TB mahu ikut jejak Abdullah bin Ubai

oleh Tulang

TB mendakwa dia adalah produk tarbiyyah PAS. Dia menggap dirinya sebagai hero mahu bersihkan PAS dari “orang-orang UG” (Unity Government) dan dia mengaku kononya mahu mempertahankan PAS dari bergabung dengan UMNO. 

Maka TB cop Presiden, Tim. Presiden, SU Agung, dan beberapa orang Terengganu sebagai pembelot dalam PAS yang berjumpa dengan UMNO dalam gelap.  TB menuduh pimpinan ini nak bawa PAS masuk UMNO dalam UG. Hingga hari ini TB terus menerus menyalak dengan isu itu dan menyerang PAS dengan isu. TB sekarang bukan sahaja menjadi liabiliti kepada PAS tetapi liabiliti kepada perjuangan Islam sejagat.

TB mempunyai ciri-ciri Abdullah bin Ubai, ketua munfaik di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Abdullah bin Ubai juga mendakwa mendapat tarbiyyah terus dari Nabi s.a.w. dan dia digolongkan sebagai sahabat Nabi s.a.w.  TB juga mendakwa dia mendapat tarbiyyah PAS dan mendaftar sebagai ahli PAS setelah selesai belajar di USA.

Tetapi Abdullah bin Ubai suka buat fitnah, menipu, mengadu domba, ke atas Nabi dan para sahabat lain.  Abdullah bin Ubai  juga sentiasa mencari jalan mempengaruhi umat Islam supaya lari dari perang, dan menghasut mereka membenci Nabi dan orang-orang kanan Nabi s.a.w. Begitulah juga TB yang suka lontar taik pada muka orang, baling batu sembunyi tangan, membuat tuduhan demi tuduhan terhadap pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Abdullah bin Ubai berusaha melaga-lagakan umat Islam, begitu juga TB berusaha ke arah melaga-lagakan umat Islam, ahli PAS, dan pimpinan PAS.

Abdullah bin Ubai lari dari Perang Badar bersama orang-orang Islam yang berjaya dihasutnya dan menolak kepimpinan Rasulullah s.aw.; begitu juga TB menghasut ahli PAS supaya menolak pimpinan ulamak dan mengajak mereka mencari pimpinan baru.

Kalau TB adalah produk tarbiyyah, maka Abdullah bin Ubai lebih berhak berbangga kerana hidup di zaman Nabi s.a.w. dan mendapat tarbiyyah terus dari Nabi s.a.w. Tetapi kedua-dua orang ini memiliki ciri-ciri yang sama: menghasut, menipu, memfitnah, menyumpah, dan mengadu domba dengan kata-kata yang kesat dalam ucapan dan penulisan mereka. Seterusnya mengajak orang lari dari perjuangan Islam dan menyerang orang yang memperjuangkan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: