TB tak mahu gencatan senjata

oleh  freezone terengganu (3 artikel….bersabar dalam membaca)

meraikan pendapat tulangbesi

suasana perjalanan ke hulu selangor nampaknya berjalan lancar dari terengganu. sukarelawan yang bersama nampaknya bersemangat sekali bercerita, semoga semangat ini bertambah apabila tiba di hulu selangor, oleh kerana tulangbesi mencemarkan gencatan senjata, kita kena meraikan pendapat tulangbesi yang berada dilombok nun. maklumlah semua yang terjadi di malaysia hatta digua bekah pun tulangbesi masih lagi mempunyai maklumat berautoriti. aku tak ada maklumat berautoriti macam tulangbesi. tempat tidur pun belum tentu ada malam ni, makan apa saja yang ada. bertemankan tea o panas berasap dan biskut jagung kering, itu sudah memadai bagi orang orang yang biasa bersama dengan jemaah pas bila ada prk dimana mana pun. kalau orang tak biasa menyertai jemaah pas mesti terasa asing dengan fenomena ini.
tapi aku nak gelaklah maklumat dengan yang ditulis oleh tulangbesi, penamaan calon belum lagi berlangsung, esok bermacam macam boleh jadi. kertas percalonan pembangkang hendaklah jangan ditolak sepertimana pernah berlaku. berlaku sedikit kesilapan yang kadangkala tidak masuk akal akan ditolak dan barisan nasional akan menang percuma. semoga solat hajat dapat dilakukan malam ini memohon pertunjuk dari allah. semoga allah bersama sama pakatan rakyat, jangalah ada kesilapan dalam mengisi borang percalonan sebagaimana parti mahasiswa negara.
tulangbesi dapat maklumat bahawa kempen sedang rancak berlangsung sekarang, orang gila mana dari pembangkang yang sudah berkempen diwaktu ini, kalaulah tulangbesi boleh tunjukkan siapa orangnya, pihak umno pun tidak berkempen secara nyata, apakah tulangbesi ni mabuk dengan maklumat ke apa, dari mana maklumat yang tulangbesi boleh sampaikan sekarang dah ada pihak pakatan rakyat berkempen. selepas penamaan calon belum tentu kempen akan berlangsung, biasa kempen akan bermula selepas sehari dari pencalonan, mungkin kerana pakatan rakyat berkuasa di selangor sebab itulah kempen bermula lebih awal.
nak berkempen pun kena ada kad tandatangan wakil calon yang disahkan oleh SPR, kalau berkempen tanpa pas yang ditandatangan oleh wakil calon orang yang berkempen boleh ditahan oleh polis waktu ini. atau maklumat yang tulangbesi terima adalah orang yang berkempen dibaganpinang. waktu berkempen akan bermula selepas penamaan calon. setakat ini belum lagi ada orang yang gila berkempen kecuali orang yang memberi maklumat kepada tulangbesi. atau orang itu saja mendajalkan tulangbesi. walaupun calon dah diumumkan masih belum muktamad sebelum pengistiharan dari spr. banyaknya fakta tulangbesi yang silap tapi oleh kerana masa gencatan senjata dan aku masih lagi menghormati sahabat seperjuangan batuapi. aku hentikan kat sini sajalah. salam hulu selangor

sebelum solat jumaat

nampaknya tulangbesi tidak menyambut baik gencatan senjata yang dianjurkan oleh pihak ketiga, sikap tulangbesi ini boleh dibaca dengan entry terbaru dilaman sawang ombakfitnah dan juga blog barua spytulangbesi. sikap tulangbesi bersama geng geng anti UG membedil seperti yahudi yang membedil walaupun perjanjian perdamaian berlangsung. oleh kerana tulangbesi berperangai seperti yahudi, gendang yang dipalu oleh tulangbesi belum tentu kita orang akan menari dengan lenggang lengok seperti gendang tulangbesi. apakah gencatan senjata ini adalah disebelah pihak sahaja kerana tulangbesi mengganggap orang yang membela ulamak blogger picisan. suka menembak curi itulah tulangbesi. untuk pihak ketiga kami masih berpegang kepada janji kami mengadakan gencatan senjata.
siri siri serangan tulangbesi akan terus berlangsung sehingga akhir prk hulu selangor, sedangkan orang lain sibuk berlawan dengan umno dan barisan nasional, tulangbesi bersenang lenang dengan duit sedekah dilombok. jadi tulangbesi dengan senanghati akan melemparkan fitnah terbaru kepada jemaah pas, mungkin akan ada yang menjawab serangan tulangbesi. tulangbesi mendapatkan pita rakaman aduan salahlaku ust nasha dan hassan ali melalui musuh, bermakna tulangbesi bukanlah mendapat maklumat dari dalam pas, musuh membekalkan rakaman kepada tulangbesi dan tulangbesi dengan hebat menghebohkan dalam blognya ombakfitnah. tulangbesi telah digunakan oleh umno menerusi bayaran yang mewah dan boleh bersenang lenang dilombok disamping mengutip duit sedekah untuk kegiatan jahatnya. apakah tulangbesi masih menafikan sumber maklumat tulangbesi.

Tulangbesi makin sasau dan mereng

 

Tulangbesi yang menulis entry dari lombok telah mengesahkan diri sebagai ahli umno taman melewar. menggunakan kenyataan ketua pembangkang kelantan untuk menyerang pengarah pilihanraya pas di hulu selangor, kerana dendam yang tak pernah padam kerana gagal menjawat jawatan ceo, tulangbesi telah menggunakan sepenuhnya kenyataan alwi ahli umno. apakah tulangbesi dah terbiasa dengan ahli umno, bergaul mesra dan disini kami dah mendapat maklumat bahawa tulangbesi memang ahli umno, biasanya maklumat yang diterima oleh kami adalah sahih dan benar. kami tidak berimankan khabar angin seperti tulangbesi.
tulangbesi bercerita seperti hikayat 1001 malam yang penuh dengan tipu daya, bohong dan fitnah semata mata, bagaimana manusia yang berada dilombok boleh menulis perkara perkara yang tidak dialami sendiri oleh mereka. bersumberkan fakap agensi, tulangbesi menulis entry fitnah untuk menyedapkan cerita dan semakin lama semakin susah nak memahami plot yang cuba dimainkan oleh tulangbesi, akhirnya pembaca lamanweb ombakfitnah akan sedar bahawa cerita yang mereka baca adalah fitnah yang sengaja diada adakan oleh tulangbesi dengan member member sekandang.
kerana dendam kepada geng terengganu yang menghalang niat tulangbesi nak mengjawat jawatan ceo dalam sykt top it maka apa saja kenyataan hatta kenyataan yahudi akan dikutip oleh tulangbesi untuk menyebarkan fitnah kepada geng terengganu. jentera pas di kuala terengganu teruk kerana pemimpinnya suka kepada ug jadi jentera tidak berkesan sangat, kalau dimanik urai jentera efisien kerana pemimpin dia benci ug, kerana bencikan ug le manek urai hampir ranap, betapa bangang tulangbesi menulis, baganpinang hampir tak bergerak langsung kerana pemimpinnya suka sangat kepada ug, pemimpin negeri sembilan belum lagi difitnah oleh tulangbesi kerana nogori belum jatuh ke tangan pembangkang, kalau tidak mesti ada application tulangbesi.
kerja kerja jahat tulangbesi makin terselah dan hampir menemui penunjuk dan noktah bahawa tulangbesi lah pencinta ug yang utama, tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin pas yang suka sangat kepada ug dan kembali kepadanya. allah membayar cash kepada tulangbesi dan member member sekandang. allah akan terus membuka pintu pintu rahmat untuk para pejuang dan membuka wap wap neraka untuk penentang agamanya. tulangbesi dah hampir bogel dengan kenyataan kenyataannya yang jelas iaitu tulangbesi rukuk, sujud dan kembali berbaiah dengan umno. itulah tempat untuk makluk bernama tulangbesi.

gencatan senjata sehingga masih boleh bersabar, kesabaran pun ada hadnya. menyahut seruan rakan dan sahabat seperjuangan batuapi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: