TB mesti suka kenyataan Khalid Samad ini

oleh Tulang

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh TB, iaitu kenyataan berani YB Khalid Samad terhadap PAS.  TB adalah antara pemuja YB Khalid.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/59449-khalid-pas-harus-keluar-pr-jika-rasa-rugi-tapi-jangan-khianat

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.

Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.

Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan khianat.”

“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.

“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.

Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”

“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.

Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.

Khalid dan Zulkifli yang berhadapan dengan ‘perang mulut’ ekoran isu kalimah Allah sejak awal tahun ini berkata, walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa wakil rakyat yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR.

Justeru dalam tulisan semalamm Khalid menjawab pandangan yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blognya.

Khalid juga berkata, beliau yakin PAS tidak akan mengetepikan PR kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap parti Islam itu.

Oleh itu tegasnya, tidak wajar pula PAS menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.

“Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar.

“PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS.

“Bahawa ia tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ia hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ia diketepikan,” katanya.

Sambil menekankan artikel beliau bulan lalu sebenarnya mempunyai “serampang banyak mata”, menurut Khalid yang penting ialah mempelajari daripada pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan.

Oleh itu kata beliau, antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu mengetepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap dalam PR.

“Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengetepikan kepentingan parti demi PR.

“Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’,” katanya.

Khalid berkata, kepentingan dan dasar adalah tidak sama, dan ramai yang tidak faham sambil mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS.

Jelas beliau, sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam bukan kepentingannya seperti mahu Menteri Besar mesti dari PAS walaupun hanya lapan kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya.

“Perjuangan dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas.

“Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat.

“Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan umat Islam dan yang bukan Islam,” katanya.

Dalam penerangan panjang lebar ini, Khalid yang sedang menjalani hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan ekoran masalah disiplin memberitahu, di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka.

“Pada masa sama, PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama Umno-BN,” katanya.

Beliau menambah, dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan.

“Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini.

“Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.

“Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang,” kata Khalid.

Beliau juga menarik perhatian bahawa “mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam.”

Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa dalam PR, kata Khalid sambil menambah, “sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri.”

Tambahan:

http://freezoneterengganu.blogspot.com/2010/04/apa-maknanya-tulisan-ini.html

5 Comments »

  1. Pengundi Shah Alam said

    YB Khalid terlalu sombong apabila membuat kenyataan ini. YB harus ingat bahawa kemenangan YB di Shah Alam bukan kerana YB ini hebat tetapi kerana dua perkara: (1) undi protes rakyat terhadap BN sepertimana undi protes rakyat Terengganu dalam PRU 1999 (2) kerja keras oleh petugas-petugas pilhanraya dari ketiga-tiga parti dalam PR semasa PRU 2008.

    Saya yakin kalau YB bertanding sekali lagi di Shah Alam dalam PRU atau PRK ketika suasana sombong YB sekarang ini, pastinya YB hilang deposit! Kalau YB tidak percaya, letak jawatan MP dan kosongkan kerusi Parlimen Shah Alam dan sedia bertanding sekali lagi.

    TB, tentu senyum keriangan kerana misi untuk menjatuhkan imej kepimpinan ulamak kini ditonjolkan terang-terangan oleh mentornya iaiatu YB Khalid Samad

  2. Syed said

    Saya rasa khalid sudah lupa daratan. Sama macam TB sudah lupa daratan kerana syok sendiri dengan pujian oleh pengampu dan kerana sedikit habuan dunia selepas pilihanraya 2008.

  3. kayukelat said

    sekarang aku sudah yakin dengan keputusan jawatankuasa disiplin pas, rupanya aku tidak nampak yang ulamak nampak. aku bukan tak setuju dengan keputusan itu, cuma terfikir kenapa JK disiplin pas bertindak begitu kepada khalid samad, dalilnya makin nyata dengan kenyataan khalid samad hari ini dan mengesahkan hukuman yang dibuat oleh badan disiplin pas tepat. damage yang dibuat oleh khalid samad amat teruk jika dibandingkan dengan hassan ali. khalid samad ini adalah dewa pas reform@ taskforce13, kenyataannya hari jelas memperlekehkan pas dan mengagungkan parti lain. dengan bantuan dari wartawan harakah daily yang berniat jahat kepada timb.presiden walaupun baru 6 bulan menjadi ahli pas.

  4. Pengundi Shah Alam said

    YB Khalid tidak sepatutnya buat kenyataan seperti itu ketika mana kita semua sudah bersiap siaga untuk pergi bertempur dengan BN dalam PRK Hulu Selangor beberapa hari lagi.

    Tindakan Khalid itu mengingatkan kita bagaimana Abdullah bin Ubai menabur kata-kata yang mengelirukan kepada tenteta Islam ketika Nabi bersiap sedia untuk pergi bertempur di medan Uhud. Ada di kalangan sahabat yang tak jadi nak pergi perang, ada yang tawar hati, ada yang pergi dalam keadaan tidak berani sepenuh hati, dan ada yang sangsi terhadap kekuatan tentera Islam.

    Apa perlunya Khalid buat kenyataan ini ketika waktu ini?

    Sepatutnya Khalid dalam barisan perang bahagian hadapan melontarkan bom asap pada BN supaya mereka meraba-raba dalam asap tebal dan tentera BN menjadi kelam kabut dan takut. Tapi Khalid Samad ini bagi askar kita kelam kabut. Poorah…

    Konon pandai seerah nabawiyyah. YB Khalid tak ingatkah bagaimana Khalid Ibn Walid memimpin tentera berkuda orang Islam masa nak berperang dengan tentera Rom dulu? Kalau tak ingat sebab dah kemaruk nak jatuhkan Presiden, biar saya ingatkan.

    Pertama Khalid Ibn Walid arahkan pasukan berkudanya yang terdiri dari beberapa puluh sahaja untuk memacu kuda secepat dan sekuat mungkin hingga sampai ke satu garisan penanda, dan kemudian berpatah balik ke tempat asal.

    Kedua, apabila pasukan pertama hampir tiba di tempat asal, pasukan berkuda kedua pula memacu dengan gaya yang sama, sehingga kelihatan dari jauh, debu berkepul-kepul naik ke udara.

    Khalid ibn Walid mengulang arahan ini beberapa kali sambil tentera berkuda bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit.

    Apabila tentera Rom melihat suasana begitu, mereka menjadi gerun kerana menyangka tentera Islam begitu ramai sekali melihatkan kepada kepulan debu yang banyak di padang pasir itu.

    Nah Khalid Samad, apa kamu buat? bagi bola tanggung pada musuh untuk smash PR-PAS atau bagi bagi bola pada orang PAS supaya sibok bermain bola fitnah kamu dalam padang PAS?

    Tepuk dada tanya iman, jangan tanya nasfu

    Memang layak Khalid dikenakan tindakan lebih teruk daripada YB Hassan Ali. Tahniah JK Disiplin PAS!

  5. tulangbesi said

    pas semakin hebat diserang

    hari ini sarapan pagi aku tergendala kerana kenyataan khalid samad dalam malaysianinsider. ramai penyokong dan ahli pas dalam kedai kopi memberi ulasan pelbagai gaya dari semua sudut, ada yang tak sayang mulut melepas kemarahan dengan kata kata yang menyentuh gendang telinga yang dalam. inilah kenyataan yang ditunggu tunggu oleh blog blog penentang kerajaanngg perpaduanngg. khalid samad berhak mengeluarkan kenyataan kerana baginya dialah saja suci, sesuci lembu. kenyataan yang tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin yang siang malam duk usrah bertamrin dan bertahmid. oleh kerana blogger pencacai khalid samad tidak mampu lagi berhujah secara rasional, maka khalid samad terpaksa turun sendiri berdepan dengan blogger yang menyerang kumpulan mereka.

    akhirnya khalid samad terpaksa menampakkan dirinya yang sebenar, apabila dianugerahkan pangkat dan kedudukan maka khalid samad tidak dapat menahan ujian yang selama ini dihalakan tembakan kepada orang lain. secara umumnya kenyataan khalid samad adalah menyerang kepimpinan pas secara halus. keputusan jawatankuasa disiplin pas menghukum 6 bulan digantung belum memadai menutup mulut murai khalid samad. khalid samad terus berkicau meriah diwaktu pagi walaupaun dilarang oleh jawatankuasa disiplin parti pas. hukuman yang dikenakan kepada khalid bukan mengajar dia erti adab kepada jemaah tapi semakin kurang ajar dengan jemaah pas.

    pandai pulak khalid samad menyuruh orang tidak bersetuju dengan jemaah pas keluar dari pas, apakah kenyataan yang keluar dari mulut khalid samad adalah selari dengan keputusan jemaah. apakah khalid samad lebih tinggi nilai takwanya dari orang pas lain. nilai diri sendiri dulu sebelum bercakap. jadilah orang yang semakin belajar semakin merasa jahil bukannya mendabik dada akulah orng yang paling hebat. apa saja yang keluar dari mulut aku adalah penentu kejayaan pas sepenuhnya. aku lah segalanya dalam pas, beraja dimata bersultan dihati. semakin dekat dengan prk di selangor semakin banyak kenyataan dajal yang dibuat oleh khalid samad dan sekutunya terutama tulangbesi. tulangbesi dah bagi kredit yang tidak berbelah bagi kepada mike tyson jika umno meletakkan dia sebagai calon di hulu selangor.

    Read more: http://www.kayukelat.blogspot.com/#ixzz0kuMau8B7

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: