Archive for April, 2010

TB bangun dari mimpi

oleh Tulang

Tiba-tiba Tb bangun dari mimpi dan memuji Dato’ Hassan Ali kerana dikatakan bertungkus lumus bertugas di PRK Hulu Selangor. Dalam masa yang TB hentam lagi Presiden dan Timb. Presiden PAS kerana tidak berada di Hulu Selangor pada malam akhir sebelum hari mengundi.  Kemudian TB buat nota kaki bahawa Dato’ Hassan selama ini kononnya salah ambil penasihat  itu..Suwardi, Roslan SMS, Usop Ludin..(Sebenarnya TB dengki sebab dia dipecat oleh Dato’ Hassan Ali sebab sikap tamak dan rakusnya).

Mungkin kesan minuman barbican belum habis lagi dalam diri TB, maka dalam keadaan mamai, TB membuat kenyataan sedemikian rupa. TB membuat liputan seolah-olah dia ada di Hulu Selangor minggu lepas. (Kata kawan saya, rasa nak muntah dengar ulasan TB yang katun itu). Bloggers dan ahli PAS yang bertugas mungkin boleh terkejut letrik dan pengsan kalau ternampak TB berada di Hulu Selangor minggu lepas.

Kemudian kenyataan TB dalam lamanya disambut oleh cybertrooper UMNO-APCO menghentam Presiden dan Tim. Presiden PAS. Itulah kerja TB….membuka gelanggang untuk puak Yahudi terus hina ulamak dan pimpinan PAS dan PAS secara tidak langsung.

TB seronok buat begitu dan TB tidak merasa puas sehinggalah pimpinan ulamak hancur lebur dari dalam PAS.

Sekarang TB sedang cuba memancing untuk kembali kepada Dato’ Hassan Ali, mana tahu kalau-kalau ada ruang jadi CEO atau penasihat atau apa-apalah jawatan yang berkaitan asalkan dia tidak perlu cari makan di Lombok atau Dubai. Lagipun PRU 13 dah dekat. Jadi eloklah tunjuk muka selalu kat Selangor. Kalau tak dapat dekat dengan Dato’ Hassan Ali pun tak apa sebab Dato’ Zaid mungkin boleh ambilkira budak hingusan anak Pak Talib Lombok ini. Maklumlah, sepanjang musim PRK Hulu Selangor, TB dah kempen untuk Dato’ Zaid dalam lamannya hampir setiap hari . Rekod tu boleh jadi KPI dan bukti yang TB kononnya sudah berbakti pada Dato Zaid dan  DSAI.

Selamat mengisi borang PKR TB….

Advertisements

Comments (1)

TB patut turun ke Hulu Selangor

oleh Tulang

Saya, Tulang,  telah turun ke Hulu Selangor.  Memang tidak dinafikan PKR hadapi masalah jentera PRK yang ketara. Tulang tak mahu ulas panjang. Memadai dengan Tulang katakan jentera PAS tetap bersedia dan tidak khianat pada rakan dalam PR.

Kalau TB, sanggup balik ke Malaysia, hanya semata-mata nak hadir Konvension Blogger PAS, dan kehadirannya hanya mendaftar dan duduk sekejap sahaja, dan belum panas punggung, TB sudah keluar dan hilang entah ke mana. TB sanggup minta sedeqah dari orang ramai untuk balik Malaysia.

Patutnya TB pergi ke Hulu Selangor minggu ni. Kalau TB ada di Indonesia, belilah tiket Air Asia atau Firefly. Mahu seribu daya, tak mahu seribu daleh. Turun padang. Jangan banyak cakap. Buktikan anda penyokong setia PKR! Bukankah anda mahu menjadi calon PKR dalam PRU 13 nanti? Inilah masanya tunjuk kesetiaan. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/19/tb-akan-jadi-calon-pkr-13/

Dan TB jangan menyalak pada PAS atau pimpinan PAS lagi. Kalau nak jadi calon PKR, silakan….tak payah nak tunjuk ‘berani’ hentam PAS dan pimpinan sebagai usaha ambil hati PKR supaya PKR akui ‘kejantanan’ TB hentam PAS. Cukuplah retorik bodoh ini.

Tulang dan bloggers lain nak tengok kejujuran, kesungguhan, dan komitmen TB di PRK Hulu Selangor. Kita nak tengok TB pasang poster calon PR, Dato’ Zaid. Kita nak tengok TB panjat tiang letrik dan pokok, pasang bendera dan kain rentang di Hulu Selangor.

Kita nak tengok TB  tidor di atas tikar mengkuang dan makan ubi kayu dan nasi bungkus bersama petugas PRK, samada di markas PAS atau markas PKR. Kita nak tengok TB yang bergaji RM30,000.00, iaitu 6 kali ganda dari gaji YB Hussam, sanggup keluar duit RM30 .00 untuk belikan air dan makanan untuk petugas PRK di Hulu Selangor.

Kita nak tengok muka TB berpeluh dan berminyak dan badan basah kerana keringat bekerja siang dan malam dalam PRK Hulu Selangor.

Jika tak nampak bayang TB di Hulu Selangor, memang sah TB hanya tin kosong, bunyinya kuat bila diketuk, tapi isinya kosong.

Dia berkokok di Internet tapi ekor TB bergelumang dengan taik. Dalam dia hentam UMNO kerana judi dan arak, TB masih nak serang PAS dan pimpinan PAS. Memang dasar lidah bercabang.

Comments (1)

Bagus TB!

oleh Tulang

Nampaknya TB lebih beradab dan berfokus kali ini. TB sepertimana ahli jentera dalam PR, menggembeling tenaga, masa, buah fikiran dan belanja internet untuk membantu moral PR dan menunjukkan sokoangan kepada calon PR di Hulu Selangor.

Presiden PAS membuat kenyataan menyokong calon PR,  Dato Zaid.  http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7581208.asp

TB laungkan pandangan Presiden PAS walaupun sebelum ini TB selalu serang Presiden PAS dan orang kanan TGHH. Semua orang tahu sebab ia berbuat demikian. Tak pa TB. Bagus TB. TB bantu war-warkan pendirian PAS dalam laman TB. Bagus TB! Itu saham besar PAS bagi pada PR khusus pada PKR.

TB bela Zaid, kalau betul Zaid minum arak, dia dah taubat. Sepertimana Syaidina Omar dan Syaidina Hamzah, kata TB, adalah “peminum arak yang berat”, tapi Syaidina Omar dan Syaidina Hamzah  sudah taubat bila masuk Islam dan tidak minum lagi. (Anda boleh tanya TB dari masa sumber dia mengenai Syaidina Ali). Jadi Zaid sudah bertaubat. Bagus TB!

Elok TB tanya orang-orang UMNO khususnya pemimpin UMNO yang masih minum arak bila nak taubat?

Tengok TB, puak-puak UMNO buat fitnah atas Zaid apabila mereka mengedarkan satu foto superimposed kononnya Zaid pegang botong arak. 

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4114

Itulah puak UMNO membuat fitnah macam Yahudi.  Eloklah TB lawan cybertrooper UMNO sebagaimana kami juga lawan mereka dalam dunia siber ini.

TB pertikai mana Fairuz dapat duit RM100+K dan beli Merces. Bagus TB!

TB teruskan kerja bagus kamu! halakan meriam kamu pada UMNO dan BN bukan pada parti komponen dalam PR if you are purely a PR figther!

TB hentam Dr Khalili. Bagus TB! teruskan TB!

Elok TB ulas kenapa BN letak calon MIC dan tidak letak calon UMNO. Ajar sikit Pemuda UMNO Taman Melewar tu, TB.

Comments (2)

TB jual nama erdogan

oleh Tulang

Berapa juta ringgit agaknya TB dapat untuk jatuhkan imej Presiden PAS dan pimpinan ulamak dalam PAS?

Kickdafella kata dia dapat RM4juta untuk jatuhkan imej Pak Lah, tapi duit RM4juta itu dalam bentuk bangunan, mesin fotostat, komputer, printer, kertas, perabut, bil api dan air, bil telefon, gaji pekerja, elaun keraian, elaun perjalanan dan sedikit petty cash untuk perbelanjaan kecil.

TB, dapat berapa juta ringgit bayar sewa laman malaysiawaves.com serta blog sampingan,  tiket kapalterbang pergi-balik Lombok-KL untuk hadir Konvension Blogger PAS, upah scan dokumen untuk masukkan dalam m’sawaves, bil telefon, elaun perjalanan termasuk duit minyak dan tambang teksi, duit belanja barbican (arak halal) dan makan-makan sama bloggers celaka, duit derma untuk bayar peguam bagi membela diri TB apabila TB membuat tuduhan salahlaku disiplin terhadap Dato’ Hassan Ali, dan duit derma dari geng bloggers celaka serta duit dari erdogan untuk biayai aktiviti TB bagi

  • menimbulkan persepsi negatif terhadap Presiden PAS dan pimpinan ulamak dalam PAS?
  • melaga-lagakan pimpinan PAS?
  • melaga-lagakan ahli PAS?
  • menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong dan simpati PAS terhadap kredibiiti PAS?
  • menonjolkan diri sebagai ‘hero’ siber untuk PKR?

Berapa juta ringgitkah jumlah belanja itu semua bila dicampurkan? Boleh lawan Kickdafella yang dapat RM4juta?

oleh Tulang

Nama erdogan bukan satu yang asing di Turki. Perkataan erdogan ini diambil daripada nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan. PM ini bukan dari golongan ulamak tetapi berjaya mengambilalih kepimpinan Turki. Usaha beliau membawa masyarakat Turki ke arah penghayatan Islam secara berperingkat mendapat pujian dan tentangan dari rakan dan musuh.

Di Malaysia, sekelompok ahli PAS, mempromosikan nama ‘erdogan’ sebagai satu bentuk anjakan paradigma dalam PAS dalam usaha untuk meliberalisasikan PAS dari sudut kepimpinan parti. Lalu nama-nama tertentu terserlah sebagai orang-orang yang dikatakan sebagai erdogan. Kumpulan ini dilihat mahu menukar kepimpinan ulamak dalam PAS kepada kepimpinan yang tidak lagi bertunjangkan kepimpinan ulamak secara berperingkat.  Usaha meletakkan Hussam sebagai calon Timbalan Presiden nampaknya gagal. Sekiranya Hussam menang, maka bakal pengganti Presiden ialah orang yang bukan ulamak.

Bagi mereka, orang yang bukan ulamak juga boleh menjadi  Presiden PAS?  Bertolak dari fahaman ini, kita menyaksikan serangan berterusan berlaku ke atas Presiden dan kepimpinan ulamak dalam PAS, bukan sahaja oleh UMNO tetapi juga oleh balaci UMNO dalam PAS yang menganggap dirinya sebagai erdogan. Siapa yang mempopularkan nama-nama orang erdogan dalam PAS? Siapa lagi kalau tidak  Tulang Besi dalam blognya di malaysiawaves.com

Bila TB tulis “Presiden PAS sokong erdogan” dalam lamannya sekarang, TB cuba memberi isyarat bahawa (1) Erdogan bagus! (2) Presiden PAS bersama erdogan kononnya termasuk erdogan dalam PAS. Itulah publisiti murahan. TB dah habis modal.

Baca lagi: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/20/tb-akan-bocor-rahsia-erdogan/

 

Leave a Comment

TB tak mahu gencatan senjata

oleh  freezone terengganu (3 artikel….bersabar dalam membaca)

meraikan pendapat tulangbesi

suasana perjalanan ke hulu selangor nampaknya berjalan lancar dari terengganu. sukarelawan yang bersama nampaknya bersemangat sekali bercerita, semoga semangat ini bertambah apabila tiba di hulu selangor, oleh kerana tulangbesi mencemarkan gencatan senjata, kita kena meraikan pendapat tulangbesi yang berada dilombok nun. maklumlah semua yang terjadi di malaysia hatta digua bekah pun tulangbesi masih lagi mempunyai maklumat berautoriti. aku tak ada maklumat berautoriti macam tulangbesi. tempat tidur pun belum tentu ada malam ni, makan apa saja yang ada. bertemankan tea o panas berasap dan biskut jagung kering, itu sudah memadai bagi orang orang yang biasa bersama dengan jemaah pas bila ada prk dimana mana pun. kalau orang tak biasa menyertai jemaah pas mesti terasa asing dengan fenomena ini.
tapi aku nak gelaklah maklumat dengan yang ditulis oleh tulangbesi, penamaan calon belum lagi berlangsung, esok bermacam macam boleh jadi. kertas percalonan pembangkang hendaklah jangan ditolak sepertimana pernah berlaku. berlaku sedikit kesilapan yang kadangkala tidak masuk akal akan ditolak dan barisan nasional akan menang percuma. semoga solat hajat dapat dilakukan malam ini memohon pertunjuk dari allah. semoga allah bersama sama pakatan rakyat, jangalah ada kesilapan dalam mengisi borang percalonan sebagaimana parti mahasiswa negara.
tulangbesi dapat maklumat bahawa kempen sedang rancak berlangsung sekarang, orang gila mana dari pembangkang yang sudah berkempen diwaktu ini, kalaulah tulangbesi boleh tunjukkan siapa orangnya, pihak umno pun tidak berkempen secara nyata, apakah tulangbesi ni mabuk dengan maklumat ke apa, dari mana maklumat yang tulangbesi boleh sampaikan sekarang dah ada pihak pakatan rakyat berkempen. selepas penamaan calon belum tentu kempen akan berlangsung, biasa kempen akan bermula selepas sehari dari pencalonan, mungkin kerana pakatan rakyat berkuasa di selangor sebab itulah kempen bermula lebih awal.
nak berkempen pun kena ada kad tandatangan wakil calon yang disahkan oleh SPR, kalau berkempen tanpa pas yang ditandatangan oleh wakil calon orang yang berkempen boleh ditahan oleh polis waktu ini. atau maklumat yang tulangbesi terima adalah orang yang berkempen dibaganpinang. waktu berkempen akan bermula selepas penamaan calon. setakat ini belum lagi ada orang yang gila berkempen kecuali orang yang memberi maklumat kepada tulangbesi. atau orang itu saja mendajalkan tulangbesi. walaupun calon dah diumumkan masih belum muktamad sebelum pengistiharan dari spr. banyaknya fakta tulangbesi yang silap tapi oleh kerana masa gencatan senjata dan aku masih lagi menghormati sahabat seperjuangan batuapi. aku hentikan kat sini sajalah. salam hulu selangor

sebelum solat jumaat

nampaknya tulangbesi tidak menyambut baik gencatan senjata yang dianjurkan oleh pihak ketiga, sikap tulangbesi ini boleh dibaca dengan entry terbaru dilaman sawang ombakfitnah dan juga blog barua spytulangbesi. sikap tulangbesi bersama geng geng anti UG membedil seperti yahudi yang membedil walaupun perjanjian perdamaian berlangsung. oleh kerana tulangbesi berperangai seperti yahudi, gendang yang dipalu oleh tulangbesi belum tentu kita orang akan menari dengan lenggang lengok seperti gendang tulangbesi. apakah gencatan senjata ini adalah disebelah pihak sahaja kerana tulangbesi mengganggap orang yang membela ulamak blogger picisan. suka menembak curi itulah tulangbesi. untuk pihak ketiga kami masih berpegang kepada janji kami mengadakan gencatan senjata.
siri siri serangan tulangbesi akan terus berlangsung sehingga akhir prk hulu selangor, sedangkan orang lain sibuk berlawan dengan umno dan barisan nasional, tulangbesi bersenang lenang dengan duit sedekah dilombok. jadi tulangbesi dengan senanghati akan melemparkan fitnah terbaru kepada jemaah pas, mungkin akan ada yang menjawab serangan tulangbesi. tulangbesi mendapatkan pita rakaman aduan salahlaku ust nasha dan hassan ali melalui musuh, bermakna tulangbesi bukanlah mendapat maklumat dari dalam pas, musuh membekalkan rakaman kepada tulangbesi dan tulangbesi dengan hebat menghebohkan dalam blognya ombakfitnah. tulangbesi telah digunakan oleh umno menerusi bayaran yang mewah dan boleh bersenang lenang dilombok disamping mengutip duit sedekah untuk kegiatan jahatnya. apakah tulangbesi masih menafikan sumber maklumat tulangbesi.

Tulangbesi makin sasau dan mereng

 

Tulangbesi yang menulis entry dari lombok telah mengesahkan diri sebagai ahli umno taman melewar. menggunakan kenyataan ketua pembangkang kelantan untuk menyerang pengarah pilihanraya pas di hulu selangor, kerana dendam yang tak pernah padam kerana gagal menjawat jawatan ceo, tulangbesi telah menggunakan sepenuhnya kenyataan alwi ahli umno. apakah tulangbesi dah terbiasa dengan ahli umno, bergaul mesra dan disini kami dah mendapat maklumat bahawa tulangbesi memang ahli umno, biasanya maklumat yang diterima oleh kami adalah sahih dan benar. kami tidak berimankan khabar angin seperti tulangbesi.
tulangbesi bercerita seperti hikayat 1001 malam yang penuh dengan tipu daya, bohong dan fitnah semata mata, bagaimana manusia yang berada dilombok boleh menulis perkara perkara yang tidak dialami sendiri oleh mereka. bersumberkan fakap agensi, tulangbesi menulis entry fitnah untuk menyedapkan cerita dan semakin lama semakin susah nak memahami plot yang cuba dimainkan oleh tulangbesi, akhirnya pembaca lamanweb ombakfitnah akan sedar bahawa cerita yang mereka baca adalah fitnah yang sengaja diada adakan oleh tulangbesi dengan member member sekandang.
kerana dendam kepada geng terengganu yang menghalang niat tulangbesi nak mengjawat jawatan ceo dalam sykt top it maka apa saja kenyataan hatta kenyataan yahudi akan dikutip oleh tulangbesi untuk menyebarkan fitnah kepada geng terengganu. jentera pas di kuala terengganu teruk kerana pemimpinnya suka kepada ug jadi jentera tidak berkesan sangat, kalau dimanik urai jentera efisien kerana pemimpin dia benci ug, kerana bencikan ug le manek urai hampir ranap, betapa bangang tulangbesi menulis, baganpinang hampir tak bergerak langsung kerana pemimpinnya suka sangat kepada ug, pemimpin negeri sembilan belum lagi difitnah oleh tulangbesi kerana nogori belum jatuh ke tangan pembangkang, kalau tidak mesti ada application tulangbesi.
kerja kerja jahat tulangbesi makin terselah dan hampir menemui penunjuk dan noktah bahawa tulangbesi lah pencinta ug yang utama, tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin pas yang suka sangat kepada ug dan kembali kepadanya. allah membayar cash kepada tulangbesi dan member member sekandang. allah akan terus membuka pintu pintu rahmat untuk para pejuang dan membuka wap wap neraka untuk penentang agamanya. tulangbesi dah hampir bogel dengan kenyataan kenyataannya yang jelas iaitu tulangbesi rukuk, sujud dan kembali berbaiah dengan umno. itulah tempat untuk makluk bernama tulangbesi.

gencatan senjata sehingga masih boleh bersabar, kesabaran pun ada hadnya. menyahut seruan rakan dan sahabat seperjuangan batuapi.

Leave a Comment

TB habis modal tapi nak menyalak juga

oleh Tulang

TB sudah habis modal. Dia menyalak lagi dengan serangan ke atas jentera PAS di Hulu Selangor, dan salakannya kali ini lemah tak bermaya sebab dia sudah kehabisan modal dan hujah.Mungkin sebab demam 2 minggu lepas belum baik.  Eloklah minum barbican (beer halal) yang TB suka sangat sampai dai kata jumpa barbican tu kat Mekah  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/10/tb-melenting-sebab-barbican-babikan

Dalam keadaan separuh mamai sebab minum barbican (beer  halal) dalam usrah barbican, TB kutip berita dari malaysianinsider dan menggunakan berita itu untuk menghina ahli PAS dan PAS itu sendiri.

TB juga menyalak menyebut nama Tim. Presiden dan diulang lagi lagu UG yang sudah tidak lagi dipasang dan didengar lagi. TB syok sendiri. Mungkin sudah ketinggalan zaman atau mamai sebab minum barbican. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim telah arahkan supaya lagu UG tidak dinyanyikan lagi, tetapi TB mencabar Pengerusi JK Disiplin PAS Pusat nampaknya. Tunggu ajalah TB, nanti adalah orang akan buat aduan salah laku disiplin atas TB.

Mungkin kalau orang Terengganu atau Selangor buat aduan, TB akan sengeh-sengeh sebab dia akan kata memang dua negeri ini sokong UG sebab tu tak suka dengan TB. Kepada rakan-rakan dari negeri lain, Perlis, Kedah, Perak, P.Pinang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang berminat untuk MENGAJAR Tulang Besi yang KURANG AJAR ini, saya syorkan supaya buat aduan salah laku disiplin ke atas Tulang Besi yang sedang menghina PAS dan jentera PAS serta ahli jamaah dan jamaah PAS seluruhnya sedangkan dia mengaku dia ahli PAS. Biar banyak aduan dari banyak tempat. Barulah TB tahu dia langit tinggi rendah.

Sila gunakan maklumat di sini untuk hantar surat aduan:

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/31/salah-laku-tb-fasal-82-tatatertib-ahli/

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/27/aduan-salah-laku-disiplin-abd-rahman-talib/

Comments (1)

TB, orang yang teramat kecewa

oleh kayu kelat
http://kayukelat.blogspot.com/2010/04/orang-orang-teramat-kecewa.html
tulangbesi kecewa kerana gagal menjawat jawatan ceo dalam anak syarikat selangor dan juga anak syarikat terengganu. banyak impian dan angan angan tulangbesi bukan saja gagal dipenuhi oleh kebanyakan pemimpin pas tetapi juga sanggup menolak apa saja keinginan tulangbesi. oleh kerana harapan yang menggunung menyebabkan tulangbesi yang pernah makan dan minum bersama hassan ali siang dan malam atau bermulanya fajar setiap hari. akhirnya hassan ali menolak permohonan tulangbesi untuk menjadi ceo. akibat kecewa tulangbesi telah melakukan pelbagai serangan fitnah kepada hassan ali. berita berita palsu dan fitnah dimuat naik ke dalam laman blognya ombakfitnah.

sebelum hassan ali dibantai, dibalun dan dikeroyok oleh tulangbesi, geng geng terengganu, terutama cikgu pa, abu bakar chik, shuhaimi hatta tok guru haji hadi pun dihentak fitnah oleh tulangbesi. di terengganu tulangbesi juga memohon menjadi ceo anak syarikat terengganu sewaktu pas memerintah terengganu 1999-2004. disini tulangbesi kecewa kerana permohonan untuk menjawat jawatan ceo juga gagal. apa punya malang tulangbesi, semua application ditolak, apakah tulangbesi tidak mempunyai ijazah kelas pertama atau tulangbesi terlalu hebat sampaikan kedua dua negeri menolak kepakaran tulangbesi. heran bin ajaib.pemimpin pas gagal mengesan bakat hebat tulangbesi.

dikelantan terdapat juga makhluk yang kecewa dan frust menonggeng kerana cita citanya untuk memperolehi jawatan didalam anak syarikat digital kelantan juga ditolak. kickdecolla nama gelarannya. pernah mencium tangan tok guru diakhir kalam diPMBK. perasaan yang begitu kecewa tidak mampu dibendung akhirnya meludah muka tok guru dengan perkataan caci nista. selepas gagal menjawat jawatan di dalam anak syarikat kelantan dan akhirnya kick disepak keluar kerana ada agenda tersendiri kickdecolla tersepak kepalanya sendiri. memulakan siri serangan fitnah kepada tgna dengan selambanya mengutip kertas kertas keputusan mesyuarat pas yang dibuat dalam tong untuk dibakar sempat dikutip dan diimbas oleh kickdecolla. modus operandi masih sama iaitu melakukan fitnah kerana kecewa.

hero epik ramayana yang diangkat menjadi lagenda kepada taskforce13, pakaq bertugas di harakahdaily dan bakal dipecat mengikut sumber-sumber khabar angin dan maklumat dalaman yang diperolehi oleh tulangbesi. pakaq juga dikatakan berminat dengan jawatan setiausaha akhbar kepada tok guru presiden. oleh kerana rahsianya pecah sebelum menjawat jawatan SU akhbar diketahui pakaq gagal menjawat jawatan itu. sekarang pakaq sedang melobi apco untuk menyertai malaysiakini dan sumber berasaskan khabar angin malaysiakini tidak berminat nak mengupah pakaq menjadi wartawannya kerana dibimbangi pakaq akan mengigit mereka sepertimana sekarang pakaq mengigit pemimpin pas.

sikap kurang ajaq pakaq dalam menerjah timb.presiden pas telah diarkibkan sebagai bahan bukti bahawa pakaq tak layak menjadi wartawan mana mana syarikat penerbitan maya atau cetak kerana sikap bangang yang suka menerjah tak kira masa dan ketika. mungkin utusan malaysia berminat dengan orang seperti ini. oleh kerana kecewa gagal menjawat jawatan su akhbar tok guru presiden, dia melakukan fitnah kepada timb.presiden pas dan melabel pemimpin pas yang menyebabkan beliau gagal dalam menjawat jawatan tersebut. terlampau kecewa dengan keputusan pas, pakaq menjadi hilang akal dan menerjah bagai orang gila di kantin parlimen kerana melihat timb.presiden berbual dengan orang umno.

ketiga ketiga orang ini kecewa dengan pas kerana pas gagal memenuhi hasrat dan matlamat mereka. apabila kecewa mereka ini telah melakukan kerja kerja fitnah kepada pas. melemparkan persepsi buruk kepada pemimpin pas. banyak rahsia pas disebarkan ke alam maya. hubungan antara ketiga tiga makhluk ini amatlah erat. dan mereka ini semua adalah member sekandang, menangis bersama kerana kecewa dengan pemimpin pas yang suka menolak keinginan mereka. akibat kecewa mereka bersatu mengfitnah pas dan seluruh jemaahnya. dalam menghadapi prk hulu selangor, mereka ini semakin galak menyerang dan menabur fitnah kepada pemimpin pas supaya pas gagal berhadapan dengan umno yang telah bertempur secara berdepan sesama sendiri.

Leave a Comment

Older Posts »