehingga dia menceraikan isterinya.

    Saya cuma nak beritahu Rahman Talib memang TIDAK BOLEH DIPERCAYA samada sebagai kawan, atau suami, atau ahli organisasi termasuk PKR atau PAS atau sebagai rakan perniagaan. Apa yang dia tulis di dalam blog dia di http://www.malaysiawaves.com hanyalah dendam kesumat dia terhadap orang-orang yang dia tak puas hati. Orang-orang ini pernah dia dekati dan ikut bersama bersama. Kini tidak lagi.

    Sebahagian tulisannya di laman dia hanyalah REKAAN semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Betullah adakalanya dia mengutuk UMNO tetapi lebih banyak dia mengata pada orang yang pernah dia hormati dan dia puji. Apabila dia TIDAK DAPAT apa dia mahu, maka dia akan BELOT dan BERPALING TADAH sehinggalah dia dapat apa yang nak. Rahman memang jenis keras dan degil sehingga dia dapat apa yang inginkan. Bagi Ray, apa yang dia nak, sapa pun tak boleh tahan. Sebab itu saya TAK TAHAN dengan dia.

    Memang Rahman Talib ini suka exaggerate dan cepat naik marah. Dia tidak boleh kawal panas barannya kalau dia marah. Ramai orang tak tahu perangai buruknya. Bila orang dah tahu, orang akan menjauhkan diri daripada dia.

    Di luar dia nampak sopan, manis, baik, peramah, dan suka membantu, tetapi di dalam, dia penuh dengan LUSTFUL DESIRE, SELFISH, ARROGANT, and STUBBORN. Saya kenal dia luar dan dalam.

    Tidak ada perkataan lain yang boleh saya ungkapkan untuk menjelaskan tentang Rahman itu kecuali satu perkataan HIPOKRIT.

    Kata-kata dia dan perbuatan dia bersifat talam dua muka dan mempunyai 1001 tujuan yang semuanya untuk mendapat perhatian dan untuk menjadi ‘hero’ menggantikan datuk dia dan pak saudaranya. Rahman ini lidah bercabang.

    – RAY, I know you will read this, sooner or later, one day you will learn a hard way. I hope the moderator will kindly display my comment for the sake of STOPPING lies created by my old sweet Ray. Please

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: