Kickdefella & TB, bloggers celaka guna blog untuk merosakkan PAS

Oleh: laskarpelangi

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4708

Apabila kami, blogger yang dikatakan ‘Pro Ulama’ dicop sebagai ‘pondan’ oleh Tulang Besi, tetapi saya berasakan tuduhan tersebut sepatutnya diberi kepada beliau kembali. Kerana, beliau dan kumpulan blog celaka mengambil sikap ‘pondan’ sewaktu awal-awal Kickdefella menyerang Tok Guru. Kenapa kami dicop sebagai ‘Pro Ulama’? Kerana kami mempertahankan keseluruhan pimpinan yang ada di dalam PAS, kami tidak mencerca sesetengah dan memuji sesetengah. Kami mengambil sikap untuk mempertahan setiap pemimpin PAS yang ada.

Kami tidak menghentam Kickdefella dalam masa sama menghentam pimpinan lain sepertimana dilakukan oleh Tulang Besi pada artikel – Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?.

Blogger celaka sepertimana kita tahu, Tulang besi adalah antara orangnya dan ada lagi, sepertimana yang disenaraikan oleh Penembak Babi,

Atas nama persepsi dan tanpa bukti-bukti jelaslah maka mereka ini telah;

1. Menghina Mursyidul Am – Syed Botak
2. Menghina Timbalan Mursyidul Am – Wan Ji
3. Menghina Presiden Pas – Adoka & Poji Black Metal
4. Menghentam Timb. Presiden – Pak Bakaq, Fakaq & the geng
5. Menghentam Setiausaha Agung Pas
6. Mencerca dan menuduh Pesuruhjaya Pas Selangor – Adoka, Poji & beberapa yang lain.. – Penembak Babi

Itu sudah jelas, akan tetapi kita mohon mereka semua berubah, berubah untuk melawan Kickdefella yang sememangnya musuh yang nyata. Akan tetapi mereka lebih seronok menyebarkan maklumat yang jahat kepada orang ramai tentang keburukan pemimpin mereka sendiri.

Sebagai contohnya semasa Kickdefella menyerang dengan kuat Tok Guru, Wan Ji mengambil sikap untuk menyerang Presiden PAS. Pak Bakaq dan Zainulfakar menyerang Timbalan Presiden PAS. Perisik Rakyat pula menterbalikkan gambar Ustaz Idris Ahmad, mengapa sedemikian rupa kurang ajarnya mereka?

Atas dasar apa? Hanya disebabkan maklumat yang tidak sahih dan kekurangan ajar mereka terhadap pimpinan-pimpinan ini. Apakah mereka menginginkan nama mereka bergema di muktamar nanti? Ini hanya akan memalukan mereka sahaja.

Berhati-hatilah dalam menyebarkan maklumat, dibimbangi maklumat tersebut adalah maklumat jahat yang semata-mata mahu menghuru-harakan PAS sebagai jemaah Islam.

Dalam kuliah jumaat yang lepas, Presiden PAS menghuraikan akan perihal maklumat yang jahat ini dan mengenai blog yang banyak menyebarkan maklumat jahat, saya merasakan ia sesuai didengar oleh blogger-blogger celaka tersebut.

Wahai blogger celaka, sila dengar dan hayati klip ini terutama Wan Ji, dengar kata Ustaz tapi buat tindakan macam bukan Ustaz macam budak-budak sahaja.

Sedutan kuliah mengenai maklumat jahat dalam blog, 5 minit lebih sahaja yang di sampaikan oleh Presiden di Rusila pada Jumaat lepas, 30/04/2010

Artikel asal di http://setelah.blogspot.com/2010/05/penyebar-maklumat-jahat-ke-neraka-tuan.html

baca lagi: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/07/tb-bukan-saja-pondan-tapi-pembelot-dan-pengkhianat-islam/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: