Cikgu Pa dan Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam

Saya telah berjanji untuk menulis mengenai Cikgu Pa dan Tulang Besi. Hari ini saya tunaikan janji saya dan kenapa saya menangguh begitu lama sebelum saya menulis perkara ini saya akan penjelaskan pada tulisan ini nanti.

Cikgu Pa semua orang kenal. Antara manusia dalam PAS yang berani “break” semangat 16 September. Memang dia sengaja. Masa buat sidang akhbar di KL dia boleh minta padamkan kamera video tetapi seolah-solah sengaja menyuruh menulis beberapa perkataan yang cukup sensitif.. apa yang disebut dan tidak mahu dirakamkan. Dibuat lagi sidang di akhbar di Terengganu.

Hasil makluman “segera” daripada pihak akhbar harakah juga, TGNA mengamuk sakan!! TGNA selepas itu ke KL ditumbuk-tumbuknya gambar muka Cikgu Pa sambil berkata kalau saya muda saya ludah dia ini. (bahasa TGNA dialih dengan bahasa yang mudah faham) Malam itu TGNA berceramah di Taman Melewar semua orang tahu bagaimana marahnya TGNA.

Tak sampai 3 hari, Cikgu Pa ke Kelantan, akhbar menyiarkan bagaimana “erat“nya Cikgu Pa dan TGNA. Boleh gosok belakang kata orang kampung isteri saya.
Dulu cerita bagaimana PAS Besut bermasalah semasa Ustaz Abdul Latiff menjadi YDP. Cikgu Pa ke sana untuk selesaikan masalah, walaupun keadaan genting dinasihati jangan pergi, Cikgu Pa atas tanggungjawab dia pergi juga. Keretanya dipecahkan cermin. Dia dihadang kaki semasa nak masuk, lalu rebah dan seorang yang nak memukulnya tangan terkena muka Cikgu Pa.

Ini membuatkan timbul berita Cikgu Pa kena tampar. Saya mendapat maklumat daripada waris Abe Jak, orang yang mengeliling Cikgu Pa pada masa itu. Bukan sebarang orang boleh ke sana. Besut macam Kelete, geng “gedebel” juga diperlukan. Ustaz Abdul Latiff sekejab bersama UMNO. Cikgu Pa masih dalam PAS sehingga hari ini dan membayar yuran keahlian.

Akhirnya isu itu selesai Cikgu Pa sihat walafiat!!

Timbul isu “blogger celaka” bernama Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam yang marah kononnya Cikgu Pa buat perjumpaan sulit dengan UMNO selepas sahaja pilihanraya ke-12 selesai. Masa perjumpaan itu status Cikgu Pa ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya.

Ada dua pihak buat perjumpaan secara rahsia, satu kumpulan berjumpa dengan UMNO. Semua orang tahu ini Cikgu Pa dan satu “kumpulan” lagi berjumpa dengan Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan juga kepada Majlis Syura PAS.

Cikgu Pa ada juga logik buat perjumpaan atas statusnya. Tapi sebaik-baiknya maklum dulu. Sebab itu ada perbincangan selepas itu. Yang satu lagi itu perjumpaan sebelum Presiden berjumpa apa pasal?

Yang ini Bakaq a.k.a Penarik Beca tidak bersemangat untuk mendedahkannya kenapa? Kena tanya Bakaq sendiri. Kalau Bakaq tak nak cerita, cari Wan Jo, blogger Jiwo Kelete dia sumber kepada Bakaq dan Tulang Besi (Seluar Dalam).

Orang kata (saya tak kata) Wan Jo lah bagi nama Suhaimi kepada Tulang Besi pasal apa nama Suhaimi Embong begitu mesra dalam blog Tulang Besi. “Budak seluar dalam cap buaya” ini manalah kenal sangat dengn Suhaimi, kadang kala tersasur sebut Haji. Hanya mungkin luka lama pasal CEO TOP IT masa PAS memerintah Terengganulah membuatkan dendam kesumat kepada Suhaimi membara kembali.

Kicdefella, Tulang Besi, Bakaq Penarik Beca (blog lama), Wan Ji AlBakistani (blog lama), Zainulfaqar, Wan Jo Jiwo Kelete dan beberapa nama lagi (cari sendirilah) pada mula-mula berblog semuanya menggunakan wordpress. Sebab apa? Sebab Tok Gurunya guna wordpress!!!!! * Ini semua geng Task Force 13

Kalau diizinkan saya akan menulis aliran pemikiran persepsi di internet dipengaruhi oleh penggunaan portal seperti geng TKO (detik, utara dll) dengan PHPNuke, Geng PAS Joomla (harakah, pas kawasan, buletin online dll), Geng Blogspot dsbnya.

Tulang Besi menyerang Cikgu Pa segenap sudut. Saya malas nak links kan tulisan-tulisannya yang hentam Cikgu Pa tak mudah jugalah bahasanya. Kalau anda tak kenal Cikgu Pa, sekadar baca daripada tulisan Tulang Besi pasti anda akan menyangka Cikgu Pa ini Botak Chin, kalau tak pun mesti Man Kerbau.

Selepas itu ada pertemuan antara Cikgu Pa dengan Tulang Besi. Tak sampaipun sehari sekejap aje Tulang Besi @ Selaur dalam terus aje berubah, dia kata Cikgu Pa seorang yang Profesional. Bukan saya kata, Tulang Besi sendiri yang kata dan dilaporkan di akhbar Harakahdaily macam berita besar parti (kena tanya Zul dan Rashidi kenapa?) Wartawan yang melaporkannya pula Zainulfaqar.

Selepas itu beberapa tulisan “blogger celaka” Tulang Besi pun mulai berubah terhadap Cikgu Pa. Saya sertakan beberapa petikan untuk pertimbangan pembaca. Saya pun ambil mana-mana yang sempat sahaja, kalau ambil betul-betul pasti tak terlarat nak ditulisnya dalam artikel ini, mungkin boleh jadi novel.

Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Kalau saya Setiausaha Agung pun, saya akan merujuk kepada Pengarah IT PAS Pusat untuk mendapat maklumat-maklumat rahsia sebegini.

Walaupun SU Agung bertanggungjawab terhadap kerahsian maklumat seperti ini, tetapi tanggungjawab menjaga kerahsian maklumat sebegini terletak di bahu Pengarah IT PAS Pusat.

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html

Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.

Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html

Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Saya syak Batu Api ni orang yang bekerja dalam Pejabat Agung PAS. Itu sebab dia boleh dapat maklumat rahsia sebegini.

ps saya sudah “escalate” perkara ni terus ke Setiausaha Agung PAS Pusat. Saya yakin SU Agung sendiri merasa marah dan sedih akan berlakunya perkara ini. Saya 100% yakin perkara ini berlaku tanpa pengetahuan atau restu Setiausaha Agung PAS Pusat.

Saya minta maaf pada SU Agung kerana terpaksa menaikkan isu ini kerana bagi saya kerahsiaan maklumat keahlian PAS adalah isu BESAR dan amanah yang paling besar yang diberikan oleh ahli-ahli parti kepada PAS. Saya yakin Setiuasaha Agung juga bersedih atas berlakunya perkara ini

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/maklumat-keahlian-pas-bukan-rahsia-lagi.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html

dan banyak lagi!!!!!

Semua tulisan TB puji Cikgu Pa, kalau tidak pun tidak menuduh Cikgu Pa tetapi memenuduh orang lain. Saya sebut kenapa saya tunggu lama untuk menulis perkara ini. Saya tunggu mana tahu ada satu artikel kutuk Cikgu Pa untuk menolak kepercayaan dalam kepala saya,  setakat saya kenal Cikgu Pa, tapi malangnya sampai artikel ini ditulis TB @ Seluar Dalam masih memuji-muji Cikgu Pa. Minta maaf pula tu!!!!

Satu lagi, Cikgu Pa ini kalau tahu guna SMS dikira satu kemajuan yang boleh dibanggakan. Komputer memang buta kayu!! SMS pun buta juga. Kalau tak percaya tanya Zainulfaqar wartawan harakahdaily (bukan harakah) blogger celaka (saya bertanggungjawab dengan Allah dengan perkataan celaka kepada Zainulfaqar!!)

Baru ini, selepas saya dedahkan Tulang Besi tak bayar yuran di mengadu kepada Cikgu Pa. Dia SMS kepada Cikgu Pa. Cikgu Pa ber SMS dengan Tulang Besi?? Adakah ini tanda-tanda awal Khiamat? Kena tanya dalam “Usrah Barbican”

Apakah TB a.k.a Seluar Dalam telah di cucuk hidung oleh Cikgu Pa sehingga boleh ditarik ketengah ketepi? Lembu liar kalau dah dicucuk hidung, dijentik batunya sekali pun tidak lagi melawan!!

Rasanya artikel ini akan disambung.

Dipetik dari: http://batuapi-firestone.blogspot.com

1 Comment »

  1. tulangbesi said

    ini adalah URLs berkaitan dengan TB dan Dato’ Mustafa Ali.

    https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/14/tb-balik-dari-indon-nak-jumpa-su-agung-pas/

    https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/24/mengapa-tb-marah-pada-mustafa-ali/

    https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/03/nu%e2%80%99aim-bin-mas%e2%80%99ud-seorang-yahudi-lebih-baik-dan-lebih-mulia-daripada-tulang-besi/

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: