TB patut turun ke Hulu Selangor

oleh Tulang

Saya, Tulang,  telah turun ke Hulu Selangor.  Memang tidak dinafikan PKR hadapi masalah jentera PRK yang ketara. Tulang tak mahu ulas panjang. Memadai dengan Tulang katakan jentera PAS tetap bersedia dan tidak khianat pada rakan dalam PR.

Kalau TB, sanggup balik ke Malaysia, hanya semata-mata nak hadir Konvension Blogger PAS, dan kehadirannya hanya mendaftar dan duduk sekejap sahaja, dan belum panas punggung, TB sudah keluar dan hilang entah ke mana. TB sanggup minta sedeqah dari orang ramai untuk balik Malaysia.

Patutnya TB pergi ke Hulu Selangor minggu ni. Kalau TB ada di Indonesia, belilah tiket Air Asia atau Firefly. Mahu seribu daya, tak mahu seribu daleh. Turun padang. Jangan banyak cakap. Buktikan anda penyokong setia PKR! Bukankah anda mahu menjadi calon PKR dalam PRU 13 nanti? Inilah masanya tunjuk kesetiaan. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/19/tb-akan-jadi-calon-pkr-13/

Dan TB jangan menyalak pada PAS atau pimpinan PAS lagi. Kalau nak jadi calon PKR, silakan….tak payah nak tunjuk ‘berani’ hentam PAS dan pimpinan sebagai usaha ambil hati PKR supaya PKR akui ‘kejantanan’ TB hentam PAS. Cukuplah retorik bodoh ini.

Tulang dan bloggers lain nak tengok kejujuran, kesungguhan, dan komitmen TB di PRK Hulu Selangor. Kita nak tengok TB pasang poster calon PR, Dato’ Zaid. Kita nak tengok TB panjat tiang letrik dan pokok, pasang bendera dan kain rentang di Hulu Selangor.

Kita nak tengok TB  tidor di atas tikar mengkuang dan makan ubi kayu dan nasi bungkus bersama petugas PRK, samada di markas PAS atau markas PKR. Kita nak tengok TB yang bergaji RM30,000.00, iaitu 6 kali ganda dari gaji YB Hussam, sanggup keluar duit RM30 .00 untuk belikan air dan makanan untuk petugas PRK di Hulu Selangor.

Kita nak tengok muka TB berpeluh dan berminyak dan badan basah kerana keringat bekerja siang dan malam dalam PRK Hulu Selangor.

Jika tak nampak bayang TB di Hulu Selangor, memang sah TB hanya tin kosong, bunyinya kuat bila diketuk, tapi isinya kosong.

Dia berkokok di Internet tapi ekor TB bergelumang dengan taik. Dalam dia hentam UMNO kerana judi dan arak, TB masih nak serang PAS dan pimpinan PAS. Memang dasar lidah bercabang.

1 Comment »

  1. wirautama said

    tak yah harap dia nak turun klu tak ada habuan, kurang2 CEO, dok pun hotel 5 bintang.. hotel berbintang2 tak main lah cam FZT..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: