TB sedang diawasi polis!

Oleh Tulang

Penarik beca pernah ditahan polis kerana menggunakan logo polis dan ‘merosakkan’ imej rasmi pihak keselamatan negara. Tetapi sebenarnya, tulisan-tulisan penarik beca menjadi melampau dari masa ke semasa. Beliau ghairah dengan provokasi dan isu-isu sensitif yang beliau paparkan sehingga beliau memutarkan pelbagai fakta dan merekacipta atau menokok-tambah cerita sehingga menimbulkan banyak kekeliruan. Dia serang PAS, khususnya ulamak dalam PAS. UMNO juga kena serang. Kemudian polis kena serang. Akhirnya beliau masuk lokap.

Aduka Taruna pun sama seperti Penarik Beca. Dia menjadi seronok dengan tulisan-tulisan provokasi dan kontroversinya. Tetapi dia lebih banyak menyerang PAS dan pimpinan PAS dengan isu UG dan cerita-cerita rekaannya. Dalam keghairahan itu, dia sudah tidak dapat mengawal lagi emosi dan mulutnya, akhirnya dia menghina almarhum Sultan Johor. Akibatnya dia masuk lokap! Zainulfaqar dan TB lancar dana minta sedeqah buat tabung untuk perbicaraan Aduka Taruna.

+ Kickdafella juga telah ditahan polis setelah beliau didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun lalu. Sebelum itu, Kickdafella syok sendiri dengan penulisannya terhadap UMNO (kononnya) kerana untuk menunjukkan kepada tuannya bahawa beliau adalah orang kuat EXCO Kelantan dan orang kuat TGNA. (Kini beliau menyerang TGNA bertubi-tubi dengan fitnahnya).

Satu lagi blogger yang cuba berlagak berani ialah TB. Polis sedang mengekori TB. Trend TB sama seperti Penarik Beca, Aduka Taruna, Kickdafella. Buat provokasi dan timbulkan isu-isu sensasi. Dalam keseronokan dan kebanggaan hit dalam blog dia, TB terus merekacipta pelbagai isu, menyerang PAS sepanjang 2007-2010, kemudian menyerang UMNO sekali sekala; menyerang bekas pimpinan PKR sekali sekala.

TB berpotensi ditahan polis tidak lama lagi atas 3 kesalahan besar:

1.TB kutip duit dari orang ramai tanpa mendapat izin/permit dari Bank Negara. (Dengar khabar, batuapi sudah buat laporan polis tentang salahlaku kutip dari orang ramai oleh TB). Baca lagi di sini https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/21/bann-negara-harus-ambil-tindakan-atas-tb/

2. TB dedahkan dokumen rasmi perjanjian kerajaan Malaysia dengan syarikat (APCO) sedangkan dokumen ini dikategorikan di bawah OSA. TB paparkan dokumen ini kepada awam melalui lamannya. DSAI pun tidak berikan dokumen ini kepada pemberita.  Tetapi antara dokumen ini ada di http://www.malaysiawaves.com/2010/03/pendedahan-dokumen-perjanjian-apco-umno.html, milik TB.

3. TB telah memasukkan bintang magen David, logo dari bendera Israel, ke dalam bendera rasmi UMNO. Kes ini sama macam Penarik Beca mempermainkan logo rasmi polis Malaysia. Perbuatan ini satu yang amat serius.  Kalau orang UMNO rasa tidak terhina dengan the star of David, logo Israel, dalam bendera rasmi UMNO, mungkin TB boleh terlepas.

Semua gerak-geri TB kini di bawah pengawasan rapi polis.  Keluar masuknya ke dalam dan ke luar Malaysia diperhatikan. Akaun banknya juga sedang disiasat. Kita tunggu dan lihat.

Inilah akibat keghairahan bloggers celaka yang syok sendiri dengan tulisan mereka dan akhirnya mereka terperangkap dengan keghairahan mereka sehingga mereka tidak tahu beza antara legal dan bukan legal. 

Allah SWT Maha Kaya, sampai masa puak usrah barbican ini akan tersungkur di depan pintu lokap!

1 Comment »

  1. Anak Polis said

    Sebenarnya kalau orang nak pertikai perjanjian kerajaan Malaysia dengan APCO itu tidak menjadi masalah. Kerajaan Malaysia kena jawab hal ini.

    Kalau nak tuduh UMNO ada kaitan dengan Israel sebab buat perjanjian dengan anak buah Israel pun tak ada masalah. Kerajaan Malaysia kena jawab hal ini.

    Yang menjadi masalah ialah apabila ada logo rasmi, bendera rasmi yang telah digazetkan dan telah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan disalahgunakan, diubah tanpa izin, diubah dengan tujuan menghina dan mencaci. Perbuatan ini boleh didakwa di atas Akta Hasutan. Ingat lagi lagu Negara Ku yang dipersendakan oleh seorang rakyat Malaysia di Taiwan melalui Youtube satu masa dulu?

    Penarik Beca, AdukaTaruna, Kicdafella semua didakwa atas Akta Hasutan. TB juga tidak harus terlepas. Mungkin orang UMNO akan buat laporan polis kecuali mereka takut atau tidak kisah dengan bendera rasmi mereka

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: