TB terlodeh lagi!

1. Hahaha.. Rasa nak terkentut dengan kenyataan pakar perlembagaan PAS, saudara TB berkaitan keabsahan pemilihan pimpinan PAS Terengganu. PAS Terengganu lagi.. satu komen sarat dengan dendam dan dengki.

2. Katanya sistem gugusan. Pertama kali saya baca. sistem gugusan yang seperti saudara TB tulis seumpama sistem pemilihan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya tahun1970an dimana ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dipilih oleh para mahasiswa, kemudian MPM akan melantik kabinet PMUM. Saya rasa sistem lebih baik daripada sistem pertandingan ala MCA dan UMNO sekarang. Presiden terlalu berkuasa dan keberangkalian untuk berpecah adalah besar.

3. PMIUM telah mengamalkan sistem syura dimana calon-calon disaring dan dipilih-undian oleh majlis dalaman. Kemudian nama calon diabsahkan dalam muktamar. Ustaz zainulfaqar dan ustaz nazree Gerak lebih tahu. Sistem ini bagus, sistem syura. Berlaku penyaringan pimpinan, agar fikrah Islam dan wadah gerakan Islam terus utuh. Sebaik sistem ini pun terlahir juga Presiden PMIUM seumpama Ustaz Nazree GERAK dan Dato Ahmad Shabery Cheek. Tak lupa Timbalan Presiden PMIUM, Samin Ongkili.

4. Sistem Syura dalam PAS bukan menghalang pertandingan. Ia proses tolak ansur yang begitu tinggi nilainya. Dan proses ini pernah gagal. Contoh apabila Cikgu PA vs Ustaz Hasan Shukri. Ketika itu TG Haron Din tarik diri. kata TG Haron Din, baginya kepimpinan adalah dengan cara meletak. Cikgu PA nak lawan, pertandingan diadakan. Kata ustaz Din Tantawi, ‘setelah disyurakan’. Makna persetujuan bersama, baru pemimpin dilantik. Pertandingan bagus tetapi jika kerap bertanding, suasana parti tidak tenang.

5. Akhirnya, cuba saudara TB tanya BOS, adakah IRC dan Suara Islam adakan pertandingan. Demokrasi-pemilihan-pertandingan bukanlah segalanya. DEMOKRASI bukanlah tuhan yang disembah. jangan taksub pada demokrasi.

Dipetik dari: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/pemilihan-parti-berasaskan-syura-tb.html

dan jangan lupa penjelasan ini; http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: