TB melenting sebab “Barbican” (babikan?)

oleh Tulang

TB marah pada blogger “penembak babi” bila “penembak babi” bongkar kisah bloggers celaka buat usrah di kedai minum dan minum barbican. TB kata dalam laman webnya.

——————-

Ada seekor blogger bernama “Penembak Babi” telah memberi gelaran “Puak Babrican” kepada sekumpulan bloggers yang beliau benci sangat-sangat. Kebencian beliau berputik dari sikap beberapa blogger yang “Anti-UG”.

Ni nak kata orang bodoh sombong. Dah bodoh, tak boleh diajar. Bahlol dan baghal. Dia kata dia penembak babi, baik dia tembak dia sendiri sebab otak lagi rendah dari babi.

Mamat ni sengaja guna nama “Puak Barbican” sebab nak bagi kiasan kononnya blogger-blogger anti UG ni rapat dengan arak. Ni semua permainan bodoh Penembak Babi yang perangai macam babi.

Dan semua blogger2 Pro UG pun sambut guna perkataan ini. Padanlah dengan mereka menyambut benda ni sebab IQ mereka pun rendah.

—————–

Itulah bahasa TB. Lulusan dari University of Missouri, Kansas City. TB  mendakwa sebagai lebif ariff tentang Perlembagaan PAS dari semua orang yang ada dalam PAS.

TB juga mendakwa berdiri teguh di belakang TGNA kononnya TB penyokong anti-UG sepertimana TGNA menentang UG, kata TB.

Dulu TB dan bloggers celaka dok ulang-ulang isu UG, pro-UG, dan menuduh pimpinan PAS nak bawa PAS masuk UMNO sehingga ramai orang PAS  jadi keliru.  Tapi bila ada bloggers lain bangun memberi penjelasan dan berhujjah dengan bloggers celaka termasuk TB, akhirnya bloggers celaka gagal membuktikan  adanya dokumen UG. Sampai hari ini TB tidak boleh buktikan dokumen rasmi UG yang dia dakwa tahu pasal UG! Rupanya khabar angin yang menjadi rujukan sahih TB selama ini.

TB kata lagi:

“Dia (penembak babi)  sedar tak Babrican ni dijual hatta di Mekah. Ia adalah produk jualan sebuah syarikat milik warga Saudi bernama Aujan Industries. Aujan Industries ditubuhkan pada 1909 oleh Ahmad Aujan yang berasal dari Bahrain (masa tu Bahrain dgn Saudi ni satu).”

TB, kamu jangan putar alam dalam hal “barbican” ini. Kalau barbican ada di Mekah apa buktinya? Tolong bagi nama satu  kedai mana kat Mekah jual barbican? Apakah barbican di Mekah itu diminum oleh Imam Masjid Al-Haram? Atau apakah barbican ini hanya  diminum orang munafik di Mekah? Atau diminum oleh orang kebanyakan? Atau diminum oleh orang yang berangan nak minum arak tapi tak dapat, maka dibedal arak halal ini?

Cuba baca ingredient dalam minuman barbican tu betul2. Memang ada unsur-unsur syubahat.

TB, kamu dah baca ke belum buku al-Halal Wal-Haram Fi Islam oleh Syeikh Yusuf Qaradawi? Apa beliau kata tentang syubahat? Saya bacakan pada kamu wahai TB dan kumpulan usrah barbican:  Apa-apa yang syubahat adalah lebih dekat pada yang haram.

TB dan kawan-kawan bloggers celaka minum barbican (beer  halal macam root beer agaknya bagi mereka) dalam satu usrah yang dipanggil usrah barbican. TB melenting macam bertih digoreng apabila dia dan kawan-kawannya bloggers celaka dipanggil kumpulan usrah barbican. Baru TB tahu panas punggung bila dia termasuk dalam kelompok usrah barbican.  Kini TB nak cuba tunjuk taat setia pada bloggers celaka dan mahu membela puak usrah barbican (sebutan bunyi “babikan)”

Sebab itulah Dato’ Ustaz Harib Taib tak minum barbican tu bila kumpulan usrah barbican pelawa Ustaz Harun minum dalam satu perjumpaan. Cuba tengok adakah  TGHH dan TGNA minum barbican? 

Yang minum hanyalah bloggers celaka! Disebabkan air itulah yang menjadikan bloggers celaka ini keliru antara kerajaan campuran dengan kerajaan perpaduan. Mereka tak faham beza antara kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan. Mereka anggap sama. Kepalanya mamai,  matanya kunang-kunang, agaknya selepas minum barbican. Kemudian meroyan.

Dulu saya pernah tanya TB…air apa hang minum ni? Rupanya barbican!

Di laman web: http://beerbeer.org/?p=2079, barbican disebut sebagai  non-alcoholic beer. Atau Arak tanpa alkohol. Penulis/peminum barbican dalam laman itu menulis:

“I turn behind the bottles and read the ingredient.  They have the basic stuff like malt, hops and water to make beer, but the rest of the stuff is more like soda water content. Then for sure this is not the non-alcoholic beer I’m looking for. The lemon flavour just make the drink like normal shandy without the alcohol. Since it was made in Dubai, I doubt the drink went through any fermentation, which I doubt the hops have much character in the drink.”

Penulis kata, rasanya macam “shandy” satu jenis beer.

Baca lagi: barbican adalah arak tanpa alkohlol http://www.tradekey.com/kb-barbican-non-alcoholic-beer./

TB cuba kamu tanya food technologist tentang samada air barbican ini macam samsu atau todi yang tidak ada alkohol, tapi air malta ini diperam (fermented) macam samsu dan todi. Kamu minum di Mekah ke brother TB?

Di laman web ini pula disebutkan bagaimana nak proses barbican. Mungkin bloggers celaka malu nak minum kat restoran di Ampang tu, bolehlah proses sendiri kat rumah diam-diam, kalaulah dah ketagih dengan “babikan”.

http://www.drinkswap.com/how/barbican.htm

How to Make a Barbican

Shake with ice and strain into a cocktail glasscocktail glass.

BarbicanBarbican Ingredients
1/2 oz Drambuie
3 oz Scotch Whisky
1 oz Passion fruit Juice

Baca blog ‘penembak babi’  yang membongkar kisah usrah barbican dalam  kalangan bloggers celaka:

http://penembakbabi.blogspot.com/2010/04/pro-reform-bukan-sekadar-isu-ug-misi.html 

dan

http://freezoneterengganu.blogspot.com/2010/04/usrah-dan-upacara-ratib-ug-ug-ug.html

http://freezoneterengganu.blogspot.com/2010/04/kalau-banyak-minum-barbican-mabuk-tak.html

4 Comments »

  1. kayukelat said

    abu jahal dulu ada minum barbican ni sambil naik unta, tu yang tulangbesi pertahankan barbican ni, nak minum minum le, tak ada yang marah, perkara khilaf, kalau bolehlah jauhlah perkara syubahat kerana syubahat akan mengurangkan cahaya iman dalam hati. itu pun tak leh fikir ke, tapi yang kesihannya, tulangbesi sebagai mahagaru terpaksa turun menentang penembakbabi, pengikut dah kehabisan modal ke, ratib dan usrah tak ada naqib ke, bila orang mula menembak lari pulak ingatkan berani berdepan, rupanya puak puak barbican ni suka pukul curi tak gentlemen langsung, woii berdepan dengan hujah le, cari le fakta sikit ni malas, suka sangat berimankan khabar angin sampaikan dah tak boleh beza yang mana betul dan yang mana palsu.

    kayukelat tulis
    di http://kayukelat.blogspot.com/2010/04/anti-ug-mengamuk-sakan.html

    anti UG mengamuk sakan

    Sunday, April 11, 2010

    marah benar mahagaru tulangbesi kerana ramai blogger penentang blog blog anti ug kerana mengaitkan usrah barbican dengan arak, yelah mahagaru tulangbesi kan terlalu faham hal hal islam, marah le dia anak anak usrah dia dikaitkan dengan beer tanpa alcohol atau nama baru barbican (nama arab sket) napa kalau arab mesti halal ke. gunakan tanpa was was. oleh kerana anak anak usrah barbican tak tinggal dinegara arab, jadi terpaksalah mahagaru menjawabnya. yang herannya ulama kepala lutut pun kenal barbican di malaysia, dia kan lulusan deoband, tak pi kenegara arab ke. atau ada negara islam tak membenarkan penjualan barbican ini.

    kalau nak minum minum ajelah, kenapa mesti menuduh orang iq rendah, minuman ini adalah bertaraf minuman yang diragui, jika yang ada keyakinan tak haram minum ajelah, baik minum cuka nipah, masam jugakan tapi halal. ust haron taib tak minum pun walaupun ulamak kepala lutut minum dengannya. mungkin barbican adalah minuman yang meragukan dan menimbulkan syubahat jadi apa saja syubahat akan mengelapkan cahaya keimanan dalam hati. minuman yang tidak dijamin sepenuhnya halal sesetengah ulamak maka akan menjadi darah daging kepada peminum dan akan menggelapkan hati hati dah susah menerima penerangan dan pengajaran.

    • tulangbesi said

      ada 2 orang pembaca hantar komen marah-marah pada saya tentang air barbican. mereka samakan barbican macam horlick.ada yang kata dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘beer’ , manakala dalam bahasa Melayu dinamakan air gandum tetapi dilabel sebagai horlick dan macam-macam brand. respon saya begini:

      Terima kasih atas maklumbalas anda mengenai hal ini. Dalam pengamat saya, saudara hanya membuat andaian dan telahan berdasarkan rasa dan akal bukannya bukti.

      Sdr membuat andaian nama Melayu dan nama Inggeris, tentang beer halal dan air gandum = beer. Malangnya andaian sdr salah. Sdra juga buat kiasan horlick, tapi kiasan itu salah.

      Sdr tidak terlibat dalam memproses air barbican, dan sdr tidak tahu apakah ingredients sebenar dalam barbican, tetapi sdr memmbuat andaian prosesnya sama dan ingredients dalam barbican dan horlick sama, iaiatu asasnya ialah air gandum.

      Saya tidak mahu berbahas panjang dengan sdr kalau sdr hanya mampu membuat andaian dan membuat kiasan, melainkan sdr pernah pergi melihat sendiri proses membuat air barbican di Dubai. Saya lebih tahu.

      Sdr buat andaian barbican dikeluarkan oleh negara Arab, dan orang Arab juga minum barbican. Dengan itu sdr kata ia halal dan orang Melayu boleh minum sebab orang Arab minum. Kalau itulah andaian sdr, maka banyaklah manusia Melayu akan dakwa tarian gelek dari Arab dan orang Arab boleh berhibur dengannya dan dengan itu, orang Melayu pun boleh berhibur dengan tarian gelek. Entah apa lagi yang Arab buat yang akan diikut oleh orang Melayu secara membuta tuli tanpa merujuk kepada JAKIM.

      Tapi kalau nak minum juga air barbican itu, sdr minumlah, kenapa saudar perlu defensif dalam hal ini. Kalau sdr yakin ia ‘halal’ minumlah. Saya tidak halang.

      Penulisan tentang air barbican dalam konteks perbicangan politik puak anti-ulamak ialah bukannya air barbican itu yang menjadi fokus tetapi konspirasi puak anti-ulamak yang membuat provokasi dan fitnah ke atas ulamak itu sebenarnya isu yang dibicarakan.

      Kalau sdr nak tahu halal atau haram, sila hantar surat kepada JAKIM supaya sdr puas hati.

  2. Anak Jepun said

    Aku rasa elok bagi nama jepun pada kumpulan usrah barbican ni dengan nama jepun misalnya

    1.Yg pemarah- KEJI CACIMAKI
    2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA
    3. Yg bisu- KITA TADASUARA
    4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE
    5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO
    6.Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI
    7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA
    8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI
    9 .Yg asyik berbini – ASIKO GILOBETINOKO
    10. Yg kemaruk barbican – AGILO-BARBICANI

    perhatikan nama jepun diakhiri dengan huruf vokal a, e, i, o, u

    Jadi untuk nama dibawah, kita boleh bagi nama seakan-akan jepun juga

    1. Tulang Besi –> tulangi-busukhati
    2. kickdafella –> akick-your-butt-la
    3. adukateruna –> aduka-tarak-guna (pinjam gelaran yang diberi oleh kayu kelat)
    5. albakhistani –> albak-his-saitani
    6. penarik beca –> penarik-tarak-baca
    7. zainulfaqar –> zaniul-pokerki
    8. wan ji –> wan-banyakkeji

  3. […] busiest day of the year was May 30th with 314 views. The most popular post that day was TB melenting sebab “Barbican” (babikan?). Like this:LikeBe the first to like this […]

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: