TB keliru: kerajaan campuran vs kerajaan perpaduan

oleh Tulang

TB budak hingusan dan budak mentah masih berumur 2 tahun ketika PAS bersama parti politik utama UMNO, MCA, dan MIC  bergabung menubuhkan Barisan Nasional. Ramai orang lupa, kalau tidak kerana PAS, maka BN tidak ada pada tahun 1974.

Ketika tahun 1974, TB berumur 2 tahun, masih memakai lampin, buang air kecil dan besar dalam lampin, dan masih menetek dan menghisap punting. Apalah yang dia tahu sangat pasal kerajaan campuran pada masa itu.

Apabila TGHH melontarkan idea kerajaan perpaduan pada akhir tahun 2008, umur TB sudah meningkat 36 tahun.  TB yang tak faham apa itu kerajaan perpaduan atau UG, membuat anggapan sempit, bahawa UG itu sama dengan kerajaan campuran. TB kata PAS nak bergabung dengan UMNO. TB kata PAS nak cair dan masuk UMNO. Dan macam-macam lagi anggapan bodohnya.

Rupanya TB bukan seorang yang tidak faham dan keliru dalam isu kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan. 10 budak hitam khususnya dari kumpulan endorgan yang menjadi pujaan dan idola Tulang Besi juga tidak faham dan membuat protes terhadap usaha PAS dalam isu kerajaan perpaduan ketika TGHH ada di London. Perumpamaannya samalah seperti bila ayah tak ada di rumah, anak-anak buat hal!

Apa yang pelik ialah mengapa Tulang Besi memprotes dan menentang perkara yang dia tidak faham?.

TB tidak pernah tengok dokumen UG yang belum dibentangkan oleh Presiden.

TB tidak pernah dengar ceramah atau taklimat berhubung dengan konsep dan bentuk UG yang ada dalam kotak pemikiran TGHH dari TGHH sendiri.

Tetapi kerana cetek, dangkal, sempit, dan dendamnya kepada orang-orang kanan TGHH yang bukan pro-endorgan, maka TGHH diserang oleh TB. Orang-orang kanan TGHH diserang secara membabi buta. Orang-orang endorgan basuh tangan. Biar TB buat kerja untuk mereka.

Sampai hari ini TB GAGAL mengemukakan dokumen rasmi konsep dan bentuk UG dari PAS sebagai bukti.

TB keliru dan tak faham apa itu kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan.

TB berhujah berdasarkan kepada persepi dan kefahamannya yang salah dan sempit. Betapa rendahnya martabat akal TB. Mungkin dia masih bernostalgia dalam lampin lamanya dan bantal busuknya apabila dilahirkan kira-kira 38 tahun yang lalu.

PS: Nota tambahan selepas TGNA dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS

http://penembakbabi.blogspot.com/2010/04/pro-reform-bukan-sekadar-isu-ug-misi.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/jahatnya-dato-pa-gugurkan-nik-aziz.html

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-telanlah-ludah-sendiri.html

3 Comments »

  1. kayukelat said

    bukan ke tb dah masuk pas semasa dia dalam perut mak dia, kalau tb tak faham kerajaan Ug dengan kerajaan campuran itu mengherankan, kerana maulana blogger seperti tb amat arif tentang perlembagaan pas, mahir dalam ijmak dan qias, bukan tak faham tapi tb ada niat jahat dalam dirinya untuk memusnahkan pas demi mencapai matlamatnya. kerana dendam kepada hassan ali yang tidak memberikan jawatan ceo dia berdendam kepada sesiapa saja.

  2. Idris Al-Jauzi said

    elok puak2 anti-UG baca juga info kat sini sebelum berlagak pandai dan sebelum bertalam dua muka kononnya membela TGNA atau membela Ustaz Ahmad Awang atau menghentam Dato’ Haron Din

    http://penembakbabi.blogspot.com/2010/03/wartawan-harakahdaily-boleh-jadi-kaki.html

  3. gmzsj said

    Sepatutnyer TGHH dan penyokong2 UG kena bertegas sikit.
    Jgn takut2 dlm menerangkan UG ini.
    Kalau boleh tukar UG dgn nama PAKATAN ISLAM atau APU (ANGKATAN PERPADUAN UMMAH). Aku sokong PAKATAN ISLAM 100%. PAKATAN RAKYAT tidak mampu memperjuangkan Islam. Percayalah… PAKATAN RAKYAT akan tenggelam kerana dasar perjuangan yg tidak berlandaskan Islam. Kalau PAKATAN RAKYAT ada, Barisan Nasional ada, takkan PAKATAN ISLAM tidak boleh ditubuhkan…
    Aku yakin TGNA pun akan sokong PAKATAN ISLAM, sebab ianya lebih elok drp PAKATAN RAKYAT.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: