Sah! Tulang Besi ejen UMNO

oleh Tulang

Lihatlah identiti blogger bernama Tulang Besi dan hubungan sulitnya dengan UMNO. Selama ini telah disebut-sebut bahawa beliau adalah ahli UMNO Taman Melewar.

Kini jelas beliau adalah talibarut UMNO, balaci UMNO. Mana ada ahli PAS yang mahu letakkan link UMNO dalam identiti blognya kalau tidak ada hubungan dengan UMNO.

Cuba lihat skrin dari http://www.blogger.com/profile/08770865110328319255. Ada satu link Pemuda UMNO Taman Melewar

Kemungkinan selepas ini beliau akan padam link itu sebagaimana beliau selalu padam link dan komennya apabila seluar beliau terlondeh dalam Internet.

Dalam identiti blog TB, terdapat senarai bloggers celaka kawan-kawan TB yang diupah untuk menyerang PAS dan menyerang ulamak dalam PAS serta melaga-lagakan ahli PAS. Bloggers celaka ini pernah jadi ahli PAS tetapi kecewa kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu, akhirnya berpaling tadah dan belot dalam perjuangan.  Mereka aktif menyerang PAS khususnya dalam isu UG.  Antaranya ialah Aduka Teruna dan Penarik Beca yang pernah ditahan polis kerana komen-komennya yang brutal terhadap kerajaan serta almarhum  Sultan Johor dan dalam masa yang menyerang pimpinan PAS.

Albakhistani dan  Perisik Rakyat (milik Tulang Besi juga) cukup jelas menyerang PAS dalam blog mereka.

Dalam identiti blog TB, tidak ada satu link pun ke blog/laman milik PAS atau ahli PAS mahupun link ke Cawangan PAS yang kononnya TB menjadi ahli di situ. Lihatlah betapa hipokritnya ejen UMNO ini. Apakah orang seperti ini yang orang PAS nak jadikan rujukan dan mendengar cakap si munafik ini?

PS: Apakah ini satu tuduhan? Ya satu tuduhan tetapi dengan bukti. Menjadi kelaziman TB melontar tuduhan tanpa bukti. Kini TB harus menafikan tuduhan ini. Untuk mengukuhkan penafiannya, TB boleh bersumpah atau meminta Pemuda UMNO Taman Melewar menafikan yang TB bukan ahli Pemuda UMNO  Taman Melewar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: