Archive for May, 2010

TB pura-pura diam

oleh Tulang

TB dalam 2 minggu ini memang dia perang UMNO-BN semampu jari dia menaip. Dan TB beri gelaran PM Ke 6, Datuk seri Najib sebagai BAPA JUDI MALAYSIA! Keberanian TB sudah sampai tahap Penarik Beca sebelum Penarik Beca ditangkap. Ingat lagi apa isu yang membuatkan Penarik Beca ditangkap?

Tulang mengganggap tahap keberanian TB sudah melebihi tahap AdukaTarakguna yang menghina Almarhum Sultan Johor. Sebelum ini Tulang pernah menyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa TB akan ditahan polis kerana kenyataan-kenyataannya dan tindakan kutip wang dari orang ramai tidak mendapat permit Bank Negara.

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/12/tb-sedang-diawasi-polis/

TNGA pernah berkata dalam kuliah ilmunya di Kelantan: jangan kita berani kerana bodoh dan takut kerana pandai. Eloklah TB ambil ingatan daripada TGNA ini. Tulang ingatkan supaya berpada-pada dalam membuat kenyataan. Lombok bukan jauh dari Malaysia.

Dalam serangan yang dibuat oleh TB ke atas UMNO dan kerajaan Malaysia, TB kenen-kenen tulisannya terhadap Tim. Presiden PAS dan Timb. Mursyidul Am PAS. Nampaknya TB masih belum puas dengan orang No. 2 dalam PAS. Dia juga masih tak puas hati dengan Dato’ Ustaz Haron Din. TB tanya dalam perli ke mana Tim. Presiden ketika pilihanraya Sibu? Berminat sungguh TB terhadap orang No. 2 PAS ini. TB cari, TB korek, TB hendap, dan TB skodeng ke mana sahaja Timb. Presiden PAS ini pergi dan buat. Boleh jadi TB ini diupah oleh Special Branch atau menerima arahan dari tuannya erdogan agaknya, TB mempunyai misi jelas…licence to grill Ustaz Nasa.

Boleh jadi juga dengan membuat kenyataan kontroversi, adalah sikit “ummph” pada tulisan TB di lamannya. Kalau tak ada “perasa pedas” isu kritikan pimpinan PAS, agaknya tak ada faktor “crowd puller” dalam laman M’siawaves TB. Kesian, terpaksa cari publisiti murah untuk lariskan blog supaya boleh dakwa dan berlumba blog TB paling hebat! Ada komisyen, jangan lupa.

Kemudian TB tak lupa serang Dato’ Haron Din secara sipi-sipi kerana Dato’ Haron Din berbeza pendapat dengan TGNA. Kononnya TB ini sayang sangat pada TGNA dan berdiri teguh belakang TGNA (tapi masa kick serang TGNA, TB menikus dalam kelambu di Lombok sebab takut pada abang senior tu, Kick-ur-butt-la). Inilah masalah TB ikut usrah tak habis, selalu ponteng usrah, lari dari majlis ilmu, tak belajar bab Usul Fiqh dan Seerah Sahabat. TB nak berlagak lebih pandai daripada ulamak’. Tak apalah, kata Dato’ Seri Azizan Abd Razak MB Kedah, elok orang seperti TB ini diam dari bercakap; sebab orang dah tahu dia bodoh dan jahil dalam bab agama tapi nak berlagak pandai. Bila dia bersuara dalam bab agama, maka confirm orang itu bodoh! Itulah TB.

TB eloklah tumpukan betul-betul pada Najib, Muhyiddin, Hishammuddin, Rais Yatim, Vincent Tan, Ananda Krishnan, JAKIM, Jabatan Agama, Mufti dll dalam isu judi ini daripada membaling batu pada ulamak PAS.

Insya’Allah pahala jihad memerangi judi dan Yahudi APCO akan melimpah ruang dalam hidup TB. Eloklah kalau berperang dengan kemungkaran judi dan Yahudi APCO dibuat sama hebat dengan usaha menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS, maka sia-sialah usaha kamu selama ini. Ulamak dunia akhirat (nota: tidak sepertimana ulamak dunia atau ulamak akhirat semata-mata) adalah pemimpin ummah. Umara adalah pemimpin masyarakat. Tetapi ada Ulamak yang mampu menjadi Umara’, maka terimalah hakikat bahawa dalam sejarah Islam ada umara’ setaraf ulamak seperti khalifatu Rasul yang 4 dan khalifah lain seperti Omar bin Abdul Aziz.

Kalau ulamak seperti TGNA, TGHH, Ustaz Azizan menjadi umara’ di negeri yang mereka perintah, maka mereka dianggap sebagai umara’ dan ulamak. Tetapi belum tentu umara’ seperti Najib boleh jadi ulamak. Belum tentu Pak Lah boleh jadi ulamak walaupun ayah dan datuk dia ulamak. Belum tentu erdogan boleh jadi ulamak dalam sebulan atau separuh malam. Di Turki, Erdogan adalah umara’ bukan ulamak. Kalau ada erdogan di Malaysia, mereka tidak perlu berlagak seperti ulama’ atau menuding-nuding jari mencabar ilmu ulamak dunia dan akhirat dalam PAS. Mereka boleh cabar ulamak bertanding jawatan tapi tak perlu cabar ulama dalam soal ilmu para ulamak. TB lagilah jauh panggang dari api, kecuali kalau TB seorang yang waras dan mujahid Islam.

 

Advertisements

Comments (2)

Sepi Sebentar

oleh Tulang

Alhamdulillah, nampaknya isu APCO, isu judi bola, isu BN kalah di Sibu yang mengejutkan dunia, dan isu SPR yang kelam kabut serta isu DSAI vs Saifool telah menyebabkan TB dan bloggers celaka melupakan mencari publisiti murahan menyerang PAS dan pimpinan PAS. Mudah-mudahan mereka akan berhenti terus.

Bagi ahli PAS yang ada akhlak dan menghayati ciri-ciri amal jamai’e akan sentiasa menegur antara sama lain dalam menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran termasuk menegur dan membetulkan kepimpinan tetapi dengan cara yang berakhlak dan penuh hikmah.

Banyak pahala kebajikan dan pahala jihad TB boleh kutip dengan menegur orang-orang zalim, penindas, penggalak judi dan arak, penentang agama, dan orang yang cenderung kepada menegakkan yang mungkar dan mencegah yang maaruf.

Blog ini akan terus hidup untuk memberi penjelasan kepada masyarakat jika TB khususnya menyerang kepimpinan ulamak tanpa ada bukti-bukti yang kukuh dan jelas.

TB tidak boleh mengaku sebagai ahli PAS walaupun pernah ada nombor ahli PAS satu masa dulu.Memang ada orang lain selain daripada TB yang pernah masuk PAS dan kemudian keluar PAS dan mereka masih ada nombor PAS. Jadi tidak ada beza TB dengan bekas ahli-ahli PAS yang sudah keluar PAS tetapi masih ada nombor ahli PAS yang nostalgia.

TB masih belum membayar yuran ahli. Sudah bertahun-tahun. TB juga didakwa adalah ahli Pemuda UMNO Taman Melewar yang belum dinafikannya lagi. Secara automatis ahli PAS yang masuk parti lain, menurut Perlembagaan PAS, akan terlucut keahliannya serta merta.

Oleh kerana TB bukan ahli PAS, maka sebagaimana Zulkifli Nordin tidak layak bercakap bagi pihak PKR, maka TB juga tidak layak bercakap bagi pihak PAS.

TB boleh berbangga arwah ayahnya ahli PAS, simpan surat Mahathir yang dihantar pada PM Tunku Abdul Rahman, sebagaimana yang dipaparkan di dalam lamanya, tetapi TB sama seperti Abdullah Badawi yang hanya boleh berbangga dengan datuk bekas PM ini yang merupakan salah seorang pelopor kepada penubuhan PAS suatu masa dulu. Setakat berbangga tetapi tidak menjadi mujahid yang meneruskan perjuangan ayah dan datuk kita dalam saf gerakan Islam, maka tidak ada maknanya kebanggaan pada ummah akan datang.

Eloklah TB sepi dari bercakap perkara yang dia sendiri tidak tahu tetapi berlagak tahu. TB, teruskanlah usaha mu melakukan jihad terhadap UMNO-BN-APCO-Yahudi tu. Kami sentiasa menyokong usaha-usaha mu menyampaikan risalah Islam kepada penduduk bumi. Semoga diberikan pahala dan barakah ke atas usaha dakwah yang jujur lagi murni

Leave a Comment

TB dan bloggers celaka serang UMNO tentang judi

oleh Tulang

Yang betul itu betul. Yang salah itu salah. Ada benda yang TB buat itu betul tapi ada juga yang salah. Yang betul TB dan kawan-kawannya menghalakan meriam ke arah UMNO dan BN kerana tindakan UMNO dan BN meluluskan judi bola piala dunia dan supaya rakyat Malaysia jadi tahi judi.

Judi bukan ajaran Islam, dan ia adalah haram. UMNO-BN mengahalalkannya!

Judi bukan ajaran Buddha. Judi bukan ajaran Tao, bukan ajaran Confucius, bukan ajaran Hindu, bukan ajaran Kristian, bukan ajaran kepercayaan orang asli Malaysia.

Tetapi judi adalah berhala moden orang UMNO-BN yang bertuhankan nafsu dan duit! meskipun ada juga UMNO-BN yang tidak bertuhankan nafsu dan duit.

“PAS” menentang judi sejak sebelum penubuhan PAS lagi. Penubuhan PAS mempunyai susur galur sejarahnya tersendiri. ia bermula apabila golongan ulamak yang faham ISLAM dalam UMNO sedar akan kejahatan UMNO meluluskan judi-loteri 60 tahun yang lalu. Kerana para ulamak tidak berjaya mengISLAMkan UMNO ketika itu dalam bab judi ini, maka para ulamak dan orang yang cinta pada Allah dan Rasul dan Islam keluar dari UMNO menubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Dato’ Onn dan British. Kemudian para ulamak dan pecinta Islam menubuhkan Parti Islam SeMalaysia. Baca lagi:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia#Sejarah_penubuhan

http://2.bp.blogspot.com/_0ynStjSqY7A/SKXYtuiYjzI/AAAAAAAAEHQ/MPd30Drv38c/s1600-h/SEJARAHO1.jpg

http://arkib_terpilih.tripod.com/i2000_0858.htm

Kononnya PAS tidak menentang judi sepertimana yang pernah dibangkitkan oleh TB dalam lamannya sebelum ini, sebenarnya ia bukan isu. Isunya TB tak faham sejarah sebab masa PAS ditubuhkan dia belum dilahirkan lagi. Ibubapanya pun belum kahwin lagi pada masa itu. Semoga TB baca sejarah PAS, hadamkan dan faham dan ingat sampai mati tentang fakta perjuangan PAS dan istiqamah PAS dalam menentang judi yang ditaja oleh UMNO-BN.

Apapun kita ucap Tahniah! Bagus! pada TB dan bloggers celaka berganding bahu bersama PAS dan pecinta Islam menghalakan buzoka kepada UMNO-BN yang menggalakkan rakyat Malaysia berjudi.

Teruskan TB!

Kalau program Bangkitlah Melayu dengan isu 13 Mei sebagai pembakar semangat telah dibatalkan dan UMNO-PERKASA dan lain-lain NGOs yang menjadi talibarut chauvinis Melayu UMNO kerugian berjuta ringgit membuat persiapan, kali ini, nampaknya UMNO-BN tidak mahu berundur membatalkan lesen judi bola ini sebab kerugiannya bukan sikit tetapi berbilion, dan keuntungan duit judi melalui BERJAYA BHD milik Vincent Tan akan menjadi ‘”spring board money” untuk political fund UMNO-BN bagi hadapi Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi.

TB teruskan bom UMNO-BN dalam isu judi ini sampai mereka tarik balik lesen judi. Kamu boleh jadi wira baru dan bloggers celaka akan menjadi bloggers mulia dan wira hebat menentang judi!

Boleh baca blogs di bawah:

http://www.malaysiawaves.com/2010/05/zul-noordin-barua-umno-cuba-jatuhkan.html

http://www.ibnuhasyim.com/2010/05/bantah-lesen-judi-konsert-12-jam.html

http://g-82.blogspot.com/2010/05/judi-halam.html

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/05/amanah-raya-bhd-magnum-bhd-harusani.html

http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/malu-bersama-pkr-malu-dengan-allah-tak.html

http://jiwalempoyang.blogspot.com/2010/05/reminder-for-government-and-people.html

Leave a Comment

TB kata Presiden PAS Tidak Wala’ Pada Mursyidul Am

oleh Tulang

Sejak sekian lama, bukan baru ini, TB tak faham antara wala’ pada Allah dan wala’ pada TGNA (sebagai individu) dan wala’ kepada kepimpinan Islam (ulamak secara jamaie). Cuba baca emel TB di bawah ini. TB mendakwa dia adalah produk tarbiyyah PAS tapi perangai lebih teruk dari Yahudi?

———-mula email TB

From: cabearth3@yahoo.com
Sent: Mon 6/15/09 3:58 AM
To:………

Sepanjang hujung minggu ini saya terus menerus memimikrkan isu ini dengan mendalam. Begi saya, ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.

Ahli-ahli PAS dimomokkan supaya sentiasa memberi wala’ kepada kepimpinan. Malahan, orang seperti saya ini telah dilabel sebagai seorang yang tidak memberi wala’ kepada kepimpinan.

Saya adalah produk tarbiyyah PAS. Bezanya, saya mula ditarbiyyah sebelum geng2 Terengganu mengmbil alih silibus tarbiyyah. Zaman saya, kami ditarbiyyah untuk memberi wala’ pada Allah dan Rasul. Dan segalanya mesti berdasarkan hujjah, bukan ketaatan membabi buta seperti yang kita lihat sekarang ini.

Di zaman sekarang, pemuda-pemuda PAS ditarbiyyah untuk memberi wala’ kepada kepimpinan tanpa menyoal samada wala’ mereka itu sah atau tidak. Dengan kata lain, pemuda-pemuda PAS dilatih menjadi robot dan mengikut segala titah perintah kepimpinan tanpa soal.

Para ustaz2 muda lulusan Azhar digunakan sepenuhnya untuk tujuan membasuh otak ini. MEreka dihantar ke cawangan2 PAS untuk membasuh otak ahli supaya memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan.

Dahulu, usrah digunakan untuk melahirkan insan2 yang taat kepada Allah dan Rasul serta mempunyai akidah yang jelas dan terang.

Sekarang ini usrah2 digunakan untuk menyebarkan fitnah dan berkempen untuk calon2 tertentu sewaktu pemilihan, seperti yang berlaku sebelum ini.

Apabila ada yang menyoal, mereka ini akan terus dilabel tidak memberi wala’ kepada kepimpinan. Sahabat saya, Ahmad Mokhtaza yang dulu pernah satu usrah dengan saya pun menuduh saya tidak memberi wala’ pada Presiden.

Sahabat saya itu lebih mempercayai kata2 geng TErengganu berkaitan saya berbanding dengan untuk menyoal saya sendiri. Begitu lah seriusnya kegiatan membasuh otak dalam PAS. Tidak ada ruang untuk menyoal ataupun memberi idea2 baru.

Malangnya, kata-kata wala’ ini tidak terpakai pula kepada Presiden parti yang baru2 ini jelas menolak mentah-mentah arahan Mursyidul Am PAS Pusat. Antara misal penolakan arahan Mursyidul Am adalah:

a. Memberhentikan perundingan dengan UMNO
b. Menghentikan idea kerajaan perpaduan
c. Membuang Mustafa Ali dari Harakah
d. Melantik Mat Sabu dan Husam Musa dalam Dewan Harian PAS Pusat

dan banyak lagi.

Presiden lebih memberi wala’ pada Mustafa Ali dan Harun Taib serta geng Terengganu beliau. Geng yang sama yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Terengganu telah diberi kekuasaan penuh dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Dengan kata lain, Mursyidul Am telah dilayan sebagai tunggul oleh Presiden dan geng Terengganu. Padahal, Mursyidul Am adalah sebab utama PAS naik ke tahap yang begitu tinggi sekarang ini dan bukannya geng Terengganu.
Selagi Presiden tak bagi wala’ pada Mursyidul Am, mengapa saya sebagai ahli biasa mesti bagi wala’ pada Presiden?

Sila jawab soalan penting ini

Tulang Besi
# ahli : 253812

ps. Kalau di Mesir, perkataan “Walla’a” ini bermaksud “Pemetik Api”.

Dan kalau kita hendak memasang lampu, kita akan guna juga perkataan wala’ ini.

——-akhir email TB

Cuba baca ini

  • TB=Truth Seeker https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/06/tb-pernah-guna-nama-the-truth-seeker/
  • TB =Abdullah bin Ubai https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/24/tb-mahu-ikut-jejak-abdullah-bin-ubai/
  • TB = Yahudi https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/03/nu%e2%80%99aim-bin-mas%e2%80%99ud-seorang-yahudi-lebih-baik-dan-lebih-mulia-daripada-tulang-besi/
  • Jasa TB https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/19/apakah-jasa-tb/
  • Leave a Comment

    TB tahu konspirasi buang TGNA

    oleh Tulang

    Setelah lebih dari 3 bulan Tulang membongkar kejahatan TB dalam blog ini, Tulang menerima e-mail dari beberapa rakan lama TB. Salah satunya ialah seperti di bawah ini. Tulang telah padam sumber maklumat dan dari mana, tetapi dikekalkan tarikhnya

    ————-
    From: cabearth3@yahoo.com (ini adalah salah satu e-mail; ada dua lagi e-mail TB; klik siapa TB)

    Sent: Sat 11/28/09 2:09 PM
    To: ……

    Saya tak kenal sapa Kickdefella

    Tapi yang saya tahu dalam mesyuarat di rumah Pak Husin Langgar bersama dengan 5 orang pegawai JPM (termasuk juga wakil dari Task Force 2010), salah seorang ahli keluarga Tok Guru terlibat sama.

    Mereka membuat perancangan untuk memastikan Tok Guru berundur dari politik sama sekali.
    ——

    TB berpura-pura tidak kenal Kickdafella- jawapan kepada rakan-rakannya. TB tahu rancangan sulit untuk buang TGNA.

    Leave a Comment

    Kickdefella & TB, bloggers celaka guna blog untuk merosakkan PAS

    Oleh: laskarpelangi

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4708

    Apabila kami, blogger yang dikatakan ‘Pro Ulama’ dicop sebagai ‘pondan’ oleh Tulang Besi, tetapi saya berasakan tuduhan tersebut sepatutnya diberi kepada beliau kembali. Kerana, beliau dan kumpulan blog celaka mengambil sikap ‘pondan’ sewaktu awal-awal Kickdefella menyerang Tok Guru. Kenapa kami dicop sebagai ‘Pro Ulama’? Kerana kami mempertahankan keseluruhan pimpinan yang ada di dalam PAS, kami tidak mencerca sesetengah dan memuji sesetengah. Kami mengambil sikap untuk mempertahan setiap pemimpin PAS yang ada.

    Kami tidak menghentam Kickdefella dalam masa sama menghentam pimpinan lain sepertimana dilakukan oleh Tulang Besi pada artikel – Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?.

    Blogger celaka sepertimana kita tahu, Tulang besi adalah antara orangnya dan ada lagi, sepertimana yang disenaraikan oleh Penembak Babi,

    Atas nama persepsi dan tanpa bukti-bukti jelaslah maka mereka ini telah;

    1. Menghina Mursyidul Am – Syed Botak
    2. Menghina Timbalan Mursyidul Am – Wan Ji
    3. Menghina Presiden Pas – Adoka & Poji Black Metal
    4. Menghentam Timb. Presiden – Pak Bakaq, Fakaq & the geng
    5. Menghentam Setiausaha Agung Pas
    6. Mencerca dan menuduh Pesuruhjaya Pas Selangor – Adoka, Poji & beberapa yang lain.. – Penembak Babi

    Itu sudah jelas, akan tetapi kita mohon mereka semua berubah, berubah untuk melawan Kickdefella yang sememangnya musuh yang nyata. Akan tetapi mereka lebih seronok menyebarkan maklumat yang jahat kepada orang ramai tentang keburukan pemimpin mereka sendiri.

    Sebagai contohnya semasa Kickdefella menyerang dengan kuat Tok Guru, Wan Ji mengambil sikap untuk menyerang Presiden PAS. Pak Bakaq dan Zainulfakar menyerang Timbalan Presiden PAS. Perisik Rakyat pula menterbalikkan gambar Ustaz Idris Ahmad, mengapa sedemikian rupa kurang ajarnya mereka?

    Atas dasar apa? Hanya disebabkan maklumat yang tidak sahih dan kekurangan ajar mereka terhadap pimpinan-pimpinan ini. Apakah mereka menginginkan nama mereka bergema di muktamar nanti? Ini hanya akan memalukan mereka sahaja.

    Berhati-hatilah dalam menyebarkan maklumat, dibimbangi maklumat tersebut adalah maklumat jahat yang semata-mata mahu menghuru-harakan PAS sebagai jemaah Islam.

    Dalam kuliah jumaat yang lepas, Presiden PAS menghuraikan akan perihal maklumat yang jahat ini dan mengenai blog yang banyak menyebarkan maklumat jahat, saya merasakan ia sesuai didengar oleh blogger-blogger celaka tersebut.

    Wahai blogger celaka, sila dengar dan hayati klip ini terutama Wan Ji, dengar kata Ustaz tapi buat tindakan macam bukan Ustaz macam budak-budak sahaja.

    Sedutan kuliah mengenai maklumat jahat dalam blog, 5 minit lebih sahaja yang di sampaikan oleh Presiden di Rusila pada Jumaat lepas, 30/04/2010

    Artikel asal di http://setelah.blogspot.com/2010/05/penyebar-maklumat-jahat-ke-neraka-tuan.html

    baca lagi: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/07/tb-bukan-saja-pondan-tapi-pembelot-dan-pengkhianat-islam/

    Leave a Comment

    TB dirasuk syaitan

    oleh Tulang

    TB mula “naik syeikh” atau “menurun” sekarang. Syaitan lama masuk semula ke dalam kepala dan tubuhnya samada dia minum arak halal barbican atau tidak. Syaitah sudah suka sama TB.

    Kini TB serang lagi ulama PAS di Parlimen sebab katanya PAS tak bersuara pasal judi. Masa TB belum lahir lagi, PAS sudah lama bangun menentang judi. TB belum ada dalam perut mak dia lagi masa tu. Bila TB lahir dan dewasa serta minum arak halal barbican, dia terus mamai dan meracau yang kononnya PAS tidak menentang judi yang ditaja oleh BN-UMNO? Memang IQ politik TB ni rendah.

    Dia serang pimpinan ulama Terengganu sebab dia kata ulama PAS Terengganu menjadi sebab kenapa Terengganu jatuh ke tangan BN semula. TB masih bengap dalam dalam memahami kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004. TB asyik salahkan PAS Terengganu dan ulamak Terengganu sedangkan semua orang tahu PAS menang 1999 di Terengganu adalah kerana undi protes oleh orang UMNO bukan kerana PAS kuat.  Bila UMNO sudah mula kurang berkocak di Terengganu, Melayu Terengganu beri semula undi pada BN. Itulah TB tak faham. Betullah IQ politik TB ini amat rendah tetapi dia berlagak mengalahkan professor sains politik di universiti.

    Nampaknya anak-anak syaitan sudah mengelilingi TB dan menghasut TB menyerang ulamak lagi. Memang syaitan tak suka ulamak sebab ulamak memberi nasihat dan panduan kepada ummah supaya kembali kepada Islam dan mempertahankan aqidah Islam. TB ni menyerang dan nak pelangkung ulama dalam PAS. TB sudah menjadi SYAITAN JADIAN. Kenapa TB tak mahu hentam ulama dalam UMNO yang cari makan dalam UMNO sehingga menjadi syaitan bisu membiarkan arak dan judi menjadi budaya orang UMNO?  Jelas TB sudah dirasuk oleh bapa syaitan! Kalau bertemu dengan TB elok dihembuskan ayat kursi pada mukanya supaya terbakar syaitan dalam diri TB!

    Baca lagi

    http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/man-lombok-melengkapkan-siri-memfitnah.html

    http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/sah-blogger-celaka-ada-masalah-mental.html

    Comments (1)

    Older Posts »