TB akan bocor rahsia endorgan

oleh Tulang

Lambat laun TB akan bocorkan rahsia di sebalik tindakannya selama ini dan tulisan-tulisan provokatifnya dalam laman webnya.

Mengapa? Ini adalah kerana beliau akan dipinggirkan oleh kumpulan endorgan.  Siapa orang endorgan? TB ada senarai nama-nama orang endorgan ini dalam laman webnya.  TB yang senaraikan bukan orang lain. TB yang menghebohkan tentang orang-orang endorgan ini, bukan orang lain. TB yang buat publisiti tentang endorgan ini bukan orang lain.

Orang-orang endorgan tidak mahu lagi bersama TB, tidak mahu dikaitkan dengan TB, dan akan menafikan hubungan dengan TB. TB juga menjadi liabiliti bukan aset lagi dalam usaha melumpuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

TB akan bocorkan rahsia siapa

  • orang yang selalu berikan maklumat dalaman parti PAS kepada beliau untuk diletupkan dalam laman webnya
  • orang yang bersamanya mengatur strategi untuk gulingkan Senator Ustaz Hassan Shukri sebagai PJ Selangor
  • orang yang bersamanya mengatur strategi menyebar SMS untuk aibkan dan kalahkan Senator Ustaz Hassan Shukri supaya jawatan  Timbalan Presiden PAS diambil-alih  oleh Ustaz Nasa (yang disenangi oleh endorgan dan diharapkan akan mendengar cakap endorgan, sedangkan Ustaz Nasa tidak tahu dan tidak terlibat dengan kempen itu)
  • orang yang bersamanya mengatur “kempen” untuk memenangkan Ustaz Nasa melaui pembiayaan tiket kapalterbang dan hotel di Kelantan semasa Muktamar di Putik (Ustaz Nasa memang tidak tahu tentang kempen ini)
  • orang yang membocorkan minit Mesyuarat JK PAS Pusat
  • orang yang membocorkan kandungan mesyuarat dan  perbicangan dalam Mesyuarat JK Pusat dan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor
  • orang yang memberi sokongan dan membekal maklumat kepada TB untuk menyerang Dato’ Dr. Hassan Ali.
  • ahli PAS yang rapat dengan AJK PAS Pusat yang sering membekalkan maklumat dalaman kepada TB

Kalau TB boleh menyerang Presiden dan orang-orang kanan Presiden, apakah tidak mustahil TB boleh serang orang-orang endorgan yang tak ada jawatan eksekutif dalam PAS?

Bila TB tersepit dia akan lakukan apa saja. Dan TB yakin, pintu masuk ke PKR terbentang luas dengan hubungan rapatnya dengan Nazlee.  Kalau PAS tidak terima dia lagi atau pecat dia pun tak mengapa kerana dia sangka PKR boleh terima dia. Dan kemasukannya ke PKR juga lebih mudah apabila dia sering melontarkan pujian dan sanjungan keada DSAI. Dia menyangka laluannya lebih mudah dalam PKR dari PAS.

Tetapi  TB tidak memberi jaminan yang dia akan diterima dengan mudah dan bakal menjadi calon PKR dalam PRU 13 nanti.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: