TB dan Kickdafella gocoh?

oleh Tulang

TB dan Kickdafella (atau kick-your-butt-la) adalah kawan baik sebelum dan selepas PRU 12 2008.  Walaupun TB jauh lebih muda dari Kick, kedua-dua mereka mempunyai citarasa yang sama iaitu mencari populariti murahan dan menjual maklumat dan berniaga maklumat.

Kedua-duanya pernah menjadi orang penting dan orang sulit dibelakang Hussam. Kick dikatakan sebagai orang yang membuat laman web anti-hussam, TB pula pula ditugaskan untuk membuat tuduhan bahawa ada orang dalam PAS yang dengki membuat blog anti-hussam yang kononnya mahu menjatuhkan bintang cerah Hussam dalam PAS. Itulah tektik reversed psychology yang dibuat oleh bloggers Kickdafella dan pembantunya, TB.

Kedua-dua blogger ini saling bantu-membantu memainkan peranan dan psy-war termasuk reversed psychology ini antara 2008-2009 sehinggalah Muktamar PAS 2009. Misi mereka ialah untuk mendapat simpati ahli PAS kononnya Hussam dikhianati oleh orang-orang PAS yang menjadi pendukung kepimpinan ulamak dalam PAS agar Hussam akan mendapat undi kesian dalam Muktamar untuk menjadi Timbalan Presiden PAS. Tetapi gagal.  Hussam adalah antara nama-nama yang TB sebut sebagai ahli erdogan dalam PAS.

Hussam mengambil Kick sebagai pembantu khas untuk urusan khusus di Kelantan selepas  PRU 2008. Apabila Hussam gagal untuk menjadi orang penting No. 2 dalam PAS, maka secara automatis gagal  menjadi orang  No. 2 dalam Kelantan juga.  Maka Kick tahu akan kehilangan lombong emas yang diidamkannya jika Hussam tidak menjadi No. 2 di Kelantan. Oleh kerana latarbelakang Kick adalah dari kelompok sekular dan ahli UMNO serta bukan ahli PAS dan tidak menjalani tarbiyyah PAS, maka tidak hairan nafsunya besar ketika beliau berada dalam PMBK. Duit adalah segala-segalanya. Tetapi bila Kick berselisih dengan  menantu MB, maka Kick menyepak punggungnya sendiri, kick-your-butt-la, dan kemudiannya menyerang menantu MB dan MB Tok Guru Nik Aziz. Hussam sudah tidakdapat  mengawal lagi Kick.

Kalau Hussam cuba-cuba buka mulut dan bermain kasar dengan Kick, pastinya Kick akan buka RAHSIA BESAR Hussam pada awam, dan Hussam akan rugi tiga benda: kehilangan kedudukan di Kelantan, kehilangan kedudukannya dalam PAS, dan kehilangan akhirat. Oleh itu Hussam elok berdiam diri dan berhati-hati apabila buka mulut jika menyentuh isu Kick ini.

Manakala TB pula sedang cuba buat U-turn.  Kawan TB iaitu Kick digambarkan sebagai merapu. TB mula mencabar Kick mengenai isu Kick mendapat tawaran kerja baru di TV3 suku yang didedahkan oleh Topeng Perak.

Samada benar atau tidak TB mula gocoh dengan TB, ia dilihat sebagai permainan bloggers celaka. Kedua-dua blogger ini mahu mendapat perhatian dunia, kedua-dua mahu menjadi popular, lantas mahu mengawal bola permainan di padang siber supaya penonton mengikuti permainan tulisan mereka. Mereka mahu masyarakat mengikut tarian mereka.

Biarlah TB dan Kick gocoh atau berpura-pura bergaduh. Kedua-duanya sama sahaja: TIDAK SUKA kepada kepimpinan ulamak, dan mahu jatuhkan kepimpinan ulamak di Kelantan dan di dalam PAS. Dulu kedua-duanya menyamar kononya sanjung Tok Guru Nik Aziz, tetapi hari ini Kick serang TGNA habis-habisan.

TB belum berani serang TGNA walaupun TB sudah pun dan masih serang TGHH Presiden PAS dan Ustaz Nasa, Timb. Presiden PAS.

TB manusia hipokrit. Kini TB sedang menjutaikan sebelah kaki dalam PKR. Dalam masa yang sama masih mengaku sayanggggg pada PAS!

PS: baca lagi http://kayukelat.blogspot.com/2010/05/gaya-baru-sengkeh-menyekeh.html

 

3 Comments »

  1. Anak saudara Kick said

    Sayo malu denge pok sedaro sayo hok ni, kickdafella. Dio ni dari dulu lagi UMNO, menyamar jadi penyokong Hussam sebab ada projek, dapat pitih. Pah tak dapat pitih, dio sere tok guru pulok..

    Denge UMNO, pun dulu dapat pitih jugok. Dio ni licik mace belut. Tak kiro sapo dio, tok guru ko sapo ko, dio puko sokmo. Ore gilo. Pak sedaro gilo. nak kato menate, nanti ore kato kito kurang ajar..tapi meme gitulah pok sedaro menate ni

    Sekare ni dio dok cari pitih dari UMNO nok punoh tok guru. Dio ni seropo bewak, jenih lidah bercabe..dio boleh buat2 cerito, pastu TV3 sokong, pastu diule2 tiap2 hari dale media supayo ore ramai percayo. Seropo yahudi lah sumo tu.

    Sapo belake kick gilo ni? Sapo lagi kalau tak puok2 spy UMNO, puok urat saraf umno. wei lah kayo lah pok sedaro ambo ni.

    Sene nak cari pitih, keje buat fitnah pun boleh pitih. Tak susoh dei

  2. Kawan lama TB said

    Betullah apa yang dikata oleh Tulang. Memang TB dan Kick sudah pakat sebenarnya. Dua2 orang dapat duit bayaran dari UMNO untuk buat kejo gila nak jatuhkan Nik Aziz. TB tak mahu tunjuk terang2. Itu saja yang boleh saya katakan walaupun saya boleh cerita detail pasal makhluk dua orang ini.

  3. albangi said

    PAS belanja RM5 billion, UMNO RM150billion 50 tahun

    “Apalah nak heboh sangat dengan pengakuan blogger spt Kickdafella bila dia kata kononnya PAS biaya RM4juta untuk jatuhkan Pak Lah

    Ada tiga perkara nak sanggah hujjah katun Kick ni

    1. Tak ada bukti atas kertas yang PAS bagi dia RM4juta pembiyaan padanya nak jatuhkan Pak Lah.

    2. Kick kata pembiayaan RM4juta itu dalam bentuk urusan pejabat syarikat, itu belanja operasi. Itu biasa aja

    3. PAS tak perlu bagi duit pada Kick kalau nak jatuhkan Pak Lah. Orang PAS dah belanja lebih dari R4 juta nak jatuhkan UMNO dan BN melalui aktiviti PAS, infrastruktur PAS, belanja ceramah PAS, belanja akhbar PAS, belanja aktiviti PAS, belanja urusan pejabat PAS seluruh Malaysia, belanja fotostat kertas kerja seminar PAS dll. Ramai orang PAS, pimpinan PAS, bekas pimpinan, ADUN dan bekas ADUN, pegawai kerajaan, orang ramai dan orang korporat bagi duit pada PAS untuk aktiviti PAS menentang UMNO. Dah berbillion ringgit dah. Agaknya dalam 50 tahun PAS ditubuhkan, PAS dah belanja RM5billion untuk tumbangkan UMNO dan UMNO pula dah belanja RM50billion nak kalahkan PAS dalam setiap pilihanraya, belanja saman PAS, belanja perangsaraf nak jatuhkan PAS, dan belanja beli undi dan beli ADUN PAS.

    Hujah Kick tak kukuh. Dakwaannya tak cukup kuat. Hanya mencari populariti. Dan hanya ingin divert/mengalih tumpuan orang ramai dari isu nasional yang menghantui UMNO-BN kepada isu lain. Isu budak kena tembak, isu minyak Brunie-Malaysia, isu PRK Hulu Selangor…..dan banyak lagi.

    Kick…good try, but not good enough. Try again.

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4499

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: