TB ganti UMNO serang PAS

oleh Tulang

Saban minggu dan bulan kita dapati TB menjadi balaci UMNO untuk menyerang PAS. Khairy Jamaluddin cukup gembira dengan TB, generasi Coca-Cola dan Mc Donald ini, yang belajar di Amerika, dan kembali ke Malaysia, membawa ciri-ciri orang kafir Amerika membenci gerakan Islam, seperti PAS.

TB menyamar di sebalik bapanya yang kononnya ahli PAS. TB berselindung di sebalik no. ahli PASnya. TB berselindung di belakang tubuh badan erdogan untuk menunjukkan beliau bersama erdogan.

Pada hakikatnya TB adalah kaki putar belit yang makan upah kiri dan kanan. Dari kiri beliau makan upah orang UMNO dan dari kanan beliau makan upah dari erdogan, dan terdapat maklumat bahawa dari belakang beliau makan upah dari think-tank PKR untuk mencalarkan imej PAS, supaya PAS buruk di mata umum dan PAS tidak menjadi parti alternatif selepas UMNO, MCA, MIC, PKR, dan DAP mempunyai masalaah dalaman yang kronik.

Masyarakat melihat PAS lebih stabil dan konsiten. Tidak ada kes lompat parti . Tidak ada kes rasuah. Tidak ada kes serious kecuali perbezaan pendapat yang dianggap sebagai rahmat dalam jamaah.

TB diupah untuk “destablize” peringkat akar umbi PAS dengan mencipta fitnah dan melontar bola fitnah dalam padang supaya pimpinan PAS dan ahli PAS sibok melayan dan bermain dengan bola fitnah itu. TB dengan rakan-rakan bloggers celaka bekerjasama melontar bola fitnah lain dari masa ke semasa ke dalam padang supaya ahli-ahli PAS terus sibok melayan dan bermain dengan banyak bola di padang sendiri. Pada ketika PAS menjadi tidak stabil nanti, UMNO akan menyerang PAS dari semua penjuru untuk melumpuhkan PAS pada PRU ke 13 nanti.

Cuba bayangkan apabila tiang-tiang sebuah rumah digergaji (destablize)sedikit di sana sini, lambat laun salah satu tiang akan rosak dan menjadi tidak stabil untuk menampung berat rumah itu, dan ketika berlaku hujan yang amat lebat, maka rumah itu akan senget dan boleh runtuh sebelah merosakkan isi rumah dan mencederakan tuan rumah sekeluarga.

Penonton terdiri dari masyarakat awam melihat PAS sibok melayan dan bermain dengan masalah dalaman yang dicipta oleh bloggers celaka dan menyaksikan ada di antara pemain bola di padang ini pukul memukul, kata mengata, syak mensyaki dan bergaduh sesama sendiri.

Itulah misi TB, salah seorang bloggers celaka yang disebutkan oleh TGNA dalam ucapannya tahun lalu. Kita menunggu kalau-kalau peristiwa Malaikat akan turun menarik lidah TB keluar sampai mencecah bumi dalam medan pertempuran ini sebagaimana Malaikat pernah menarik lidah Bal’am bin Bahura, seorang yang mengaku beriman dengan Allah di zaman Nabi Musa  tetapi menjadi pembelot untuk memusnahkan Nabi Musa dan tenteranya. Bal’am bin Bahura seorang pendita yang makbul doanya tetapi apabila hatinya dipenuhi dengan habuan dunia, harta, pangkat, pujian serta dendam dan dengki, maka dia berpaling dari Nabi Musa dan umat Nabi Musa (jamaah).

Sejarah sentiasa berulang. Karakter antagonis seperti TB akan wujud di mana apabila ada perlawanan antara jahat dengan baik,  maka penabur fitnahnya berada di tengah-tengah. Itulah TB dan bloggers celaka!

 

1 Comment »

  1. kayukelat said

    tb menghantar bola ketengah padang pas, pakaq menambah bola kepada, shingga pemain pas pening yang mana bola yang sepatutnya dijaringkan, terlampau banyak pemain celaka dalam pas membiarkan pemain yang senior dijadikan pemain simpanan akibat pertukaran oleh pemain celaka. kalau tak dapat duit mana mereka buat apa apa kerja.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: