Apakah jasa TB?

oleh Tulang

Kalau kita baca tulisan TB dalam lamannya, kita akan dapati  TB “berjasa” kerana

  • menjadi pembawa dan penabur fitnah terhadap perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia
  • menyerang Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Hj Awang  secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang SU Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang ketua Dewan Ulamak PAS PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib,  secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang ulamak PAS seperti Dato’ Ustaz Haron Din, dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Mat Zain, dato’ Ustaz Abu Bakar Chik  secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang PJ Selangor, YB Dato’ Dr. Hassan Ali, secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang pimpinan PAS Selangor, termasuk YB Dr. Rani ADUN Kapar, YB Dr. Shafei Abu Bakar, Roslan SMS, Cikgu Jaafar, Cikgu Saad, Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina,  secara langsung dan tidak langsung
  • menyerang orang-orang yang dilantik oleh Presiden dan yang menjadi kepercayaan Presiden PAS, termasuk SU Politik, SU Akhbar,  SU Sulit
  • menyerang orang-orang yang rapat dengan Dato’ Dr. Hassan Ali, termasuk SU Perhubungan dan beberapa AJK Badan Perhubungan PAS Selangor
  • mencemarkan perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS dan ulamak
  • melaga-lagakan pimpinan PAS
  • melaga-lagakan ahli-ahli PAS
  • menjatuhkan kredibiliti PAS sebagai parti terbesar Melayu Islam untuk menjadi parti alternatif yang mampu memimpin negara dan menaikkan imej PKR supaya PKR menjadi parti alternatif yang besar dan penting

Dalam laman webnya, TB

  • tidak menyerang pimpinan tertinggi PKR
  • hanya serang beberapa BEKAS pimpinan PKR yang keluar atau lompat parti
  • serang Mufti Perak
  • serang beberapa pimpinan tertinggi UMNO

Fokus utama TB hanya pada pimpinan Melayu, dan TB tidak berani sentuh bukan Melayu secara terbuka. Mungkin kerana beliau tidak tahu membaca akbar Tamil atau Mandarin. Mungkin kerana pemikiran tempurung beliau hanya orang Melayu sahaja yang ada dalam Malaysia.

Ini menunjukkkan TB hanya mahu menjadi ‘hero’ Melayu dalam dunia Melayu Malaysia.

Di dalam PAS, sebelum ini TB berjasa kerana

  • berjaya menghasut ahli PAS Selangor membenci bekas PJ Selangor, mantan Senator Ustaz Hassan Shukri
  • berjaya mengatur strategi bersiri bagi menggulingkan Ustaz Hassan Shukri bagi menggantikannya dengan  Dato’ Dr. Hassan Ali (tetapi kini Dato’ Dr. Hassan Ali adalah musuh ketatnya kerana Dato’ Dr. Hassan Ali tidak berikan dia jawatan CEO dalam anak syarikat Selangor)
  • berjaya mengatur strategi, dua tahun kemudiannya  “membeli undi”  dalam bentuk “tiket kapalterbang percuma” dan “hotel percuma” untuk perwakilan PAS ke Muktamar PAS di Kelantan bagi memastikan perwakilan memberi undi kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa bagi menewaskan Ustaz Hassan Shukri yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS ketika itu.
  • berjaya menyebarkan SMS kononnya SMS berkenaan dari kumpulan pro-Ustaz Hassan Shukri dan mesej berkenaan adalah fitnah untuk menjatuhkan Ustaz Hassan Shukri sebagai Timbalan Presiden
  • berjaya mengatur strategi menjadi Pegawai Khas Dato’ Dr. Hassan Ali dan bergerak bebas dalam parti
  • berjaya mengumpulkan dana bagi memastikan kumpulan  kumpulan erdogan terpilih dalam jawatankuasa penting dalam parti
  • berjaya menimbulkan kekecohan di PAS Kawasan beliau sebelum beliau ke Timur Tengah.

Apakah jasa TB pada UMNO?

  • dengan tingkah lakunya menyerang PAS dan kepimpinan ulamak serta menimbulkan kekeliruan dan kekusutan dalam  kalangan ahli PAS, UMNO tersenyum lebar sebab mereka tidak perlu buat banyak kerja lagi untuk hadapi PAS
  • memberikan bola tanggung dan peluru kepada UMNO-BN untuk membedil PAS

Teruskanlah ‘berjasa’ kepada kumpulan sekular wahai TB!

 

5 Comments »

  1. Habis TB said

    TB, orang dah meluat dengan tingkah laku hang. Bukan orang di Malaysia saja tapi orang Malaysia di luar negara pun dah benci dengan perangai hang. Lagi banyak hang tulis fitnah dalam http://www.malaysiawave.com, lebih ramai orang tahu hang penipu, pendusta, dan penabur fitnah.

    Orang dah tau hang punya kurap dan panau, selama ini hang ni jadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, lidah bercabang. Akui ingat eloklah hang tak yah berbangga jadi ahli PAS. Itu nostalgia aja. Mimpi aja. PAS dan orang PAS pun tak mahu hang lagi. Orang-orang endorgan pun dah tak mau dekat dengan hang. Hang ni dah melampau sangat. Hang eksyen lebih, macam tin kosong..macam ayam tua kokok berderai, ekok penuh dengan taik. Elok hang gi beniaga elok2 kat Indonesia nu.

    Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Selamat jalan TB

  2. Veteran said

    Saya cadangkan kalau ada salah seorang ahli dari mana-mana cawangan PAS, eloklah gunakan senarai ‘jasa’ TB ni dan kemudian kumpulkan bukti tulisan2 TB daripada lamanya http://www.malaysiawaves.com untuk buat laporan salah laku dan pelanggaran disiplin parti ke atas TB. Cuba baca Fasal 75 Perlembagaan PAS, ada tak TB ini boleh disabitkan kesalahan dalam fasal 75 tu?

    Kalau nak kumpul bukti kena buat segera sebab nanti TB padam tulisan2nya di laman dia seperti dia padam komen2 dia di

    http://pasreform.blogspot.com/2007/11/respon-bekas-ahli-pas.html

    Cuba baca link di bawah ni.

    https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/06/tb-pernah-guna-nama-the-truth-seeker/

    TB pernah padam komen2 dia yang jahat ke atas pimpinan Selangor. Dalam laman web dia pula, banyak caci nista dan sumpah seranah dia kepada kepimpinan ulamak dalam PAS.

    Saya dah tua, tak cukup tenaga nak duduk berjam2 kumpul bukti untuk ajar budak sosialis ini.

  3. Veteran said

    Paling terbaru Tulang Busuk ni tulis dalam laman web dia tentang 16 sept yang dibangkitkan oleh dato’ Zahrain di Parlimen baru-baru ini

    *******kata Tulang Besi
    Pada mulanya Anwar mahu membawa MP2 melompat atas inisiatif sendiri. Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan “Melayu tidak Majoriti”, maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

    Banyak masa dibuang kerana bantahan dari PAS. Hanya Tok Guru sahaja yang bersama Anwar pada masa itu. Kepimpinan lain lebih suka bersama UMNO.
    *********

    Nampak tak TB ni undermine PAS? Nampak tak dia menghina PAS. Nampak TB menghina pimpinan PAS dan ahli PAS?

    Lepas tu dia temberang pulak dia kata Tok Guru hadir…Tok Guru mana pulak? TGHH tak hadir. TGNA tak hadir. Tok guru kampung dia ke yang hadir? Tok Guru bapak dia ke yang hadir? Ke Tok Guru nenek dia yang hadir?

    Memang dasar penipu, penabur fitnah, hipokrit seperti mana yang dikata oleh bekas kekasih dia tu dalam komen sebelum ini

  4. Misteri said

    Siapa di belakang di Tulang Besi? Masakan dia buat kerja tanpa motif dan tanpa pasukan? Apa yang dia dapat kalau dia buat semua ini seorang diri?

    Apakah dia bekerja untuk orang dalam PAS yang tak mahu kepimpinan ulamak? Apakah dia bekerja untuk endorgan?

    Cuba baca ini http://abuulwan.blogspot.com/2009/10/isma-buat-gila-lagi.html

    Atau dia bekerja untuk UMNO? atau untuk PKR?

    Mengapa PAS mahu simpan orang seperti ini lagi? Mengapa tidak ada laporan kepada PAS Pusat supaya boleh diambil tindakan ke atas ahli PAS yang sudah gila ini?

    Apakah dia ni tak boleh dibetulkan lagi?

  5. Intan said

    Saya rasa di belakang TB ialah kumpulan think-tank DS Anwar Ibrahim.

    Boleh jadi DS Anwar tahu, boleh jadi dia belum lagi tahu akan hal ini, dan lambat laun dia akan tahu mengenai kerja2 belakang tabir oleh think-tank dia.

    Mengapa saya berkata begitu? Sebab kawan-kawan think-tank Anwar ialah orang2 endorgan. 80% orang2 endorgan telah ditawarkan oleh Anwar jika 16 Sept berlaku, ada orang endorgan akan dapat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Menteri untuk mengambil alih Putrajaya.

    Mereka, termasuk kumpulan endorgan, tidak akan izinkan PAS memerintah atau menjadi ketua dalam pemerintahan di Malaysia kerana tidak suka dengan kepimpinan ulamak dalam PAS. Tetapi mereka akan berpura2 dan bermuka2 bahawa mereka sokong TGNA, seorang ulamak. Mereka bercabang lidah menggunakan nama TGNA.

    Mereka sanggup bermuka dua dan berpaling tadah serta berkiblatkan Anwar Ibrahim daripada wala’ kepada kepimpinan PAS.

    Mereka sengaja merancang menimbulkan calar-calar pada wajah PAS dan kepimpinan ulamak dengan menimbulkan pelbagai isu kecil tetapi berterusan di dalam PAS sendiri dan di Kelantan. Kesemua ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa PAS belum lagi dapat menyelesaikan masalah kecil-kecil dalam PAS, dan dengan itu kononnya PAS tak mampu nak selesaikan isu yang lebih besar dalam negara.

    Perbuatan mereka menyumbang kepada serangan media ke atas PAS di Kelantan dan dalam PAS sendiri.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: