Rahman Talib –percayalah neraka itu hitam!

Ayat yang paling bodoh aku dengar hari ini ialah khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Hujahnya ialah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar terbukti benar. (Bagaimana pula khabar angin yg disebar puak kamu bhw Us Abu Bakar Chik sergah TGNA?? Bukankah dibuktikan palsu?!!)

Atas hujah itulah seorang blogger memainkan peranan aktif menyebarkan segala macam khabar angin yang entah betul entah tidak demi untuk membuktikan ‘kebenaran’ pandangannya. Tak kisahlah maklumat itu daripada Papagomo kawan baik saiful Bukhari pun!

Itulah Rahman Talib. Siapa tak kenal boleh tanya Batu-api. Mereka berdua pernah bercinta dulu. Tetapi putus di tengah jalan.

Ya, itu ialah khabar angin. Tapi disebabkan khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi, maka semua pembaca wajib telan fakta bahawa Rahman Talib bercinta dengan Batu-api. (Tolong faham sindiran!!)

Aiyyaaa… ntah mana punya mengaji daa mamat ni. Cikgu tadika mana pulak yang ajar boleh main sebar berita yang belum tahu benar atau tidak?

Sedangkan Allah dah bagi amaran yang cukup jelas dalam Quran tentang azab untuk mereka-mereka yang menyebarkan khabar angin; tuduhan buruk tanpa bukti terutama kepada orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.” (An-Nur, ayat 19)

Si Tulang Besi ni menulis tajuk “Ahmad Awang dipecat dari Syura?” Aduh la. Apa ke belitnya tajuk ini!!

Bukan dipecat la mangkuk! Tidak dipilih semula. Macammana nak pecat kalau sesi dah berakhir? Dipecat dan tidak dipilih semula tu lain! Itu pun tak boleh nak beza?. Macammana nak jadi CEO?

Kemudian menulis pulak bahawa UG masih hidup dan kerjanya sekarang antaranya ialah ‘menjatuhkan dan membersihkan Ahmad Awang’. Kiranya sebab Us Ahmad dedahkan isu proposal kerajaan Pas-UMno di Perak dahulu (Nanti kita boleh cerita lagi pasal ni!)

Wa Nauzubillah. Tak habis-habis dengan cetusan-cetusan fitnah yang dibuat.

Maafkan aku kalau tersalah, tapi setahu aku Us Abu Bakar Chik; yang dibagi label UG pun tidak tersenarai kembali sebagai ahli majlis syura (Berdasarkan laporan Harakah). Kenapa ini tidak dibesarkan pula?

Setahu aku juga, Us Abd Ghani Shamsudeen ialah Setiausaha Majlis Syura sesi lepas. Namanya juga tidak timbul dalam senarai ahli syura oleh Harakah. Kenapa ini juga tidak ditimbulkan? ( Berita harakah ttg mesyuarat pemilihan ahli syura dah jadi macam berita paparazi. Siapa wartawan Harakah yang tulis artikel tu?)

Jangan lah buat PAS ni tandus ulamak. Mesti pilih ‘orang ini orang itu’ saja sepanjang masa. Ulamak tak pernah putus dalam jemaah Islam!

Mesti difaham, bahawa tuan punya badan (Us Ahmad Awang) sendiri tidak tahu menahu sama ada dia dipilih atau tidak. Malahan khabar rasmi pun belum ada. Mengapa tidak sabar2 menyebar berita? Pemilihan ahli majlis syura pun belum habis lagi.

Dah gatal sangat tangan tak ada benda lain nak menulis, khabar angin pun jadilaaaahh..

Puak Pas Recond tak ambil iktibar ke daripada sikap mereka yang terburu2 menyebar berita tentang sebab apa YB Khalid digantung dulu? Sehingga YB Khalid sendiri bagi penjelasan dan buktikan tuduhan kamu semua itu bohong dan palsu?

Atau tuduhan palsu ke atas Us Abu Bakar Chik yang dijawab oleh Misbahul Munir?

Nak buat lagi?

Kamu semua ni nak kena jentik dengan api neraka dulu baru nak sedar ke?

Dalam satu hadis , disebutkan bahawa neraka itu dipanaskan selama seribu tahun, maka ia menjadi merah. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi putih. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi hitam. Hitam gelap pekat.

Ulamak semasa cerita bagaimana hitamnya api neraka ni, dia sebut kal laillil mughlim; macam malam yang gelap yang takdak cahaya bulan bintang tu.

Ha… kira2 begitu la warna api neraka.

Amacam?.. sedap? Try la.. Aku tak nak try. Kulit aku lembut. Yang duk rasa kulit dia tebal macam kulit biawak, silalah.

Tapi jangan meraung la lepas kena!

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-neraka-tu-warna-hitam-tau.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: