Sambung lagi Songkok Putih vs Tulang Besi IV

Pendedahan saya mengenai kenyataan Dr Yusof Qardawi menyebabkan saya diminta tidak melebarkan maklumat lain lagi oleh Setiausaha Presiden PAS. Saya juga dicari oleh Dato’ KJ berkaiatan beberapa kenyataan yang menunjukkan SU tidak membantu Presiden dan saya diminta untuk membetulkan fakta siapa yang ke Pulau Pinang bila ada pimpinan di sana nak boikot PR kecil.

Saya dihubungi oleh beberapa orang kuat Keadilan bertanyakan masalah Anwar Ibrahim, saya dalam e-mel (masih saya simpan) menasihatkan adalah lebih baik tersilap tidak menuduh daripada tersilap membuat tuduhan.

Dalam siri akan akan datang saya akan mendedahkan bagaimana Sultan Perak cuba untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Perak dengan beberapa kepimpinan PAS.

Saya juga mendedahkan siapa dibelakang Tulang Besi untuk mengasak Dato’ Hassan Ali dan beberapa siri pertemuannya.

Pendedahan Eksklusif ini akan membuatkan beberapa kepimpinan yang anda sayang akan tecalar, saya memang tidak berhasrat untuk menyediakan pimpinan yang tercalar berhadapan dengan UMNO, tapi nampaknya Tulang Besi mencabar, saya sekadar menyahut sahaja.

Pendedahan ini juga akan membongkar siapa yang bari maklumat kepada Prof Aziz Bari sehingga kenyataannya menyerang Presiden. Siapa beri maklumat. Saya menegaskan bukan idea Aziz Bari!!!!!

Sebelum itu ikuti siri sebelum ini sehingga habis…..

……………….

Tranung Kite fraksi UMNO, Tulang Besi fraksi siapa? – Siri 4

Oleh Songkok Putih
Friday, October 03, 2008

Bila saya meletak jawatan sebagai webmaster, sebenarnya saya bukan berundur atau melarikan diri dari polimik isu ini. Itu adalah sebahagian strategi untuk membongkar anai-anai dalam Jamaah Islam. Bukan mudah dan senang untuk membongkar kerana mereka juga terdiri daripada kepimpinan yang bersama dalam perjuangan ini.

Cukup berisiko dan ada kesan buruk daripada pendedahan ini. Saya teringat kata-kata al Marhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapan bila wujud krisis dalam jamaah dengan mengibaratkan sebagai penyakit bisul yang sakit amat sangat sehingga bisul itu pecah dan keluar nanah barulah kita akan sembuh.

Kita merasa terhina kerana ada orang yang cuba mengaibkan TKO seolah-olah laman ini adalah faksi-UMNO. TKO bukan milik saya, walaupun TKO di bawah Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, tetapi TKO adalah bersifat milik bersama. Kita bersama-sama menyumbang bahan, mengumpul dana untuk membina server yang baik dan kukuh, memastikan TKO mampu menjadi wadah perjuangan kebangkitan rakyat. Tidak dinafikan TKO mempunyai saham yang begitu besar dalam PRU baru-baru ini.

Malang ada manusia yang dengki kerana tidak berjaya mempengaruhi webmaster untuk menjadi tali barut merosakkan jamaah dengan sebaran maklumat palsu dan fitnah kepada pemimpin utama PAS.

Adakah anda semua setuju saya secara rashia dan bersubahat dalam agenda jahat ini? Saya rasa saya bertanggungjawab untuk mendedahkan e-mel-e-mel tersebut kerana e-mel itu adalah e-mel hak milik TKO (tranung2006@yahoo.com) dan bukan e-mel peribadi saya. Untuk makluman semua, bila saya tidak lagi menjadi webmaster, saya akan menyerahkan e-mel ini kepada webmaster baru, nescaya webmaster baru boleh membuat kajian dan keputusan apa yang nak dibuat dengan si Tulang Besi ini.

Siri 1, 2 dan 3 adalah siri-siri untuk saya membuka dan melihat sejauh mana si Tulang Besi akan menyerang dan memanipulasikannya. Saya juga melihat dan mengesan cybertrooper yang menjadi talibarut untuk melemahkan artikel-artikel yang saya keluarkan. Dimana, siapa dan sejauh mana kemampuan dan kecekapannya.

Insya-Allah saya cuba tanganinya dan saya ingin menyatakan bukan ini yang saya kehendaki, saya juga tidak pernah bercita-cita atau berhasrat untuk mendedahkannya tetapi bila TKO difitnah saya merasai tanggungjawab yang besar untuk menjawab dan membongkarkannya. Kita sendiri pun sayang kepada mereka kerana pernah bersama-sama mengharungi perjuangan ini, anggaplah kadang kala kita leka dalam mengajar cita-cita dan impian.

Berbalik kepada si Tulang Besi. Soalan-soalan saya tidak dijawab tetapi saya diserang dengan beberapa isu yang insya-Allah saya akan jawab diakhir siri ini.

Pada siri-3 saya tidak menjawab soalan ini “Artikel terbaru saya ini telah mendedahkan betapa Majlis Syura telah diperkudakan oleh puak fraksi UMNO sehingga Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat diketepikan sama sekali. Dengan kata lain, AJK PAS Pusat dan Mursyidul Am telah diperkudakan oleh sebahagian Ahli Majlis Syura Ulama. Saya menyiar artikel ini kerana saya rungsing dan bimbang tentang bagaimana Majlis Syura Ulama berjaya di “hijack” oleh mereka yang berkepentingan.”

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengemukan pertanyaan kepada si Tulang Besi kerana dia tidak ada di Malaysia. Saya ingin penjelasan, ya…. Saya ulang lagi ini adalah pertanyaan bukan tuduhan.

1. Betul ke? Awak bersubahat dalam membuat pertukaran keputusan research yang dibuat oleh Merdeka Center mengenai pencapain Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu seolah-olah wujud kelemahan pemerintahan Tuan Guru dan perlu diganti orang lain menjadi MB. Keputusan pindaan itu menunjukkan bahawa Dr Syed Azman lebih disukai dan PAS Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Dr Syed Azman sebagai MB jika PAS menang di Terengganu.

Ekoran daripada peristiwa ini Dr Syed Azman pada masa itu adalah Setiausaha Politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah diganti dengan orang lain.

(untuk makluman, saya juga adalah orang research, terlibat dengan convesional research dan action research sehingga ke peringkat kebangsaan. Mahir menggunakan SPSS daripada versi dos 6.0 sehingga sekarang versi 17)

2. Betul ke? Awak telah berjumpa dengan YB Husam Musa dan YB Dr Syed Azman di Mekah beberapa hari lalu? Selain daripada anda berjumpa dengan Dr Hassan Ali secara tak sengaja.

3. Adakah perjumpaan ini berkaitan maklumat mengenai Majlis Syura PAS Pusat dan awak ada menulis artikel berkaitannya?

Tiga pertanyaan ini saya ingin dengar daripada mulut awak sendiri, saya tak mahu dengar daripada orang lain sebelum saya memulakan siri-siri yang berikutnya.

Kesempatan untuk mengakhiri hujah saya ingin menjawab beberapa soalan pada komen si Tulang Besi di artikel saya yang lalu.

1. Si Tulang Besi mengaku langgar disiplin jamaah dalam petikan komennya pada artikel saya.

Apabila pimpinan tidak mengamalkan dispilin jemaah, maka ahli pun akan langgar disiplin jemaah,

Paham tak Songkok Putih

2. Buka sahaja di membuat fitnah TKO adalah faksi-UMNO malah dia mengaitkan kami dengan laman Anti-Husam.

Aikk, artikel dari blog Anti Husam yang kerap awak siar tu tak jijik pulak ye? Artikel blog Anti Husam tu mungkin bagi Songkok Putih taraf “tak berapa jijik” kot???

Kenapa jijik wahai Songkok Putih? Tindakan membelankangi Tok Guru Nik Aziz tu tak jijik pulak ye??? Tindakan menyalahgunakan Syura tak jijik pulak ye? Tindakan membelakangi AJK PAS Pusat tak jijik pulak ye?

Awak ini bukan nak dengar hujah, jenis “keras keng” (bahasa trg = keras kepala). Awak sebut ada dua artikel. Saya maklumkan bahawa kami lulus dua artikel daripada nickname antihusam1 (sebenarnya kami dah ban nick antihusam). Satu oleh saya dan satu oleh Refomis. Yang saya lulus ialah isu mengenai PAS di Pulau Pinang dengan Dato’ Kamarudin Jaafar dan maklumat itu adalah benar. Saya sebut sekali lagi maklumat itu adalah benar.

Awak tak bising pun saya meluluskan artikel ini Antihusam Pembohong dan Pemecahbelah (si ruju di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15770) . Artikel ini bukan dipost oleh pembaca, tetapi saya sendiri yang postnya – ini bermakna saya sendiri dapatkan maklumat dan postkan di TKO. (siapa yang mahir phpnuke tahu mengenai sistem ini)

Awak memang jahat dan suka putar belit cuba mencari kesilapan untuk dijadikan hujah untuk menegakkan benang basah. Sikap saya cukup jelas, saya tak suka laman dibina atas dasar menjatuhkan seseorang.

Mungkin saya mengaji tak habis, tetapi saya nak sebut saya tak pernah jumpa mana-mana sirah yang menyebut tentang perkara ini (menjatuhkan seseorang pemimpin). Setiap perkara mesti dibina atas dasar ‘nortah bidayah sohihah’.

3. Soalan yang bertanyakan saya setuju tak PAS masuk BN, sebenarnya saya telah jawab dalam forum di laman ini lebih awal, siap saya bersumpah dan saya biarkan forum itu tergantung sehingga ramai forumer mengganggap saya emosi dalam posting itu. 

Saya memang rancang memerangkap awak. Sepatutnya saya tak akan menjawab sampai hari ini, biar awak akan menggunakan hujah ini untuk menyerang saya. Biar orang nampak kebodohan awak.

Saya ulang sekali lagi memang soalan itu soalan bodoh!!!! Bukan sahaja bodoh malah boleh membodohkan orang yang bertanya!!!

4. Awak membangkitkan pertemuan dengan Ikhwan

Aikk, yang pegi jumpa Ikhwan kat Paris tu bincang apa? Bukan bincang nak bawa PAS masuk BN ke? Nasib baik Ikhwan reject.

Pertemuan dengan ikhwan tak ada kaitan dengan isu masuk BN, saya malah nak hurai masalah ikhwan ini ikhwan alami, ikhwan khutri dan ikhwan jihadi. Apa yang nak sebut pertemuan ini adalah atas isu antarabangsa. Sampingan daripada pertemuan itu Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim.

Saya bertanggungjawab dengan maklumat ini. Apa yang Penarik Beca tulis adalah tidak benar. Tak ada pun pasal nak rujuk kepada ikhwan berkaiatan dengan nak masuk BN. Yang hadir dua orang sahaja dalam pertemuan itu, TGHA dan seorang lagi; saya masih tak berminat untuk dedahkan di sini.

5. Awak cuba menjadi penipu besar dalam isu kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Petikan komen awak.

Mana ada penyiaran secara sekerat. Kenyataan tersebut telah diarahkan buang dari Harakahdaily. Sila rujuk blog Wan Nordin Wan Yaacob.

Awak ada telefon Wan Nordin ke? Kalau tak ada saya nak bagi. Kenyataan itu hanya ada 2 salinan sahaja. Satu dengan Dato’ KJ satu dengan Lutfi. Lutfi terkejut pasal ada orang menyebut dah disiar dalam blog. (Ini menunjukkan ada permainan politik dalam isu ini untuk jatuh menjatuh – kita tak nak bahas perkara ini)

Lutfi hubungi Wan Nordin memberi pandangan tak perlu siar, seperti yang saya tulis. Itu pandangan peribadi Lutfi. Wan Nordin menghubungi Dato KJ dan Dato KJ suruh siar dalam blog. Wan Nordin hubungi Lutfi dan Lutfi tak balas pun, kerana baginya dia sekadar member nasihat supaya jangan diperbesarkan isu ini. Terpulanglah kalau ada orang nak besar-besarkan dan sengaja menyiarkan dalam blog atas niat yang ada dihati masing-masing.

Saya ingin tegaskan sebagai seorang media, memang kita ada banyak maklumat tetapi kita ada ada tanggungjawab untuk memastikan jamaah berada pada satu landasan yang baik. Kita jangan jadi elemen yang melaga-lagakan antara kepimpinan, kalau itu pilihan saya juga terpaksa……

Walahualam.

Songkok Putih
Ahli PAS Seumur Hidup.


….
Siri-siri yang berkaitan:

  Siri 1
  Siri 2
  Siri 3

Dipetik dari; http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1457&mode=&order=0&thold=0

1 Comment »

  1. tulangbesi said

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3771
    Oleh: WDOnline

    “Sepuluh kali aku fikir, apakah patut aku taip artikel ni. Pikir punya pikir, taip ajelah. Kalau orang faham, baguih lah. Tapi kalau ada yang tak faham, nasiblah labu.

    Mesti ada yang marah dengan aku. Tapi punya pasal akulah nak taip apa pun. Asalkan aku rasa tanggungjawab aku selesai. Aku hanya pinta ianya diselesaikan, bukannya mencerca, mengherdik pemimpin sendiri. Nak selesai, kenalah bersuara agar ianya tidak menimbulkan persepsi yang lebih merumitkan.

    Mohon kemaafan jika ianya dilihat kurang beradab. Tapi aku juga sayangkan jamaah seperti yang blogger celaka cakap.

    Hari ini aku ulas sikit aje pasai isu panas yang melanda dalaman PAS. Akhir-akhir ini, aku tengok, para blogger, tak kira belah mana, asyik bertikam lidah sesama sendiri. Padahal tak perasan, yang sebelah sana nun telah bertepuk tangan.

    Mereka mungkin menganggap, kerja mereka sudah jadi ringan dengan aksi pelahap para blogger celaka yang senantiasa mencari peluang untuk meranapkan perjuangan PAS tidak kira di mana.

    Bila marah, depa akan kata, mereka ingin selamatkan PAS dari UG. Kemudian UG diumumkan tutup. Presiden PAS sendiri umum kat media, UG sudah tiada lagi.

    Tapi blogger celaka cuba ungkitnya kembali dengan pelbagai dimensi fitnah. Tak cukup serang peribadi dalam blog, serang hendap pulak kat parlimen terhadap timbalan presiden PAS.

    Yang penting bagi mereka, dapat jatuhkan pemimpin yang mereka benci dan tidak sebulu dengan mereka.

    Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis nak hentam sebahagian pemimpin yang dianggap ingin bersama dengan Umno. Bila diminta bukti, mula berdalih macam-macam. Konon ada rakamanlah. Tolong bagi sederap atau jelas bukti yang hangpa ada jika betul dakwaan hangpa.

    Kenapa segelintir pemimpin tidak tunjukkan ikatan ukhuwah sesama pemimpin

    Yang menjadi kebimbangan aku, takut ada segelintir pemimpin PAS yang turut sama disebalik perjuangan kotor blogger celaka ni.

    Sekarang ni, boleh dibilang dengan jari pemimpin yang secara terang-terangan memberi sokongan padu kepada kepimpinan presiden PAS, TG Haji Hadi. Yang lain-lain mananya?

    Beri sokongan kepada ketua bukan bererti mengampu seperti Umno. Tapi sebagai bukti menolak kepada umum, yang persepsi PAS nak hancur.

    Pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan sifat ukhuwah sesama pimpinan, percaya mempercayai antara satu sama lain agar nampak perpaduan dan kerjasama di mata masyarakat dan ahli PAS.

    Ini tidak, diam seribu kali diam. Tindakan itu boleh menambahkan lagi persepsi buruk terhadap kepimpinan PAS dan orang luar akan menganggap PAS berhadapan dengan krisis kepimpinan.

    Presiden, timbalan presiden, SU Agung dan rakan-rakan pimpinan kena serang blogger celaka, tiada pulak yang datang membela rakan pimpinan. Kenapa? Takut dilabel UG ke seperti yang didakwa blogger celaka.

    Pasal dokumen sulit PAS Kelantan bocor

    Kickdefella mendedahkan kononnya beliau ada dokumen sulit post mortem piliaharaya PAS Kelantan yang dikategorikan sebagai bahan sulit. Tapi ianya telah ditelanjangkan oleh kickdefella. Keabsahan dan ketulinan dokumen itu tidaklah diketahui betul atau tidak. Tapi siapakah dalangnya?

    Apa nak jadi ya?Ntah betul ntah tidak seperti yang didakwa kickdefella tu usahlah kita fikirkan. Tapi yang penting, bagaimana ingin kita menyelesaikan dakwaan kickdefella tu.

    Jika kita berdiam diri, orang luar akan bersangka buruk dengan kita. Maka berlakulah tuduh menuduh antara satu sama lain. Kemudian orang yang dikaitkan dengan kickdefella pulak terus dituduh bukan-bukan.

    Yang menakutkan aku, bukan kerana serangan batang tubuh orang yang dikaitkan dengan kickdefella tu, tapi yang menerima kesannya ialah kepimpinan PAS dan keseluruhan PAS itu sendiri.

    PAS akan dilihat sama seperti Umno. Jika itu dipersepsikan oleh umum, maka tidak kemanalah perjuangan PAS. Selama ini orang yang menaruh kepercayaan kepada PAS akan sikit-sikit berjauhan dengan PAS. Siapa yang rugi?

    Pemimpin boleh datang dan pergi, boleh ditukar ganti, tapi perjuangan menegakkan Islam tidak boleh digantikan. Islam tetap Islam. Tiada ganti yang lain selain Islam.

    Ayuh! jelaskan kepada umum, siapa kickdefella sebenarnya

    Orang yang membawa kickdefella ke dalam PAS dan kerajaan Kelantan perlu bersuara dan menjelaskan motif yang terselindung pada kickdefella sebagai mendamaikan keadaan yang kucar-kacir. Menolak persepsi bukan hanya dengan berdiam diri, tapi perlu kepada penafian dan hujah bernas.

    Jangan hanya pandai membawa masuk kickdefella kemudian membiarkannya mengkucar-kacirkan dalam PAS.

    Kita harus jelaskan kepada ahli PAS, siapakah kickdefella dan blogger celaka. Selagi orang yang terlibat berdiam diri, selagi itulah persepsi akan berlegar-legar dalam PAS. Siapa yang harus mendedahkannya?

    Ayuh bangun, jelaskan perkara sebenar jika sayangkan jamaah. Jangan pilih bulu untuk menyelamatkan jamaah.

    Jangan jadi pengecut bila tahi sudah terpalit pada diri kita. Buktikan kita memang pejuang Islam sejati.

    Melainkan jika ada segelintir pejuang-pejuang PAS mempunyai agenda tersendiri demi kepentingan peribadi.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: