Akhirnya Mahaguru TB bersuara

oleh Freezone

http://freezoneterengganu.blogspot.com/2010/04/akhirnya-mahagaru-tb-bersuara.html

setelah mendiamkan diri dari menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh kickdecolla kepada tok guru nik aziz, hari ini tulangbesi yang berdiam diri di lombok terpaksa jua menjawab serangan teman seperjuangan. tulangbesi mengeluarkan kenyataan walaupun dalam kes arifahmi beliau bersama pendapat dengan kickdecolla tapi kali ini dia bertentangan pendapat dengan kickdecolla kes tok guru nik aziz. alasan yang paling berwibawa yang di berikan oleh mahagaru tulangbesi adalah tidak mahu menaikkan imej kickdecolla jika tulangbesi menjawab serangan serangan kickdecolla kepada tok guru nik aziz. alasan yang paling praktikal dan boleh dipercayai jika ianya dari tulisan tulangbesi.

rupanya tulangbesi juga mempunyai penasihat, tapi penasihatnya mungkin bukan dari apco atau singapura walaupun maklumat yang dia ada amat tepat dan susah nak disangkal hatta songkok putih dah menjadi kelabu angkara makumat maklumat dalaman yang ada ditangan tulangbesi. siapakah penasihat tulangbesi yang boleh menasihatkan tulangbesi yang dikatakan amat gedebe dalam pas, adakah naqid usrah barbican, anak usrah barbican, dewa, taskforce13 ataupun pasreform. kalau boss pasreform rasanya tak boleh nasihat kot sebab tulangbesi dah tuduh boss pasreform penulis upahan. mungkin taskforce 13 atau mungkin usrah barbican kerana dari respon yang marah menggila kepada penembakbabi. inilah orang-orang yang boleh menasihatkan tulangbesi. yang boleh membelasah tulangbesi adalah ahli pas yang membayar yuran ahli setiap tahun.
rupanya bukan sahaja jawatan ceo yang tulangbesi ingin, tulangbesi mempunyai agenda yang lebih tinggi lagi rupanya. tulangbesi berminat dengan jawatan mb rupanya. memberikan alasan bahawa jika dia menjadi menteri besar dia akan mewajibkan semua syarikat yang memperolehi konsesi balak menderma kepada PASTI. Apakah tulangbesi lupa kalau mewajibkan derma akan menimbulkan rasuah kerana mahu tidak mahu syarikat terpaksa memberinya dengan paksaan. apabila berlaku paksaan akan menimbulkan rasuah. derma yang halal pada asalnya akan menjadi haram kerana ia berbentuk paksaan. derma adalah berpandukan kepada keikhlasan bukan paksaan. kalau wajid bukanlah derma.

rupanya kickdecolla ada mempunyai tuan, biasanya hanturaya saja yang dibela orang. kalau kickdecolla dibela orang, kickdecolla tidak ubah seperti perempuan sundal yang dibela oleh sugardaddy, dan tuan yang membela kickdecolla telah diketahui oleh mahagaru tulangbesi. inilah hebatnya tulangbesi, sampaikan tuan yang membela kickdecolla pun dia ketahui walaupun berada jauh dilombok. tulangbesi mempertikaikan bagaimana kickdecolla memperolehi surat menyurat dari istana. tulangbesi merasa pelik bagaimana kick memperolehi surat. apakah tulangbesi lupa yang kick ada orang bela, jadi apa yang nak diherankan dan satu perkara lain, jangan ingat tulangbesi aje yang mempunyai maklumat yang rahsia orang lain pun mempunyai kepandaian yang sama, cuma cara mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat kepada umum dengan cara yang betul atau hanya berimankan khabar angin dan sebarkan khabar angin dengan harapan khabar angin adalah betul.

tapi walaubagaimanapun tulisan ini mencabar kickdecolla, bagi aku agenda kumpulan ini tetap sama saja, menunjukan kebaikan kerana terpaksa bukan timbul dari untuk membela tok guru nik aziz. sifat keduanya tiada bezanya, mereka akan bercantum kembali fikrah dan minda mereka jika untuk menjahanamkan pas. ini bukan berita gembira tapi khabar duka kononnya rakan sebantal semimpi menyalak antara satu sama lain. tiba masanya mereka akan tetap bersama dalam satu bahtera. menyerang pas adalah satu keutamaan. tektik ini dah lama dikesan. cuma berharap jangan ada yang mempercayai tipu daya musuh, sesungguhnya musuh tidak bersengketa tapi hanya membalas peluru kosong antara satu sama lain. allah merancang mereka merancang, perancangan allah lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: