Isu pondan – TB vs Ali Zaidan

oleh Ali Zaidan

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/05/ali-zaidan-blogger-pondan_06.html

Awal pagi sempat buka blog KayuKelat, nampak gaya serangan Seluar Dalam kepada kami yang digelar ‘blogger pondan’ ini bermula. Aku cuba cari di blog Seluar dalam untuk bacaan lebih lanjut, tapi tak ada. Rupanya, ikut penjelasan KetamBatu (PWM TKO), artikel itu hanya ada di blog Poji (Perisik-Rakyat).

Pelik pulak. Awatnya tak berani letak dekat blog sendiri? Aku mula syak, ini macam ‘bantuan luar’ kepada Kickdefella supaya kami sibuk dengan artikel dia dan tak cuba serang Kick lagi.

Oleh itu, aku cuba jawab sikit. Ambil syarat. Panjang2 pun, dah ada tulisan dari blogger lain macam Kayu Kelat dan FFF. Batu Api siap buat artikel bersiri. Haha

1. Isu identiti ni memang dah jadi modal lama Seluar Dalam untuk lawan blog-blog yang cuba mempertahankan pemimpin yang dia serang. Dah tak ada idea lawan hujah, itu sajalah point yang tinggal.

Sebenarnya identiti ini tak perlu jadi isu besar. Seluar Dalam pernah bawa tuduhan bahawa aku ialah Meor PA Us Nasha. Jadi, kalau dah yakin sangat aku Meor PA Us Nasha, buat apa susah hati nak tahu aku siapa lagi?

Aku sebut dan dah bagi cabaran, kalau benar2 nak tahu identiti diri aku yang sebenar, aku sedia dedah. Tak ada hal. Syaratnya, sumpah dahulu aku ialah Meor atas dasar kebertanggungjawaban terhadap maklumat. Aku muatkan cabaran ini dalam satu artikel blog. Sampai sekarang tak berani.

Kalau ‘blogger pondan’ cabar pun si Seluar Dalam tak mampu jawab, nampak gaya elok dipanggil Khunsa!

Yang peliknya, gelaran pondan kerana tak mahu dedah identiti ni hanya ditekan kepada kami. Blogger2 sehaluan dengan Seluar Dalam yang tak tahu mana asal usulnya macam Xenan dan Reformis Jalanan, tak pula dipanggil gelaran sama. Nampak gaya, Seluar Dalam dah jadi macam UMNO. Buat pendakwaan terpilih!

Bila sebut pasal identiti, aku teringat kata-kata Imam Ali kwj. Baginda sebut Unzur Ma qala, Wala tanzur man qala. Tanya Wan Ji, betul ke idak. Maksud dia, lihat apa yang dikata bukan siapa yang berkata.

Nah, takkan nak kata Ali kwj pembela pondan pulak!

2. Bila sebut pasal TKO, aku terkesan sikit. Nak serang aku seranglah, kenapa serang TKO pula. TKO ni wadah terbuka. Yang hentam pimpinan PAS pun kadang-kadang aku nampak keluar juga. Pernah sekali artikel ‘anak Pak wahab’ boleh keluar di laman TKO, sampai mencetuskan kegusaran sebahagian Moderator Borak Agama. Begitulah keterbukaan TKO.

Macammana pulak aku tahu?. Ah, aku TKO jugak, kenal Greenboc dan AdukaTaruna pun kat situla, sampai siap chatting2 macam orang bercinta dulu!. Hahaha

Kalau nak pertikai kelulusan artikel Batu Api dan aku contohnya bagi membuktikan kepondanan TKO, rasanya Seluar Dalam kena mengira balik. Kerap kali aku lihat artikel blogger yang sehati dengan Seluar Dalam (cth: Al Husseyn dan Wan Fauzdin) pun keluar di laman TKO. Takkan tak boleh pakai ilmu logik Seluar Dalam ooi!

Aku tak pernah hantar artikel blog ini ke laman TKO. Artikel blog aku yang lain, ada. Dulu. Blog itu aku pendamkan sekarang, sebahagian strategi berundur dan serang untuk hapuskan anai-anai. Pernah dijelaskan oleh Songkok Putih juga bila dipersoalkan seorang forumer. Aku tak ingat artikel mana.

Puncanya mudah, artikel aku dalam blog ini kadang2 terlalu emosi. Kadang2 terlalu bernafsu. Kadang2 terlalu jahat dan ada dendam. Kadang2 tak dimulakan dengan wudhu’. Kalau aku hantar, konfem lulus punya. Bila lulus, aku takut artikel itu akan jadi bebanan untuk TKO. Itu punca aku tak hantar walaupun aku nak. Akaun aku di TKO aktif lagi.

Jadi biar saja di sini. Andai kata bermanfaat mengikut pertimbangan WM dan PWM atau mana2 blog, ambil saja dan letak link sebagai tanda amanah. Cukup!

Rahman Talib kalau tak reti lagi, bolehlah sumbat seluar dalam dalam mulut! Duk diam-diam, main guli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: