Kenapa TB marah pada PAS Terengganu?

oleh Tulang

Setelah membaca dan membuat analisis mendalam tentang tulisan-tulisan TB, kelihatan TB marah pada PAS Terengganu. Mengapa?

Sebelum dibekalkan jawapan, elok diingatkan sekali lagi bahawa TB hanyalah manusia simbolik yang ditugaskan untuk melakukan satu misi: menjatuhkan kredibiliti kepimpinan ulamak dalam PAS melalui provokasi  demi provokasi yang dilakukannya.

Kebetulan dalam barisan pimpinan PAS sesi ini, selepas Muktamar 2009,

  • Presiden adalah dari Terengganu
  • SU Agung dari Terengganu
  • Ketua Dewan Ulamak dari Terengganu
  • Ketua Pemuda dari Terengganu
  • SU Sulit Presiden dari Terengganu
  • SU Politik Presiden dari Terengganu

dan beberapa nama yang disebutkan oleh TB dalam laman webnya juga adalah orang Terengganu. Dan kesemua orang dari Terengganu ini bukan pro-endorgan. Ini berlaku secara kebetulan dan mereka semua dipilih oleh ahli-ahli PAS dalam muktamar PAS.

Maka TB membangkitkan isu kelemahan PAS Terengganu yang menyebabkan PAS kalah di Terengganu dalam PRU 11 tahun 2004. TB menghina PAS Terengganu. TB memperlekhkan PAS Terengganu. TB tidak pernah menyebut kelebihan PAS Terengganu sehingga PAS menang dalam PRU 10 tahun 1999.

Tapi sebenarnya provokasi dan serangan ke atas pimpinan PAS Terengganu ialah manifestasi kebencian kumpulan tertentu ke atas kepimpinan ulamak dalam PAS. 

TB hanyalah alat dan manusia simbolik untuk menterjemahkan kebencian itu.

Presiden diserang oleh TB kerana Presiden tidak menyambung jawatan SU Agung lama, Dato’ KJ, yang menjadi ‘contact person’ kumpulan itu.  TB mengkategorikan Dato’ KJ, sebagai proksi DSAI dalam PAS, dan  salah seorang ahli kumpulan ini. TB yang sebut tentang hal ini dalam laman webnya.

SU Agung diserang kerana membuat kenyataan ’16 September hanya satu gimik’ dan menggantikan Dato’ KJ. Secara tidak langsung, TB dan  ahli kumpulan ini memprotes pilihan Presiden ini. SU Agung inilah orang yang memperkenalkan gagasan kepimpinan ulamak dalam PAS semasa beliau menjadi Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS pada awal 80an, dan gagasan ini telah meletakkan PAS pada landasan yang betul dan tegas dan seterusnya  membawa kemenangan kepada PAS hingga hari ini.  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/24/mengapa-tb-marah-pada-mustafa-ali/

Ketua Dewan Ulamak PAS diserang kerana beliau mengenali sejarah ahli-ahli kumpulan ini dan beliau bersikap tegas terhadap ahli-ahli kumpulan ini satu masa dulu dan kini bersikap hazar dengan kelompok ini dalam PAS. Ada dalam kalangan ahli kumpulan ini yang masih ‘geram’ dengan sejarah lama yang memalukan mereka ketika mereka berhadapan dengan Ketua Dewan Ulamak ini.

TB menyerang Ketua Pemuda secara sederhana selepas isu kritikan Dolah Karim terhadap keputusan JK Disiplin ke atas YB Khalid Samad dan YB Dato’ Dr. Hassan Ali.  Selain daripada itu, Ketua Pemuda ini diserang oleh TB kerana KP telah menegaskan bahawa Dewan Pemuda akan terus mempertahan kepimpinan ulamak dalam PAS.

TB menyerang SU Politik Presiden kerana SU itu tidak mudah diperkotak-katikkan oleh ahli-ahli kumpulan itu. Secara tidak langsung, TB dan  ahli kumpulan ini memprotes pilihan Presiden ini.https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/17/gagal-serang-presiden-pas-tb-serang-su-politik-tghh/

TB juga menyerang Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dari Terengganu kerana pengalaman pahit ahli-ahli kumpulan ini berhadapan dengan Ustaz ABC yang mempunyai sikap yang sama seperti Ketua Dewan Ulamak PAS. Ustaz ABC kenal betul perangai kumpulan ini dulu, semasa mereka di kampus di dalam atau diluar negara,  dan mahupun sekarang.

Lain-lain pemimpin PAS Terengganu tidak menjadi ancaman kepada kumpulan ini dan tidak ada kaitan sejarah dengan ahli-ahli kumpulan ini, dan oleh itu, tidak menjadi sasaran mereka.

Selain daripada orang-orang Terengganu ini, ada pimpinan PAS bukan Terengganu juga diserang kerana hubungan pimpinan ini dengan Presiden. Ustaz Nasa diserang kerana Ustaz Nasa tidak mudah dipengaruhi oleh kumpulan ini walaupun kumpulan ini yang berkempen untuk memenangkan Ustaz Nasa sebagai Tim. Presiden di Muktamar di Kelantan. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/27/kenapa-tb-marah-pada-ust-nasaruddin-mat-isa/

Ustaz Hassan Shukri, juga diserang habis-habisan sehingga hilang dua jawatan beliau adalam PAS iaitu PJ Selangor dan Timb. Presiden, hanyalah kerana Ustaz Hassan tidak mudah diperlekehkan oleh kumpulan ini dan apatah lagi Ustaz Hassan tahu benar sejarah dan perangai ahli-ahli  kumpulan ini ketika mereka belajar di universiti dulu. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/06/tb-pernah-guna-nama-the-truth-seeker/

Kesimpulannya, isu PAS Terengganu hanyalah faktor sampingan dan faktor kebetulan, tetapi pada hakikatnya TB dan kumpulan ini melihat orang-orang ini menjadi penghalang kepada usaha mereka untuk membawa gagasan kepimpinan baru dan melumpuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

TB akan terus menyerang ‘orang-orang Terengganu’ termasuk laman TKO dan siapa sahaja yang ada kaitan dengan pimpinan dari PAS Terengganu dan yang ada kaitan dengan sokongan/dukungan kepimpinan ulamak dalam PAS.

TB akan terus hidupkan isu UG yang sudah selesai dengan harapan orang-orang kanan Presiden ini tersungkur dan Presiden mendapat malu, dan  sekaligus kepimpinan ulamak diperlecehkan!

Itulah misi TB! Dia hadir kerana melaksana misi itu. Dan ada orang dibelakangnya. Dan ada bloggers lain yang membantunya dalam misi ini. Blog ini hanya menyatakan misi blogger TB.

Baca lagi tulisan Ali Zaidan

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/02/geng-terengganu-sudah-lama-wujud.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: