TB jual nama erdogan

oleh Tulang

Berapa juta ringgit agaknya TB dapat untuk jatuhkan imej Presiden PAS dan pimpinan ulamak dalam PAS?

Kickdafella kata dia dapat RM4juta untuk jatuhkan imej Pak Lah, tapi duit RM4juta itu dalam bentuk bangunan, mesin fotostat, komputer, printer, kertas, perabut, bil api dan air, bil telefon, gaji pekerja, elaun keraian, elaun perjalanan dan sedikit petty cash untuk perbelanjaan kecil.

TB, dapat berapa juta ringgit bayar sewa laman malaysiawaves.com serta blog sampingan,  tiket kapalterbang pergi-balik Lombok-KL untuk hadir Konvension Blogger PAS, upah scan dokumen untuk masukkan dalam m’sawaves, bil telefon, elaun perjalanan termasuk duit minyak dan tambang teksi, duit belanja barbican (arak halal) dan makan-makan sama bloggers celaka, duit derma untuk bayar peguam bagi membela diri TB apabila TB membuat tuduhan salahlaku disiplin terhadap Dato’ Hassan Ali, dan duit derma dari geng bloggers celaka serta duit dari erdogan untuk biayai aktiviti TB bagi

  • menimbulkan persepsi negatif terhadap Presiden PAS dan pimpinan ulamak dalam PAS?
  • melaga-lagakan pimpinan PAS?
  • melaga-lagakan ahli PAS?
  • menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong dan simpati PAS terhadap kredibiiti PAS?
  • menonjolkan diri sebagai ‘hero’ siber untuk PKR?

Berapa juta ringgitkah jumlah belanja itu semua bila dicampurkan? Boleh lawan Kickdafella yang dapat RM4juta?

oleh Tulang

Nama erdogan bukan satu yang asing di Turki. Perkataan erdogan ini diambil daripada nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan. PM ini bukan dari golongan ulamak tetapi berjaya mengambilalih kepimpinan Turki. Usaha beliau membawa masyarakat Turki ke arah penghayatan Islam secara berperingkat mendapat pujian dan tentangan dari rakan dan musuh.

Di Malaysia, sekelompok ahli PAS, mempromosikan nama ‘erdogan’ sebagai satu bentuk anjakan paradigma dalam PAS dalam usaha untuk meliberalisasikan PAS dari sudut kepimpinan parti. Lalu nama-nama tertentu terserlah sebagai orang-orang yang dikatakan sebagai erdogan. Kumpulan ini dilihat mahu menukar kepimpinan ulamak dalam PAS kepada kepimpinan yang tidak lagi bertunjangkan kepimpinan ulamak secara berperingkat.  Usaha meletakkan Hussam sebagai calon Timbalan Presiden nampaknya gagal. Sekiranya Hussam menang, maka bakal pengganti Presiden ialah orang yang bukan ulamak.

Bagi mereka, orang yang bukan ulamak juga boleh menjadi  Presiden PAS?  Bertolak dari fahaman ini, kita menyaksikan serangan berterusan berlaku ke atas Presiden dan kepimpinan ulamak dalam PAS, bukan sahaja oleh UMNO tetapi juga oleh balaci UMNO dalam PAS yang menganggap dirinya sebagai erdogan. Siapa yang mempopularkan nama-nama orang erdogan dalam PAS? Siapa lagi kalau tidak  Tulang Besi dalam blognya di malaysiawaves.com

Bila TB tulis “Presiden PAS sokong erdogan” dalam lamannya sekarang, TB cuba memberi isyarat bahawa (1) Erdogan bagus! (2) Presiden PAS bersama erdogan kononnya termasuk erdogan dalam PAS. Itulah publisiti murahan. TB dah habis modal.

Baca lagi: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/20/tb-akan-bocor-rahsia-erdogan/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: