TB jilat ludahnya sendiri akhirnya

Hari ini sah lah menurut keputusan jamaah bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikekalkan untuk jawatan Mursyidul Am PAS. Secara peribadi, aku yang dah 14 tahun bersama dalam jemaah ini (sekarang faham kenapa aku kata umur aku 14 tahun? haha) gembira dan mengharapkan sentiasa ada perubahan positif hasil keputusan ini.

Aku juga mengulangi saranan yang aku buat tahun lepas, agar seboleh-bolehnya Mesyuarat MSU dibuat di Pulau Melaka bagi memberikan keringanan kepada TGNA sendiri.

Perlantikan semula ini juga sekaligus menafikan khabar angin TGNA akan digugurkan dan menafikan teori bodoh “Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi”. Kepada Rahman Talib; pencipta teori bodoh ini, silalah telan ludah sendiri. Sedap ke?

Ingin juga aku jelaskan fitnah-fitnah lain bahawa Us Ahmad Awang tidak terpilih kononnya kerana dia ‘tidak searus’ dengan kepimpinan lain.

Mesti diingat, TGHH sendiri pernah menawarkan Us Ahmad untuk menyambung perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Perak. Dia sendiri menolak. Dia juga menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden walaupun Us Ahmad ada peluang cerah untuk menang masa tu.

Jika sekiranya penyingkiran Us Ahmad mahu dibuat, untuk apa TGHH menawarkan sambungan jawatan Pesuruhjaya?

Otak lembap memang tak boleh fikir benda ini.

Isu Us Ahmad bersedia menyambung tugas sebagai Ahli Majlis Syura juga tidak relevan. Us Abdul Ghani Shamsudeen juga bersedia, tetapi tak pula dia dilantik.

Ada juga nama-nama lain yang gugur, antaranya Us Daud Iraqi dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Us Daud contohnya pernah kena ‘bedal’ dengan Rahman Talib sendiri semasa pra pemilihan Muktamar tahun lepas. Kenapa yang ini tak bising pula?

Kena ingat, PAS tak pernah tandus ulama’. Kalau tandus adab dan ilmu tu, Rahman Taliblah!

Seterusnya isu kewajaran TG Harun Din dipilih semula. Kiranya si Rahman ni (Yuran tahun ni dah bayar belum?) mempersoalkan kewajaran TGHD dipilih kerana langgar disiplin parti.

Ini masalah orang tak faham khilaf ulama. Pendapat TGHD diutarakan sebelum keputusan TG Presiden. Dan ia telah pun selesai selepas pertemuan dan penjelasan yang berlaku antara ulama. Maknanya selepas perjumpaan sesama pimpinan, TGHD tidak lagi membangkitkan isu tersebut.

Ia bukan satu kesalahan sebab TGHD tak pernah langgar disiplin. PAS meraikan perbezaan pendapat.

Yang langgar disiplin apabila dia pergi merepek dalam akhbar online dan buat press statement kecam Presiden dalam isu ini (selepas keputusan dibuat) . Ada dia buat benda tu?

Tak ada.

Mungkin ada orang persoal, kenapa Khalid Samad dihukum sebab berbeza pendapat?

Jawapannya dia bukan dihukum sebab berbeza pendapat. Dia kena hukum pasal gi bocor rahsia. Ni kena faham beza.

Seterusnya aku nak tanya Rahman, perlukah TGHD disingkir hanya sebab tidak sependapat? Cadangan Rahman Talib itu lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah yang hukum Imam Ahmad sebab tak sependapat dengan mereka. Sebab Imam Ahmad tak mahu mengaku Quran itu makhluk! Nauzubillah. (Lafaz Quran itu Qadim, naskhah Quran itu makhluk)

Tapi sekurang-kurangnya Muktazilah ni hukum Imam Ahmad sebab isu akidah (Walaupun tindakan mereka salah!). Rahman Talib ni pula minta TGHD dihukum sebab hal fiqah.

Nampak gaya dari sudut ini, Rahman Talib lagi teruk dari Muktazilah!

#Update 1: Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Abdul Aziz

#Update 2: Perlantikan ahli MSU: Kalau tak tahu lebih baik diam- Misbahul Munir

#Update 3: Us Azizan Abdul Razak (ahli baru), Us Hashim Jasin dan Us Hasan Shukri ialah ahli yang dilantik. Bukan digugur. Selain Us Abdul Ghani dan Us Ahmad Awang, yang tidak dilantik semula ialah Us Daud Iraqi (Beliau pernah dkritik TB) dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Minta maaf sebab timbulkan kekeliruan. Saya ubah perenggan tersebut.

Dipetik dari: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-telanlah-ludah-sendiri.html

dan bacalah penjelasan ini juga http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html

2 Comments »

  1. kayukelat said

    kenapa tulangbesi memerangkap tukang fitnah kepada pas tidak membawa bukti bukti yang terang samada bertulis, rakaman video, ucapan ceramah selepas pimpinan pas mengambil keputusan diatas perkara kalimah allah. apakah ust haron din masih lagi mengeluarkan ucapan ucapan yang tidak selari dengan keputusan pas, atau hanya mengulang ulang perkara yang sama, benda benda yang sudah berlaku sebelum keputusan pas. perkara ini berterusan disambut oleh blogger alhusseyn dan greenboc sebagai penyambung lidah fitnah,

  2. tulangbesi said

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3694

    Mustafa:Tak timbul isu ‘gugur’Ahmad Awang
    Oleh: BtJong

    “Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak, katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut.

    Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama.

    Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut – badan tertinggi dalam PAS – bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

    Bagaimanapun, pengguguran Ahmad – yang dispekulasikan lebih awal di laman blog – cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut.

    Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

    “Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

    Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS – yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang – sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.

    Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

    Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya – Pemuda dan Muslimat – turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

    Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang.

    Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara.

    “Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.

    “Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: