TB main wayang dengan Kickdafella

oleh Tulang

Kepura-puraan dan kejahatan TB dan bloggers celaka termasuk Kickdafella (nama barunya  kick-your-butt-la) semakin terserlah.

TB cabar Kickdafella supaya buat laporan kepada SPRM, sebagaimana dia sebutkan dalam laman web. Nada tulisannya terlalu lemah dan bersifat cynical. Tapi pemerhati dan pembaca yang mengikuti perkembangan wayang bloggers celaka memahami permainan puak usrah barbican ini.

Beberapa bloggers seperti Batuapi, kayukelat, Freezone juga dapat mengesan cepat akan wayang yang sedang dilakukan oleh TB.

Baca lagi

oleh batu api http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/apabila-satu-team-pura-pura-bergaduh.html

Tadi pulang daripada merantau, sambil melayari internet terbaca tulisan Tulang Besi bertajuk Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM saya tersenyum, terhibur dengan opera sarkas geng Task Force 13.
Kena diperbodoh lagi pembaca dengan puak-puak ini. Hati kecil terasa untuk menulis, walaupun saya rasa si Seluaq Dalam ini tak berani menjawab tulisan saya. Penipu @ Pembelit mana berani bersemuka, berhujah dengan fakta yang benar. Kalau jantan jawablah.

Tak payah nak lari daripada isu sebenar! Kalau benar berhujah, takkan hujah benar boleh mengalahkan hujah yang batil, melainkan memang dah sebati sebagai pembohong kerena kecewa dengan jawatan CEO sama juga dengan Kickdefella..

Kenapa perlu berlakon, hentam sesama sendiri?
Tulang Besi @ Seluaq Dalam, Kicdefella dan Seorang Exco adalah kawan baik. Mereka adalah antara yang sering kali bertukar maklumat dan bahan. Saya dah sebut Task Force 13 adalah berasaskan kepada 3 orang iaitu Kicdefella, Penarik Beca dan Tulang Besi. Saya berhujah dengan maklumat ini (Sila baca). Kalau saya salah tolong betulkan saya. Hujahkan saya. Melainkan memang anda pembohong dan pendusta di internet!!

Tak payah nak belit, tak payah nak lari daripada isu sebenar!! Jadilah lelaki!

Kenapa saya berani sebut Task Force 13? Jawapan paling mudah kerana saya ada maklumat yang lengkap. Apa yang saya paparkan di sini hanya sedikit sekadar menunggu reaksi mereka ini. Saya rapat dengan sumber terdekat maklumat ini!!

Sebelum ini saya telah dedahkan bagaimana laman Anti-Albakistani dicipta untuk memburuk-buruk kumpulan yang membela kepimpinan ulama dalam PAS. Baca di sini (Sila baca). Apa terjadi bila pendedahan dibuat, laman tersebut sampai hari ini tak lagi diupdate.

Pasal apa?

Pasal strategi Task Force 13 telah dibongkar, kerja jahat mereka terdedah mereka “terpukul“. Dulu mereka buat kerja yang sama, buat laman anti-Husam, untuk mendapat simpati, teruk Suhaimi Embong diserang. Songkok Putih juga diserang dalam TKO kerana laman anti-Husam. Mereka ini tak terjawab kerana tak tahu bahawa ini semua kerja-kerja jahat kumpulan Task Force 13.

Ada kaki-kaki pengacau blog ini telah membuat komen pasal TB dah serang Kickdefella. Hangpa tolonglah pikiq pakai otak, TB tu dulu nak saman aku, sampai hari ini tak pun ada report polis pasal pendedahan keahlian PAS. Tong baca di sini (Sila baca)

TB @ Seluaq Dalam setakat buat lawak bolehlah.

Begitu juga pasal Cikpu Pa, dah hampir sebelum, asyik puji Cikgu Pa. Profesional, minta maaf ana tak tuduh enta, ana sekadar dengar orang cerita aje, Ini bukan salah Cikgu Pa ini salah Suhaimi. Kepala hatok hang.

Yang dulu kalau saya copy paste di sini boleh buat kitab si TB @ Seluaq Dalam hentam Cikgu Pa, Syaitan pun boleh takut kepada Cikgu Pa, jahatnya Cikgu Pa pada pandangan TB.

Bohong, bohong semata-mata. Kerana “celaka” ini sekoq huru-hara PAS.

Maaf hari ini kasar sedikit. Tapi pembaca tolonglah baca dengan hati terbuka, fikir apa yang ditulis. Jumpa pimpinan yang dituduh dapatkan maklumat yang sebenar agar kita terselamat daripada ayat amaran Allah. Melainkan kita rasa neraka itu sejuk dan nyaman!!

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam ayat 19, Surah An Nuur tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian.”

Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112) 

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: