Satu lagi aduan ke atas TB!

oleh Tulang

Hingga hari ini TB masih menyanyi lagu basi “kerajaang perpaduan” yang diciptanya untuk menghina Presiden PAS dan PAS.

Pada hakikatnya TB tidak pernah ada ditangan dokumen atau kertas kerja Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment (UG). Bagaimana TB bercakap benda yang dia tidak tahu dan hanya agak-agak sahaja? Itulah bebalnya anak Abd Talib ini.

Cuba baca yang ini
https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/28/tb-keliru-antara-kerajaan-campuran-dgn-kerajaan-perpaduan/

Memang TB tidak tahu apa itu konsep UG, bagaimana bentuknya, dan apa syarat-syaratnya. TB hanya agak-agak dan dengar-dengar. Kemudian TB membuat andaian bodoh dan persepsi sempit, lantas menjual kedua-dua andaian bodoh dan persepsi sempit kepada orang ramai.

Lalu orang-orang yang bodoh macam TB dan yang dengki dengan PAS mengutip andaian bodoh dan persepsi sempit itu dan menyanyi bersama TB, lagu ‘kerajaang perpaduang” hingga terbelit lidah mereka macam orang kena sawan.

Kemudian TB menuduh TGHH dan orang-orang yang menyokong UG hendak bawa PAS masuk UMNO.

Fakta yang sebenar ialah TGHH belum lagi menulis kertas UG. Tiba-tiba sudah ada orang yang melenting-lenting seperti bertih digoreng dalam kuali, meloncat-loncat macam terkejut beruk, khususnya TB anak Abdul Talib. Tidak terkecuali beberapa orang utama endorgan.

Apa saja yang TB tulis dalam blognya, dari masa ke semasa, dia akan selitkan isu UG dan “kerajaang perpaduang” dan dia suka buat begitu sambil senyum dan gelak ketawa panjang. Memang hatinya penuh penyakit. Allah akan tambah lagi penyakit dalam hatinya.

Itulah penyakit TB. Dia cipta lagu “kerajaang perpaduan” dengan jahatnya, kemudian melalak tanpa henti, sedangkan isu UG ini sudah ditutup buku oleh PAS. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pengerusi JK Disiplin PAS juga sudah pun mengarahkan supaya isu ini tidak dibangkitkan lagi tetapi TB yang mengaku ahli PAS ini pekak badak dan masih menyanyi lalgu UG.

Eloklah tambah satu lagi aduan salah laku disiplin ke atas Abdul Rahman bin Abdul Talib kerana dia INGKAR ARAHAN parti supaya berhenti membicarakan isu UG, berdasarkan Perlembagaan PAS Fasal 75 iaitu ahli PAs hendaklah (c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

Untuk rujukan: No. ahli PAS beliau ialah 253812 yang didaftarkan di Cawangan Bangsar, Kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan menggunakan KP lama bernombor A2317897. No. KP barunya ialah 721023105017.

Sila lihat format surat aduan:
https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/27/aduan-salah-laku-disiplin-abd-rahman-talib/

Kalau PAS pernah beri amaran, gantung ahli, dan pecat ahli PAS kerana ucapan dan tindakan yang salah sedangkan ucapan dan tindakan mereka hanya dalam lingkungan cawangan atau kawasan, tetapi kesalahan TB meliputi seluruh dunia kerana ucapan dan tindakan jahatnya tersebar seluruh dunia melalui penulisannya dalam Internet.

1 Comment »

  1. kayukelat said

    aku rasalah tulangbesi ni boleh baca fikiran TGHH kot, apa aje ada dalam kepala TGHH ke Ust haron din mesti dia tahu dan dia tulis dalam blognya berdasarkan ilmu landuni, ni ilmu ni jarang jarang manusia ada kecuali nabi khaidir je. tapi tulangbesi adalah pewaris kot kepada ilmu ini, ug yang diilhankan oleh tghh dah tulangbesi tahu yang tghh nak bawak pas masuk umno. macamana pembaca lamanweb dia tak terpengaruh. siapa yang tegur dia mesti dia cap puak puak kerajaang perpaduang termasuk musafirlalu hehehehe

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: