Hampir 10 hari TB diam – Tanda baik?

Hampir  10 hari TB tidak menyalak lagi menyerang PAS dan pimpinan PAS.  Apakah ini satu petanda baik? Adakah beliau sudah menyesal dengan perbuatannya yang lepas terhadap pimpinan ulamak dan PAS? atau sudah bertaubat kerana lama sangat buat fitnah?

Mudah-mudah begitulah, dan mudah-mudahan beliau berhenti buat fitnah.

Laman TB juga kini tersekat-sekat. Susah nak masuk kadang-kadang; adakah kerana beliau sudah kenapasti IP mana boleh akses lamanya dan IP mana yang tak boleh? Apapun, tak susah semua tu;  orang yang tahu IT mesti boleh masuk; hatta kalau nak baca password TB pun boleh juga.  Tapi itu semua tak perlu.

TB juga sudah menyekat banyak IP yang sering menulis dan  akses laman webnya dan membongkar kejahatannya. 

TB juga sudah mula menapis ‘komen’ yang membuka pekongnya atau apa-apa yang boleh ‘mengaibkannya’ . Jika TB kalah berhujjah dengan pengunjung, dia akan padam komen-komen itu. Dan dia akan blok IP tersebut.

Hingga hari ini TB tidak bercakap atau menulis sepatah pun dalam membela TGNA. Tidak sepatah pun dia menafikan serangan Kickdafella, kawan baiknya.

Buat masa ni kawan-kawan TB juga sudah mula ‘slow down’ sedikit dalam menimbulkan kontroversi dan provokasi terhadap PAS. Semua macam diarahkan ‘rehat’  sebentar dan berehat di luar  padang, dan biarkan Kickdafella bermain di padang dengan serangannya ke atas TGNA. 

Isu ‘kerajaang perpaduang’ yang direka oleh Kickdafella, TB dan bloggers celaka lain juga sudah menyepi sementara.

Tahniah pada songkok putih, batu api, ali zaidan, kayu kelat,  rakan-rakan TKO dan lain-lain bloggers yang menjadi askar dalam perang siber berhadapan dengan bloggers celaka yang diupah untuk ‘destablize’ gerakan Islam di negara ini melalui perang siber.  Semoga Allah berkati usaha-usaha saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: