Penulis kebenaran vs Penulis fitnah

oleh Batu Api

http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/05/penulis-kebenaran-dengan-penulis-fitnah.html

Artikel ini adalah artikel kedua saya bagi menjawab artikel TranungKite Sarang Bloggers Pondan (Tarbiyyah Ulama Sebegini?) yang ditulis oleh Rahman Selauq Dalam di laman blog Perisik Rakyat tetapi artikel ini masih tidak ada pada blognya sendiri mungkin memberikan tekanan kepada Poji dalam lain bahasa nak perkenakan poji Topeng Perak yang dihimpit serangan kerana membuat fitnah terbaru kepada Nik Abdul anak kepada anak Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Bila Rahman hang nak post dalam blog sendiri, blog hang dah tak laku ke? Atau hang bersama dengan Kickdefella mahu perkenakan Poji?

Kali ini saya akan tumpukan kepada petikan ini;

Misal yang saya boleh ambil adalah blogger seperti Batu Api dan Ali Zaidan. Kedua-dua blogger ini kerap disiarkan artikel mereka oleh Moderator Tranung Kite bernama Songkok Putih (yang juga tidak dikenali identiti nya).

Mereka-mereka ini kita boleh gelarkan sebagai blogger-blogger pondan. Mengapa? Kerana mereka takut hendak mendedahkan identiti mereka kepada umum.

Soal siapa yang menulis, kenal atau kita tak kenal beliau bukanlah merupakan perkara yang utama. Yang penting adalah isi tulisan yang ditulis adakah fakta yang benar atau sekadar mengikut khabar angin sahaja. Sehingga ada yang berpendapat dan beriman dengan khabar angin.

Memang tidak dinafikan jika kita mengenali penulis adalah lebih baik kerana sifat, pewartakan penulis juga boleh boleh mewakili dengan watak penulisannya.

Saya tertarik dengan komen tulisan saya yang pertama mengenai isu ini oleh seorang pembaca yang menggunakan nick sekadar tanpa nama yang mengambil contoh bagaimana Ali Zaidan membuat ulasan semasa pilihan raya kecil Hulu elangor dengan penulis Rahman Selauq Dalam @ Tualng Besi yang mana Rahman sekadar penyambung lidah dusta Adip Zapkapli, Malaysian Insider sahaja tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Tulang Besi menunjukkan sifat buruk dan dustanya telah membuat fitnah kononnya jentera pilihan PAS yang diketuai oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa lemah. Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan daripada tulisan Adip untuk menghentam Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali semata-mata.

Sepatutnya Tulang Besi kena belajar daripada Wang Ji (kenapa wang?? kena baca artikel sebelum ini) sebab Wang ji ada mengulas dalam artikelnya yang berforum dengan Ustaz Nakhie pasal perawi hadis dimana Wang Ji berkata perawi biasanya bias kepada latar belakang perawi tersebut.

Sebab itu tulisan Adip perlu dilihat siapa dia. Dia adalah adik kepada Haris yang pernah bekerja dengan Penerbitan Pemuda di Medan Idaman. Apabila Syarikat itu bengkrap, Haris masih menumpang bangunan di Medan Idaman dan tidak pulang ke Johor. Dia masih mencari peluang dan akhir berjaya serta membawa adiknnya bersama.

Latar belakang Haris agar berbeza dengan adik dan mereka ini adalah daripada latarbelakang UMNO yang tidak mengetahui selok belok PAS.

Adalah mustahil orang yang tak mendalami PAS boleh menulis mengenai PAS walaupun dia simpati kepada PAS sekalipun. Hatta orang yang dikatakan laman menjadi ahli PAS, tapi tak bayar yuran pun menulis mengenai PAS masih kita tak boleh percaya.

Ali Zaidan walaupun kita tak kenal beliau, beliau dikatakan Geng Perpaduang yang nak berkawan atau mencium UMNO tetapi dialah yang bertungkus lumus membantu PKR setelah jentera PKR pincang dan hampir roboh akibat daripada serangan dalaman mereka yang belok.

Apa Tulang Besi buat, sekadar penyebar fitnah untuk memecah belah lagi jentera Pakatan Rakyat. Nampak baik tapi keringking berkait. Mungkin sama seperti Kickdefella sedang mencari “tuan baru”.

Saya sendiri pun, walaupun tak dikenali tetapi menulis mengenai Hulu Selangor daripada maklumat yang hampir dan tepat kerana maklumat yang saya sebit datangnya daripada BG PAS sendiri. Baca artikel saya mengenai perkara ini di sini.

Saya menyebut undi Melayu dan India cukup membahayakan tetapi tak boleh diterangkan kerana ini melibatkan strategi. Memang BG PAS telah meramalkan kita kalah dengan undian melebihi 2000 undi.

Tinggal diluar Malaysia, dapat maklumat daripada individu tertentu sekadar menjadi anjing upahan untuk menyerang dan mengigit mangsa tanpa mengira dosa dan pahala. Rahman selaur dalam, tak payahlah bercakap soal tanggungjawab, malulah pada diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: