Rahman Talib, Percayalah neraka tak best!

Artikel 1

Tak pernah terbayang dalam kepala otak aku yang kiut ini, ada orang yang mengaku konon sayang jemaah islam sanggup pakai maklumat orang fasik untuk belasah jemaah islam. Tapi tu la yang dibuat oleh Tulang Besi @ Rahman talib. Boleh klik sini untuk bacaan.

Aku rasa umum dah tahu bahawa Papagomo ni boleh dikategorikan cybertrooper Umno ( mungkin lagi tepat cybertrooper che det?) yang buat pakatan dengan saiful Bukhari azlan hari tu. Rasanya boleh rujuk dekat blog Milo Suam.

Jadi jelas Papagomo ini ialah musuh kepada jemaah dalam sudut politik. Dan bukan sikit benda mengarut yang papagomo ni duk merepek dalam blog dia. Maka kenapa pulak nak pakai hujah dia secara buta tuli?

Bukankah Allah sebut, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ” (Al Hujurat: 6)

Begitu jelas Allah bagi ingat, kenapa boleh tak nampak?

Tapi ya lah, Allah kata Ya ayyuhal mukminun. Wahai org2 beriman. Kalau rasa diri tu munafik mufasik, maka tak apalah. Tak payah ikutlah.

Tapi tahanlah azab neraka nanti.

Artikel 2

Yang ini pula aku nak rujuk kepada satu lagi artikel dia. Boleh klik sini. Kononnya kegagalan 16 September ialah kerana Presiden dan pimpinan Pas buat bantahan yang tidak berasas. Menurut Rahman lagi:

Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan “Melayu tidak Majoriti”, maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Aku tanya dengan jelas kepada Rahman 2 soalan.

1. Adakah meminta pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam demi menjaga Islam itu tidak berasas?

2. Sejak bila Presiden menyebut ‘Melayu mesti majoriti’?. Yang disebut Presiden ialah islam mesti majoriti. Dalam satu interview, Presiden menyebut “Melayu Muslim mesti majoriti”

Sampai sekarang tak mampu jawab.

Kenapa dihilangkan atau digantikan perkataan Islam dan Muslim itu? Apakah ada niat jahat dan sikap tidak amanah dalam menulis?

Bukankah dengan mengubah dan memanipulasi kenyataan Presiden itu telah memberi gambaran bahawa Presiden seorang perkauman dan racist?

Betul Melayu mesti Islam dalam Perlembagaan. Tetapi bodoh dan ‘tidak cerdik’ juga mempunyai makna yang sama. Tetapi mempunyai kesan yang berbeza bila diguna.

Ini membuktikan sikap sebahagian Pas Recond yang telah aku buktikan dalam artikel sebelum ini, iaitu tidak amanah dalam ilmu. Sila klik.

Seronok sangat ke buat?

Percayalah rahman, neraka tu tak best. Tak sedap pun duduk dalam dia.

Artikel 3

Entah ke berapa kali ntah aku duk bertekak dengan Rahman Talib (Tulang Besi) dalam blog dia. Sehinggalah seorang pengomen anti TB menasihatkan agar aku agar tidak meraikan tulisan TB dalam blog dia. Meraikan bermakna menambah popular. Biarlah popular dengan cara yang mazmumah pun.

Aku akui kebenaran tu. Aku masih ingat bagaimana aku pernah attack Aduka Taruna di dalam blog dia. Tetapi aku perasan lepas itu AT semakin popular. Walaupun popular dengan cara yang hina. Satu lagi dalam blog ‘Anak Pak Wahab’. Daripada lebih kurang 20 orang follower, selepas ‘diraikan’ oleh pihak aswj, sekarang dah ada lebih 200 follower.

Siapa blog ‘anak Pak wahab’ tu, pandai2 la cari. Malas nak bagi tau. Keh keh keh.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3387

asal dari http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-percayalah-neraka-tak-best.html

1 Comment »

  1. alazkar said

    anak pak wahab? ekekek.. aku penah belasah dia dalam blog dia… aku kata penulisan dia tak sesuai dengan tajuk blog dia… kepala hotak dia letak berita dan gambar pelik2.. tapi tajuk dia ada perkataan syariah… sejak aku bantai dia.. dia cukup marah dengan aku…. lama juga dia beri amaran kepada sesiapa yg tak suka gossip jangan masuk blog dia….

    konon-konon dah jadi ahli PAS sejak sekian lama hebat sangat ler tu… dia tak tahu ada org dah jadi ahli PAS sejak lama dan ada jawatan pun boleh masuk umnongok…

    bawa bertaubatlah wahai anak pak wahab…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: