Cerita Fitnah dari PAS Recond

Semalam aku ada berjanji untuk dedahkan satu lagi ‘kecurangan’ Rahman Talib (anggota besar Pas Recond) terhadap jemaah yang kita semua sayang. Pagi ini aku tunaikan janji itu. Aku dah tunggu dalam 3 minggu untuk ketibaan hari ini.

Semuanya bermula dengan artikel Rahman Talib berjudul: Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Dalam artikel tersebut dikatakan:

Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato Ahmad Yaakob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai exco yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi exco Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.

Tidak cukup dengan satu artikel bodoh, isu ini diulang pula dalam artikel yang lain. Contohnya di sini.

Bagi menyungguhkan lagi khabar anginnya, Rahman Talib kemudian mengatakan:

Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

Chait, tak paksa orang percaya, tapi menyuruh orang lain percaya secara tidak langsung dengan meyakinkan bahawa sumber dia tak pernah bohong pada dia. Aku tak sebodoh tu lah!

Tamat bulan Mac, siapa bohong sekarang?

Ini membuktikan sumber Rahman Talib langsung tidak ada kredibiliti. Usahkan rombakan, hawa untuk pertukaran exco pun takdak!!. Malahan TGNA dikembalikan semula ke kerusi paling senior dalam PAS; Mursyidul Am. Cuba bagitahu, celah mana petanda gulingnya?

Ntah2, hanya imaginasi dan andaian berdasarkan sikap negeri-negeri lain yang merombak exco setahun sekali! Kuat berfantasi betul puak-puak ni.

Ingat budak-budak je minat fairy tale!

Puak Pas Recond toksah nak cakaplah rombakan tu tak jadi sebab Presiden takut dengan pendedahan TB. Gila loser alasan macam tu. Senang la sebar fitnah lepas ni. Bila tak berlaku, bagi alasan pendedahan kita yg menyebabkan ia tak berlaku.

Kenapa aku marah sangat dengan khabar angin macam ni?

Puncanya, kau melibatkan nama Presiden, nama Dato Ahmad Yaakob. Menuduh mereka semua terlibat dalam konspirasi besar menggulingkan Husam dan TGNA. Bukan setakat konspirasi untuk MB, malahan untuk Mursyidul Am juga. Dan dua-dua terbukti berita sampah.

Sama juga apabila aku marah kau bawa tuduhan aku Meor PA Us Nasha. Bukan aku marah kau tuduh aku Meor. Aku tak pernah marah pun orang tuduh aku SP selama ni (La ni dah kurang sikit. Agaknya puak ni dah sedar cara aku dan SP menulis lain!!). Jadi buat apa aku marah?

Aku marah bila kau bawa tuduhan bahawa aku (Meor) jadi makin bodoh bila jadi PA Us Nasha. Secara tak langsung, tuduhan itu bagitahu bahawa Us Nasha ialah punca orang yang rapat dengan dia jadi bodoh.

Ini satu usaha yang cukup keji menjatuhkan kepimpinan atasan dengan fitnah gelandangan.

Kalau kau boleh ambil sumber anonymous yang kita tak tahu siapa dan dari mana untuk ‘bunuh’ karakter aku dan kemudian indirectly merobek maruah Us Nasha, apakah level maklumat yang dibawa kau yang boleh bunuh peribadi Tuan Guru Presiden? Dah tentu lebih kurang sesampah anonymous yang bawa fitnah itu juga!!

Itu belum kira masa kau pakai sumber orang fasik Papagomo untuk hentam ahli jemaah sendiri! Sumber blog: Orang fasik, Anonymous.

Gila!

Terbukti sikap Pas Recond yang pernah aku sebut sebelum ini. Tak amanah dengan ilmu (Tak selidik dahulu sedalamnya sebelum sebarkan) dan percaya buta tuli kepada sumber sekunder bukan primer.

Nak percaya lagi orang macam ni? Kalau zaman Nabi dulu, Al Walid bin Ukbah sebar berita palsu pakai geng-geng dia, sampai dia digelar Fasik. Ulama dah definasikan fasik pada al walid ini sebagai Kazzaab (pembohong) dan orang yg tak segan buat dosa.

Rahman Talib pulak sebar berita palsu (khabar angin) pakai kuncu (blog Perisik Rakyat – Jaga-jaga Poji. Ingat kau takdak saham?!). Kemudian tak segan pulak mengulang-ulang berita palsu itu dalam artikel lain.

Jangan sampai kau jadi Al Walid moden Rahman!!

Ingat, kau ada lagi 2 hari untuk sambut cabaran aku, atau pohon maaf dan tarik balik segala tuduhan yang kau bawa.

Kalau tak, kau officially ‘takdak telur’!

Dipetik dari: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/cerita-fitnah-dari-pas-recond.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: